Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH KEBANGSAAN WAN IBRAHIM KUALA LIPIS, PAHANG

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI 2012

PROJEK BILIK TERAPI SENSORI DAN BILIK MULTISENSORI SNOEZELEN

1.0 BILIK TERAPI SENSORI Bilik terapi sensori merupakan salah satu langkah untuk membantu kanak-kanak istimewa mendapat bimbingan pembelajaran yang mampu meningkatkan daya sensori. Pengajaran di bilik darjah semata-mata tidak mencukupi kerana pelajar pendidikan khas memerlukan bimbingan tambahan bagi meningkatkan daya tumpuan dan penggunaan deria. Bilik Terapi Sensori dikatakan sesuai untuk membantu pelajar istimewa dari segi kecergasan mental dan fizikal seperti fokus dalam pelajaran, memperbetulkan tingkah laku dan menenangkan fikiran menerusi pelbagai aktiviti yang dipantau guru terlatih. Setiap peralatan yang disediakan di sini mempunyai tujuan tersendiri dalam meningkatkan fokus terhadap ruang, daya tumpuan, kecerdasan dan kewaspadaan. Ia turut merangsang penggunaan deria khususnya penglihatan, bunyi dan rasa yang membantu otak menyusun serta menterjemah maklumat. 2.0 SNOEZELEN Projek Snoezelen merupakan bilik multisensori yang melibatkan penggunaan dan rangsangan kelima-lima deria yang ada pada setiap individu. Ia termasuklah rangsangan penglihatan (visual),pendengaran (hearing), sentuhrasa (touch), bau (smell) dan rangsangan sendi (propriation). Snoezelen adalah konsep yang melibatkan persekitaran dalaman sesebuah bangunan atau bilik yang direkacipta bagi menyediakan keselesaan dan ketenangan dengan menggunakan peralatan yang khusus.

Untuk menjalani terapi ini, satu bilik khas disediakan khusus untuk terapi ini. Bilik terapi ini dilengkapi dengan pelbagai alatan yang akan merangsang minda seseorang untuk berehat daripada segala tekanan. Media yang digunakan dalam bilik terapi snoozelen ini adalah ,efek lampu, permukaan taktil, muzik lembut, dan bau aroma yang harum. Snoezelen juga merupakan salah satu daripada cabang terapi alternative yang dapat menggalakkan pemfokusan, tindak balas keyakinan diri, relaksasi ketenangan otot, perubahan tingkah laku dan menggalakkan proses perkembangan minda.

Memandangkan konsep snoezelen direka khusus untuk merangsang deria murid-murid tanpa memberi sebarang tekanan intelektual dan ia berupaya untuk mengawal persekitaran bagi membuatkan murid-murid berasa selamat dan lebih tenang.

Oleh itu amat penting dua projek ini untuk direalisasikan di Sekolah Kebangsaan Wan Ibrahim sebagai salah satu terapi bagi menggalakkan pemfokusan, tindak balas keyakinan diri, relaksasi ketegangan otot-otot, perubahan tingkah laku dan menggalakkan perkembangan minda kanak-kanak pendidikan khas. 3.0 OBJEKTIF 3.1 Menyediakan terapi atau rangsangan yang mewujudkan suasana dalam meningkatkan kesedaran murid-murid terhadap persekitaran mereka melalui deria penglihatan dan pendengaran bagi mencapai ketenangan dan menolong murid-murid mengalihkan perhatian daripada sebarang gangguan

3.2 Membolehkan murid-murid mengawal gangguan emosi mereka melalui kesan cahaya, bunyian dan juga aroma yang terdapat di dalam bilik snoezelen.

3.3 Memberikan peluang kepada murid-murid mengalami pengalaman yang menyeronokkan melalui peralatan yang digunakan dan dapat mengaktifkan pengawalan alat sensori murid-murid. 3.4 Menggalakkan relaxation, konsentrasi dan pemfokusan dalam kalangan murid serta dapat meningkatkan keyakinan diri melalui interaksi yang berlaku semasa proses terapi dilaksanakan

3.5 Dapat mengurangkan keresahan, agitasi dan masalah hiperaktif dalam kalangan murid-murid 3.6 Boleh dimanfaatkan kepada semua individu contohnya kepada warga emas, guru atau murid-murid dalam membantu mengawal emosi melalui peralatan yang disediakan di dalam bilik sensori integrasi dan juga snoezelen.

4.0 KUMPULAN SASARAN Penyediaan bilik sensori integrasi dan snoezelen ini diwujudkan umumnya untuk semua warga Sekolah dan masyarakat sekitar dan khususnya juga untuk muridmurid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan Wan Ibrahim, Kuala Lipis,Pahang Darul Makmur. Kumpulan sasarannya adalah seperti berikut:

4.1 Murid-murid yang mempunyai pelbagai ketidakupayaan fizikal dan mental 4.2 Murid-murid yang mengalami masalah perkembangan motor, kognitif bahasa dan kemahiran interaksi sosial 4.3 Murid-murid yang mempunyai kesukaran penumpuan belajar atau

challenging behavior. 4.4 Murid yang mengalami kondisi psikiatrik seperti kemurungan, skizofrenia, resah, tertekan dan bingung. 5.0 PENYEDIAAN BILIK SENSORI INTEGRASI DAN SNOEZELEN 5.1 Memastikan semua tingkap dan bukaan ditutup bagi memastikan tiada cahaya luar memasuki bilik snoezelen. 5.2 Keseluruhan bilik dilengkapi permaidani bagi menjamin keselamatan murid 5.3 Keseluruhan bilik akan dicat berwarna putih bagi memastikan pantulan cahaya yang lebih baik dan sempurna serta memberikan ilusi bilik yang lebih luas. 5.4 Bilik-bilik ini dilengkapi dengan penghawa dingin untuk menjamin keselesaan sepanjang proses terapi dijalankan dan juga untuk menjamin pemeliharaan peralatan multi-sensori di dalam bilik tersebut. 6.0 KEWANGAN Semua perbelanjaan bagi merealisasikan bilik sensori integrasi dan snozelen ini memerlukan sumbangan daripada pelbagai pihak.

ANGGARAN KEWANGAN PERBELANJAAN PROJEK BILIK SENSORI INTEGRASI DAN SNOEZELEN Butiran Sumbangan Pihak Luar Pendapatan RM 80,000 Bil. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 Jumlah Butiran Rompa Ball Bubble Tube Padded base for Bubble Tube Projector & Wheel Rotator Mirror Ball Bendy Mirror Aromatheraphy Kit Edge Block PA System Penghawa Dingin Ball Pool Buaian platform Flexidisc Sensory Cardio Kit Resistance Tunnel Trampolin Ballon Bluff Parachute Half Moon Climber Happy Wheel Wave Slide Sensory Walk Tactile Balancing Bar Pengubahsuaian bilik Penyeliaan Bilik dan lain-lain Jumlah Kuantiti 1 x RM 13,000 1 x RM 3000 1 x RM 6000 1 x RM 1500 1 x RM 4000 2 x RM 1000 1 x RM 1800 1 x RM 2000 2 x RM 2500 1 x RM 1000 2 x RM 300 5 set x RM 100 2 x RM 900 2 x RM 300 2 set x RM 350 1 x RM 1500 2 x RM 100 2 x RM 200 2 x RM 200 2 x RM 200 2 x RM 100 2 x RM 300 RM 20000 RM 12800 RM 80 000

Disediakan Oleh

Disemak Oleh

Disahkan Oleh

7.0 JAWATANKUASA KHAS INDUK PROJEK BILIK SENSORI INTEGRASI DAN SNOEZELEN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SEKOLAH KEBANGSAAN WAN IBRAHIM, KUALA LIPIS PAHANG PENASIHAT : EN. HASAMI BIN MOHAMAD (GURU BESAR)

PENGERUSI 1 : EN. MOHD BI BIN MOHD SAMSURI (GPK PENDIDIKAN KHAS) PENGERUSI 2 : PN. ROHANI BT AHMAD (GPK 1) PENGERUSI 3 : PN. SITI AISHAH BT OMAR PENGERUSI 4 : PN. FARIZA BT IBRAHIM SETIAUSAHA : EN. RAHIMI BIN BAHARUDIN BENDAHARI : PN. NOOR AZLINA BT ABDUL MALEK

AHLI JAWATANKUASA PERALATAN : EN. HIBIR BIN ISMAIL EN. RAHIMI BIN BAHARUDDIN KECERIAAN : PN. SAZUNA AYU BT MOHAMED SALLEH PN. HILMA NAZURA BT MD SHAREP PENGURUSAN : CIK ROOSNIZAN BT SHAHROM PN. NURFADILA BINTI NOR AZMI PN. NURUL HAFIZAH BT JAAFAR PENG. TING.LAKU: CIK HAIRUL NAZIRAH BT MUHAMMAD NAZR PN. NORASHIKIN BT ABDUL AZIZ DISIPLIN : PN. NOOR AZLINA BT ABDUL MALEK PN SITI NORHAFIZAH BT GHAZALI

8.0 SEJARAH BILIK TERAPI SENSORI DAN SNOEZELEN Pengurusan bilik multisensori telah dibangunkan sejak tahun 1970-an iaitu di Belanda dengan konsep asal hanya untuk menyediakan persekitaran bagi kanak-kanak cacat berehat dengan menggantung beberapa permainan di syiling. Selepas beberapa bulan perkembangan positif dari segi emosi dan interaksi dapat dilihat dengan jelas. Keadaan tersebut telah menarik minat ahli psikologi untuk membuat kaji selidik tentang keberkesanan kaedah multisensory. Setelah dikaji selidik oleh beberapa ahli psikolofi dari United Kingdom didapati ianya sangat berkesan dan sekarang menjadi satu perkembangan baru dalam kaedah teknologi perawatan.

8.1 PENDEKATAN Persekitaran multisensori direka khusus untuk merangsang kelima-lima deria asas tanpa memberi sebarang tekanan intelektual dan sekaligus melegakan minda. Ia merupakan terapi alternative bagi menggalakkan pemfokusan, tindak balas, keyakinan diri, relaksasi, ketegangan otot-otot, perubahan tingkah laku dan menggalakkan proses perkembangan minda. 8.2 INDIKASI Kanak-kanak yang mempunyai pelbagai kecacatan fizikal dan mental Kanak-kanak yang mempunyai kesukaran penumpuan belajar atau tingkah laku mencabar Kondisi Psikiatrik seperti kemurungan,skizofrenia,resah stress, dan kebingungan Pesakit kronik dan juga terminally ill Warga tua Ibu-ibu keresahan bersalin stressed corporate executive

Anda mungkin juga menyukai