Anda di halaman 1dari 11

INOVASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 5

TAJUK : Penggunaan Acuan Botol Mineral Dalam Menghasilkan Kraf Tembikar menggunakan
Teknik Lingkaran.

Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual Tahun 5

Tempoh Pelaksanaan : 60 Minit

1.0 PENGENALAN

Tembikar merupakan artifak kraf yang paling awal dapat dikesan dalam tamadun manusia dan
merupakan satu unsur penting dalam memahami dan mengetahui perkembangan sejarah kebudayaan
masyarakat pada satu ketika dahulu. Penghasilan tembikar bukan lagi hanya sekadar memenuhi keperluan
untuk hidup tetapi ianya juga merupakan satu lambang penyataan yang ekspresif kepada masyarakat.

Sejajar dengan kehendak dan keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang
menekankan kepada kemenjadian murid, maka inovasi dalam sistem pendidikan perlu diberi penekanan
sewajarnya. Sehubungan itu, program inovasi dalam PdPc ini diharap dapat menyuntik semangat dan
minat murid-murid Tahun 5 Harapan di SK Panggas untuk lebih kreatif dan inovatif dalam pembelajaran
Pendidikan Seni Visual dalam Bidang Mengenal Kraf Tradisi.

2.0 RASIONAL
Meningkatkan kualiti hasil karya kraf tembikar berbentuk 3 dimensi yang menggunakan teknik
lingkaran bagi murid Tahun 5 Harapan melalui alat acuan.

3.0 PERNYATAAN MASALAH


Terdapat beberapa permasalahan timbul ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Salah satu permasalahan adalah daripada segi bahan. Doh yang tersedia kurang mampat dan pejal, dan
ini menyukarkan proses penghasilan tembikar.

Permasalahan kedua adalah, murid tidak dapat menghasilkan kraf tembikar dengan mengikut
bentuk yang dikehendaki. Melalui pemerhatian, pengkaji mendapati murid mengalami kesukaran ketika
membuat tembikar dengan menggunakan doh dan salah satu daripada faktornya adalah kerana bentuk
dan struktur doh yang kurang mampat dan kurang pejal. Hasilnya, kraf tembikar yang dihasilkan tidak
mencapai kehendak pengkaji dan pelbagai bentuk kraf tembikar terhasil. Menyedari hal itu, ketika sesi
apresiasi dan refleksi, saya mengambil peluang tersebut untuk mengadakan sesi soal jawab bagi
mengenal pasti permasalahan yang dihadapi oleh murid ketika membuat aktiviti kraf tembikar tersebut.
Masalah yang dihadapi oleh murid-murid tersebut ialah, mereka tidak dapat menghasilkan kraf tembikar 3
dimensi dengan menggunakan teknik lingkaran dengan baik dan mereka kurang keyakinan diri serta
cepat berputus asa apabila berdepan dengan aktiviti yang sukar. Masalah yang wujud ini mungkin
berpunca daripada jangkaan guru sendiri yang meletakkan aras dan tahap yang terlalu tinggi terhadap
murid-murid tersebut. Manakala faktor kesukaran mewujudkan perasaan cepat putus asa di dalam diri
mereka, dan secara tidak langsung mereka mula mencari cara yang lebih mudah untuk menghasilkan
kraf tembikar. Hasilnya, pelbagai jenis dan bentuk kraf tembikar terhasil ketika aktiviti membuat kraf
tembikar dijalankan.

Rajah 1: hasil karya tembikar sebelum inovasi

4.0 OBJEKTIF

Antara objektif program ini ialah;


1. Melahirkan murid yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis.
2. Meningkatkan kualiti hasil karya kraf tembikar berbentuk 3 dimensi menggunakan teknik
lingkaran.
3. Membuktikan keberkesanan penggunaan kaedah demostrasi dalam pengajaran dan
pembelajaran pendidikan Seni Visual.
4. Melihat keberkesanan penggunaan alat sebagai acuan bagi menghasilkan kraf tembikar
berbentuk 3 dimensi dengan menggunakan teknik lingkaran.
5. Membina suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan menggunakan kaedah
pembelajaran di luar kebiasaan.
5.0 KONSEP INOVASI

5.1 Perancangan Projek inovasi


Semasa fasa tindakan, saya telah melaksanakan tindakan yang telah dirancang dan mengenalpasti
hasil dapatan. Sebelum menjalankan projek inovasi, saya telah mengadakan satu sesi soal jawab dan
perbincangan bersama-sama murid bagi mengenal pasti tahap pengetahuan murid tentang aktiviti-aktiviti
yang terdapat dalam bidang kraf tradisional. Sesi soal jawab dan perbincangan itu juga diadakan bagi
mengenal pasti sejauh mana pengetahuan serta jenis-jenis aktiviti yang pernah murid lakukan sebelum
ini dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.

Langkah pertama prosedur adalah, saya telah membuat refleksi dengan mengimbas kembali sesi
pengajaran dan pembelajaran yang telah berlangsung. Saya mengenal pasti kelemahan dan kekuatan
yang terdapat pada setiap sesi. Antara isu yang diperhatikan adalah sama ada murid boleh ataupun tidak
menghasilkan kraf tembikar berbentuk 3 dimensi dengan menggunakan teknik lingkaran. Manakala isu
sampingan pula, samada murid dapat memahami atau tidak prosedur yang diterangkan oleh saya.

Daripada refleksi yang dilakukan, saya telah mengenal pasti masalah yang sering berlaku dalam
kalangan murid. Saya berhadapan dengan murid yang mempunyai kemahiran psikomotor yang lemah
iaitu kemahiran tangan, kurang pemahaman, kurang berminat dan kurang penguasaan dalam bidang kraf
tradisional dalam aktiviti membuat kraf tembikar berbentuk 3 dimensi yang menggunakan teknik
lingkaran. Kemudian saya mengenal pasti permasalahan yang sering dihadapi murid ketika
melaksanakan aktiviti Pendidikan Seni Visual dengan mendapatkan maklumat dari guru mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual SK Panggas.

Ujian pra dijalankan bagi menilai kualiti hasil karya yang dihasilkan oleh muridsebelum
menggunakan alat acuan. Rakaman dalam bentuk foto dilakukan bagi melihat perbezaan dari segi kualiti
hasil karya kraf tembikar yang menggunakan teknik lingkaran. Sepanjang sesi pengajaran dan
pembelajaran, saya membuat pemerhatian terhadap tingkah laku murid bagi mengenal pasti
permasalahan yang dihadapi responden ketika menghasilkan kraf tembikar dengan menggunakan teknik
lingkaran.

Ketika sesi apresiasi, saya mengambil kesempatan tersebut untuk merungkai permasalahan
sebenar yang dihadapi oleh murid. Hasil dapatan tersebut, direkodkan dalam bentuk catatan bagi
memastikan kesahan dan kebolehpercayaan ujian pos yang akan diadakan. Permasalahan yang
dihadapi oleh murid mencetuskan idea kepada saya untuk mereka sejenis alatan iaitu acuan dari botol
mineral bagi meningkatkan kualiti hasil karya kraf tembikar yang menggunakan teknik lingkaran. Ujian
pos diadakan bagi menilai hasil kraf tembikar yang dihasilkan dengan menggunakan alat acuan. Hasil
karya tersebut direkodkan dalam bentuk foto dan akan dibandingkan dengan hasil karya kraf tembikar
sebelum menggunakan acuan. Semasa intervensi dijalankan, pengkaji juga akan mendapatkan
maklumat melalui pemerhatian yang dilakukan.

5.2 Hasil Dapatan


Pemerhatian
Pada fasa pemerhatian, saya akan mengenalpasti hasil dapatan. Hal ini bermaksud pengkaji perlu
mengumpul dan menganalisis data yang diperoleh daripada ujian pra dan pos berdasarkan hasil karya
kraf tembikar responden.Untuk tujuan pemerhatian, pengkaji akan menggunakan beberapa instrument
seperti ujian pra dan ujian pos bagi melihat kualiti hasil karya kraf tembikar dan perubahan tingkah laku
murid ketika membuat aktiviti tersebut. Data yang diperoleh ini akan digunakan dan dijadikan sebagai
pengukur sama ada kajian ini berjaya atau gagal.

Sebelum

Peringkat sebelum intervensi :


Hasil tembikar responden tidak menepati
struktur tembikar yang dikehendaki
Selepas

Peringkat setelah intervensi :


Hasil tembikar murid berjaya membentuk
tembikar mengikut bentuk yang dikehendaki
Pada fasa ini, saya akan menerangkan sama ada kajian ini berjaya atau tidak. Kajian yang berjaya
akan menunjukkan peningkatan kefahaman responden serta peningkatan kualiti hasil karya kraf tembikar
murid. Sekiranya kajian ini gagal atau tidak mencapai sasaran, saya perlu mengenalpasti punca kegagalan
dan mengadakan kajian semula dengan penambahbaikkan.

Perancangan
Saya mendapati kajian ini kurang mencapai sasaran yang dikehendaki. Masalah utama yang
membawa kepada keadaan ini adalah kaedah pengajaran dan kekurangan Alat Bantu Mengajar (BBM).
Keadaan ini mencetuskan idea penghasilsan sejenis alat acuan dari botol plastik bagi memudahkan murid
menghasilkan kraf tembikar dengan menggunakan teknik acuan.

Gambar : menunjukkan penggunaan alat acuan dari botol mineral.


Saya telah menjalankan inovasi terhadap murid Tahun 5. Saya telah mengubah kaedah pengajaran
dan menambah alat bantu mengajar iaitu alat acuan bagi memudahkan murid-murid menghasilkan kraf
tembikar serta meningkatkan kefahaman murid tentang proses menghasilkan kraf tembikar dengan
menggunakan teknik lingkaran.

Pada peringkat tindakan, intervensi dilaksanakan dengan penambahbaikkan yang telah dilakukan.
Pemerhatian juga akan dilakukan pada masa ini. Ujian pos akan dilaksanakan bagi menilai keberkesanan
penambahbaikkan tersebut. Setelah selesai, sesi temu bual diadakan bagi mendapatkan pandangan
responden mengenai perasaan mereka ketika membuat kraf tembikar sebelum dan selepas
menggunakan alat acuan.
Borang kaji selidik selepas penggunaan alat acuan dalam menghasilkan kraf tembikar.

Bil Soalan YA TIDAK


Adakah bentuk tembikar kamu sama
1.
dengan rakan ?
Adakah proses membuat tembikar teknik
2.
lingkaran mudah bagi kamu ?
Adakah doh yang digunakan dapat
3.
mengekalkan bentuk tembikar kamu ?
Adakah kamu dapat menyiapkan tembikar
4
kamu mengikut masa yang ditetapkan ?
Adakah aktiviti ini menarik minat kamu ?
5

BORANG KAJI SELIDIK SEBELUM INOVASI

NAMA : …………………………………………………………………………………………………
TAHUN : ………………………

Tandakan (/)
BIL Soalan
Y T
1 Adakah bentuk tembikar kamu sama dengan rakan ?
2 Adakah proses membuat tembikar teknik lingkaran mudah bagi
kamu ?
3 Adakah doh yang digunakan dapat mengekalkan bentuk tembikar
kamu ?
4 Adakah kamu dapat menyiapkan tembikar kamu mengikut masa yang
ditetapkan ?
5 Adakah aktiviti ini menarik minat kamu ?
6 SKOR

……………………………………
Tanda tangan

BORANG KAJI SELIDIK SELEPAS INOVASI


Tandakan (/)
BIL Soalan
Y T
1 Adakah bentuk tembikar kamu sama dengan rakan ?

2 Adakah proses membuat tembikar teknik lingkaran mudah bagi


kamu ?
3 Adakah doh yang digunakan dapat mengekalkan bentuk tembikar
kamu ?
4 Adakah kamu dapat menyiapkan tembikar kamu mengikut masa yang
ditetapkan ?
5 Adakah aktiviti ini menarik minat kamu ?
6 SKOR
Pada peringkat ini, pengkaji menentukan sama ada kajian berjaya atau tidak berdasarkan kesemua
dapatan hasil kajian yang diperoleh.

Gambar menunjukkan hasil karf tembikar setelah menggunakan alat acuan.

6.0 SKOP DAN BATASAN


saya telah menggunakan instrument analisis dokumen iaitu rakaman foto dan rekod hasil Ujian ,
pemerhatian dan temu bual bagi tujuan tinjauan masalah. Berdasarkan tinjauan masalah, sayai dapat
mengenalpasti beberapa isu yang berkaitan dengan masalah ini:

1. Murid kurang tahu tentang teknik-teknik kraf tembikar.


2. Murid tidak dapat menghasilkan kraf tembikar dengan menggunakan teknik lingkaran.
3. Murid kurang mahir menggunakan teknik lingkaran dalam penghasilan kraf tembikar.
4. Murid kurang faham dan kurang memberi tumpuan ketika membuat aktiviti yang sukar.

Bidang kegiatan menggambar, membentuk dan membuat binaan, membuat corak dan rekaan
dan kraftangan memerlukan murid berinteraksi dengan alat dan bahan semasa proses kerja
menyiapkan karya. Kita ambil contoh aktiviti membentuk dan membina kad dalam mbidang seni
membentuk dan membuat binaan , dalam proses kerja menyiapkan kad ucapan, murid-murid
menggunakan alat seperti gunting untuk menggunting bentuk yang diingini. Selain daripada itu,murid
juga dapat memanipulasikan bahan yang diberikan iaitu kertas dengan melipatnya bagi mendapatkan
lipatan kad yang diingini. Interaksi yang kritis dan kreatif telah ditunjukkan dalam aktiviti seni yang saya
jalankan.
Dalam organisasi kurikulum Laura Chapman (1986) turut menjelaskan bahawa penerokaan adalah
antara organisasi kurikulum yang penting. Melalui penerokaan terhadap alat dan bahan maka akan
terhasilah kreativiti dan idea- idea yang menarik. Sebenarnya, dalam ke empat- empat bidang kegiatan
seni di sekolah rendah di Malaysia, murid- murid digalakkan membuat penerokaan dan percubaan
dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif mereka. Murid- murid akan menggunakan pelbagai bahan dan
alat yang mana dapat memperkembangkan domain psikomotor dan kemahiran asas seni visual mereka.

Menurut Simpson (1956), interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan menunjukkan hasil
belajar domain psikomotor yang jelas dan tampak dan kemampuan bertindak individu. Hasil belajar
Psikomotor ini merupakan lanjutan dari domain kognitif iaiatu memahami sesuatu dan domain Afektif
yang baru tampak dalam bentuk kecenderungan- kecenderungan perilaku.

Menurut Hilgard dan Bower (1975), mengemukakan belajar berhubungan dengan perubahan
tingkah laku seseorang terhadap sesuatu situasi tertentu yang disebabkan oleh pengalamannya yang
berulang-ulang dalam situasi itu. Dimana perubahan tingkah laku itu tidak dapat dijelaskan atau dasar
kecenderungan respon pembawaan, kematangan atau keadaan-keadaan sesaat seseorang (misalnya
kelelahan, pengaruh ubat, dan sebagainya). Berdasarkan pengertian di atas ia memberikan gambaran
bahawa proses pembelajaran harus melibatkan daya kemampuan potensi seseorang kanak-kanak.
Semua pancaindera harus terlibat bukan sekadar mendengarkan keterangan daripada penyampaian
guru namun murid harus terlibat sama ada melalui pendengaran, penglihatan dan melakukan aktiviti
fizikal. Dari definisi di atas dapat disimpulkan bahwa pembelajaran adalah proses interaksi berlandaskan
komunikasi kanak-kanak dengan pendidik dan sumber atau bahan.

Pembelajaran dengan menggunakan media merupakan suatu bahagian tidak dapat dipisahkan
dalam proses pembelajaran yang bermakna dan menyeluruh. Penggunaan media salah satunya melalui
permainan. Menurut kajian Wan Nur Azyyati (2007), semakin banyak pancaindera yang digunakan
semakin berkesan pembelajaran itu. Ini kerana pancaindera yang berlainan menghasilkan keadaan
penanggapan yang berlainan. Setiap pancaindera melengkapi kekurangan dan mengukuhkan
penanggapan sesuatu pancaindera yang lain. Dengan sebab itu, pengajaran yang menggunakan alat-
alat yang berbagai pancaindera akan lebih mendatangkan kesan. Alat yang menggunakan warna dan
bentuk yang menarik akan lebih menarik perhatian. Demikian juga alat-alat yang dapat dipandang,
didengar dan dirasa akan lebih mendatangkan kesan (Atan, 1990).

Menurut Burhanudin, teori belajar yang ada salah satunya tentang Bakat dan Pengalaman. Menurut
teori Perkembangan jiwa anak sangat ditentukan dari bakat dan potensi yang dimilikinya ataupun
perkembangan jiwa anak dapat ditempa dari pengalaman-pengalaman saat anak menjalani proses
kehidupannya. (Yusak Burhanudin, 2003:37). Teori ini memberikan gambaran pembelajaran yang
baik bukan hanya pemindahan ilmu ke anak didik melalui ceramah yang akhirnya terjadi verbalisme dan
pembelajaran sehala namun dapat dipadukan dengan pembelajaran yang memberikan pengalaman
kepada kanak-kanak untuk melakukan sesuatu dalam menemukan jawapan dari permasalahan tema
pembelajaran dan memperoleh pengetahuan secara maksimum.

Menurut pandangan teori gestalt seseorang memperoleh pengetahuan melalui rangsangan atau
informasi dengan melihat strukturnya secara menyeluruh kemudian menyusunnya kembali dalam struktur
yang sederhana sehingga lebih mudah difahami. Gestalt adalah sebuah teori yang menjelaskan proses
persepsi melalui pengorganisasian komponen-komponen rangsangan yang memiliki hubungan, pola,
ataupun kemiripan menjadi kesatuan. Istilah “Gestalt” merujuk kepada sebuah objek atau figura yang
kukuh dan berbeza dari jumlah bahagian-bahagiannya.

7.0 KEPENTINGAN DAN IMPAK INOVASI

Sebelum melaksanakan intervensi, saya dapati kebanyakkan hasil karya kraf tembikar murid tidak
mengikut kriteria-kriteria yang dikehendaki. Ketika membuat aktiviti kraf tembikar, responden mengambil
masa yang lama untuk menyiapkan lingkaran demi lingkaran bagi membentuk sebuah tembikar.
Pemerhatian dan huraian berdasarkan rakaman foto hasil karya kraf tembikar sebelum dan selepas
menggunakan alat acuan, jelas menunjukkan peningkatan dari segi kualiti hasil karya kraf tembikar.
Hanya 14 orang murid menunjukkan hasil kraf tembikar tahap sederhana sebelum intervensi
dilaksanakan. Berbeza dengan keputusan yang diperolehi selepas intervensi dilakukan. Bilangan murid
yang berjaya menghasilkan kraf tembikar mengikut kriteria yang dikehendaki adalah 100% dan secara
tidak langsung mereka berada dalam kategori hasil karya kraf tembikar yang terbaik. Melalui pemerhatian
yang dilakukan, saya dapat melihat peningkatan yang ketara dalam penghasilan kraf tembikar
berbanding sebelum menggunakan alat acuan tersebut. Ini jelas membuktikan penggunaan alat acuan
membantu murid meningkatkan kualiti hasil karya kraf tembikar dengan menggunakan teknik lingkaran.

8.0 ANGGARAN KOS


BIL ITEM KUANTITI HARGA
1 DOH/PLASTERSIN 20 KOTAK X RM 1.50 RM 30.00
2 PISAU PEMOTONG 10 BILAH X RM 2.00 RM 20.00
3 KAD MANILA 5 KEPING X RM0.50 RM 2.50
4 JUMLAH BESAR RM 52.50

9.0 PELAN PERANCANGAN


10. KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan, dapatlah dirumuskan bahawa dalam mencapai matlamat Pendidikan Seni
Visual, objektifnya dan juga matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, peranan guru yang mengajar
mata pelajaran Pendidikan Seni Visual ini amat penting sekali dalam memberi impak yang maksimum
kepada murid. Ini adalah kerana kekuatan Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah bergantung kepada
kebijaksanaan guru tersebut dalam mengendalikan aktiviti dan memperkembangkan domain kognitif,
psikomotor, afektif, kreativiti dan sosial murid- muridnya dalam melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis.

Jelas terbukti melalui program inovasi ini, empat organisasi kurikulum yang dijelaskan oleh Laura
Chapman (1986) iaitu pemerhatian, penerokaan, penghasilan dan apresiasi dan lanjutan mempunyai
persamaan dengan organisasi pendidikan seni visual sekolah rendah di Malaysia iaitu pemerhatian secara
aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual secara mudah dan
menghargai nilai baik semua aspek.

Keberkesanaan dan kepentingan pendidikan seni visual di sekolah rendah di Malaysia


sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Walaupun ia bukanlah mata pelajaran teras sepenting mata
pelajaran UPSR namun, keberkesanannya dalam membantu kemenjadian murid yang seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial adalah sejajar dengan Falsafah.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Sebagai lanjutan daripada program ini ini, saya bercadang untuk menjalankan program yang
seterusnya kepada murid-murid akan datang dari kelas tahun 4 dan 6 oleh sebab masih terdapat murid
yang menghadapi masalah yang sama semasa menjalankan aktiviti menghasilkan tembikar dengan teknik
lingkaran dan berusaha mencari kaedah baru bagi membantu murid mengatasi masalah tersebut.

Anda mungkin juga menyukai