Anda di halaman 1dari 6

MINIT MESYUARAT PPKI KALI PERTAMA 2022

PPKI SK SERTING HILIR KOMPLEKS

Tarikh : 16 Mac 2022 (Rabu)


Masa : 9.00 pagi – 11.00 pagi
Tempat : Bilik Pengurusan PPKI

Kehadiran:
1. PN. Norhafizah binti Hamzah GPK PPKI
2. Pn. Nur Rahilah binti Wahap Setiausaha PPKI
3. En.Haziq Husaini Bin Anuar Penyelaras Kurikulum PPKI
4. En. Zahari Bin. Ahmad Penyelaras HEM PPKI
5. Pn. Nor Sila Binti Saat Penyelaras Kokurikulum PPKI
6. Pn. Nur Hafinaz Haslin Binti Rusli Guru PPKI
7. Pn. Marlinda Binti Ali Guru PPKI
8. En. Zahari Bin. Ahmad Guru PPKI
9. Pn. Suzi binti Ismail Guru PPKI
10. En. Aliyes Bin Ahmad Guru PPKI
11. Pn. Zulaina Bt. Johari PPM
12. Pn. Noor Liza Bt. Awalludin PPM
13. Cik Quzaimah Binti Mustafa PPM

1
Agenda 1 : Ucapan Guru Penolong Kanan PPKI

1.1 Pn. Norhafizah mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran semua guru
dan pembantu pengurusan murid (PPM) dalam mesyuarat PPKI kali pertama ,
2022.

1.2 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Zahari bagi memberkati
perjalanan mesyuarat.

1.3 Pn. Norhafizah berharap agar mesyuarat ini berjalan dengan lancar serta dapat
mencapai kesepakatan agar perancangan PPKI Tahun 2022 dapat
dilaksanakan dengan lebih cemerlang dan segala kelemahan dan kekurangan
lepas dapat diperbaiki untuk kebaikan bersama.

1.4 Mengingatkan guru-guru dan PPM agar dapat melaksanakan tugasan dan
tanggungjawab yang diberikan bagi sesi 2022 dengan penuh komited dan
berdedikasi walaupun berdepan dengan situasi pandemik Covid-19 yang masih
tidak menentu. Meminta guru agar bersedia menghadapi kemungkinan dan
cabaran mengajar di masa akan datang.

Agenda 2: Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat lepas

2.1 Setiausaha mesyuarat PPKI Pn.Suzi membentangkan minit mesyuarat kali ke


2/2021 dan meminta minit mesyuarat tersebut disahkan.

2..2 Minit mesyurat telah disahkan oleh En. Zahari dan disokong oleh Pn. Nur
Rahilah Bt. Wahap.

Tindakan: Makluman

Agenda 3: Perkara-perkara berbangkit

3.1 Para 4.4 Bil.2/2021


Bilik kaunseling sekolah akan dijadikan sebagai bilik pengurusan utama PPKI
yang akan menempatkan fail-fail utama PPKI. Bilik ini turut akan dijadikan kelas
bergerak bagi mata pelajaran elektif.

2
Tindakan: Makluman

Agenda 4: Perkara-perkara penting

4.1 GPK PPKI membentangkan buku pengurusan PPKI bagi tahun 2022.

4.1.1 Carta organisasi PPKI 2022 adalah seperti yang tertera dalam buku
pengurusan PPKI yang mana organisasi induk diterajui oleh :
Pn. Norhafizah Hamzah : GPK PK
Pn. Nur Hairunnisa : Setiausaha
En.Haziq Husaini : Penyelaras Kurikulum
En.zahari Ahmad : Penyelaras HEM
Pn. Norsila : Penyelaras Kokurikulum.

4.1.2 Ketua PPM bagi sesi 2022 adalah Cik Quzaimah binti Mustafa

4.1.3 Kelas-kelas PPKI bagi tahun 2022 kekal sebanyak 5 kelas sebagaimana
tahun sebelum ini iaitu kelas Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3, Tahun 4 dan
Tahun 6.Guru-guru kelas yang dilantik adalah seperti yang tertera di buku
pengurusan PPKI.

4.1.4 Jumlah murid adalah seramai 27 orang murid termasuk 1 orang murid PPI
penuh. Murid yang baru mendaftar 2022 adalah seramai 3 orang.

4.1.5 Pn. Norhafizah meminta semua untuk menyemak takwim tahun 2022 di
buku pengurusan yang diberikan.

4.2 Unit Kurikulum

4.2.1 Murid PPKI yang terlibat dengan PPI penuh tahun 2022 adalah Nur
Hidayatul Husna. Ini merupakan tahun ketiga PPI penuh bagi Nur Hidayatul
Husna dan beliau akan mengikuti PPI penuh di kelas 6IK.

4.2.2 PPI separa akan dijalankan seperti biasa kepada semua murid dalam
aspek kokurikulum bergantung kepada situasi pandemik ini.

4.2.3 En. Mohd Haziq Husaini mencadangkan bahawa RPI pada tahun lepas
akan di sambung pada tahun ini berikutan situasi pandemik pada tahun
2021 yang mengakibatkan objektif RPI kebanyakan murid tidak terlaksana.
Penjadualan Sidang 1 dan Sidang 2 RPI akan dimaklumkan kemudian.

3
4.2.4 Pn. Norsila turut memaklumkan bahawa PBD turut akan berjalan seperti
biasa pada waktu yang akan dinyatakan kelak. Pengisian PBD akan
dilakukan oleh setiap guru sebanyak 2 kali setahun.

Tindakan : Makluman

4.3 Unit Hal Ehwal Murid

4.3.1 Pn. Norhafizah memaklumkan bahawa Rancangan Makanan Tambahan


(RMT) PPKI akan dilaksanakan pada waktu pagi sebelum sesi PdPc
bermula sebagaimana tahun lepas.

4.3.2 En. Haziq Husaini memaklumkan bahawa kutipan sumbangan adalah


sebanyak RM143.00 yang mana pecahan bayaran adalah RM80.00 untuk
tujuan pengurusan seperti alat tulis, RM25.00 untuk 2 helai t-shirt sukan
dan RM38.00 untuk PIBG. Yuran aktiviti tidak dikutip pada tahun ini kerana
baki yuran aktiviti pada tahun lepas tidak digunakan lagi.

4.3.3 Pn. Marlinda meminta pendapat untuk penyelesaian masalah bagi ibu bapa
yang masih gagal melunaskan sumbanganPIBG dan aktiviti bagi tahun
2021.

4.3.4 Semua ahli mesyuarat bersetuju agar ibu bapa yang masih mempunyai
sumbangan tertunggak untuk tetap membuat bayaran tersebut dan
peringatan harus diberikan dari semasa ke semasa.

4.4 Unit Kokurikulum

4.4.1 En. Haziq Husaini memaklumkan bahawa PPKI Projek Tanaman Nanas di
tapak kebun PPKI telah mencapai ke fasa menuai. Penjualan nanas telah
berlangsung sekitar bulan disember dan telah mencapai pulangan modal.

4.4.2 Beliau turut memaklumkan Projek Tanaman Cili Bara Fertigasi dan
tanaman kebun dapur sebanyak 100 polibeg akan dilaksanakan pada
tahun ini.

4.4.3 En. Zahari Ahmad memaklumkan bahawa rancangan lawatan sambil


belajar pada tahun belum diputuskan lagi kerana situasi pandemik yang
masih tidak menentu. Walaubagaimanapun aktiviti dalaman akan
dilaksanakan sebagai mengganti aktiviti lawatan luar.

4
Agenda 5: Hal-hal lain

5.1 Pn. Norhafizah Hamzah mengingatkan agar semua dapat mematuhi SOP dengan
baik terutamanya semasa bersama dengan murid-murid untuk kebaikan dan
keselamatan bersama.

Tindakan: Makluman

Agenda 6: Ucapan penangguhan

6.1 GPK PPKI mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat.

6.2 Berharap agar segala perkara yang dibincangkan akan dilaksanakan dengan
baik mengikut pelan yang telah dibincangkan.

Tindakan:Makluman

Mesyuarat ditangguhkan jam 2.00 petang

Disediakan oleh: Disahkan oleh,

.................................... ................................
.
( SUZI BINTI ISMAIL) (NORHAFIZAH BT. HAMZAH)
Setiausaha PPKI SKSHK 2021 GPK PPKI SKSHK

5
MAKLUM BALAS MINIT MESYUARAT

Nama Mesyuarat : Mesyuarat PPKI Kali Pertama, 2022


Tarikh : 16 Mac 2022 (Rabu)
Tempat : Bilik Pengurusan PPKI

Muka Para Perkara Tindakan Maklum Balas


Surat
3 4.1.5 Pn. Norhafizah meminta Guru & PPM Makluman
semua untuk menyemak telah diterima
takwim tahun 2022 di dan diambil
buku pengurusan yang tindakan pada
diberikan. Januari 2021

Disediakan oleh:

.........................................

( SUZI BINTI ISMAIL)

Setiausaha Mesyuarat PPKI 2022

Anda mungkin juga menyukai