Anda di halaman 1dari 11

NAMA KURSUS:

PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

KOD KURSUS:
VRS 1021

TAJUK:
FASILITATOR DALAM PRS

DISEDIAKAN OLEH:
NO. NAMA PELAJAR NO. MATRIK
1. ATIFAH BINTI ABDUL RAHMAN M214018219
2. SITI AISYAH BINTI MOHD SALEHUDDIN M214015319
3. SITI HAJAR BINTI MOHAMAD ZAHID M214015219

NAMA PENSYARAH: USTAZ MUHAMMAD AFIFI BIN ABU BAKAR


ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKA SURAT


Pendahuluan…………………………………………………………………………1
Definisi Fasilitator…………………………………………………………..............2
Objektif Fasilitator………………………………………………………………….3
Ciri-Ciri dan Sifat Fasilitator……………………………………………………...4-5
Peranan Fasilitator………………………………………………………………...6-8
Penutup………………………………………………………………….……...…..8
Rujukan ……………………………………………………………………………9
BAB 1
PENDAHULUAN

Fasilitator adalah berasal dari perkataan inggeris,’facilitator’.Kata dasarnya adalah ‘facilitate’ dan
menjadikan pelakunya sebagai ‘facilitator’. Jadi, dalam 1nia m mudah terjemahan ke Bahasa Melayu
adalah memudahkan, atau melakukan beberapa tindakan untuk membantu tindakan yang lain. Maka, ia
adalah pelakuan dan perilakunya adalah fasilitator, iaitu seseorang yang memudahkan sesuatu tindakan
atau perbuatan dengan sokongan tindakan atau perbuatan yang lain. Terjemahan perkataan ini amat
penting bagi kita benar-benar dapat memahami peranan dan fungsi sebenar seorang fasilitator.
Fasilitator bukanlah suatu kemegahan, tetapi ia adalah suatu amanah dan peluang menambahkan
kebaikan. Ia adalah ruang untuk memanfaatkan diri bagi memberikan kebaikan kepada orang lain. 1nia
mat bersesuaian dengan sabda Baginda Rasulullah s.a.w, Muslim yang paling baik adalah yang paling
banyak memberi manfaat kepada orang lain.

Seorang fasilitator dijangkakan dapat memberikan dorongan kekal kepada semua pesertanya. Dalam
hal ini, peserta diharap dapat mengaplikasikan fakta, mengutarakan pendapat sendiri dan memanfaatkan
segala idea secara bebas dan tidak perlu diarahkan oleh sesiapa. Walau pun latihan ini sebenarnya
berlaku dalam kumpulan, tetapi setiap individu tetap merasakan penglibatan dan sumbangannya itu
penting secara umum, tetapi yang lebih bererti adalah tindakannya itu merujuk khusus bagi peningkatan
dan perubahan dirinya.Pendekatan yang digunakan biasanya sesuai dengan keperluan dan keadaan
semasa peserta sendiri. Sekiranya ini dapat dilaksanakan, peserta akan merasa lebih selesa menerima
pembelajaran yang disampaikan oleh fasilitator.

Apabila peserta yang diterima oleh fasilitator pada sesuatu masa itu berlainan latar belakang, masalah,
minat dan keperluan, fasilitator akan berusaha mencari kaedah yang paling sesuai digunakan supaya
bukan sahaja dirinya dapat diterima oleh kumpulan, tetapi apa juga yang disampaikan oleh fasilitator
dapat diterima oleh semua ahli kumpulan. Mungkin peserta yang hadir pada sesuatu kursus itu sudah
pun kaya dengan ilmu dan pengalaman. Namun mereka masih perlu dibantu bagi menyelaraskan
perbezaan yang wujud dalam dirinya dan orang-orang yang bekerja di sekelilingnya.

1
BAB 2
DEFINISI FASILITATOR

(Helmi, 2004)Fasilitasi atau fasilitator lebih berhasrat mengamanatkan kuasa kepada seseorang supaya
mengawal malah bertanggungjawab terhadap usaha serta berusaha sedaya upaya mencapai matlamat
yang diinginkan. Proses kefasilitatoran hanya akan dirasakan kemajuannya apabila fasilitator berjaya
mendorong setiap ahli dalam kumpulannya memainkan peranan masing-masing. Adalah perlu
dipastikan setiap pandangan dan cadangan yang disampaikan oleh setiap ahli kumpulan diproses dengan
baik dan keputusan dibuat dengan konsensus kumpulan.

Seorang fasilitator akan berusaha memandu ke tahap pemikiran dan penaakulan berasaskan bakat dan
keupayaan kepimpinan seseorang itu. Sekiranya setiap individu mempunyai daya kepimpinan dalam
dirinya, maka usaha menggerakkan individu masyarakat dalam kategori ini adalah lebih mudah.
Apabila setiap seorang mempunyai keinginan membangunkan dirinya sendiri, sebenarnya dia sudah
memilih meningkatkan martabat dirinya. Bentuk kehidupan masa akan datang yang kita inginkan
adalah pilihan kita sendiri dan hanya orang bijak sahaja yang akan sedar perkara ini dan dia akan
berusaha mencapai keinginannya itu.

Fasilitator mengaplikasikan pesanan Lao Tzu, supaya setiap individu berazam berfungsi seperti yang
diinginkan oleh peserta kumpulan. Fasilitator akan berusaha memberi perangsang, semangat, serta
sokongan bagi menjayakan proses LDK. Dalam kumpulan yang ditangani, fasilitator boleh bertindak
sebagai pemimpin dan sebagai rakan seperti ahli yang lain. Dia akan bersama melakukan aktiviti dalam
kumpulan. Dengan kepakarannya dia akan membimbing, memujuk, memimpin dan membantu bersama
dalam kumpulan dengan sepenuh keikhlasan hati, sehingga setiap ahli kumpulan merasakan dirinya
adalah sebahagian daripada kumpulan. Kumpulan akan rasa selesa dengan kehadirannya dan mudah
bekerjasama.

Fasilitator yang baik akan mengatakan kepada kumpulannya, saya akan memberi cadangan kepada
kamu semua mengenai jalan yang boleh membawa kita semua memahami fasilitasi. Kamu semua tahu
yang sehingga masa ini tidak ada seorang pun bertanyakan sama ada saya mempunyai idea atau tidak
mengenai masalah yang sedang kita fikirkan sekarang. Sekiranya saya membuat cadangan sebelum saya
menyuruh kamu semua memberi cadangan sudah tentu proses LDK ini tidak akan berjalan. Saya sudah
merancang mendapatkan seberapa banyak idea dan bahan yang boleh digunakan apabila diperlukan.
Kalau saya menawarkan idea dan sokongan, seolah-olah saya tidak memberikan kuasa kepada
kumpulan mencari jalan sendiri bagi mendapatkan penyelesaian. Yang penting adalah perjuangan dan
usaha bersungguh-sungguh, bukannya penyelesaian masalah, kerana kepuasan yang maksimum akan
hanya terasa apabila kita dapat menyelesaikan masalah itu sendiri secara berkumpulan.

2
BAB 3
OBJEKTIF SEBENAR FASILITATOR

(AZAMI, 2004)Objektif utama fasilitator adalah untuk memudahkan dan yang paling utama untuk
dimudahkan adalah diri sendiri. Mana mungkin, seseorang boleh memudahkan orang lain sekiranya
mereka sendiri berada dalam keadaan rumit dan tersepit. Oleh kerana itulah, fasilitator bukan sekadar
memudahkan, malahan lebih besar lagi meningkatkan keyakinan diri orang yang dimudahkan. Maka di
sini, timbullah ungkapan-ungkapan seperti kepimpinan melalui teladan, 'walk the talk', hipokrit dan
pelbagai lagi. Pasti anda memahami apa yang dimaksudkan melalui ungkapan-ungkapan di atas bukan?
Boleh anda kaitkan ia dengan objektif utama fasilitator itu iaitu fasilitator itu sendiri? Manusia tidak
lari dari membuat kesalahan, namun tugas utama kita adalah untuk meminimakan kesalahan dan
memaksimakan kebaikan dalam diri kita. Ini terungkap dalam suruhan Baginda Rasulullah s.a.w hari
ini mesti lebih baik dari semalam.

Objektif Yang Sering Dilupakan Sebagai Fasilitator

Jika fasilitator sudah bersedia untuk membantu diri menjadi lebih baik, secara tidak langsung, mereka
akan menjadi inspirasi kepada orang yang melihat mereka khususnya mereka yang terlibat di dalam
kursus atau latihan bersama fasilitator tersebut. Inspirasi inilah yang akan membuka kunci dalam jika
peserta untuk menjadi orang yang lebih baik dan keyakinan itu mereka peroleh dari fasilitator yang
mereka kenali. Malangnya, melalui beberapa pengamatan, pemerhatian dan pengalaman yang pernah
dilalui, fasilitator tidak melihat peserta atau manusia yang bersama mereka ini sebagai objektif
terpenting dalam sesuatu tugasan yang mereka terima. Mereka tersasar, yang mereka utamakan ialah
apa yang mesti mereka sampaikan, bukan apa yang mereka sepatutnya tahu dan dengar. Akhirnya,
fasilitator tidak memudahkan, bahkan menambah kesusahan ditambah lagi dengan keadaan diri
fasilitator itu yang kepimpinannya tidak boleh diteladani, cakapnya tak serupa bikin dan sudah tentu
dia di cap hipokrit.

3
BAB 4

CIRI-CIRI DAN SIFAT FASILITATOR

(Insan, 2009) Menyatakan bahawa fasilitator perlu mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

1. Berpakaian kemas dan sesuai dengan falsafah program yang menekankan kecemerlangan.

2. Mempamerkan peribadi sentiasa kemas berambut pendek dan bersikap rapi.

3. Dapat menyampaikan idea kandungan progra dengan bernas dan mudah difahami.

4. Menunjukkan daya kepimpinan yang menyakinkan.

5. Mampu merangsang peserta supaya sentiasa terangsang, berdaya maju dan aktif.

6. Mampu menyelami hati peserta di samping mempamerkan sifat kasih sayang dan kemesraan
yang mendalam.

7. Sentiasa menjaga dan menepati waktu.

8. Menghormati dan mengasihi ahli kumpulan seperti adik kandungan sendiri.

9. Menegur kesalahan peserta dengan cara terbaik dan penuh hikmah.

10. Sentiasa bercakap dengan lemah lembut dan menggunakan perkataan yang lunak dan menawan.

11. Sentiasa senyum dan berwajah manis walaupun banyak tugas dan masalah yang harus dihadapi.

(FUAD, 2014) Fasilitator yang mantap dan berwibawa mempunyai ciri-ciri yang membolehkannya
diterima oleh kumpulan. Dengan itu dia dapat mengawal dan membimbing kumpulan yang
ditanganinya. Antara ciri-ciri dan sifat fasilitator adalah:

1) Seorang yang fleksibel

Menjadi seorang yang fleksibel bermaksud mobiliti dengan semua tugasan yang diberikan sama
ada dalam mengendalikan slot, mengendalikan kumpulan kecil atau besar, menyediakan keperluan
teknikal program dan sebagainya. Ia juga bermaksud seseorang fasilitator yang fleksibel memahami
gerak kerja fasilitator yang lain secara umumnya. Contoh, Fasilitator A sedang berada di luar,
menguruskan peserta yang keracunan makanan, maka fasilitator B akan memainkan peranan
menggantikan ketiadaan fasilitator A dengan bersedia dengan sebarang kemungkinan.

4
2) Bersikap Sekufu dan Akrab

Bersikap sekufu bermaksud tidak ada jurang antara fasilitator dengan peserta. Dengan itu, ciptakan
suasana yang tenang, bersahabat dan tidak ada jarak antara peserta dan fasilitator, tidak seperti
hubungan guru dengan pelajar. Hubungan dengan peserta sebaiknya dilakukan secara informal,
akrab, dan santai, sehingga suasana kesetaraan bisa tercipta. Dengan kedudukan seperti ini juga
dapat menghapuskan perasaan takut dari peserta untuk mengungkapkan perasaan dan
pengalamannya

3) Melakukan Kontak Mata

Kontak mata merupakan cara berkomunikasi non-verbal yang dapat memberikan kesan
yang penting, dalam rangka mendorong orang untuk menarik perhatian alur pembicaraan.
Kerana kontak mata dapat memberi erti bahawa peserta dapat memperoleh perhatian yang
khusus, sehingga dapat merasa dirinya dihargai.

4) Bersikap positif

(HANIFF, 2010) Fasilitator yang baik mempunyai matlamat hidup yang jelas bagi memastikan hala
tuju dalam kehidupan seharian. Fasilitator perlu proaktif iaitu mampu berkomunikasi secara
berkesan, mempunyai tahap kesabaran yang tinggi, bersikap optimis, berfikiran terbuka dan dapat
peribadi dengan berkesan dan tersusun.

5) Bertanggungjawab

Fasilitator perlu bertanggungjawab dengan rencana yang dibuat dan bagaimana pengaruhnya
kepada isi, peserta dan proses itu. Ia juga perlu bertanggungjawab ke atas diri sendiri dan sensitif
terhadap kesediaan dan kemampuan peserta memikul tanggungjawab bagi setiap pertemuan
ataupun latihan.

6) Kebolehan bermesra

Humor berjalan dengan penuh kesedaran serta dilakukan bersesuaian dengan tujuan pelaksanaan.
Ketawa adalah pelarian kesulitan dan sebagai persiapan bagi menerobos pusat kekuatan jiwa yang
baru. Individu yang riang gembira mempunyai kemampuan berfikir lebih tinggi dan dapat
mengambil keputusan dengan tepat dan bijak. Selain itu, kebolehan ini dapat mengeratkan lagi
hubugan antara peserta.

5
BAB 5
PERANAN FASILITATOR

(Norhasni&Azahari,2016)Berikut merupakan peranan-peranan fasilitator dalam sesi


perbincangan bersama peserta.

1. Mengenali peserta. Mulakan perbincangan dengan topik yang peserta boleh kaitkan
dengan diri mereka, kemudiannya mewujudkan tajuk perbincangan utama. Fasilitator
perlu menggalakan pelajar yang pasif untuk bersuara dan menetapkan batasan untuk
mereka yang terlalu banyak bercakap.

2. Bersabar. Fasilitator perlu cuba untuk tidak memonopoli perbincangan dan sentiasa
bersabar dengan para pesertanya.

3. Mendengar. Perbincangan akan menjadi kurang bermanfaat sekiranya fasilitator tidak


mendengar sumbangan idea dari pesertanya. Bersedia untuk menerima idea yang tidak
tepat. Fasilitator juga perlu mengelakkan dari menggunakan kata-kata seperti “Tidak”
atau “Anda salah!” kerana ini boleh menamatkan perbincangan dengan cepat.

4. Mengelakkan daripada menyoal seorang peseta dengan terlalu lama. Jika peserta tidak
memberi respon terhadap soalan, elakan daripada memalukan individu tersebut dengan
terus menyoal.

5. Menggunakan pengalaman peribadi. Berkongsi pengalaman diri sendiri kepada peserta


boleh memudahkan perbincangan dan sedikit sebanyak dapat memberi gambaran awal
terhadap peserta.

6. Menyiasat. Minta peserta untuk menghuraikan, menjelaskan,mengembangkan idea,


serta meneroka tentang sesuatu perkara. Fasilitator juga digalakkan untuk menanyakan
soalan yang dapat merangsang pemikiran peserta. Bertanya soalan juga boleh
mengelakan perbincangan daripada terpesong dan memandu perbincangan ke arah
kesimpulan yang diingini.

6
7. Meringkaskan idea. Adalah penting bagi setiap fasilitator untuk meringkaskan idea,
membuat kesimpulan tentang tajuk perbincangan. Ini membantu untuk memastikan
setiap fasilitator sentiasa mengikuti perkembangan idea dan juga memahami
perbincangan secara berterusan. Meringkaskan idea perbincangan juga dapat
mengelakan fakta yang mengelirukan dan berlaku salah faham dalam kalangan peserta.

8. Menghubung-kaitkan konsep dan idea. Fasilitator boleh meminta peserta untuk


membandingkan idea atau konsep yang dikemukakan dalam perbincangan, atau
menggunakan analogi untuk mengaitkan idea tersebut.

9. Bersifat terbuka dan tidak tergesa-gesa untuk membuat penilaian. Fasilitator perlu
memberi tumpuan terhadap maklum-balas pesertanya dan sentiasa bersifat terbuka dan
saling meraikan perbezaan pendapat dalam kalangan para peserta.

Panduan Fasilitator

• Tugas utama fasilitator pada peringkat awal adalah memastikan setiap para peserta
berasa selesa dengan ahli lain juga fasilitator.

• Fasilitator boleh menggunakan pendekatan seperti mengalakkan perkongsian


pengalaman harian yang boleh dikaitkan dengan isu perbincangan.

• Jika terdapat konflik antara peserta, fasilitator perlu menyelesaikan pada masa itu dan
tidak ditangguhkan supaya tidak menjadi lebih serius.

• Fasilitator perlulah menggunakan bahasa dan istilah yang mudah difahami.

• Setiap peserta terdiri dari pelbagai personaliti, jadi fasilitator perlulah mengetahui
bagaimana untuk menggendalikansetiap para peserta.

• Peserta seharusnya yang perlu mengeluarkan pendapat, fasilitator pula memainkan


peranan sebagai pendengar, penggalak, penyoal dan membuat rumusan berdasarkan
perbincangan.

7
• Menggalakkan pendedahan kendiri ahli sebagai contoh pengalaman tetapi fasilitator
perlu memastikan bahawa pendedahan kendiri itu tidak terlalu mendalam sehingga
boleh menggugat maruah diri.

• Fasilitator perlu merekod secara jelas isu yang telah dibincangkan sebagai panduan
serta rujukan dan memastikan catatan disimpan dengan selamat

• Fasilitator perlu menyimpan rahsia dengan telus dan amanah

PENUTUP

Sebagai fasilitator, perancangan dan pelaksanaan perbincangan kumpulan di kalangan peserta tidak
harus dipandang remeh, kerana perancangan yang teliti dan pengendalian yang sempurna dapat
membantu keberkesanan sesuatu perbincangan didalam kumpulan dan seterusnya mampu
melahirkan peserta yang mempunyai sahsiah yang tinggi. Perbincangan yang efektif dan sistematik
tidak dapat disangkal lagi dapat memberi kesan yang signifikan kepada pembangunan para peserta
serta fasilitator

8
RUJUKAN

AZAMI, K. (2004, August 27). Fasilitator sana sii. Retrieved from blogspot:
https://kamarulazami.blogspot.com/2016/11/fasilitator-sana-sini.html

FUAD, S. (2014, November 18). OY : Ciri Ciri Seorang Fasilitator yang Awesome! Retrieved from
wordpress: https://syafiqaizatmf.wordpress.com/2014/11/18/ciri-ciri-seorang-fasilitator-yang-
awesome/

HANIFF, M. A. (2010, August 22). KECEMERLANGAN FASILITATOR. Retrieved from blogspot:


http://kecemerlanganfasilitator.blogspot.com/2010/08/ciri-ciri-fasilitator.html?m=1

Helmi. (2004, August 27). Siapa itu fasilitator? Definisi fasilitator, p. Artikel PTS.

Insan, P. T. (2009, December 28). CIRI-CIRI FASILITATOR YANG CEMERLANG. Retrieved from
PUSAT TENAGA INSAN ENTERPRISE: http://tenagainsan.blogspot.com/2009/12/ciri-ciri-
fasilitator-yang-cemerlang.html?m=1

Norhasni Zainal Abiddin & Azahari Ismail, 2016, Peranan Fasilitator dalam Perbincangan Kumpulan
Kelas : Ke Arah Pembangunan Pelajar di Institusi Pengajian Tinggi, Jurnal Indonesia untuk Kajian
Pendidikan, 1(1) Maret 2016, 69-76

Anda mungkin juga menyukai