Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN UMAS-UMAS

Peti Surat No. 60911, 91019 Tawau, Sabah, Malaysia


Tel : 089-745676 No.Faks: 089-745677 Kod Sekolah : XBA 3009

No. Ruj. : XBA 3009/700-8/04-003


Tarikh : 4 Julai 2017
En. Abdul Rauf Bin Salleh
Pengurus
Kilang Sawit Umas
Tawau, Sabah

Tuan

MEMOHON BANTUAN TANAH HITAM BAGI TANAMAN HIASAN LUAR BILIK DARJAH

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

02. Sukacita dimaklumkan bahawa Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Umas Umas Tawau
mula beroperasi sejak Ogos tahun lalu. Lantaran itu, PPKI ingin membuat penyelengaraan tanaman hiasan
bagi keceriaan luar bilik darjah.

03. Sehubungan itu, pihak PPKI SK Umas Umas memohon jasa baik untuk pihak tuan untuk memberi
sedikit bekalan tanah hitam bagi membantu menyuburkan lagi tanaman hiasan luar kelas PPKI kami.

04. Semoga permohonan kami akan mendapat perhatian sewajarnya dan sumbangan yang diberikan
amatlah kami hargai. Kerjasama dan keprihatinan yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

………………………………………
(ANDI NUR KHUZAIMAH BINTI DOLAR)
Penyelaras Program Pendidikan Khas Integrasi
Sekolah Kebangsaan Umas-Umas, Tawau.

Sk.Fail

Anda mungkin juga menyukai