Anda di halaman 1dari 17

PUSAT PENGAJIAN DAN PERKHIDMATAN KAUNSELING & PSIKOLOGI

IJAZAH SARJANA MUDA KAUSELING DENGAN KEPUJIAN

KONSEP PEMBELAJARAN MANUSIA

NAMA PELAJAR NO MATRIK


MIRA WAHIDAH BINTI MUHAR M214014746
SHARIFAH NURHASIBAH BINTI SYED ISHAK M214011246

KOHOT :4
KOD KURSUS : KPM 6213
NAMA KURSUS : TEORI PEMBELAJARAN MANUSIA
NAMA PENSYARAH : PUAN KU HIDAYATULLAH BINTI KU ISMAIL KB,PA
ISI KANDUNGAN

BAB 1 PENGENALAN 3

BAB 2 BEHAVIOURISME 4-5

BAB 3 KOGNITIVISME 6-7

BAB 4 HUMANISME 8-10

BAB 5 SOSIAL 11-14

BAB 6 PANDANGAN ISLAM 15

BAB 7 KESIMPULAN 16

RUJUKAN 17

2
BAB 1

PENGENALAN

Pembelajaran itu seharusnya telah berlaku seawal seseorang individu itu dilahirkan dan akan terus

berlaku dalam kehidupan mereka sehingga ke akhir hayat disebabkan oleh interaksi yang berlaku

secara berterusan dengan individu sekeliling.

Pembelajaran juga merupakan suatu proses pemerolehan maklumat, pengetahuan, penguasaan

kemahiran dan tabiat baru serta pembentukan sikap dan kepercayaan dalam diri.(Lee Shok

Mei,1994).

Pembelajaran juga adalah tidak wajib, di mana pembelajaran adalah kontekstual. Pembelajaran tidak

berlaku sekelip mata, tetapi terjadi di atas dan dibentuk oleh perkara yang sudah diketahui.

Pembelajaran boleh dipandang sebagai suatu proses, bukan koleksi pengetahuan fakta dan tatacara.

Pembelajaran menghasilkan perubahan pada organisma dan perubahan yang dihasilkan adalah agak

kekal.

Pembelajaran tidak hanya tertumpu kepada aspek luaran tetapi bersifat dalaman seperti emosi, sikap,

nilai dan pelbagai ciri lain dapat ditunjukkan. Proses pembelajaran boleh berlaku secara tidak sengaja

dalam pelbagai situasi dan keadaan terutamanya dalam dua keadaan.

Formal Tidak formal

3
Proses pemerolehan maklumat yang telah Melibatkan interaksi yang berlaku di

dirancang dan lebih teratur. Sebagai contoh persekitaran. Misalnya, seorang ibu

proses PdP1 di dalam kelas. mengajar anaknya untuk membasuh tangan.

BAB 2

BEHAVIORISME

Behaviourisme merupakan kajian saintifik mengenai tingkah laku manusia. Teori behaviourisme

menyatakan bahawa pembelajaran berlaku apabila perubahan tingkah laku terhasil daripada

peneguhan dalam maklum balas.

J.B. Watson dan B.F. Skinner menolak kaedah introspektif2 sebagai subjektif dan tidak boleh diukur.

Hal ini kerana, ingin memberi tumpuan kepada peristiwa dan tingkah laku yang boleh diperhatikan

dan diukur.

Watson dan Skinner percaya bahawa jika terdapat sekumpulan bayi, pemerhatian dilakukan

berdasarkan cara mereka dibesarkan dan persekitaran yang mereka duduk akan menjadi faktor

penentu utama untuk mengetahui bagaimana mereka bertingkah laku bukannya ibu bapa atau genetik

mereka.

Eksperimen anjing Pavlov pula ialah eksperimen behaviourisme yang popular.

Sekumpulan anjing mendengar Selepas tempoh masa yang tertentu, apabila

bunyi loceng dan diberi makanan loceng berbunyi, anjing akan keluarkan air

liur, mengharapkan makanan sebelum

1
Pengajaran dan pembelajaran
2
Penilaian diri

4
melihatnya.

Inilah yang dikatakan behaviourisme (perkara yang dialami dan persekitaran adalah faktor cara

manusia bertingkah laku).

Bagi mazhab behaviourisme, belajar dipandang sebagai suatu perubahan tingkah laku, perubahan ini

muncul sebagai respons terhadap stimulus (rangsangan) yang terhasil dari luar subjek.

Konteks behaviourisme melibatkan 4 unsur :-

Drive Stimulus Respons Reinforcement

Ransangan Tanggapan Penguatan


Apa yang dari atau reaksi
mendorong yang
luar diri terhadap diberikan
seseorang subjek ransangan
untuk agar ia dapat
yang dapat yang merasakan
memenuhi menghasilkan diberikan.
sesuatu adanya
respon (Respon keperluan
aktiviti akan muncul
belajar untuk
dalam bentuk memberikan
perilaku respon secara
yang boleh berlanjutan
dilihat)

5
BAB 3

KOGNITIVISME

Teori pembelajaran kognitif menekankan proses yang berlaku dalam minda manusia. Teori

pembelajaran kognitif lebih memfokuskan kepada proses pembelajaran berbanding hasil

pembelajaran itu sendiri. Pembelajaran dalam pandangan teori ini bukan sahaja melibatkan hubungan

antara rangsangan dan gerak balas. Ia merupakan satu aktiviti yang melibatkan proses pemikiran

yang kompleks. Ini bermaksud terdapat aktiviti kompleks dalam otak individu semasa proses

pembelajaran.

Teori pembelajaran kognitif percaya bahawa pembelajaran adalah proses pemikiran, dan lebih

memfokuskan kepada proses pembelajaran itu sendiri daripada hasil pembelajaran. Dalam konteks

psikologi, proses pemikiran ini disebut sebagai aktiviti mental, dan dalam konteks pendidikan

dipanggil pembelajaran ilmu hanya boleh diperolehi melalui proses pembelajaran.

Teori pembelajaran kognitif menerangkan bagaimana faktor dalaman dan luaran mempengaruhi

proses mental individu menambah pembelajaran. Kelewatan dan kesukaran dalam pembelajaran

dilihat apabila proses kognitif tidak berfungsi dengan kerap.

Proses-proses ini adalah seperti perhatian, pemerhatian, pengambilan semula daripada ingatan jangka

panjang dan pengkategorian. Jerome Brunner memberi tumpuan kepada bagaimana proses mental di

6
kaitkan dengan pengajaran. Jean Piaget mengakui bahawa persekitaran memainkan peranan yang

besar dan juga memberi tumpuan kepada perubahan yang berlaku dalam struktur kognitif dalaman.

ASPEK PEMBELAJARAN KOGNITIVISME

 Pemahaman (Comprehension)

- Agar pembelajaran kognitif menjadi cekap dan memberi manfaat yang menyeluruh,

adalah penting untuk memenuhi sebab mengapa subjek tertentu dipelajari.

 Memori (Memory)

- Pembelajaran kognitif tidak menggalakkan pengumpulan maklumat, yang sangat tidak

berkesan dalam pendidikan. Mempunyai pemahaman yang mendalam tentang sesuatu

subjek meningkatkan keupayaan kita untuk mengaitkan pengetahuan baharu dengan

pengalaman atau maklumat terdahulu.

 Pengaplikasian (Application)

- Strategi pembelajaran kognitif membantu seseorang menggunakan maklumat atau

kemahiran baharu dalam situasi kehidupan. Mereka menggalakkan seseorang disamping

dapat terus mengembangkan kemahiran menyelesaikan masalah.

7
BAB 4

HUMANISME

Mengikut pandangan ahli psikologi humanisme, fitrah manusia pada dasarnya adalah manusia mulia

dan baik. Setiap individu akan berkembang secara semula jadi sekiranya persekitaran mereka sesuai.

Setiap individu ingin belajar dan menimba ilmu. Setiap individu akan bertindak atas persekitaran

masing-masing dan bebas membuat pilihan. Kajian ahli psikologi humanisme menyatakan bahawa

pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaan masing-masing.

Selain itu, pendekatan humanisme terhadap pendidikan menekankan keunikan setiap individu

dengan meningkatkan motivasi intrinsik dan kendiri masing-masing dengan menyatakan pandangan,

pengalaman dan pendekatan terhadap pembelajaran setiap individu adalah berbeza. Secara

keseluruhannya, pendekatan humanisme memperkatakan mengenai pendekatan berpusatkan pelajar

secara holistik.

CIRI-CIRI KHUSUS MAZHAB HUMANISTIK

1. Pengalaman dan psikologi manusia berlainan dengan haiwan.

2. Kajian tema akur dengan kehidupan manusia yang bermakna.

3. Kajian tingkah laku manusia merangkumi proses dalaman yang subjektif serta tingkah laku

luaran.

8
4. Kajian berdasarkan teori psikologi dan psikologi gunaan.

5. Pertimbangan asas – perbezaan individu.

6. Sumbangan mazhab – kehidupan manusia yang bermakna dan sejahtera.

Tujuan utama para pendidik adalah membantu pelajar untuk mengembangkan dirinya, iaitu dengan

membantu individu untuk mengenal diri mereka sendiri sebagai manusia yang unik dan membantu

dalam mewujudkan potensi-potensi yang ada dalam diri mereka. Para ahli humanistik melihat

adanya dua bahagian pada proses belajar, iaitu :

1. Proses pemerolehan informasi baru.

2. Personal informasi pada individu.

PENDAPAT TOKOH MENGENAI HUMANISME

ARTHUR COMBS

Arthur Combs menyatakan bahawa pembelajaran hanya akan terjadi apabila ia memberi makna

kepada individu tersebut. Maksudnya adalah kegiatan pembelajaran guru itu tidak boleh memaksa

pelajar untuk menyukai bahan yang disediakan sehingga pelajar belajar sesuai dengan apa yang

diinginkan tanpa ada sedikit perasaan paksaan dalam diri. Perkara ini terjadi tidak lain hanyalah dari

ketidakmampuan seseorang untuk melakukan sesuatu yang tidak akan memberikan kepuasan bagi

dirinya sehinggakan guru harus lebih memahami perilaku pelajar dengan mencuba memahami dunia

persepsi pelajar tersebut sehingga mengubah perilakunya. Seseorang pendidik mesti berusaha

mengubah keyakinan atau pandangan negatif yang ada dalam diri seseorang pelajar itu kerana setiap

seseorang itu mempunyai perilaku internal yang membezakan seseorang dari yang lain. Combs

berpendapat bahawa kebanyakan pendidik membuat kesilapan dengan berpendapat bahawa pelajar

akan belajar apabila bahan pelajarannya disusun dan diberikan seperti selalu padahal yang paling

9
pentingnya adalah bagaimana seseorang itu membawa diri untuk memperoleh makna untuk segi

peribadinya dari sumber pelajaran tersebut lalu menghubungkannya dengan kehidupan.

ABRAHAM MASLOW

Abraham Maslow (1908-1970). Teori Maslow didasarkan pada andaian bahawa di dalam diri

individu itu mempunyai dua hal iaitu suatu usaha yang positif untuk berkembang dan kekuatan untuk

melawan atau menolak perkembangan itu. Maslow menyatakan bahawa individu berperilaku dalam

upaya untuk memenuhi keperluan yang bersifat hirarki. Pada diri masing-masing orang mempunyai

pelbagai perasaan takut seperti rasa takut untuk berusaha atau berkembang, takut untuk mengambil

kesempatan dan sebagainya tetapi di sudut lain seseorang juga memiliki dorongan untuk lebih maju

ke arah keperluan dan berfungsinya semua kemampuan ke arah kepercayaan diri menghadapi dunia

luar serta ketika itu dapat menerima diri sendiri.

Selain itu Maslow juga membahagi keinginan-keinginan manusia menjadi tujuh hirarki dan apabila

seseorang telah dapat memenuhi keperluan pertama seperti keperluan fisiologi barulah ia dapat

menginginkan keperluan yang terletak di atasnya iaitu keperluan mendapatkan rasa aman dan

seterusnya. Hierarki keperluan manusia menurut Maslow ini mempunyai implikasi yang penting

serta harus diperhatikan oleh guru ketika waktu mengajar. Ia dikatakan bahawa perhatian dan

motivasi belajar ini mungkin berkembang jikalau keperluan asas pelajar belum dipenuhi.

10
BAB 5

SOSIALISME

Di dalam mazhab sosialisme menyarankan bahawa pembelajaran berlaku dalam konteks sosial iaitu

manusia belajar daripada orang lain yang berada dalam lingkungan persekitaran mereka. Ia

menggabungkan teori mazhab behaviourisme dan kognitif kerana ia melibatkan pemerhatian dan

permodelan.

Maka, teori dalam mazhab ini diperkenalkan sebagai teori permodelan dan kognitif sosial. Teori

kognitif sosial ini menegaskan bahawa latar belakang kebudayaan seseorang individu ini merupakan

faktor utama dalam pembentukan tingkah laku. Kebudayaan adalah hasil ciptaan manusia yang

bersosial dan kanak-kanak dibesarkan dalam nilai masing-masing.

Albert Bandura merupakan tokoh yang terkenal yang menyokong teori sosial. Menurut Bandura,

proses pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih efektif dengan menggunakan pendekatan

permodelan dan disertakan dengan penjelasan melalui pemerhatian dari seorang murid terhadap apa

yang dilakukan oleh guru-guru. Tindakan murid-murid dalam meniru tingkah laku guru mereka

dapat memberikan kesan yang optima kepada kefahaman murid.

11
LANGKAH UNSUR UTAMA DALAM PENIRUAN

Tumpuan
(Attention)

Penyimpanan
(Retention)

Penghasilan
(Production)

Motivasi
(Motivation)

TUMPUAN (ATTENTION)

- Subjek harus memberi tumpuan kepada tingkahlaku model untuk membolehkannya

dalam mempelajari sesuatu sama ada subjek memberi perhatian atau tumpuan berkaitan

kepada nilai, harga diri, sikap dan lain-lain yang dimiliki. Bandura dan Walters

menekankan bahawa hanya dengan memerhati orang lain pembelajaran boleh berlaku.

PENYIMPANAN (RETENTION)

12
- Subjek yang memerhati harus merekod peristiwa itu ke dalam sistem ingatannya untuk

membolehkan subjek melakukan peristiwa itu kelak bila diingini atau diperlukan.

PENGHASILAN (PRODUCTION)

- Setelah mempelajari sesuatu tingkahlaku subjek juga mesti mempunyai kebolehan dalam

mewujudkan apa yang disimpan dalam tingkahlaku seperti bermain badminton iaitu

tingkahlaku kemahiran motor diperlukan untuk menghasilkan komponen tingkahlaku

yang diperhatikan.

MOTIVASI (MOTIVATION)

- Seseorang itu mungkin tidak dapat melakukan tingkahlaku itu sehingga ada sesuatu

bentuk motivasi untuk melakukannya. Seandainya kita mengharapkan untuk mendapat

peneguhan dengan meniru tindakan seseorang model kita mungkin akan jadi lebih

bermotivasi untuk menumpukan perhatian dan menghasilkan semula tingkahlaku.

Terdapat lima jenis peneguhan yang memotivasikan perlakuan tingkahlaku yang ditiru

iaitu seseorang pemerhati mungkin menghasilkan semula tingkahlaku model dan

menerima peniruan secara langsung seperti seorang ahli gimnastik menunjukkan

pergerakan badan yang baik dan dipuji oleh jurulatihnya.

- Selain itu pemerhati melihat orang lain menerima peniruan secara tidak langsung dan

mengikut tingkahlaku orang yang diperhatikan contohnya seorang budak melihat program

13
televisyen yang penuh dengan aksi ganas mungkin akan meniru tingkahlaku keganasan

model tersebut. Ketiga ialah peniruan melalui proses elistasi. Dalam proses ini seseorang

akan meniru apa yang dilakukan oleh orang lain jika dia sudah mengetahui cara-cara

melakukan tingkahlaku tersebut sebagai contoh timbul keinginan di hati sofea untuk

membantu ayahnya mencuci kereta. Seterusnya adalah peniruan sekatlaluan yang sesuai

digunakan dalam keadaan tertentu tetapi tidak digunakan dalam situasi yang lain sebagai

contoh seorang murid boleh meniru rakan mereka yang bising semasa kelas jasmani di

padang tetapi tidak boleh meniru tingkahlaku ini di dalam kelas.

PROSES YANG MELIBATKAN DALAM PEMBELAJARAN PENIRUAN

1. Peniruan secara langsung

- Berlaku secara langsung apabila melihat model (orang lain) melakukan sesuatu.

- Meniru tingkah laku seseorang secara langsung.

- Contoh : Guru Pendidikan jasmani menunjukkan cara mengelecek bola lalu pelajar

meniru langkah guru tersebut.

2. Peniruan sekat lakuan dan tidak sekat lakuan

- Melibatkan tindakan yang boleh dilakukan dalam semua situasi (tak sekat lakuan) dan

tindakan yang hanya boleh dilakukan dalam situasi tertentu sahaja (sekat lakuan).

- Contoh : Peniruan tak sekat lakuan ialah meniru gaya berbudi bahasa guru.

3. Peniruan elisitasi

14
- Melibatkan emosi dan keinginan. Meniru apa yang dilakukan oleh orang lain jika sudah

mengetahui cara melakukannya dengan keinginan.

- Contoh : Apabila melihat orang membuka kedai kek dan jualannya laku, maka timbul

keinginan individu lain untuk memulakan jualan kek tersebut.

BAB 6

PANDANGAN ISLAM TENTANG PEMBELAJARAN

Islam sebagai agama dalam kehidupan sememangnya mempunyai sifat keistimewaan yang unik.

Khusus di dalam bidang keilmuwan dan Pendidikan, terdapat banyak konsep-konsep umum yang

unik, sesuai dan boleh terus disuaikan dengan perkembangan ilmu dan tamadun manusia.

Islam dalam mempromosikan dan mengangkat kedudukan ilmu dan ilmuwan, mempunyai matlamat

dan pendekatan yang bersepadu, samada dari aspek dan kategori ilmu yang boleh dan patut

dipelajari, mahupun dalam hal berkaitan matlamat pengajaran dan pembelajaran ilmu-ilmu tersebut.

Proses ilmu, samada pengajaran ataupun pembelajaran, bersifat dinamik dan berpanjangan. Ia lebih

menekankan aspek tegur menegur dan saling memperingati antara satu sama lain.

15
Firman Allah S.W.T bermaksud :

“ Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang

yang beriman. ” (Al-Dhariyat, 51 : 55)

Dan firman-Nya lagi :

“ Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui. ” (Al-

Nahl, 16 : 43).

Proses ini juga hendaklah seiring dengan perkembangan mental, spiritual, emosi dan fizikal manusia.

Ilmu dalam Islam berkait rapat dengan amanat dan tanggungjawab manusia kepada Penciptanya

mahupun terhadap sesama makhluk.

BAB 7

KESIMPULAN

Pembelajaran yang dialami manusia adalah suatu proses pertumbuhan yang menjadikan seseorang

lebih baik ataupun sebaliknya di masa hadapan. Tidak ada seorang pun yang mampu mengatur

proses pembelajaran yang betul dalam hidup seseorang melainkan dirinya. Hal hal yang terjadi

secara rawak walaupun sekecil kecil perkara adalah suatu proses pembelajaran bagi setiap orang.

Sebagai makhluk yang dikurniakan akal fikiran, kita haruslah bijak menggunakan proses

pembelajaran yang terjadi didalam hidup kita dan dijadikan sebagai pembelajaran untuk

menghadapi kehidupan.

Bagi sudut pandang Islam pula, reality menuntut pembelajaran, pengajaran dan pengembangan ilmu

yang berterusan bersesuaian dengan tuntutan masa dan tempat. Ini kerana kejahilan merupakan

punca segala kesulitan yang menghalang amanat dan tanggungjawab ini dilaksanakan dengan baik.
16
Oleh yang demikian, menuntut ilmu adalah suatu kewajiban bagi setiap orang Islam dan manusia

yang bertamadun dan pembelajaran hendaklah diteruskan sehingga ke akhir hayat.


RUJUKAN

Khalid Johari (1999). Jurnal Kinabalu V. Universiti Malaysia Sabah.

Sihes, Ahmad Johari (2010). Bab 10 : Konsep Pembelajaran. Psikologi Pendidikan, Universiti

Teknologi Malaysia.

Elok Tsuroyya Imron (2008). Analisis Komparasi Konsep Belajar dan Pembelajaran Menurut

Al-Ghazali dan Al-Zarnuji. Jurusan Pendidikan Agama Islam Fakultas Tarbiyah, Universitas

Islam Negeri Malang.

Wan Suhaimi Wan Abdullah (2002). Falsafah Pengajaran dan Pembelajaran dalam Islam :

Suatu Analisis Karya Al-Zarnuji. Universiti Utara Malaysia, Kedah Darul Aman.

Ee Ah Meng, Psikologi Pendidikan 111, Penerbitan Fajar Bakti, 2002.


17

Mohd. Iskandar, Teori-teori Dalam Pembelajaran. Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2003.

Anda mungkin juga menyukai