Anda di halaman 1dari 1

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN OLAK LEMPIT


42700 BANTING, KUALA LANGAT,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel : 03-31491381
Faxs:03-31491381
Laman web: www.skolaklempit.com
E-mel : bba1005@btpnsel.edu.my
_____________________________________________________________________________________

Ruj.Kami: PIBG SKOL 100-7/17 (48)


Tarikh: Januari 2023

Kepada:
Ibu Bapa dan Penjaga
Murid SK Olak Lempit.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Tuan,

RAYUAN KUTIPAN SUMBANGAN PIBG SESI 2022/2023

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Olak Lempit ingin memaklumkan kepada ibu bapa/ penjaga bahawa
berdasarkan keadaan semasa, kutipan sumbangan PIBG kini mencecah sekitar 65 – 70% dari jumlah anggaran
keseluruhan kutipan yang disasarkan. Dana dari sumbangan ini digunakan sepenuhnya bagi aktiviti – aktiviti
akademik, kokurikulum, program hal ehwal murid dan lain – lain, terutama yang melibatkan kebajikan anak – anak di
SKOL.

3. Bagi membolehkan semua program yang dirangka berjalan dengan baik, pihak PIBG SKOL ingin terus merayu
kepada ibu bapa agar bersama – sama membantu dengan membuat sumbangan berdasarkan persetujuan yang
diperoleh semasa Mesyuarat Agong yang lalu, demi kebaikan anak – anak di SKOL. PIBG SKOL sentiasa berusaha
bagi menampung keperluan – keperluan penting dan perlu, berdasarkan dana yang ada dan bantuan dana luar.

4. Bagi ibu bapa yang masih belum menyumbang dan ingin berbuat demikan, sumbangan tuan puan boleh
disalurkan terus kepada guru kelas anak masing – masing, pada 17 Januari 2023 atau seterusnya.

Segala kerjasama dan keprihatinan tuan pian didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

Saya yang menjalankan amanah,

…………………………………………...
(NOR SYAHRIL BIN MOHD MAZLAN)
Yang Dipertua

sk:
1.Fail PIBG

Anda mungkin juga menyukai