Anda di halaman 1dari 14

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu

PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASIONAL


Disediakan Untuk : Puan Fatahiyah Binti Mohd Ishak

IPGM Kampus Darulaman, Jitra Kedah BMM 3117 [ Jabatan Pengajian Melayu ]

Ahli Kumpulan

BANDAN

ETTIKA

NURA

Pengenalan
Pembelajaran berasaskan situasi diwujudkan oleh guru. Definisi guru mewujudkan satu situasi dan murid dibimbing melaksanakan situasi tersebut dengan pelbagai cara termasuk main peranan dan situasi.

Mackey(1965), salah seorang perintis dalam pembelajaran berasaskan situasional, berpendapat bahawa penyataan lisan bukan sahaja merangkumi semua unsur kefahaman mendengar serta penggunaan bunyi bahasa dalam pola-pola nada dan intonasi yang betul tetapi juga merangkumi pemilihan kata-kata dan elemen-elemen infleksi serta penyusunannya supaya tergambar makna yang betul.

Pembelajaran berasaskan situasional berlandaskan teori bahasa struktural dan behavioris sesuai dengan pembentukan kemahiran lisan murid. Murid perlu menguasai beberapa kemahiran kecil untuk memahami, mengingat serta menyebut sistem bunyi dan struktur yang betul. Pendekatan ini sesuai digunakan dalam aktiviti awalan bagi membina kemahiran mendengar dan bertutur.

Contoh Situasi dalam Pengajaran


Pengajaran : Tatabahasa

Tajuk : Kata ganti nama diri

Contoh situasi : Situasi Kekeluargaan

Guru menyebut kata ganti nama diri pertama (saya, aku), diikuti oleh semua murid.

Untuk mengukuhkan lagi kemahiran mendengar dan bertutur, murid mengajuk kata ganti nama tersebut secara individu pula.

Kemudian guru menggabungkan kata ganti diri pertama dengan kata ganti nama diri kedua dan ketiga dalam pelbagai situasi perhubungan : sesama rakan dan dengan guru.

Setiap tindak balas pertuturan yang betul perlu diberikan peneguhan supaya diulangi.

Murid tidak boleh bertutur dengan lancar jika mendengar pertuturan orang lain sahaja.

Pengajaran kemahiran bertutur memerlukan pelbagai usaha yang kompleks

Berikan murid peluang dan ruang untuk bertutur.

PRINSIP

AKTIVITI BAGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASIONAL


Latih tubi

Dialog dan Nyanyian

Latihan Pandang dan Sebut

Lakonan

Latih Tubi
Mulakan dengan penyebutan guru, kemudian murid meniru dan mengulangi sebutan tersebut. Sekiranya murid masih bermasalah dengan sebutan tersebut, murid harus ulanginya lagi. Latih tubi meliputi penyebutan ayat, frasa, perkataan, suku kata dan bunyi-bunyi fonem yang diambil dibahagian dialog kemudian dibaca oleh murid. Pasangan perkataan yang mempunyai perbezaan yang paling kecil tetapi dapat menghasilkan makna digunakan. Contoh: daki dengan laki, tari dengan lari.

Dialog dan Nyanyian


Dialog atau perbualan merupakan bahan yang sering digunakan dalam latihan lisan. Bahagian-bahagian dialog akan dilatih tubi oleh guru sebelum guru dapat menyuruh murid meniru dan menghafal dialog. Aktiviti nyanyian dapat membantu murid-murid menguasai kemahiran lisan kerana menyanyi memerlukan penyebutan bunyi-bunyi dengan betul, mengikut rentak, nada yang betul.

Latihan Pandang Dan Sebut


Gambar-gambar boleh digunakan bagi menghasilkan pertuturan. Latihan pandang dan sebut merupakan latih tubi bertutur dengan menggunakan gambargambar yang dimasukkan dalam teks latihan Carta bergambar, bahagian filem dan slaid juga digunakan. Semua alat digunakan supaya murid-murid dapat menghasilkan pertuturan yang baik.

Lakonan
Guru boleh merancang pengajaran menggunakan teknik lakonan atau main peranan. Guru merancang satu situasi untuk murid lakonkan. Contohnya, situasi di pasar raya, seorang murid akan memainkan peranan sebagai pembeli manakala seorang murid lagi sebagai penjual.

Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai