0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
388 tayangan3 halaman

Rekabentuk Model Kurikulum Tyler

Model Tyler menyarankan empat langkah utama dalam membangun kurikulum: (1) menentukan tujuan pendidikan berdasarkan kajian pelajar dan kebutuhan masyarakat, (2) merancang pengalaman pembelajaran untuk mencapai tujuan, (3) menyusun pengalaman secara sistematis, dan (4) mengevaluasi pencapaian tujuan.

Diunggah oleh

Anonymous 9dqwS3
Hak Cipta
© © All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd
0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
388 tayangan3 halaman

Rekabentuk Model Kurikulum Tyler

Model Tyler menyarankan empat langkah utama dalam membangun kurikulum: (1) menentukan tujuan pendidikan berdasarkan kajian pelajar dan kebutuhan masyarakat, (2) merancang pengalaman pembelajaran untuk mencapai tujuan, (3) menyusun pengalaman secara sistematis, dan (4) mengevaluasi pencapaian tujuan.

Diunggah oleh

Anonymous 9dqwS3
Hak Cipta
© © All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd

MODEL PEMBINAAN KURIKULUM RALPH W.

TYLER

Model Tyler adalah merupakan model pembinaan kurikulum paling klasik yang menjadi
asas kepada model model pembinaan kurikulum seterusnya. Model yang dikenali sebagai Tyler
Rationale telah dikemukakan oleh Tyler pada tahun 1949. Beliau menggunakan perkataan
rationale kerana bagi beliau model yang dicadangkannya bukanlah satu panduan untuk
pembinaan kurikulum kerana ia tidak menjalankan kajian seara terperinci tentang langkah
langkah yang perlu diambil bagi setiap sekolah atau kolej. Tetapi ia cumalah sebagai garis panduan
yang umum kepada Pembina kurikulum yang lain untuk mengguna pakai idea serta kaedahnya.
Tyler telah menyusun kaedah pembinaan kurikulumnya kepada empat persoalan asas yang
perlu dijawab dalam membina kurikulum iaitu:

1. Apakah tujuan tujuan pendidikan yang hendak dicapai oleh sekolah?


2. Apakah pengalaman pengalaman pembelajaran yang perlu disediakan untuk mencapai
tujuan tujuan tersebut?
3. Bagaimanakah pengalaman pengalaman pembelajaran tersebut dapat disusun dengan
berkesan?
4. Bagaimanakah kita menentukan sesuatu tujuan tujuan tersebut telah dicapai?

Menurut Tyler (1949) lagi, secara umumnya beberapa penjelasan perlu diperjelaskan
dalam membina sesebuah kurikulum iaitu matlamat dan objektif, jenis kandungan atau
pengalaman yang boleh menolong pelajar mencapai objektif, keperluan kandungan dan
pengalaman yang hendak dicapai disusun dengan kemas dan keperluan hasil pelaksanaan
kurikulum tersebut dinilai dengan cara yang tertentu.

PENILAIAN TUJUAN

PENGALAMAN
PENYUSUNAN
PEMBELAJARAN

Rajah: Tyler Rationale


Tujuan

Tyler mencadangkan setiap kurikulum yang dibentuk perlulah menentukan tujuan


pendidikan yang ingin dicapai. Setiap tujuan pendidikan yang dibentuk perlulah mempunyai
kesahan keperluannya yang tinggi. Ini adalah kerana, tujuan pendidikan yang dibentuk
berkepentingan kepada proses proses pembinaan kurikulum seterusnya. Menurut Tyler, pada
peringkat penentuan tujuan kepada sesebuah kurikulum itu, fakta, maklumat atau data yang
digunakan perlulah mempunyai nilai kesahan yang tinggi. Ia adalah kerana, bagi memastikan
pembinaan sesebuah kurikulum itu benar benar berfungsi dan mencapai keperluannya. Tyler
menyarankan juga supaya semua fakta, maklumat dan disusun tujuan tujuannya. Untuk
mendapatkan fakta, maklumat dan data tersebut, ia boleh diperolehi daripada 1) kajian terhadap
pelajar untuk menentukan apakah keperluan pelajar dari segi fizikal, sosial, emosi, spiritual dan
sebagainya, menentukan apakah pengetahuan, idea, sikap, dan tabiat pelajar, menentukan apakah
minat pelajar, 2) kajian terhadap keadaan semasa untuk menentukan apakah pengetahuan,
kemahiran dan kebolehan yang diperlukan dalam masyarakat semasa, memastikan pendidikan
dapat dipindahkan ke alam pekerjaan dan 3) didapati daripada cadangan pakar subjek melalui
penulisan dan cadangan pakar serta melalui laporan yang dibuat oleh pakar atau jawatankuasa
dalam bidang tertentu.kajian kajian mengenai pelajar. Tyler juga menyatakan bahawa penentuan
tujuan adalah berpandukan falsafah dan menggunakan pendekatan psikologi pembelajaran sebagai
aspek yang turut diperincikan dalam menentukan tujuan kurikulum dengan melihat kepada apakah
sebenarnya yang sesuai atau tidak sesuai untuk dipelajari. Hasil dapatan tesebut akan diperincikan
dan terlebih dahulu membentuk falsafah pendidikan yang dihasratkan dari pembinaan kurikulum
tersebut. Seterusnya, falsafah berkenaan akan digunakan sebagai satu garis panduan dalam
menyenaraikan tujuan dan objektif kurikulum yang akan dibentuk dalam proses pembinaan
kurikulum yang berikutnya. Setelah tujuan dan objektif disenaraikan berdasar kepada falsafah
pendidikan yang dibentuk, keperluan menentukan apakah yang hendak dipelajari perlu diberikan
tumpuan. Tyler mencadangkan supaya guru guru memikirkan senarai kandungan dan kemudian
menyemak kembali apakah kandungan tersebut menepati objektif yang hendak dicapai.

Pengalaman Pembelajaran

Tyler menyarankan agar pemilihan pengalaman pembelajaran dilakukan dengan


mengambil kira pengalaman lampau dan pandangan pelajar berhubung perkara yang dipelajari
atau situasi pembelajaran yang dialami. Walau bagaimanapun, Tyler telah menggariskan lima
prinsip umum yang perlu digunakan bagi menentukan pengalaman pembelajaran iaitu 1)
pengalaman yang memberi peluang kepada pelajar mengamalkan tingkah laku yang diharapkan
dan 2) pengalaman pembelajaran yang mempunyai daya penarik atau menarik minat pelajar, 3)
tindak balas yang diperlukan di dalam pengalaman itu bukanlah sesuatu yang di luar jangkauan
keupayaan pelajar tersebut, 4) wujud alternatif pengalaman pembelajaran untuk mencapai
objektifnya dan 5) variasi hasil daripada pengalaman pembelajaran yang sama. Tujuan prinsip
prinsip ini digariskan adalah supaya pengalaman pembelajaran yang dirancang dapat memberikan
hasil yang baik dan mantap. Secara tidak langsung, ia juga dapat membantu memastikan sama ada
pengalaman yang dibentuk bersesuaian atau tidak dengan kandungan kurikulum yang akan
dibentuk.
Penyusunan

Tyler menekankan juga agar organisasi pengalaman pembelajaran dilakukan dengan cara
tertib atau aturan pengalaman itu mestilah sistematik sehingga menghasilkan kesan terkumpul
yang maksimum. Penyusunan kandungan atau pengorganisasian pengalaman pembelajaran yang
telah dikenalpasti perlulah disusun mengikut kesesuaian supaya pengalaman pembelajaran dapat
berkembang dengan lancar dan berkesan. Untuk menetukan pengalaman pembelajaran itu
berkesan ianya perlu dirancang supaya dapat saling memperkukuh satu sama lain. Keperluan untuk
mempertimbangkan penyusunan pengalaman pembelajaran perlu diteliti hubungan di antara
pengalaman pembelajaran dengan yang lain sepanjang masa dan satu bidang dengan bidang yang
lain supaya wujud penggabungjalinan aspek aspek pengalaman pembelajaran. Tyler
mencadangkan tiga kriteria utama untuk menyusun pengalaman pembelajaran yang berkesan iaitu
1) kesinambungan iaitu pengulangan daripada segi unsur unsur penting dalam kurikulum yang
dibentuk, 2) urutan yang melihat kepada kepada pengalaman pembelajaran yang berulang tetapi
tahap pengalaman pembelajaran dapat diperluaskan dan dipertingkatkan dan 3) intergrasi yang
melihat kepada perhubungan pengalaman pembelajaran dengan aspek aspek lain kehidupan.
Ketiga tiga kriteria ini merupakan perkara asas dalam penyusunan pengalaman pembelajaran
supaya penggubal kurikulum dapat memilih jenis jenis elemen yang sesuai dengan tugasnya bagi
tiap tiap kandungan di mana tiap tiap elemen itu juga dapat digunakan untuk membina
kesinambungan, urutan dan kesepaduan di dalam kurikulum.

Penilaian

Langkah terakhir yang dicadangkan oleh Tyler dalam pembentukan kurikulum ialah
penilaian. Penilaian adalah merupakan satu proses untuk melihat sama ada kurikulum yang telah
dijalankan mencapai objektifnya. Alat alat untuk penilaian hendaklah dibentuk bertepatan
dengan objektif yang telah ditetapkan. Bagi Tyler, pelbagai kaedah boleh digunakan untuk menilai
kurikulum iaitu sebagai contohnya ujian, penilaian terhadap hasil kerja pelajar, soal selidik, rekod
pencapaian pelajar dan sebagainya. Selain dari itu, Tyler juga mencadangkan supaya proses
penilaian itu berpaksikan kepada tiga asas utama iaitu 1) prosedur penilaian yang menyentuh aspek
keperluan mengkaji perubahan tingkah laku pelajar dalam pendidikan dan keperluan menilai satu
aspek dalam satu masa untuk menilai sama ada perubahan telah berlaku, 2) hasil penilaian dapat
digunakan sepenuhnya kepada keseluruhan proses pembentukan kurikulum dan 3) penilaian yang
dijalankan dapat memberikan maklumat maklumat lain yang berkaitan. Hasilan daripada
penilaian ini boleh digunakan untuk melihat kelemahan dan kekuatan program dan seterusnya
untuk penyususnan strategi baru.

Anda mungkin juga menyukai