Anda di halaman 1dari 10

CADANGAN TEKS UCAPAN PENGETUA

USTAZ MAZELIN BIN ALI


SEMPENA MAJLIS PERASMIAN
PROGRAM KARNIVAL STEM PADA
28 JUN 2022 (SELASA)
7.40 PAGI
SMA MAHMUDIAH

Bismillahirahmanirahim…………………………………
Terima kasih anakanda Pengerusi Majlis…………………………..

YANG BERUSAHA,

Yang dihormati barisan Penolong Kanan,

Ketua-ketua Bidang, dan guru-guru.


Seterusnya pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian,
Assalamualaikum wbt.

1. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima


kasih kepada Ahli Jawatankuasa kerana sudi mengundang
saya ke MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL SAINS, TEKNOLOGI,
KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK (STEM) dan STEM
Corner pada hari ini. Saya amat berbesar hati dan berasa
gembira kerana diberi kesempatan untuk bersama-sama
dengan Murabbi & Murabbiah serta anak soleh solehah budiman
sekalian di majlis yang penuh bermakna ini dan seterusnya
merasmikan program ini.

2. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi


penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat terutamanya JAWATANKUASA KARNIVAL STEM
TAHUN 2022 atas sokongan dan kesungguhan dalam
menjayakan program STEM ini. Kesungguhan seumpama ini
amat perlu untuk memupuk kesedaran pelajar terhadap
kepentingan Pendidikan Sains, Teknologi dan Kejuruteraan
dan Matematik (STEM) di sekolah.

Tuan-tuan puan-puan dan para pelajar yang saya hormati


sekalian,

3.Seperti mana yang kita sedia maklum, generasi muda


merupakan pelapis utama negara yang perlu diberikan
perhatian bagi memastikan modal insan yang mencukupi dan
berkemahiran tinggi untuk memacu pembangunan negara.
Oleh itu, sudah tentunya ini bersangkut paut rapat dengan
pendidikan STEM yang mana ianya merupakan asas
terpenting bagi penghasilan modal insan yang diperlukan dan
juga memupuk minat pelajar terhadap STEM.
Pemikiran futuristik dan kemahiran abad ke - 21 berkait rapat
dengan perkembangan dan kemajuan sains teknologi
terkini dan masa hadapan. Kerajaan giat berusaha menyemai,
memupuk dan menanamkan minat terhadap bidang Sains,
Teknologi, Kejuruteraan Dan Matematik (STEM) dalam
kalangan rakyat Malaysia. Bagi merealisasikan dasar
pendidikan STEM, KPM diberi tanggungjawab menerajui
pelaksanaan Inisiatif Perkukuhan Sains, Teknologi,
Kejuruteraan dan Matematik untuk meningkatkan minat murid
melalui pendekatan pembelajaran yang baharu dan
pemantapan kurikulum. Ia merangkumi subjek Sains,
Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik yang boleh
diaplikasikan melalui pengetahuan murid dengan konteks
dunia sebenar.
STEM penting sebagai persediaan kepada murid untuk
menghadapi cabaran dan berdaya saing di peringkat global.
Kebanyakan negara maju menekankan STEM kerana ia
meliputi setiap aspek kehidupan masyarakat dan
penyumbang kepada kemajuan ekonomi masa hadapan.

KPM akan memastikan murid dilengkapi dengan


pengetahuan, kemahiran dan nilai STEM yang diperlukan
untuk meneruskan pengajian di peringkat tertiari dan
seterusnya menghadapi cabaran dunia yang sentiasa
berubah. Usaha juga dibuat untuk memantapkan p&p STEM
bagi menarik lebih ramai murid menceburi bidang STEM di
peringkat sekolah dengan aktiviti yang mencabar minda
melalui inkuiri, pembelajaran berasaskan masalah dan
pembelajaran berasaskan projek.

Akhir kata, saya ingin merakamkan setinggi -tinggi


penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam
pelaksanaan Program Karnival STEM peringkat sekolah yang
akan bermula pada hari ini dan esok.Semoga segala usaha
melaksanakan program seumpama ini dapat menjadi suntikan
ke arah kesedaran kepentingan STEM di sekolah dan
menyemarakkan minat terhadap mata pelajaran STEM.

Dengan lafaz Bismillahirrahmani rrahiim, saya dengan ini


merasmikan PROGRAM SAINS TEKNOLOGI
KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK (STEM) PERINGKAT
SEKOLAH MENENGAH AGAMA MAHMUDIAH pada tahun
2022 & STEM CORNER pada hari ini. Sekian.
.

Anda mungkin juga menyukai