Anda di halaman 1dari 12

NURDIYANAH BT JINLI ZAITARUL AKMA BT ZAKARIA

Permainan adalah satu jenis aktiviti yang menarik & merangsang minda murid
Aktiviti ini amat secocok dengan sifat-sifat & naluri semula jadi murid yang sukakan hiburan, cabaran dan kepuasan. Guru boleh menggunakan permainan sebagai satu pendekatan mengajar yang positif. Bermain biasanya bersifat komunikatif & menghiburkan.

Murid belajar lebih banyak melalui aktiviti kerana permainan memberi lebih banyak peluang untuk melibatkan diri dalam proses komunikasi.

Bagi guru di sekolah, permainan merupakan alat yang amat penting kerana dapat digunakan apabila kanak berhadapan dengan konsep dan kemahiran yang memerlukan peneguhan. Permainan juga dianggap penting sebagai alat yang boleh membantu mendorong murid belajar sesuatu yang baru secara berkesan.

CIRI-CIRI PEMBELAJARAN BERASASKAN PermainAN


Syarat dan peraturan dalam permainan mendorong persaingan sihat Mewujudkan hubungan yang rapat antara tindakan dan maklum balas Murid berpeluang melakukan sendiri aktiviti dan permainan

Murid berpeluang menilai keputusan mereka dan sterusnya merancang tindakan susulan.

Cabaran perlu disesuaikan dengan tahap kebolehan murid

Mendorong murid mempeoleh kemahiran dan pengetahuan yang baharu.

KEBAIKAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PERMAINAN


Memberi peluang kepada murid memperoleh latihan secara intensif Mendiagnosis atau melakukan bedah siasat terhadap pencapaian murid Menimbulkan situasi pembelajaran yang menggembirakan murid Memupuk kemampuan saling bersaing dalam kalangan murid Menanam semangat kerjasama murid Melatih murid untuk mengaktifkan kecekapan berbahasa

Prinsip pelaksanaan permainan bahasa


Permainan yang dipilih memenuhi kehendak psikologi murid (umur, minat, kebolehan mental/pengalaman) Guru membimbing murid semasa bermain Guru berbincang dengan murid tentang kesalahan yang dilakukan

Guru peka dengan objektif permainan

Penerangan tentang peraturan dan syarat permainan

Perlu ada bahagian penutup

mampu memberikan sumbangan terhadap peningkatan tahap berbahasa dan pengetahuan/kemahiran murid

Guru merancang permainan terlebih dahulu

Permainan difokuskan kepada sesuatu kemahiran/pengetahuan

Langkah-langkah Melaksanakan Aktiviti


Guru menerangkan terlebih dahulu permainan yang akan dimainkan. Murid harus tahu apakah yang akan dikaitkan oleh permainan itu.

Sekiranya permainan itu memerlukan penerangan & penjelasan, guru harus menyediakan kad atau salinan foto. Edarkan salinan foto ini kepada murid & beri mereka sedikit masa untuk mempelajarinya.

Guru kemudiannya menunjukkan cara bagaimana permainan itu dapat dilaksanakan. Gunakan seorang murid atau sekumpulan murid untuk lakukan demonstrasi di hadapan kelas.
Dengan cara ini, idea bagi permainan tersebut adalah lebih mudah dikuasai melalui salinan foto yang dibekalkan & penerangan secara verbal tidak dapat membantu pemahaman murid secara berkesan.

Permainan hendaklah digunakan mengikut peringkat dalam pelajaran. Permainan harus berfaedah & menyumbang sesuatu bagi mengukuhkan pengetahuan & kemahiran yang hendak dipelajari & dikuasai.
Kelas boleh dikendalikan secara berpasangan atau berkumpulan. Permainan secara individu boleh juga dijalankan untuk mepertingkatkan kemahiran murid.

Nama permainan : Mendengar & melakukan Tujuan : Supaya murid boleh mendengar dengan betul & mengikut arahan. Bahan : Struktur ayat : Pegang hidung kamu, sentuh tangan kamu & lain-lain. Cara bermain: Guru memberi arahan seperti : 1. Bongkokkan badan kamu. 2. Angkat tangan kamu 3. Pusingkan badan kamu

Contoh-contoh Permainan Bahasa

Murid-murid membuat arahan itu sambil berkata saya bongkokkan badan saya, saya angkat tangan saya.
Jika terdapat perbuatan yang salah, maka murid itu tidak dapat markah, kalau betul dapat markah.

TERIMA KASIH!

Anda mungkin juga menyukai