Anda di halaman 1dari 2

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MELAWATI 2,


SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN,
TAMAN MELAWATI, 53100 KUALA LUMPUR, SELANGOR.
Tel : 03-41086619 Fax : 03-41062591 E-mel : pibgsktmdua@gmail.com

___________________________________________________________________________
Ibu Bapa / Penjaga, Ruj. Kami: SKTM2.100-7/1/7 ( )
Murid Tahun 6, 11 Februari 2019

Melalui dan salinan,


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Taman Melawati (2).

Dato’ / Datin / Tuan / Puan,

SUMBANGAN BENGKEL UPSR 2019 SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MELAWATI 2

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Phak sekolah dengan kerjasama PIBG Sekolah Kebangsaan Taman Melawati 2 telah merangka
satu siri bengkel dalam memastikan kecemerlangan pencapaian murid- murid Tahun 6, 2019. Bengkel dan
bayaran melibatkan murid- murid Tahun 6 ini telah dibentangkan semasa Perjumpaan Waris Tahun 6,
2019 pada 5 Januari 2019 dan mendapat persetujuan semua ibu bapa dan penjaga yang hadir.
Sumbangan berkaitan Bengkel UPSR adalah seperti ketetapan berikut:

3. Bayaran untuk BENGKEL UPSR 2019 pertama adalah bagi menampung kos- kos berikut :
a. Bayaran Bengkel UPSR (Februari dan Mac) RM 30.00
b. T Shirt Bengkel UPSR 2019 RM 20.00
Jumlah RM 50.00

Bayaran untuk Bengkel UPSR seterusnya perlu dibuat sebelum atau pada minggu pertama setiap
bulan. Bengkel UPSR ini dibuka kepada semua murid- murid Tahun 6 yang berminat sahaja dan bengkel
pertama akan bermula pada 21 Februari 2019 bermula dari 8.00 – 9.45 malam di Dewan Sinar Gemilang.
Bengkel ini akan dikendalikan oleh guru- guru pakar yang dijemput khas.bagi setiap mata pelajaran

5. Sehubungan dengan itu, sukacitanya kami memohon sumbangan daripada Dato’ / Datin / Tuan /
Puan dalam bentuk kewangan atas usaha murni untuk menjayakan program- program ini. Sumbangan
berbentuk cek pula hendaklah disertakan atas nama ‘ PIBG SK Taman Melawati 2 ‘. Sumbangan
berkenaan bolehlah diserahkan kepada guru kelas anak jagaan Dato’ / Datin / Tuan / Puan.
Sekian. Terima kasih.

“ANAK KITA, SEKOLAH KITA, TANGGUNGJAWAB KITA”

Saya yang menjalankan amanah,

(AZMIR MUSYABRI BIN ABDUL MUTALLIB )


Yang Dipertua,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
SK Taman Melawati 2
*Diisi oleh Ibu Bapa

.......................................................................................................................................................................................

BENGKEL UPSR 2019

Salinan Sekolah

Saya .......................................................... Guru Kelas ....................... menerima pembayaran berjumlah


RM....................... bagi pihak sekolah untuk Bengkel UPSR 2019.
*diisi oleh guru kelas

.......................................................................................................................................................................................

BENGKEL UPSR 2019

Salinan Ibu Bapa

Saya .................................................................................................................. Ibu-bapa/Penjaga kepada


............................................................................. dari kelas .................. berminat dan membenarkan anak
saya untuk menyertai Bengkel UPSR 2019. Bersama ini saya sertakan bayaran sebanyak RM50.00 bagi
tujuan berkenaan.

*Diisi oleh Ibu Bapa

Anda mungkin juga menyukai