Anda di halaman 1dari 8

1.

0 PERBANDINGAN KBSR DAN KSSR


Perbezaan Matlamat dan Objektif Isi dan Kandungan Pendekatan

MATLAMAT DAN OBJEKTIF

KBSR Murid dapat menguasai dan menghargai Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai alat perpaduan dengan bagus dan memuaskan. Menekan penguasaan terhadap kemahiran asas 3M iaitu membaca , menulis dan mengira.

KSSR meningkatkan penguasaan muridmurid sekolah rendah khususnya dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris .

ISI DAN KANDUNGAN

KBSR merangkumi tiga bidang iaitu komunikasi , manusia dan alam keliling dan perkembangan individu .

Tertumpu kepada penggunaan 4M (membaca , menulis , mengira dan menaakul ) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat ( ICT) , perkembangan sosio emosi , kerohanian , fizikal , kognititif , sikap dan nilai . Kurikulum seni visual untuk sekolah rendah ialah menggambar , membuat corak dan rekaan , membentuk dan membuat binaan serta mengenal kraf tradisional . organisasi kandungan dalam aspek bidang tersebut disusun berasaskan kepada empat standard kandungan- persepsi estetik , aplikasi seni , ekspresi kreatif , dan apresiasi seni

PENDEKATAN

Dari segi susunan meja , kerusi pelajar disimpan mengikut kaedah berkumpulan . Lebih bersifat berpusatkan pelajaran dan pembelajaran amat digalakkan . Bahan pengajaran dan hasil pembelajaranjuga diletakkan diruang belajar timbulkan suasana bilik darjah yang menarik dan merangsang proses pengajaran dan pembelajaran

pemerhatian secara aktif interaktif yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan. apresiasi seni visual secara mudah. menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan .

2.0 PERSAMAAN KBSR DAN KSSR


Persamaan Matlamat dan Objektif Isi dan Kandungan Pendekatan

MATLAMAT DAN OBJEKTIF

KBSR Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai alat perpaduan memberi tumpuan terhadapp perkembangan individu secara menyeluruh yang meliputi aspek jasmani , emosi , rohani , intelek dan sosial (JERIS)
menyentuh tentang kepentingan seni dalam kehidupan

KSSR pelajar yang seimbang dari segi intelek , rohani , jasmani dan emosi berilmu pengetahuan , berketeramilan , percaya kepada Tuhan , berakhlak mulia dan berkeyakinan

ISI DAN KANDUNGAN

menyentuh tentang kepentingan seni dalam kehidupan

PENDEKATAN

guru sebagai pembimbing pelajaran

guru sebagai pembimbing pelajaran

BAHAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Ciri-ciri bahan bantu yang berkualiti ialah mukataip, ilustrasi/gambar dan maklumat yang jelas, relevan serta mudah difahami. Mudah dikendalikan dan mesra pengguna. Persembahan menarik dan kemas.Dapat menjelaskan konsep dengan tepat,kekukuhan dan boleh diguna selalu.

i) Prosedur penyediaan bahan bantu. - Memastikan kesesuaian dengan tajuk dan hasil pembelajaran - Jumlah yang diperlukan mengikut keutamaan - Membuat lakaran visual bahan sumber yang hendak dihasilkan - Menentukan bahan dan teknik - Menentukan maklumat dan ilustrasi/gambar yang hendak dipaparkan. - Menghasilkan bahan bantu. - Kemasan

ii) Penggunaan bahan bantu. - Mengambil pertimbangan yang diperlukan sekiranya bahan sumber perlu digantung, dilekatkan, disandarkan atau diedarkan. - Mengambil langkah-langkah keselamatan - Mengambil kira bilangan yang mencukupi - Perlu menjimatkan masa dan tenaga untuk mengedarkan dan mengutip.

Dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual,Pelbagai jenis alat dan bahan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Jenis pertama adalah alat dan bahan yang digunakan untuk penghasilan. Jenis kedua adalah alat dan bahan bantu untuk tujuan diatas untuk membantu pengajaran dan pembelajaran. Kedua-dua jenis itu pula boleh dibahagi kepada beberapa subkategori seperti berikut:

A) Alat dan bahan untuk penghasilan Contoh: alat dan bahan untuk menghasilkan gambar catan: Alat: berus atau alat ganti untuk mengecat Bahan: warna air atau warna poster, kertas kartrij. Peralatan lain: palet, bekas air, kain lap, kertas surat khabar sebagai alas meja.

B) Alat dan bahan untuk membantu pengajaran dan pembelajaran: (i) Alat dan bahan bantu yang ada dalam kehidupan seharian murid dan pengalaman sedia ada murid. Contohnya : Bola,baju,kasut,kotak ubat gigi,penyapu,sikat,bunga,daun,rumpu,batu,bata,beg, jam,cawan,botol,gula-gula,kacang,tiket,kotak tisu,kek harijadi,rambutan,roda,cermin,tiang,meja,kerusi,bakul sampah,almari raket

(ii) Alat dan bahan bantu yang direka khas untuk menjelaskan konsep dan secara langsungnya tidak ada dalam kehidupan seharian murid. Contohnya: Jadual,penyusunan grafik,carta,kad huruf dan angka,kad perkataan dan kad ayat, gambar rajah,senarai,kad separuh bulatan,kad sisipan,papan gulung,papan flannel,papan tulis,petikan rencana.

(iii) Alat dan bahan media teknologi dan lain-lain jenis yang seumpama dengannya yang boleh dipilih sebagai koleksi khas.

Koleksi bahan bantu boleh dikumpul melalui beberapa pendekatan antaranya ialah seperti berikut:-

1. Hasil kerja murid yang baik boleh dijadikan koleksi contoh untuk asas seni reka, Organisasi rekaan dan pemahaman dan penghargaan. Bahan tersebut boleh disimpan di dalam folio.

2. Hasil kutipan benda maujud yang terdapat di persekitaran seperti kulit kerang dan kayu hanyut boleh dijadikan kajian dan analisis asas seni reka.

3. Keratan-keratan dari akhbar dan majalah boleh dijadikan bahan buku skrap dan carta untuk digunakan dalam perbincangan dan kajian.

4. Koleksi gambar slaid yang meliputi pelbagai aspek Pendidikan Seni Visual termasuk salinan karya pelukis-pelukis terkenal temapatan dan antarabangsa boleh digunakan bagi tujuan meransang dan menimbulkan perasaan ingintahu murid.

5. Slaid Power Point boleh diusahakan oleh ahli panitia PSV bagi memudahkan penyampaian pelajaran mereka.

6. Buku-buku rujukan dan risalah berkenaan PSV boleh diperolehi dari pembekal untuk dijadikan rujukan dan panduan murid dalam pengajaran dan pembelajaran dan disimpan samada di Bilik Seni Visual atau Pusat Sumber Sekolah.

7. Koleksi muzik perlu disediakan bagi menghidupkan suasana semasa aktiviti PdP dijalankan. Pemain kaset / CD / DVD perlu disediakan. Berikut adalah gambar-gambar contoh bahan bantu boleh disimpan.

Prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan

Pengendalian alat dan bahan merupakan aspek penting dalam pengurusan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan menjadi tanggungjawab guru Pendidikan Seni Visual untuk menguruskannya dengan sempurna. Penerangan yang betul dan mengikut tertib kepada murid tentang bagaimana menggunakan alat dan bahan bantu dengan cara yang betul dan seterusnya cara menyimpan alat dan bahan supaya tidak rosak. Sebagai contoh, alat seperti berus, pellet dan bekas air perlu dibasuh dan dikeringkan sebelum disimpan supaya tidak rosak.

Penyimpanan dan rekod stok

Semua alat dan bahan yang dibeli hendaklah dicatatkan di dalam Buku Stok rasmi sepertimana yang dikehendaki oleh pihak Audit. Butir-butir yang terdapat dalam

ruang-ruang buku stok hendaklah diisi dengan lengkap dan kemaskini. Berikut adalah antara prosedur yang perlu diambilkira dalam proses penyimpanan dan rekod stok.:- Menyediakan senarai alat dan bahan yang diperlukan - Membuat perolehan alat dan bahan daripada pembekal / sekolah - Membuat penerimaan alat dan bahan, menyemak dan mengesahkan - Membuat inventori dalam buku stok - Membuat rekod keluar masuk alat dan bahan

Dua buku stok boleh digunakan. Sebuah buku untuk mencatatkan butir-butir alat

dan bahan kekal manakala sebuah buku lagi digunakan untuk alat dan bahan habis guna. Setiap jenis alat dan bahan yang diperolehi patut dicatatkan dalam halaman secara berasingan. Dengan demikian, ianya memudahkan semakan stok pada akhir tahun yang berkenaan.

Semakan stok perlu dijalankan pada akhir setiap tahun. Sebarang kerosakan,

kehilangan atau kecurian alat dan bahan yang bernilai hendaklah dilaporkan kepada pihak sekolah.

Setiap satu item alat dan bahan samada peralatan kekal atau tidak kekal hendakl

dicatatkan dalam satu-satu borang sahaja. Jika terdapat penambahan stok pada item berkenaan boleh diisi ke dalam borang berkenaan sahaja. Umpamanya , kertas lukisan (1 imperior) ingin ditambah dalam stok perlulah diisi ke dalam borang item kertas lukisan (1 imperior ) sahaja. Membuat rekod keluar masuk alat dan bahan serta dokumen langkah keselamatan adalah penting

ORGANISASI KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG

STANDARD KANDUNGAN 1 : PERSEPSI ESTETIK

STANDARD KANDUNGAN 2 : APLIKASI SENI


Standard kandungan ini membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan, pemahaman, dan bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam aktiviti seni.

Standard kandungan ini membolehkan murid membuat persepsi dan memahami bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan) yang terdapat pada alam ciptaan Tuhan, objek buatan manusia, dan karya seni.

STANDARD KANDUNGAN 4 : APRESIASI SENI VISUAL


Standard kandungan ini membolehkan murid membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni, dan budaya. Murid juga boleh membuat penghayatan dan penghargaan seni warisan serta hubung kait seni visual dengan disiplin ilmu yang lain, kehidupan, dan kerjaya.

STANDARD KANDUNGAN 3 : EKSPRESI KREATIF


Standard kandungan ini mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan karya seni.

Anda mungkin juga menyukai