Anda di halaman 1dari 7

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENGERUSAN HEM

SEKOLAH KEBANGSAAN DEMIT 2 KALI PERTAMA TAHUN 2022

Tarikh : 19 Februari 2022

Masa :10.00 pagi

Tempat : Bilik Gerakan Sek Keb Demit 2

Kehadiran : 1.Pn Zaitun binti Che Wil(Guru Besar)

2.Tn. Haji Mohd Razi bin Mat Jusoh(PK HEM)

3.Pn. Noor Suriani binti Ismail(SU HEM)

4.En.Mohd Shahriman bin Md. Arifian

5. Pn.Siti Nurul Aini bt Ahmat

6.Pn.Fadhliah binti Mahmud

7.Pn.Ratnawati binti Noh Ali Piah

8.En.Mohd Rusydi bin Mohd Noor

9.Pn.Salmmawati binti Ibrahim

10.Pn. Rozila binti Masal

11.Pn. Maniana binti Ab. Latif

12.Pn. Hasni binti Hashim (Ganti Pn. Maizatul Hema)

13. En.Ardy Zamani bin Abdullah

14.En. Mohd Kamaruddin bin Mohd Hussein

15.Pn. Rosriana binti Mohamad

16. Mohd Razi bin Champelus

17.Mohd Rusydan bin Mohd Noor

Tidak hadir : 1.Pn. Maizatul Hema binti Mohamed

2.Pn . Noriza binti Mohamed

3. Pn.Ruzana binti Omar

4.Pn .Hjh Suhaira binti Ibrahim

5. En. Wan Ismadi bin Wan Ismail

1
Mesyuarat dipengerusikan oleh Pn. Zaitun binti Che Wil (Guru Besar )

Agenda 1 : Ucapan Pengerusi (Pn. Zaitun binti Che Wil -Guru Besar)

1.1 Pn.Zaitun binti Che Wil memberi salam . Memulakan majlis dengan membaca
Surah Al-Fatihah.
1.2 Melahirkan rasa syukur kerana dapat mengadakan mesyuarat pada kali ini
untuk membuat perancangan pengurusan HEM untuk tahun 2022.
1.3 Mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa pada tahun 2021 atas
komitmen yang telah diberikan.
1.4 Setiausaha dalam setiap jawatankuasa HEM yang dibentuk merupakan
penyelaras dan dibantu oleh AJK masing-masing.
1.5 Tugas utama bidang HEM adalah merancang dan melaksanakan program agar
berlaku peningkatan disiplin ,sahsiah ,akhlak,adab dan jati diri murid.
1.6 Setiap unit HEM perlu proaktif supaya aktiviti -aktiviti yang dirancang dapat
berjalan dengan lancar dan pastikan semua dokumen perlu disimpan di dalam
fail unit HEM masing- masing untuk memudahkan pemantauan pihak PPD .
1.7 Unit RMTS dan SPBT melakukan tugasan masing -masing dengan cemerlang.
1.8 Kantin perlu ditambah baik dari segi kebersihan.

Tindakan : AJK HEM

Agenda 2: Pembentangan Pengurusan HEM tahun 2021 oleh Tn. Hj . Mohd

Razi bin Mat Jusoh ( PK HEM )

2.1 PK HEM mengucapkan salam dan berterima kasih kepada semua AJK induk
HEM yang hadir dan telah menjalankan tugasan tahun 2021 walaupun banyak
aktiviti unit HEM yang dirancang tidak dapat dilaksanakan ekoran wabak COVID-
19.

2.2Segala peruntukan dan kebajikan dapat diberikan termasuklah KWAMP dan


BAP mengikut SOP yang telah ditetapkan.

2.3 Untuk RMTS,AJK RMTS boleh ambil borang pendapatan daripada PK HEM
untuk mengemaskini data RMTS tahun 2022.

2.4 Untuk yang melibatkan peruntukan, ia dilakukan oleh Puan Safura.

2.5 Setiap SU dalam unit HEM perlu ada fail di tangan masing- masing kerana
pemantau yang datang akan minta daripada SU setiap unit.Sekiranya, SU dalam
setiap HEM tidak bersedia,ia akan menimbulkan rasa tidak selesa .

2
Agenda 3: Pengesahan Pelantikan AJK HEM tahun 2022

3.0 PK HEM mengucapkan tahniah kepada AJK baru Unit HEM tahun 2022 dan
berharap ajk baru menerima dan menjalankan tugas secara ikhlas.

3.1 Ada beberapa perubahan dalam pelantikan AJK HEM pada tahun 2022.

3.2 SU HEM pada tahun 2021 ,Pn. Noor Suriani binti Ismail ditukarkan kepada
Pn.Siti Nurul Aini binti Ahmat pada tahun 2022.

3.3 SU Bantuan/KWAMP , Pn. Salmmawati binti Ibrahim ditukarkan kepada


Pn.Rosriana binti Mohamad .

3.4 SU Kantin, Pn. Siti Nurul Aini binti Ahmat ditukarkan kepada Pn.Noriza binti
Mohamed.

3.5 SU Kebajikan/ Keselamatan ,Pn.Noriza binti Mohamed ditukarkan kepada Pn.


Hafizah binti Abdul Rahman.

3.6 SU Dokumentasi , En. Mohd Razi Champelus ditukarkan kepada En.Mohd


Nordin bin Ismail.

3.7 SU unit HEM yang lain adalah kekal seperti tahun 2021.

3.8 Pelantikan AJK HEM tahun 2022 disahkan dan disokong sebulat suara.

Tindakan :AJK HEM

Agenda 4 : Perancangan Pengurusan HEM tahun 2022 oleh Tn. Hj. Mohd

Razi bin Mat Jusoh (PK HEM)

Pendaftaran murid

4.1 Untuk pendaftaran tahun 1, pastikan borang yang diisi adalah betul sebelum
guru -guru pendaftaran tahun 1 menerima borang tersebut untuk tapisan
bantuan.

4.2 Surat pendaftaran tahun 1 diuruskan oleh Pn. Arizan.

4.3 Bagi murid tahun 6, perlu ada surat penawaran penempatan.

4.4 Pendaftaran murid adalah murid bulan Mac tahun 2022.

4.5 Surat bersepadu yang terdiri daripada jadual pendaftaran dan pembelian
alat – alat di kedai sekolah akan diberikan kepada murid sebelum cuti sekolah
pada akhir bulan Februari tahun 2022.

3
Pengawas & Disiplin

4.6 Temuduga untuk Pengawas baru telah dilaksanakan oleh SU Pengawas , Pn.
Maizatul Hema binti Mohamed dan ajk dan agihan tugas pengawas akan dilakukan
nanti.

4.7 Murid-murid yang terpilih akan membeli kelengkapan pengawas di sekolah


pada masa yang akan diberitahu kelak.

4.8 Pelantikan Ketua dan Penolong Ketua Pengawas akan dilakukan pada bulan Mac
sehingga April.

4.9 Pentauliahan Pengawas akan dilaksanakan sebulan selepas taklimat pengawas.

4.10 Kempen Bulan Disiplin biasanya diadakan pada bulan Julai.

RMTS

4.11 Untuk RMTS tahun 2022,SU RMTS perlu menapis ,menghantar dan
menggguna senarai yang baru menggunakan borang pendapatan penjaga utama
dan kedua yang dicetak oleh En. Ardy Zamani bin Abdullah.

3K

4.12 SU 3K ,Pn. Ruzana binti Omar perlu meningkatkan lagi pelaksanaan program
atau aktiviti 3 K terutama dari segi keceriaan sekolah dan tandas.

4.13 Sebelum wabak COVID- 19,SU Keceriaan/Perabut terdahulu selalu


mengadakan Pertandingan Keceriaan Antara Kelas dan hadiah- hadiah diberikan
kepada kelas- kelas yang menang.

4.14 Kempen Tanpa Sampah biasanya diadakan pada bulan Julai.

Pencegahan Dadah

4.15 SU Pencegahan Dadah, En. Md. Rusydi bin Md. Noor perlu memperkemaskan
lagi pelaksanaan pencegahan dadah seperti Minggu Anti Dadah.

Pencegahan Jenayah

4.16 Bilangan pengawas sekolah telah direkodkan secara dalam talian sebagai
Kelab Pencegahan Jenayah.

4
Kaunseling / Guru Penyayang

4.15 En. Ardy Zamani bin Abdullah sentiasa mengadakan aktiviti- aktiviti
Kaunseling/Guru Penyayang seperti nasihat melalui aplikasi wasshp dan
Pertandingan Murid Cemerlang dan Gemilang Kelas PDPR.

SPBT

4.16 Agihan buku teks akan dilakukan pada minggu ke -3 cuti sekolah.

4.17 Hanya 3 buah lebihan sahaja dibenarkan disimpan di bilik BOSS.

Kebajikan/ Keselamatan

4.18 Bantuan zakat kepada 145 orang murid telah diusahakan oleh Guru Besar
sendiri melalui sumbangan Bank Rakyat cawangan Kota Bharu.

Kedai Sekolah

4.19 Guru Kedai Sekolah ,En. Mohd Razi bin Champelus meminta agar tambahan
ajk Kedai Sekolah lantaran tidak cukup ajk untuk mengendalikan urusan Kedai
Sekolah.

4.20 Ajk tambahan diminta kerana beliau mahu berkongsi ilmu dan kemahiran
tentang Kedai Sekolah untuk dijadikan pelapis Guru Kedai Sekolah lantaran
beliau akan bersara dalam 2 tahun lagi.

4.21 Ajk Kedai Sekolah lama iaitu En. Mohd Tarmizi bin Yaacob meanrik diri
untuk menjadi AJK Kedai Sekolah kerana masalah kesihatan .

4.22 Guru Besar mencadangkan supaya orang luar dibayar gaji sebagai pembantu
untuk membantu menguruskan Kedai Sekolah tetapi Pengurus utama masih Guru
Kedai Sekolah.

4.23 Kelengkapan buku tulis murid akan dibuat secara pakej yang mengandungi
semua jenis buku tulis dan murid tahun 1 boleh membelinya semasa pendaftaran
nanti pada 20 Mac 2022.

4.24 Murid-murid lain boleh membuat pembelian buku,baju tshirt dan peralatan
lain seminggu sebelum buka sekolah mengikut jadual yang akan diberikan nanti.

Tindakan :Makluman

5
Agenda 5 : Hal hal lain

5.1 Guru Besar,Pn. Zaitun binti Che Wil mengarahkan unit 3K untuk
membersihkan dan menceriakan tandas di tepi Bilik SAL sebagai tandas guru
yang kedua.

5.2Beliau juga mengarahkan unit 3K untuk menceriakan tandas-tandas murid.

5.3 Tandas -tandas yang rosak perlu dibaiki.

5.4 SU HEM ,Pn. Noor Suriani binti Ismail bertanya tentang kekerapan
pengisian SSDM di mana PK HEM menjawab bahawa ia sepatutnya diisi setiap
minggu oleh setiap guru.

Tindakan :Semua guru.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tengah hari .

Saya yang menjalankan tugas, Disemak oleh ,

-------------------------------- _____________

(NOOR SURIANI ISMAIL ) (ZAITON BINTI CHE WIL)

Setiausaha Unit HEM Guru Besar

Sek Keb Demit 2 Sek Keb Demit 2

Tarikh : 20 Februari 2022

6
7

Anda mungkin juga menyukai