Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA AKTIVITI LAWATAN SAMBIL BELAJAR

PRASEKOLAH SK TUANKU FATIMAH


28700 BENTONG, PAHANG DARUL MAKMUR

PENGENALAN
Program lawatan prasekolah bertujuan memberi pendedahan pembelajaran di
luar bilik darjah kepada murid-murid prasekolah. Selain memupuk nilai kerjasama
semasa lawatan, murid juga boleh belajar berinteraksi, berdisiplin dan memikul
tanggungjawab menjaga keselamatan diri dan rakan-rakan ketika melaksanakan
aktiviti. Program lawatan ini dapat memberi impak positif kepada perkembangan
murid prasekolah untuk terus memacu kecemerlangan kelas prasekolah itu sendiri.

MATLAMAT
Program lawatan ini diadakan bagi menyuburkan potensi murid-murid
prasekolah dalam semua aspek perkembangan serta memupuk sikap positif agar
mereka menjadi seorang ahli masyarakat yang berguna dan berdikari.

OBJEKTIF
3.1 menimbulkan keseronokan melalui penerokaan
3.2 mengembangkan daya pemikiran murid-murid prasekolah
3.3 menambah ilmu pengetahuan, maklumat dan dapatan melalui
pengalaman sendiri
3.4 bertukar-tukar maklumat, idea dan dapatan dalam kalangan ahli lawatan
3.5 perkongsian pintar dapat direalisasikan semasa program lawatan
dijalankan
3.6 murid dapat bercerita dan berkongsi pengalaman tentang program
lawatan yang
disertainya.

KUMPULAN SASARAN
Semua Murid Prasekolah (seperti lampiran)

GURU ROMBONGAN
1. Guru Pengiring 6 orang (seperti lampiran)
2. Ketua Rombongan Pn. Roziemarhayanie bt. Ruslan

TEMPOH/TARIKH LAWATAN
30 April 2013 (7.30 pagi 5.00 petang)

TEMPAT LAWATAN
Kidzania Kuala Lumpur
Curve NX 18, Jalan PJU 7/5
Mutiara Damansara
46150 Petaling Jaya
Kuala Lumpur

ANGGARAN PERBELANJAAN
1. Bas Sewaan Khas A & B
(melalui tuntutan LPBT dan
melalui duit KoKurikulum Prasekolah)

RM 1600.00

2. Tiket kanak-kanak & makan tengahari (pakej kidzania)


RM 60.00 seorang x 50 orang murid
=

RM 3000.00

3. Tiket guru
RM60.00 seorang x 6 orang guru

RM360.00

4. Tiket ibu bapa


RM 60.00 seorang x 32 orang ibu bapa

RM1920.00

5. Makan pagi & petang kanak-kanak


(melalui tuntutan makanan prasekolah)
RM 5.00 seorang x 50 orang murid
JUMLAH KESELURUHAN

=
=

RM 250.00

RM 7130.00

HARAPAN
Diharapkan apa yang dirancang dapat berjalan dengan lancar,murid-murid
mendapat ilmu pengetahuan dengan pengalaman yang sebenar. Diharapkan juga
lawatan sambil belajar ini meninggalkan kesan yang mendalam dan positif dalam
diri murid-murid serta kenangan manis yang tidak dapat dilupakan. Lawatan ini juga
diharapkan dapat memberi nilai tambah iaitu memupuk sikap kerjasama, nilai
persahabatan dan permuafakatan antara murid prasekolah.
PENUTUP
Pelaksanaan program lawatan ini merupakan aktiviti yang menyumbang
kepada impak positif dalam kalangan murid prasekolah. Melalui nilai kerjasama ,
toleransi dan bertanggungjawab dapat meningkatkan jati diri murid sebagai
warganegara Malaysia.

Disediakan oleh:

Disahkan oleh:

..
.
(ROZIEMARHAYANIE BT. RUSLAN)
(HJ. ABD. RAHMAN B. DATO
ABD. AZIZ, AMP)
GURU PRASEKOLAH FIRDAUS
GURU BESAR CEMERLANG
SK TUANKU FATIMAH
SK TUANKU FATIMAH

Anda mungkin juga menyukai