Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN PERASMIAN MINGGU STEM

SMK UNGKU HUSIN TAHUN 2023.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Yang dihormati,
Puan Nor Salmi Binti Abdul Rahman, GPK Pentadbiran,
Tn Hj Yahaya Bin Ali, GPK HEM,
Encik Nazim Bin Mohd Subari, GPK Kokurikulum,
Tuan Haji Ruhaizad Bin Mohd Reduan, GPK Pendidikan
Khas,
Encik Ibrahim Bin Daud, GPK Tingkatan 6,
barisan ketua bidang,
guru-guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih


kerana diberikan penghormatan untuk bersama-sama
pelajar dan guru-guru pada pagi ini untuk
menyempurnakan majlis pelancaran  STEM peringkat
Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Husin bagi tahun
2023. Minggu STEM yang diadakan ini  ialah program
tahunan yang bertujuan untuk untuk memastikan budaya
sains dan teknologi berjaya dipupuk dalam kalangan
semua lapisan masyarakat  terutamanya golongan pelajar
selaras dengan hala tuju kerajaan untuk mewujudkan
masyarakat yang berdaya saing dan celik teknologi. 
Sehubungan dengan itu, Bidang Sains Matematik dan
Bidang Teknik Vokasional berusaha untuk menganjurkan
Minggu STEM ini. 

Para pelajar sekalian,


Seiring dengan keperluan teknologi maklumat dalam
dunia pendidikan, seluruh warga sekolah khususnya para
pelajar haruslah dilengkapi dengan ilmu dan pengetahuan
yang berasaskan Sains dan teknologi bagi mendepani
cabaran dunia tanpa sempadan ini. Oleh itu, selaras
dengan hasrat tersebut, pembudayaan STEM di sekolah
perlulah disemai dalam jiwa seluruh warga sekolah
melalui aktiviti yang telah dirancang sepanjang minggu
STEM di sekolah kita nanti.

Sempena dengan Minggu STEM ini, saya menyeru


kepada semua pelajar dan guru-guru untuk bersama-sama
menyertai program-program dan aktiviti yang telah
dirancang.

Sebelum mengakhiri ucapan ini saya ingin mengucapkan


syabas kepada Jawatankuasa minggu STEM serta semua
yang telah terlibat dalam menjayakan program ini. Tanpa
dedikasi dan keringat yang telah anda curahkan kejayaan
pada hari ini tentu sekali sukar untuk kita peroleh.
Dengan ini, saya dengan sukacita dan bangganya
merasmikan Program Minggu STEM Sekolah Menengah
Kebangsaan Ungku Husin bagi tahun 2023. 
Sekian, terima kasih.  

Anda mungkin juga menyukai