Anda di halaman 1dari 2

Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis

Penulisan jurnal reflektif


Jurnal reflektif
Minggu pertama
(3 JULAI 2017- 7 JULAI 2017)
Masalah :

Dalam seminggu pertama saya menjalani praktikum, saya menghadapi satu masalah dalam
menguruskan bilik darjah. Masalah tersebut adalah dalam menyampaikan maklumat atau
pengajaran dengan yakin kepada murid- murid. saya agak teragak-agak dalam memberi
jawapan apabila mendapat pertanyaan dan maklumat kepada murid. jesteru, saya hanya
mendapat peluang untuk mengajar satu mata pelajaran sahaja pada minggu pertama ini iaitu
matapelajaran pendidikan moral pada hari khamis, memandangkan semasa hari selasa saya
hanya membuat sesi suai kenal dengan murid. oleh itu saya berasa agak kekok dan takut
semasa berinteraksi dengan murid.

Analisis:

Saya merasakan bahawa masalah ini timbul besar kemungkinan disebabkan oleh:

1. Keyakinan dalam diri kurang


2. Kurang membuat rujukan dan bertanya cara berinteraksi dengan murid dengan
orang yang lebih berpengalam
3. Tiada objektif dalam menyampaikan maklumat

Sekiranya masalah ini tidak diatasi, saya berkemungkinan besar tidak mampu untuk
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan pada masa akan
datang.

Cadangan:

1. Banyakan membuat rujukan dan bertanya


2. Sentiasa berkomunikasi secara terbuka dengan orang dijumpai
3. Kenali murid dengan lebih dekat
4. Bina keyakinan diri dengan memotivasikan diri

Tempoh masa:
Saya kan mula mempertingkatkan keyakinan diri dan berusaha menambah pengetahuan dalam
memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada murid dalam masa terdekat sebelum diuji proses
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Tindakan susulan:

Saya akan selalu bertanyakan kepada murid-murid sama ada mereka fahami apa yang
disampaikan. Membuat pemerhatian dan ujian secara lisan bersama murid setelah selesai sesi
pengajaran dan pembelajaran.

Penilaian kejayaan :

Penilaian ini akan dicatat selepas 2 minggu mengajar di sekolah. Maklum balas yang diterima
dari pensyarah terhadap prestasi pengajaran saya.

Anda mungkin juga menyukai