Anda di halaman 1dari 5

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI 6 / 2019

SMA AL-ISLAHIAH AL-ISLAMIAH

TARIKH : 14 MAC 2019 (KHAMIS)


MASA : 10.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN TERBUKA SMA AL-ISLAHIAH AL-ISLAMIAH
KEHADIRAN : 1) GURU-GURU
2) IBUBAPA

AGENDA 1
Alu-aluan

1.1 En. Razali bin Cha (YDP) mengucapkan selamat datang kepada para hadirin
kerana dapat memberi komitmen untuk hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali
6/2019. Seterusnya memohon para hadirin untuk melantik pengerusi mesyuarat
agung bagi mengendalikan Mesyuarat Agung PIBG.
1.2 En. Basyarudin Bin Sharif mencadangkan untuk melantik En. Norizar bin Abu
Seman sebagai pengerusi mesyuarat agung bagi mengendalikan Mesyuarat
Agung PIBG. Dan disokong oleh En. Mohamad Nazri Bin Aziz.
1.3 Pengerusi mesyuarat agung mengambil tempat dan mengucapkan ucapan
alu-aluan. Inti pati ucapan : Pengerusi Majlis mengucapkan jutaan terima kasih
dengan kehadiran semua waris dalam Mesyuarat Agung PIBG pada kali ini.

AGENDA 2
Pembentangan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 5/2018.

2.1 Setiausaha PIBG, En. Mohd Azhar bin Hamid membentangkan Minit Mesyuarat
Agung PIBG kali ke 5/2018. Minit mesyuarat tersebut disahkan oleh En.
Mohamad Faizal Bin Ahmad Noriman dan disokong oleh Pn. Salmah Binti Bakar.

1
AGENDA 3
Pembentangan Penyata Kewangan PIBG Berakhir Disember 2018.

3.1 Pengerusi Majlis mempersilakan bendahari, En. Mohamad Nor Fazli Bin Mat
Saad untuk membentangkan penyata kewangan PIBG berakhir Disember 2018.
3.2 Bendahari PIBG membentangkan penyata kewangan PIBG berakhir Disember
2018 untuk diterima dan disahkan.
3.3 Cadangan disahkan oleh En. Mohamad Nazri Bin Aziz dan disokong oleh En.
Radhi Bin Khamis.

AGENDA 4
Pembentangan Sumbangan PIBG Sepanjang Tahun 2018/2019

4.1 Pembentangan Sumbangan PIBG Sepanjang Tahun 2018/2019 oleh


En. Md Noh Bin Taib (Pemangku Pengetua)

AGENDA 5
Usul dan Cadangan
5.1 Pn. Noor Nabilah Binti Othman mengusulkan supaya diseragamkan sumbangan
PIBG pada tahun seterusnya.
i) Sumbangan PIBG RM30
ii) Kecemerlangan akademik (Tingkatan 1,2 dan 4) RM 40
iii) Kecemerlangan akademik (Tingkatan 3 dan 5) RM 100

5.2 Respon daripada En. Md Noh Bin Taib berkaitan usul yang dicadangkan supaya
usul ini diterima bagi menampung dana akademik pelajar yang tidak mencukupi.
5.3 Pengerusi mesyuarat agung PIBG memohon perbincangan kepada hadirin untuk
membincangkan usul tersebut.

2
5.4 En. Mohamad Nazri Bin Aziz mencadangkan untuk menyokong usul tersebut.
5.5 Pn. Siti Jamilah Binti mencadang supaya mengurangkan sumbangan PIBG bagi
pelajar tingkatan 3 dan 5 manakala bagi tingkatan 1,2 dan 4 dikekalkan.
5.6 En.Nazri bin Aziz memohon supaya menjelaskan program-program yang akan
dilaksanakan daripada sumbangan PIBG.
5.7 En. Md Noh Bin Taib memberi penjelasan berkaitan jumlah peruntukan
sumbangan PIBG yang akan digunakan untuk kem kecemerlangan akademik
sebanyak RM 16000.
5.8 Pn. Siti Jamilah mohon supaya mengurangkan sumbangan kecemerlangan
akademik dari RM 100 kepada RM 70.
5.9 Pengerusi memohon supaya membuat undian sama ada sumbangan
kecemerlangan akademik bagi tingkatan 3 dan 5 ditetap dengan RM 100 atau
dikurangkan kepada RM 70
5.10 Sebulat suara menyokong supaya sumbangan kecemerlangan akademik bagi
tingkatan 3 dan 5 ditetapkan dengan RM 100
5.11 En. Nazri Aziz mencadangkan untuk membuat bayaran sumbangan
kecemerlangan akademik sebanyak dua kali bayar. Seterusnya disokong oleh
Pn. Zaitun bin Ahmad dan En. Md Noh Bin Taib.

AGENDA 6
Hal-hal lain.

6.1 En. Md Noh Bin Taib memaklumkan kepada waris berkenaan keperluan
bangunan untuk menempatkan bilik-bilik khas seperti makmal, bilik RBT dan stor
sukan. memandangkan tiada peruntukan kewangan maka pihak Lembaga
Pengelola Sekolah (LPS) akan mengambil inisiatif untuk memohon kebenaran
pihak berkenaan untuk membuat kutipan derma.
6.2 En. Mohd Azhar Bin Hamid selaku setiausaha PIBG memaklumkan bahawa
PIBG SMA Al-Islahiah Al-Islamiah belum didaftar secara rasmi dengan pendaftar
pendidikan. Beliau mencadangkan supaya memohon PIBG SMA Al-Islahiah Al-
Islamiah didaftarkan dan disokong sebulat suara.

3
6.3 En. Razali Bin Cha selaku YDP PIBG memohon untuk meletakkan jawatan
sebagai YDP PIBG atas sebab-sebab tertentu, beliau menyerahkan surat
perletakan jawatan YDP PIBG kepada En. Md Noh Bin Taib selaku pemangku
pengetua SMA Al-islahiah Al-islamiah. Beliau mengucapkan terima kasih atas
sokongan ahli PIBG kerana memberi sokongan dan kerjasama kepada beliau
dan memohon maaf atas kekurangan dan kesilapan sepanjang menyandang
jawatan YDP PIBG SMA Al-Islahiah Al-Islamiah.

AGENDA 7

Pelantikan YDP PIBG baru.

7.1 Pengerusi mesyuarat agung mengendalikan lantikan YDP PIBG yang baru.
7.2 En. Radhi Bin Khamis mencadangkan En.Yaman Bin Che Harun (NYDP)
dinaikkan pangkat sebagai YDP yang baru manakala En. Mohamad Nazri Bin
Aziz sebagai (NYDP).
7.3 En. Mohamad Nazri Bin Aziz mencadangkan dikekalkan NYDP yang lama dan
memangku sebagai YDP.
7.4 Pengerusi memohon supaya membuat undian sama ada En.Yaman Bin Che
Harun (NYDP) dinaikkan pangkat sebagai YDP yang baru manakala En.
Mohamad Nazri Bin Aziz sebagai (NYDP) atau dikekalkan NYDP yang lama dan
memangku sebagai YDP.
7.5 Sebulat suara menyokong En.Yaman Bin Harun (NYDP) dinaikkan pangkat
sebagai YDP yang baru manakala En. Mohamad Nazri Bin Aziz sebagai (NYDP).

4
AGENDA 8
Ucapan Penangguhan

8.1 Pengerusi mesyuarat agung menjemput YDP PIBG lantikan yang baru iaitu En.
Yaman Bin Che Harun untuk membuat ucapan penangguhan.
i. YDP berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan dari pihak waris dan
guru sehingga melantik beliau dalam mengemudi PIBG bagi sesi 2019/2020.
ii. YDP memohon kerjasama dan komitmen daripada waris dan guru untuk
memartabatkan sekolah dan pelajar khususnya. Beliau berharap agar
sebarang program yang dijalankan di sekolah mendapat sokongan PIBG.

8.2 Pengerusi mesyuarat agung mengucapkan terima kasih kepada semua atas
kehadiran ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke 6/2019.
8.3 Pengerusi mesyuarat agung memohon kemaafan jika terdapat kecacatan dalam
mesyuarat.
8.4 Pengerusi mesyuarat agung menangguhkan majlis dengan tasbih kafarah dan
surah Al-Asr.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.15 petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

………………………………. …..……………………………
(MOHD AZHAR BIN HAMID) ( EN. YAMAN BIN CHE HARUN )
Setiausaha Agung PIBG, YDP PIBG,
SMA Al-Islahiah Al-Islamiah. SMA Al-Islahiah Al-Islamiah.

Anda mungkin juga menyukai