Anda di halaman 1dari 3

MAJLIS PERASMIAN

MINGGU STEM, TEKNIK & VOKASIONAL & HARI BUMI


16 April 2019 (Selasa)

Pengacara Majlis: Cikgu Siti Nurhanes binti Hj Zailani


Nur Syahirah binti Amlan (4SN1)

Ucapan alu-aluan Bismillahhiramanirrahim,


Yang berusaha Cikgu Borhan bin Md Nor,
GPK Pentadbiran, merangkap Pemangku Pengetua SMK Seri Tanjong,
Cikgu Khalid b Bujang, GPK Hal Ehwal Murid,
Cikgu Sahreah bt Md Zin, GPK KoKurikulum,
Cikgu Zunita bt Zulkifli Stork, GPK PPU
Cikgu Abd Aziz bin Ismail, GPK Pend Khas
Barisan Guru-guru Kanan Matapelajaran, guru-guru cemerlang, guru-guru dan
rakan pelajar yang saya hormati sekalian.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.


Salam Melaka Berwibawa,
Pintar, Hijau, Bersih,
Salam Seri Tanjong, Seri Hebat.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Terlebih dahulu marilah kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t dengan
limpah kurnia-Nya dapat kita berhimpun pada pagi ini sempena Majlis Pelancaran
Minggu STEM, Teknik & Vokasional serta Hari Bumi
peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjong tahun 2019.

Bacaan doa Bagi memuliakan majlis kita pada pagi ini, marilah kita bersama-sama menadah
tangan memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis
dengan
sukacitanya ingin mempersilakan .................... .......................... untuk memimpin
bacaan doa.
…….bacaan doa…………..

Majlis merakamkan terima kasih kepada ................................... atas bacaan doa


sebentar tadi.

Objektif Para guru dan pelajar yang dikasihi sekalian,

Dengan temanya : STEM Menjana Kreativiti & Inovasi, dan Protect Our Species
Majlis Pelancaran Minggu STEM, Teknik & Vokasional serta Hari Bumi
diadakan untuk menarik minat pelajar kepada bidang sains , matematik, teknologi
dan kejuruteraan di mana ia merupakan bidang yang penting bagi melahirkan
pelajar yang berdaya saing dalam era globalisasi pada masa kini. Ini bagi
memastikan kita mampu melahirkan modal insan yang bukan sahaja
menggunakan teknologi, tetapi juga mampu mencipta teknologi baharu, selaras
dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Sejajar dengan keperluan memelihara & memulihara alam sekitar, Hari Bumi yang
dilancarkan bersekali adalah tidak lain untuk meningkatkan kesedaran dalam
kalangan pelajar untuk mencintai alam sekitar dengan mengamalkan budaya kitar
semula, sekaligus menggalakkan kesedaran dalam program cekap tenaga.

Sejurus dengan itu, pelbagai program telah dirancang untuk semua pelajar agar
dapat melahirkan pelajar yang berketerampilan, kreatif dan inovatif.

Ucapan Perasmi Daun semulur di pekan sari,


Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Tanpa membuang masa, majlis dengan penuh bangga dan sukacitanya


menjemput Cikgu Borhan bin Md Nor, GPK Pentadbiran merangkap Pemangku
Pengetua Sek Men Keb Seri Tanjong untuk meyampaikan sepatah dua kata dan
seterusnya merasmikan Majlis Pelancaran Minggu STEM bagi tahun 2019.
Dengan hormat dan takzimnya, dipersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas ucapan perasmian sebentar tadi.

....................GIMIK......................................

Gimik Perasmian Seterusnya, sekali lagi majlis dengan sukacita menjemput


& Pelancaran ……………………………………………. mengiringi Cikgu Borhan bin Md Nor,
Kempen Cekap untuk menyempurnakan gimik perasmian Minggu STEM & Pelancaran Kempen
Tenaga Cekap Tenaga bagi tahun 2019.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Majis merakamkan ucapan terima kasih kepada Cikgu Borhan bin Md Nor atas
kesudian menyempurnakan upacara.

Dari Kedah ke pekan sari,


Penutup Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.

Pihak majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua hadirin yang
hadir kerana sudi memberi kerjasama dalam majlis pada pagi ini.

Majlis seterusnya mempersilakan barisan pentadbir sekolah mengiringi Yang


Berusaha GPK Pentadbiran, Cikgu Borhan bin Md Nor ke Educafe bagi menikmati
jamuan yang disediakan. Dipersilakan.

Sekian, saya sudahi majlis ini dengan kalimah, wabillahitaufik walhidayah


wassalamualaikum wrt.

Anda mungkin juga menyukai