Anda di halaman 1dari 7

BORANG PENCATAT MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-54

SMK MUNSHI ABDULLAH


SESI 2022/ 2023

TARIKH : 23 JULAI 2022


HARI : SABTU
MASA : 8.00 PAGI – 12.30 TENGAH HARI
TEMPAT : DEWAN MUNSHI, SMK MUNSHI ABDULLAH.
KEHADIRAN :
GURU– mohon pada bahagian pendaftaran
IBU BAPA – mohon pada bahagian pendaftaran

1.0 UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG

1.1 YDP PIBG, Tn. Hj. Norsham B. Hj. Mulop mengucapkan syukur kerana
dapat berkumpul semula dalam Mesyuarat Agung PIBG SMK Munshi
Abdullah kali yang ke-54. Mesyuarat kali ini merupakan kali pertama selepas
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama negara dilanda Covid-19.
Walaupun kita sudah tidak lagi terikat dengan ancaman Covid-19
sepenuhnya, kita masih perlu sentiasa berjaga-jaga agar kita semua dalam
keadaan sihat dan selamat.
1.2 YDP mengucapkan terima kasih atas kehadiran ibu bapa dalam mesyuarat
kali ini kerana ini menggambarkan komitmen dan kerjasama yang diberikan
kepada guru-guru sehingga mencapai tahap kejayaan ini sekarang. Walau
bagaimanapun, kita seharusnya memikirkan langkah-langkah
penambahbaikkan supaya hasilnya terus berkekalan dan membuahkan hasil
yang lebih baik pada masa akan datang.
1.3 Beliau membaca tentatif program yang akan dilakukan sepanjang tempoh
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-53.
1.4 YDP mengharapkan agar program pada hari ini akan berjalan lancar dan
beliau mengharapkan semua ibu bapa untuk terus kekal memberikan
kerjasama yang baik.
2.0 UCAPAN PENGETUA

2 .1 Penasihat PIBG, Pengetua SMK Munshi Abdullah En. Ramli bin Abdullah
mengucapkan syukur dan terima kasih atas kehadiran semua ibu bapa dan
guru-guru ke Mesyuarat Agung PIBG pada kali ini.
2.2 Tuan pengetua juga berharap agar melalui mesyuarat ini pihak sekolah ingin
mengutarakan usul dan diharapkan ibu bapa dapat bekerjasama untuk
meningkatkan kemajuan anak- anak di sekolah ini
2.3 Tuan pengetua memaklumkan bahawa beliau baru sahaja dipindahkan ke
SMK Munshi Abdullah setelah menjadi pengetua kepada dua buah sekolah
terdahulu iaitu SMK Abdul Malik, SMK Ghafar Baba. Beliau pernah bertugas
di SBP Integrasi Selandar selama14 tahun, SM Sains Muar selama 6 tahun
dan penempatan pertamanya di SM Sains Tunku Abdullah, Johor.
2.4 Tuan pengetua yakin dengan kerjasama dan usaha barisan guru-guru serta
Jawatankuasa PIBG yang begitu komited akan menjadikan SMK Munshi
Abdullah terus berdaya saing dan maju dari segi akademik, sahsiah dan
kokurikulum.

3.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG


KALI KE-53 SESI 2021/2022

3.1 YDP PIBG, memohon ahli mesyuarat untuk membaca buku program dan
membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-53.
3.2 Puan Azlina binti Ahamd mencadangkan agar Minit Mesyuarat Agung kali
ke-53 disahkan dan disokong oleh Puan Marsitah binti Abdul Aziz.

4.0 PEMBENTANGAN DAN PENERIMAAN LAPORAN KEWANGAN


TAHUNAN PIBG SESI 2021 /2022

4.1 Bendahari Kehormat PIBG, Puan Nurul Ain’ Mazalam membentangkan


Laporan Kewangan Tahunan PIBG.
4.2 Puan Munirati Baiti binti Ibrahim mencadangkan agar Laporan Tahunan
PIBG kali ke-53 disahkan dan disokong oleh Puan Norhafizah binti Zakaria.
5.0 PEMBUBARAN AJK PIBG SESI 2022/2023

5.1 Secara rasminya, selaku YDP PIBG sesi 2021/2022 mengumumkan


pembubaran AJK PIBG 2021/2022 pada jam 9.20 pagi.
5.2 Pihak sekolah bersetuju melantik Tuan Pengetua, Encik Ramli bin
Abdullah selaku pengerusi sementara.

6.0 PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA PIBG BAGI SESI 2022/ 2023

6.1 Pemilihan Yang Dipertua PIBG

6.1.1 Pengerusi membuka cadangan untuk pelantikan.


6.1.2 Encik Dollah @ Abdullah bin Ngah mencadangkan Tuan Haji
Nor Sham bin Haji Mulop kekal sebagai Yang Dipertua PIBG
sesi 2022/2023 dan disokong oleh Puan Ielina binti Johari.
6.1.3 Puan Rohana Roza binti Abu Bakar mencadangkan supaya
cadangan ditutup dan disokong oleh Tuan Pengetua, Encik
Ramli bin Abdullah.
6.1.4 Keputusannya Tuan Haji Nor Sham bin Haji Mulop dilantik
semula sebagai Yang Dipertua PIBG bagi sesei 2022/2023

6.2 Pemilihan Naib Yang Dipertua PIBG

6.2.1 Encik Anuar bin Ismail mencadangkan Encik Arman bin Akhbar
dilantik sebagai Naib Yang Dipertua PIBG, namun En Arman bin
Akhbar tidak hadir ke mesyuarat PIBG.
6.2.2 Encik Anuar bin Ismail mencadangkan Encik Faizal bin Talib
dilantik sebagai Naib Yang Dipertua PIBG dan disokong oleh
Encik Mohd Zaini bin Hashim.
6.2.3 Keputusan bagi jawatan Naib Yang Dipertua PIBG

6.3 Pelantikan AJK Ibu Bapa

6.3.1 Pengerusi membuka cadangan untuk pelantikan.


6.3.2 Encik Anuar bin Ismail mencadangkan Encik Zainal bin Amran
dilantik sebagai AJK Ibu Bapa.
6.3.3 Encik Anuar bin Ismail mencadangkan Puan Intan Anita binti
Mohd Nor dilantik sebagai AJK Ibu Bapa.
6.3.4 Puan Hajah Norsiah binti Abdul Rahman pula mencadangkan
Puan Rohana binti Abu Bakar dilantik sebagai salah seorang
AJK Ibu Bapa.
6.3.5 Encik Anuar bin Ismail mencadangkan Puan Rozita binti
Hamzah dilantik sebagai AJK Ibu Bapa.
6.3.6 Encik Kamarudin bin Kassim mencadangkan Puan Azizah binti
Ahmad dilantik sebagai AJK Ibu Bapa.
6.3.7 Puan Rosnizah binti Rahim mencadangkan Encik Mazlan bin
Mohd dilantik sebagai AJK Ibu Bapa.
6.3.8 Puan Hajah Norsiah binti Abdul Rahman pula mencadangkan
Encik Dollah @ Abdullah binti Ngah turut dilantik sebagai salah
seorang AJK Ibu Bapa.
6.3.9 Encik Saufi bin Kahar turut mencadangkan Encik Mohd Rasid
bin Anuar Bacha dilantik sebagai salah seorang AJK IbuBapa.
6.2.9 Tuan Pengetua, Encik Ramli bin Abdullah mencadangkan agar
cadangan ditutup dan disokong oleh Encik Norisham bin Abu
Bakar.

6.3 Keputusan Pelantikan AJK Ibu Bapa sesi 2022/2023

6.3.1 6 orang calon yang mendapat sokongan penuh akan dilantik


menjadi AJK Ibu Bapa bagi sesi 2022/2023.
6.3.2 Calon-calon tersebut ialah:-
6.3.2.1 6.3.2.1 Puan Intan Anita binti Mohd Nor
6.3.2.1 Encik Zainal Abidin bin Amran
6.3.2.2 Puan Rohana binti Abu Bakar
6.3.2.3 Puan Rozita binti Hamzah
6.3.2.4 Puan Azizah binti Ahmad
6.3.2.5 Encik Mazlan bin Mohamad
6.3.2.6 Encik Dollah @ Abdullah bin Ngah
6.3.3 Lantikan dipersetujui oleh semua hadirin
6.4 Pemilihan Pemeriksa Kira-Kira (Wakil Ibu Bapa)

6.4.1 Pengerusi membuka cadangan untuk pelantikan.


6.4.2 Tuan Pengetua, Encik Ramli bin Abdullah mencadangkan agar
Encik Mohd Rasid bin Anuar Bacha dilantik sebagai pemeriksa
kira-kira dari kalangan ibu bapa.
6.4.3 Lantikan itu dipersetujui sebulat suara oleh para hadirin.

7.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN SUMBANGAN PIBG,


SUMBANGAN
KECEMERLANGAN DAN ASRAMA SESI 2022/2023 DAN SESI 2023/2024

7.1 Bendahari PIBG membentangkan bayaran PIBG dan asrama sesi


2022/2023

7.1.1 Pecahan Sumbangan PIBG

7.1.1.1 Sumbangan PIBG RM30 bagi satu keluarga


7.1.1.2 Bayaran majalah RM15 bagi satu keluarga
7.1.1.3 Sumbangan Kecemerlangan RM40 setiap pelajar
tingkatan 1,2,3 dan 4
7.1.1.4 Sumbangan Kecemerlangan RM50 setiap pelajar
Tingkatan 5
7.1.1.5 Kecemerlangan RM150 setiap pelajar tingkatan 6
7.1.1.6 Tabung kenangan Munshi RM5 bagi satu keluarga

7.1.2 Jumlah kutipan


7.1.2.1 RM90 bagi tingkatan 1,2,3 dan 4
7.1.2.2 RM100 bagi tingkatan 5.
7.1.2.3 RM200 bagi pelajar tingkatan 6
7.1.3 Bayaran tambahan asrama
7.1.3.1 Bayaran untuk pengawal lalu lintas RM20 setahun
(Pelajar asrama)

7.2 YDP PIBG melihat kepada rasional sumbangan PIBG sesuai dengan
situasi semasa dan agak tidak membebankan.
7.3 YDP PIBG juga menyatakan bahawa, ibu bapa boleh merancang untuk

membuat pembayaran sekaligus atau secara berjadual jika mempunyai

kekangan.

7.4 YDP PIBG sekali lagi membacakan jumlah terakhir bayaran sumbangan
PIBG bagi sesi 2022.

7.5 Bagi Bayaran Tambahan Asrama pula adalah seperti berikut :


7.5.1 Bayaran lalu lintas (saguhati pengawal) Tahun 2022 : RM 20.00

8.0 PEMBENTANGAN USUL DAN CADANGAN YANG TELAH DITERIMA

8.1 Tuan pengetua mencadangkan membuat kutipan sebanyak RM5.00


bagi setiap pelajar untuk meningkatkan kemudahan internet di sekolah
serta membantu menyediakan kemudahan internet dan komputer di
asrama.
Puan Nor ‘Asyiqin bin Suleiman mengesahkan usul yang dibentangkan
oleh Tuan Pengetua dan disokong oleh Puan Rosnizah binti Rahim.

9.0 HAL-HAL LAIN

TIADA

10.0 UCAPAN PENANGGUHAN OLEH YANG DIPERTUA PIBG SESI


2022/2023
10.1 Tn. Hj Norsham Bin Hj Mulop selaku YDP PIBG yang baharu
mengucapkan terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan serta
mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan
dan tahniah diatas penglibatan ibu bapa dan guru-guru dalam
mesyuarat PIBG kali ini

10.2 Beliau juga mengharapkan ibu bapa dan guru-guru menyokong setiap
usaha yang dijalankan oleh pihak sekolah untuk memastikan semua
usaha mendapatkan hasil yang lebih baik.
10.3 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11:00pag

Anda mungkin juga menyukai