Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN HAMID KHAN

35000 TAPAH
PERAK DARUL RIDZUAN
Kod Sekolah : AEA0033
No. Telefon : 05-4011181
Fax : 05-4014200

______________________________________________________________________________________________
Rujukan Tuan :
Rujukan Kami : SMKHKT/01/016/003.Jld4( )
Tarikh : 12 April 2017

Yang Berhormat,
Dato Haji Shamsudin Bin Haji Abu Hassan
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan
Dan Koperasi, Hal Ehwal Pengguna, NGO Dan
Masyarakat Sivil

Merangkap :
Ahli Dewan Undangan Negeri
Kawasan Ayer Kuning

Yang Berhormat Dato,

UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan


ucapan terima kasih kerana meluluskan peruntukan berjumlah RM10,000.00 bertujuan untuk
menghiasi bilik pendidikan pencegahan dadah SMK Hamid Khan. Kelulusan ini diberikan
semasa Yang Berhormat Datuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 43 dan Majlis
Anugerah Kecemerlangan Akademik kali ke 41 pada 30 Mac 2017.

3. Pihak sekolah memohon jasa baik Yang Berhormat Datuk agar peruntukan tersebut
dapat disalurkan dengan kadar segera. Bersama sama dengan ini diserta salinan buku akuan
bank PIBG SMK Hamid Khan (CIMB BANK = 80-0489144-1) dan kertas kerja bilik
pendidikan pencegahan dadah.

4. Segala jasa baik dan keprihatinan Yang Berhormat Datuk atas kelulusan tersebut
didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'

Saya yang menurut perintah,

.......................................................
(ADNAN BIN MOHD RAPIAI)
Yang Di Pertua PIBG

s.k Fail PIBG

Anda mungkin juga menyukai