Anda di halaman 1dari 27

Seni bahasa dalam

PUISI
TRADISIONAL
BERSAMA:
PN NORLIZA BT SALIM
KOTA TINGGI, JOHOR.
GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU
PENGAMAL PUISI TRADISIONAL
JURULATIH UTAMA DIDIK HIBUR
JURU LATIH UTAMA KSSR (SENI BAHASA)
PANTUN PEMBUKA BICARA

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari pulau mutiara;
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Bukan lebah sebarang lebah,


Lebah bersarang di rumpun buluh;
Bukan sembah sebarang sembah,
Sembah menyusun jari sepuluh.
Definisi lama puisi ialah karangan berangkap.
Karangan ini terikat kepada bentuknya
yang khusus dan tetap, sama ada pada jumlah
perkataan dalam baris, jumlah baris dalam
rangkap, rima dan irama, dan jumlah suku
kata. Menurut Pendeta Bahasa, Za'ba, puisi
ialah karangan berangkap yang khas dipakai
untuk melafazkan fikiran yang cantik
dengan bahasa yang indah, dan melukiskan
kemanisan dan kecantikan bahasa.
Abdul Rasid Jamian dan Arba’ie Sujud (2001:32),
pula menggariskan beberapa objektif tentang penggunaan
bahan sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu
seperti berikut:

1.Menggalakkan seseorang itu membaca kerana minatnya


didorong oleh kebolehannnya membaca, memahami, dan
berfikiran kritis terhadap apa yang dibaca.
Oleh itu semakin banyak pembacaan semakin meningkat
kebolehan menggunakan bahasa

2. Memahami setiap hal dalam tatabahasa secara tidak


langsung. Begitu juga dalam penggunaan bahasa daerah,
ungkapan, istilah dan struktur ayat yang kesemuanya terjadi
mengikut keadaan yang benar dalam karya sastera.
3.Membolehkan seseorang memberikan penafsiran atau
interpretasi kepada sesuatu kenyataan yang ditemui dalam
pembacaannya.

4.Menghayati keindahan bahasa dan mendorong melahirkan


penggunaan bahasa yang baik serta menarik kepada
perkembangan kebudayaan yang bernilai.

5.Karya sastera kebanyakannya mencerminkan dan


merakamkan peristiwa perlakuan manusia, dapat mengenali
sistem sosial dan sosiobudaya sekitar mereka.
6.Minat pelajar dapat dipupuk melalui pendedahan
bahan-bahan sastera . Secara tidak langsung akan
menanam atau menimbulkan minat yang terpendam
dalam penulisan.

7.Untuk menyemai pemikiran positif dan kreatif serta


optimis dalam menggalakkan hasrat dan proses
pendidikan seumur hidup.

8.Untuk mendidik para pelajar mengamalkan


keperibadian yang seimbang peranannya sebagai ahli
sebuah komuniti.
Puisi Melayu termasuk dalam golongan
karya kesusasteraan bentuk bukan cerita (non-
naratif). Pengkelasan puisi Melayu boleh dibuat
berdasarkan bentuk, isi/tema, dan fungsi.
Berdasarkan kepada pengkelasan ini, jenis-jenis
puisi Melayu tradisional terbahagi kepada dua
belas iaitu pantun, syair, gurindam, nazam, seloka,
teka teki, peribahasa
berangkap, teromba, talibun prosa berirama
dan lain-lain.
Siakap senohong gelama ikan duri,
Bercakap bohong lama-lama mencuri.

Mengaku dulang paku serpih,


Mengata orang dia yang lebih.

Banyak udang banyak garam,


Banyak orang banyak ragam.

Mentimum bongkok di balik tiang,


Ayam berkokok alamat nak siang.

Gendang gendut tali kecapi,


Kenyang perut suka hati.

Sudah gaharu cendana pula,


Sudah tahu bertanya pula.
Dahulu parang sekarang besi,
Dahulu sayang sekarang benci.

Tokok takal muka pintu,


Orang nakal memang begitu.

Keli masuk ruan keluar,


Matahari masuk bulan keluar.

Duduk inding enggag tap,


Senduk di dinding, panggang di atap.

Secupak padi, setahil berangan,


Tersepak kaki, terkehel tangan.

Kapal belayar dalam semak,


Perut lapar semua lemak.
Pantun Budi:

Tenang-tenang air di laut,


Sampan kolek mudik ke tanjung;
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi sedikit rasa nak junjung.

Pulau pandan jauh ke tengah,


Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.

Pisang emas dibawa belayar,


Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.
Tanam serai tanam halia,
Tanam juga pokok sengkuang;
Orang berbudi disanjung mulia,
Ke mana pergi tiada terbuang.

Kalau ada jarum patah,


Jangan disimpan di dalam peti;
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.
Pantun Kanak-kanak:

Jangan gergaji pokok talas,


Nanti lesung dimakan pahat;
Jangan menjadi orang malas,
Perut kosong badan tak sihat.

Bintang tujuh sinar berseri,


Bulan purnama datang menerpa;
Ajaran guru hendaklah dicari,
Apa yang dapat jangan dilupa.

Terang bulan di malam sepi,


Cahaya memancar ke pokok kelapa;
Hidup di dunia buatlah bakti,
Kepada saudara ibu dan bapa.
Dengarkan tuan ibunda berperi,
Kepada anakanda guru bestari;
Jika benar kepada diri,
Nasihat kebajikan ibunda beri.

Kesukaan murid anakanda cari,


Supaya hatinya tidak lari;
Masyhurlah anakanda sentiasa dicari,
Sebab kelakuan bijak bestari.
CONTOH IRAMA SYAIR:
1. IRAMA SITI ZUBAIDAH
2. IRAMA SELENDANG DELIMA
3. IRAMA NARASI/SARAWAK
4. IRAMA DODOI
5. IRAMA PERINDU
6. IRAMA BATU BELAH
7. IRAMA TOK KENALI
8. IRAMA DANDAN SETIA
9. IRAMA PERANTAU
Kata “seloka” berasal dari bahasa Sanskerta
iaitu sloka. Seloka adalah bentuk
puisi Melayu Klasik, berisi pepatah maupun
perumpamaan yang mengandung senda
gurau, sindiran, bahkan ejekan. Umumnya
ditulis empat baris memakai bentuk
pantun/syair, terkadang bisa juga ditemui
seloka yang ditulis lebih dari empat baris.
Ciri seloka secara umum:

1.1 bait terdiri dari 4 baris.

2.Sajak a-b-a-b.

3.Baris ke 1 dan ke 2 merupakan sampiran, dan


baris ke 3 dan 4 merupakan isi.

4.Setiap baris terdiri dari 4 suku kata.

5.Rangkaian pantun yang sambung


menyambung.
Fungsi dan Jenis Seloka

Fungsi Seloka iaitu untuk mengkritik semua sikap


negatif dari anggota masyarakat tanpa harus
menyinggung perasaan dari anggota masyarakat
tersebut.

Seloka juga boleh menjadi panduan atau


pengajaran bagi individu yang terkait.

Selain itu fungsi seloka sangat bergantung kepada


isinya iaitu untuk menyindir, mengejak,
menempelak, melahirkan rasa benci karena sikap
manusia, memberi pengajaran dan panduan, serta
sebagai alat protes sosial.
Jenis seloka:
•Seloka khayal
•Seloka menempelak
•Seloka mengejek
•Seloka gurau senda
•Seloka nasihat

Anda mungkin juga menyukai