Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH MENENGAH AGAMA MAHMUDIAH

KM 38 , JALAN KUALA BERANG


21700 KUALA BERANG, HULU TERENGGANU
Telefon :09-6811326 Fax :09-6817907
Email : mahmudiah@gmail.com
__________________________________________________________________________________________________________________
Ruj. Kami : SMAM.600-7/ ( )
Tarikh : 12 Ogos 2021
Bersamaan : 3 Muharram 1443H

Melalui,
Pengetua
SMA Mahmudiah
21700 Kuala Berang

Prof Madya Dr. Laili bt Che Rose,


Pengarah Pusat Asasi STEM,
Universiti Malaysia Terengganu,
21030 Kuala Terengganu,
Terengganu.

PUAN,

MEMOHON KEBENARAN MENGADAKAN PROGRAM MOTIVASI BOOSTER


DOSE STEM & LAWATAN SAMBIL BELAJAR PASTEM UMT

Dengan segala hormat dan sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan itu , adalah dimaklumkan sekolah kami berhasrat untuk mengadakan


program motivasi STEM dan lawatan sambil belajar secara dalam talian di pusat marin,
UMT. Untuk pengetahuan pihak puan, program motivasi dan lawatan tersebut akan diadakan
sepertimana yang berikut:

 Tarikh : 28 Ogos 2021 (Sabtu)


 Masa : 11.00 pagi -12.30 tengah hari
 Tempat : Kediaman masing-masing [Google Meet]
 Jumlah peserta : 34 orang pelajar STEM Tingkatan 4 & 5

3. Program ini adalah bertujuan untuk memberikan motivasi dalam bidang STEM dan di
samping memberikan pendedahan kepada pelajar tentang kehidupan maritim di lautan.

4. Bersama-sama surat ini dilampirkan kertas kerja program. Pihak kami berharap
mendapat maklum balas positif dari pihak puan.Segala kerjasama dari pihak puan kami
ucapkan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“Mendepani Pendidikan Global”


“PRIHATIN RAKYAT:DARURAT MEMERANGI COVID 19”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………….
(MAZELIN BIN ALI)
Pengetua,
Sekolah Menengah Agama Mahmudiah

Anda mungkin juga menyukai