Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BULOH

47000 SUNGAI BULOH, SELANGOR.


No. Tel : 03-61561669 Faks : 03-61571926 Email:sksgbuluh@gmail.com

Tarikh : __ FEBRUARI 2017

Kepada,

Dato/ Datin/ Tuan / Puan/ Encik,

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PERALATAN MAKMAL KOMPUTER SK SUNGAI


BULOH.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit ICT Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh sedang
mengadakan Kempen Pembelajaran Alam Maya yang telah bermula Januari yang lalu dan akan
berlangsung sepanjang tahun sehingga mencapai objektifnya.

3. Kempen ini adalah adalah untuk menggalakkan murid-murid serta para guru dalam
mengintegrasikan laman maya VLE Frog dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Sehubungan
dengan itu, kami ingin memohon sumbangan daripada pihak Dato/ Datin/ Tuan/ Puan/ Encik dalam
bentuk peralatan seperti yang dilampirkan pada kertas kerja.

4. Sumbangan, kerjasama dan keprihatinan daripada pihak Dato/ Datin/ Tuan/ Puan/ Encik
amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

..
(AB. HALID BIN ZAKARIA)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh,

Anda mungkin juga menyukai