Anda di halaman 1dari 4

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana
dengan kurniaan dan rahmat darinya, akhirnya saya Berjaya menyiapkan Laporan Lawatan
ini. Dengan hati yang tulus ikhlas, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih
kepada penyarah Encik Akmal Shukri atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang diberi
sepanjang tempoh pelaksaan kertas kerja laporan ini. Penghargaan juga ditujukan kepada
kedua ibubapa, adik beradik dan sahabat handai atas Kerjasama serta yang terlibat sama
ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam membantu menjayakan laporan
tindakan ini. Bantuan laporan dari segi informasi terkini mengenai kertas kerja amat saya
hargai . Budi kalian yng sanggup meluangkan masa untuk memberikan saya maklumat tidak
akan saya lupakan . Akhir sekali terima kasih kepada pihak – pihak yang telah membantu
saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang projek saya dijalankan dan
dibentangkan.
PENDAHULUAN

Program pendidikan luar bilik darjah (PLBD) lawatan ke Muzium Orang Asli Gombak
(MOAG) bersama pensyarah dan pelajar kelas Pemasaran Semester 4 Kolej Vokasional
Gombak. Program Pendidikan luar bilik darjah (PLBD) iaitu lawatan ke Muzium Orang Asli
Gombak ni diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar melawat tempat
– tempat yang menarik disamping menimba penetahuan dan pengalaman baru yang
menggembirakan. Lawatan ini juga merupakan salah satu kaedah dalam proses pengajaran
dan pembelajaran di luar bilik darjah.

Para pelajar memperolehi pengetahuan melalui pembelajaran masteri yang mana ia


merupakan satu kaedah yang berkesan dalam menyalurkan maklumat kepada para pelajar.
MATLAMAT

Menganjurkan program pendidikan luar bilik darjah (PLBD) yang tersusun dan
terancang ke arah meningkatkan keyakinan diri pelajar dan mengembangkan semangat
sosialisasi pelajar terhadap persekitaran luar.

Melalui lawatan ini pelajar akan diberi pendedahan serta menimba pengalaman dan
penetahuan secara langsung ke arah meningkatkan tahap pencapaian mereka dalam bidang
Pendidikan khasnya dan kehidupan amanya.

Membina hubungan kasih saying yang lebih intim antara pensyarah melalui program
lawatan. Ianya secara tidak langsung dapat meningkatkan kesedaran betapa pentingnya
perhatian dan belaian terhadap pelajar.

OBJEKTIF

1. Memberi peluang kepada pelajar untuk menambahkan pengalaman dan


pengetahuan.

2. Pendedahan awal kepada para pelajar akan dapat membuka minda dan memberi
pengalaman berguna untuk membina diri menjadi insan yang cemerlang, berfikiran kreatif,
kritis dan aktif.

3. Meningkatkan kemahiran soft skill di kalangan pelajar-pelajar SVM 2 seperti


kemahiran komunikasi dan pengurusan diri.
TEMA

Muzium Orang Asli Gombak memainkan peranan penting dalam menjaga dan
mempromosikan warisan pribumi Malaysia. Muzium ini memiliki koleksi artifak, alat
tradisional, kraftangan, dan objek budaya yang mencerminkan kepelbagaian kelompok etnik
dalam komuniti Orang Asli. Dari keranjang yang dianyam dengan rumit sehingga alat musik
tradisional, pameran tersebut menyoroti keterampilan seni, kraftangan, dan kehidupan
sehari-hari Orang Asli di bumi Malaysia. Muzium ini juga bekerjasama dengan komuniti
Orang Asli untuk memastikan pelestarian dan representasi yang betul & tepat terhadap
praktik budaya mereka.

Muzium ini menawarkan berbagai pameran yang mempamerkan warisan khazanah budaya
yang kaya dari masyarakat Orang Asli. Pengunjung dapat menjelajahi paparan yang
menampilkan pakaian tradisional, alat berburu, alat pertanian, dan peralatan rumah tangga.
Pameran tersebut memberikan wawasan tentang gaya hidup nomad, teknik pertanian, dan
kepercayaan spiritual masyarakat Orang Asli. Muzium ini juga memiliki diorama, presentasi
audiovisual, dan paparan interaktif yang menghidupkan budaya Orang Asli, membolehkan
pengunjung terlibat dalam tradisi dan adat istiadat mereka

Anda mungkin juga menyukai