Anda di halaman 1dari 5

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SMK Sungai Manggis


Kampung Sungai Manggis TEL :03 31871035
42700 Banting FAKS :03 31801461
Selangor Darul Ehsan Email :beb1073@btpnsel.edu.my
BEB1073@ moe.gov.my
_________________________________________________________________________________________
Rujukan Kami : SMKSM.700-1/1(05)
Tarikh :

Kepada,

Ibu/Bapa/Penjaga

Nama pelajar : _______________________

No. kad pengenalan : _______________________

Tingkatan : _______________________

Tuan/ Puan

SURAT TAWARAN PERLANTIKAN SEBAGAI PENGAWAS SMK SUNGAI MANGGIS BAGI TAHUN 2020

Lembaga Disiplin dan Pengawas sekolah telah bermesyuarat dengan pihak pengurusan dan pentadbiran SMK
Sungai Manggis dan mengambil keputusan untuk melantik anak tuan/puan sebagai pengawas SMK Sungai
Manggis,42700 Banting, berkuatkuasa mulai 1.1.2020.

2. Perlantikan ini tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-

a. Menjalankan tugas dengan penuh disiplin, bertanggungjawab, amanah dan jujur.


b. Pengawas tidak harus membelakangkan tugas dan tanggungjawabnya demi kepentingan
diri dan orang lain.
c. Sentiasa terbuka untuk menerima kritikan dan bersedia berkhidmat untuk sekolah.
d. Mengekalkan rekod prestasi akademik yang baik.
e. Semua peraturan yang tertera dalam buku peraturan sekolah dipatuhi termasuk tidak
membawa telefon bimbit ke sekolah.
f. Sentiasa menghormati, bersopan santun dan berbudi bahasa terhadap semua guru dan
warga sekolah yang lain.
g. Wajib menghadiri semua majlis rasmi sekolah.
h. Kehadiran sekolah perlu mencapai minimum 85%.
i. Menerima dan mengikut arahan Lembaga Disiplin and Pengawas sekolah dari semasa ke
semasa.
j. Akur dengan jadual tugasan dan peraturan pengawas.
k. Pelantikan ini ádalah dari tahun ke tahun, di mana setiap tahun pengawas harus melalui
proses pelantikan semula.
l. Lembaga Disiplin dan Pengawas sekolah berhak melucutkan jawatan pengawas pada bila-
bila masa sahaja jika didapati perkhidmatan pengawas tersebut kurang memuaskan.
3. Pihak sekolah berhak dan berkuasa mengambil tindakan terhadap pengawas yang tidak mematuhi mana-
mana syarat mahupun peraturan sepertimana tertera di atas.

4. Pihak ibubapa perlu memulangkan borang kebenaran sebagai tanda menerima atau menolak perlantikan ini.

5. Kerjasama daripada pihak tuan/puan amat dihargai.

Sekian, terima kasih,

Saya yang menjalankan amanah,

________________________
Kepada,

Pengetua,
Sekolah Menengah Methodist,
42700 Banting,
Selangor Darul Ehsan. ______________

Tuan,

SURAT PENERIMAAN / PENOLAKAN PERLANTIKAN SEBAGAI PENGAWAS


DI SMK SUNGAI MANGGIS BGI TAHUN 2020

Merujuk perkara di atas, saya ___________________________________,

No. Kad pengenalan ______________________ ibu/ bapa/ penjaga kepada

pelajar bernama __________________________ dari tingkatan_______________tahun______________,

* Membenarkan / tidak membenarkan anak jagaan saya dilantik sebagai pengawas bagi tahun 2020.

Saya setuju dengan syarat- syarat yang terkandung dalam surat tawaran yang disertakan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
_______________________

( )

* potong yang tidak berkenaan

Anda mungkin juga menyukai