Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU

TUGASAN KERJA KURSUS


TAHUN AKADEMIK 2022

PROGRAM : PISMP NAMA PELAJAR :

KOD : EDUP3103
Semester /Tahun : Sem 1 – Tahun 1
NAMA KURSUS : Ambilan : Jun 2022
Psikologi Perkembangan Kanak-Kanak dan Kumpulan : PAI 1- 4
Remaja
Developmental Psychology for Children and
Adolescents

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar

1.
Ujian - 15%
# 26 Ogos 2022
2.
Penulisan (1600 patah perkataan) – 35%
24 Ogos 2022 14 Sept 2022

Hasil Pembelajaran Kursus:


1. Menerangkan konsep psikologi perkembangan, prinsip asas dan faktor-faktor yang
mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan individu, dan implikasi terhadap
pengajaran dan pembelajaran (C2, HP1)
2. Menghubungkaitkan teori-teori perkembangan kognitif dan bahasa, serta sosioemosi dari
peringkat kanak-kanak hingga awal remaja dengan implikasinya terhadap pengajaran dan
pembelajaran (C4, A2, HP2, HP5, KKG2, KIK9)
3. Menganalisis perkembangan fizikal, moral, gender, personaliti, konsep kendiri serta
kategori dan ciri-ciri kanak-kanak berkeperluan khas dan implikasinya terhadap pengajaran
dan pembelajaran (C4, HP2, KKG2)

Kerja Kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran : 1 dan 2

Objektif Kerja Kursus : Pada akhir kerja kursus ini siswa pendidik dapat :
1. menjawab soalan ujian yang dikemukan berdasarkan topik 1 dan 2.
2. menulis esei berhubungkait dengan aspek perkembangan dan pertumbuhan mencakupi
peringkat kanak-kanak hingga awal remaja.

Gambar 1 – Aspirasi Pelajar


Prinsip pendidikan untuk semua, perlu dijadikan asas dalam memastikan akses dan enrolmen
setiap lapisan murid dari peringkat prasekolah ke peringkat sekolah menengah dapat dipenuhi.

Dalam usaha merealisasikan kemenjadian murid, kefahaman serta kemahiran dalam aspek
perkembangan psikologi perkembangan kanak-kanak dan remaja dalam kalangan pendidik
mampu membantu guru merangsang pembelajaran di sekolah.

Sehubungan dengan ini, anda dikehendaki melaksanakan tugasan kerja kursus yang berikut :

TUGASAN 1 : UJIAN (15%)

3 Soalan struktur pendek


Akan dilaksanakan setelah tamat topik 1 dan 2
Tempoh masa 1 jam – OBT

TUGASAN 2 : PENULISAN (ESEI – 35%)


- Anda dikehendaki menulis esei mengaitkan kepentingan pengetahuan psikologi
perkembangan kanak-kanak dan remaja dalam mencapai aspirasi murid sebagai mana
yang telah termaktub dalam PPPM 2013-2025.
- Esei yang dihasilkan hendaklah merujuk kepada sub topik 4 dan 5 dan membuat
hubungkait dalam penghasilan esei yang kritis.
- Panjang esei 6-8 muka surat dan merujuk sekurang-kurangnya 5 sumber yang berkaitan
terutama dari rujukan utama yang terdapat dalam MK.
Arahan Pelaksanaan Tugasan :
Tugasan ini dilaksanakan secara individu. Anda digalakkan bergerak secara kolaboratif
untuk mengumpul maklumat serta berbincang dalam pelaksanaan tugasan ini.

1. Buat rujukan yang mencukupi dan terkini serta lampirkan senarai rujukan dalam
penulisan anda.
2. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut :

i. Font Arial
ii. Saiz huruf ialah 11 point
iii. Langkau 1.5 baris
iv. Rujukan mengikut format A.P.A (American Psychological Association)

3. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali. Jika didapati berlaku, pelajar akan
digagalkan kerja kursus.

4. Muka depan tugasan merangkumi:


i. Nama siswa pendidik
ii. Angka giliran
iii. No. Kad Pengenalan
iv. Kumpulan/Unit
v. Kod dan Nama Kursus
vi. Nama Pensyarah
vii. Tarikh hantar

5. Anda mesti hantar tugasan anda mengikut tarikh yang ditetapkan.Tugasan yang
dihantar lewat tanpa sebab yang kukuh boleh menjejaskan gred kerja kursus anda.

6. Tugasan ini membawa peratusan wajaran 50 %.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut :


1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.
2. Tugasan anda haruslah meliputi perkara berikut:
2.1 Pengenalan yang berupaya untunk mengupas persoalan tugasan dengan ringkas, tepat
dan bernas.
2.2 Perkembangan idea yang berwacana
2.3 Rumusan/cadangan yang praktikal

3. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang menyokong hujah-hujah hendaklah dikemukakan.


4. Keseluruhan pengolahan isi perlu menunjukan ciri-ciri keaslian dengan sokongan bukti yang
relevan secara ilmiah.
5. Format dan penulisan esei perlu jelas dan koheran.
6. Penulisan esei harus menunjukkan kefasihan bahasa, laras bahasa yang sesuai, tiada
kesalahan ejaan serta kematangan hujah.

Kriteria Pentaksiran
Tugasan ini disemak berdasarkan rubrik pentaksiran yang disediakan

Disediakan oleh: Disemak oleh:

( Latifah binti Monnas ) ( En Sukran bin Nalamin )


Penyelaras Kursus EDUP3102 Pakar Bidang (SME) / Pensyarah Kanan
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG Kampus Tawau

Disahkan oleh
(Latifah binti Monnas)
Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG Kampus Tawau
RUBRIK PEMARKAHAN PENULISAN ESEI (35%)

GRED SKALA DESKRIPTOR


35 MARKAH

Amat Menganalisis maklumat/ data dan membuat perkaitan


Cemerlan - Sangat berkebolehan membuat perkaitan dan menganalisis pola, trend
g atau kesamaan data berasaskan maklumat dengan jelas, saintifik dan
A+ 35-31.5 tepat.
Melaksanakan tindakan penyelesaian masalah
- Sangat berkemahiran melaksanakan tindakan penyelesaian masalah
dengan efektif.
Penulisan yang sistematik
- Boleh menulis idea yang sistematik dan dapat meningkatkan
penguasaan pembelajaran mengikut konteks dengan sangat baik.
Menganalisis maklumat/ data dan membuat perkaitan
Cemerlan - Berkebolehan membuat perkaitan dan menganalisis pola, trend atau
g 30.5-28 kesamaan data berasaskan maklumat dengan jelas, saintifik dan tepat
A, A- Melaksanakan tindakan penyelesaian masalah
- Berkemahiran melaksanakan tindakan penyelesaian masalah dengan
baik.
Penulisan yang sistematik
- Boleh menulis idea yang sistematik dan dapat meningkatkan
penguasaan pembelajaran mengikut konteks dengan baik.
Menganalisis maklumat/ data dan membuat perkaitan
Kepujian - Berkebolehan membuat perkaitan dan menganalisis pola, trend atau
27-24.5 kesamaan data berasaskan maklumat.
B+, B, B- Melaksanakan tindakan penyelesaian masalah
- Berkemahiran melaksanakan tindakan penyelesaian masalah tetapi
kurang efektif.
Penulisan yang sistematik
- Boleh menulis idea yang sistematik dan dapat meningkatkan
penguasaan pembelajaran mengikut konteks dengan memuaskan
Menganalisis maklumat/ data dan membuat perkaitan
Lulus - Berkebolehan membuat perkaitan dan menganalisis pola, trend atau
kesamaan data berasaskan maklumat tetapi kurang tepat.
C+, C 23-19.5 Melaksanakan tindakan penyelesaian masalah
- Tidak berkemahiran melaksanakan tindakan penyelesaian masalah.
Penulisan yang sistematik
- Boleh menulis idea yang sistematik
Gagal Menganalisis maklumat/ data dan membuat perkaitan
C-, D+, D 18> - Tidak berkebolehan membuat perkaitan dan menganalisis pola, trend
&F atau kesamaan data berasaskan maklumat.
Melaksanakan tindakan penyelesaian masalah
- Tidak berkemahiran melaksanakan tindakan penyelesaian masalah.
Penulisan yang sistematik
- Tidak boleh menulis idea yang sistematik.

Anda mungkin juga menyukai