Anda di halaman 1dari 2

Kelas Pendidikan Seni Visual

Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis, 01000 kangar, Perlis

MUHAMAD HAFIZI BIN MOHD HAMIZI


Pengerusi,
Lawatan Kembara Visual
Kursus Pendidikan Seni Visual,
Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis,
01000 Kangar,
Perlis.

Tarikh : 29 OCT 2018

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS (MAIPs)


A2, Taman Pengkalan Asam,
Jalan Tuanku Syed Putra
01000 Kangar, Perlis

Y.B Tan Sri/Y.B Dato’/Y.B Datin/Tuan/ Puan,

MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN UNTUK MENGADAKAN LAWATAN


KEMBARA VISUAL DI KUCHING, SARAWAK.

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas, saya MUHAMAD HAFIZI BIN MOHD
HAMIZI selaku Pengerusi Kursus Pendidikan Seni Visual bagi Program Lawatan Kembara
Visual yang akan diadakan seperti maklumat dibawah:-

Tempat : Kuching, Sarawak


Tarikh : 25 hingga 28 Jan 2019 (Jumaat hingga Isnin)
Masa : 4 hari 3 malam
Pelajar : 16 orang pelajar kursus Pendidikan seni visual
Guru pengiring : 2 orang pensyarah pengiring Kursus pendidikan seni
visual, IPGK Perlis

2. Program ini merupakan satu program lawatan Kembara visual anjuran pelajar Pendidikan
seni visual, Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis. Untuk makluman Tuan, lawatan ini dibuat bagi
menjawab dan memenuhi kerja kursus PSVK3163 Pengurusan Dalam Seni yang menginginkan
kami mengadakan satu lawatan Kembara visual. Selain itu ,tujuan lawatan ini adalah untuk
memperkayakan pengetahuan dan kemahiran bakal guru pelatih tentang kesenian yang terdapat
disarawak melalui lawatan dan bengkel di sarawak. Jika pihak Tuan ingin mengetahu tentang
lawatan ini dengan lebih lanjut, disini saya lampirkan kertas kerja yang telah diluluskan.

3. Sehubungan dengan itu kami ingin memohon sumbangan ikhlas dari pihak Tuan untuk
melancarkan perjalanan program lawatan kembara visual ini. Sebarang bentuk sumbangan
khususnya wang ringgit amat kami harapkan. Sekiranya pihak Tuan ingin memberikan sumbangan
secara serahan tangan atau melalui akaun bank, pihak Tuan boleh menghubungi Pengerusi atau
Bendahari Program ini seperti yang tertera dibawah.

4. Segala sumbangan yang dihulurkan kami amatlah kami hargai dan didahulukan dengan
ucapan jutaan terima kasih.

5. Sebarang pertanyaan sila hubungi:-

Muhamad Hafizi Bin Mohd Hamizi (Pengerusi Lawatan)


013-5268559

Fatin Nabila Binti Abdullah (Bendahari)


019-4794197

Sekian, terima kasih

Yang menjalankan tugas,

............................................
( MUHAMAD HAFIZI BIN MOHD HAMIZI )
Pengerusi,
Lawatan Kembara Visual
Kursus Pendidikan Seni Visual,
Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis,
01000 Kangar,
Perlis.

Anda mungkin juga menyukai