Anda di halaman 1dari 10

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-31 SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM SESI

2011/2012

Tarikh Hari Tempat Masa

: 12 Febuari 2011 : Sabtu : Dewan Tun Sri Lanang, SMKSSAAS : 11.45 pagi hingga 2.00 petang

Kehadiran ibu bapa dan guru-guru (rujuk lampiran)

1. Ucapan Yang Dipertua PIBG

1.1

Yang Dipertua PIBG, Dr. Mohd Hanafi bin Ali mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa dan guru yang telah hadir bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-31.

1.2

Menurut Yang Dipertua PIBG, berdasarkan jumlah kehadiran (150 orang), semua keputusan yang dibuat dalam mesyuarat ini adalah sah dan boleh diguna pakai.

2. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat PIBG Kali ke-30

2.1

Setiausaha membentangkan Minit Mesyuarat Agung ke-30 seperti yang terkandung pada halaman 4 hingga 9 dalam buku Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Kali Ke-31.

2.2

Minit mesyuarat berkenaan telah disahkan atas cadangan Encik S.Kumaravel dan disokong oleh Puan Napisah binti Mamat.

3. Perkara Berbangkit

3.1

Encik S.Kumaravel bertanyakan soalan mengapa sumbangan wang daripada kerajaan negeri Selangor ditulis sebagai pihak luar. Yang Dipertua telah menjelaskan sememangnya wang tersebut telah diterima daripada kerajaan negeri dan telah dicatat pada perenggan seterusnya.

3.2

Encik Mohd Adzha bin Haji Jumali ingin penjelasan berkaitan penggunaan kamera litar tertutup (CCTV). Sama ada telah dipasang atau belum dipasang dan dimanakah CCTV tersebut dipasang. Selain itu, Encik Adzha bertanyakan berkaitan kekerapan penerbitan buletin PIBG. Pengetua, Datin Hajah Rohani binti Mustaffa menjelaskan CCTV telah pun dipasang pada pertengahan tahun 2010 dan dipasang di beberapa kawasan terhad di sekolah. Pihak sekolah juga berusaha untuk menambah penggunaan CCTV tersebut namun, pada tahun 2010 peruntukan kewangan tidak mengizinkan. Tambah Datin Pengetua lagi, CCTV di pejabat telah dicuri pada November 2010 dan kini sedang menunggu pihak keselamatan untuk memasang kembali CCTV tersebut di pejabat. Berkaitan perkara berbangkit mengenai buletin PIBG, Yang Dipertua PIBG menjelaskan sepatutnya mesyuarat AJK PIBG adalah sebulan sekali dan penerbitan PIBG serta takwim sekolah boleh dirujuk di laman web sekolah; www.smkssaas.edu.my. Dengan adanya laman web ini, menurut Dr. Hanafi ia mampu mengurangkan perbelanjaan pihak sekolah.

3.3

Encik Ramesh Shamsul inginkan penjelasan berkaitan peruntukan untuk penambahan dan penyelenggaraan CCTV di sekolah pada tahun 2011. Pengetua, Datin Rohani menjelaskan, surat bagi penambahan dan peruntukan CCTV telah pun dihantar kepada kementerian melalui Pejabat Pegawai Daerah (PPD) Selangor. Beliau berharap AJK PIBG sesi 2011/2012 dapat menyelesaikan masalah tersebut dan membuat tindakan yang selanjutnya. Yang Dipertua turut mencadangkan penambahan CCTV dari semasa ke semasa di tempat yang strategik bagi memantau masalahmasalah disiplin seperti vandalisme.

4. Membentang dan Menerima Laporan Jawatankuasa PIBG

4.1

Setiausaha PIBG, Puan Mahani binti Abd Rahman telah membentang laporan aktiviti PIBG dari halaman 15 hingga 22.

4.1.1 4.1.2 4.1.3 4.1.4

Laporan Biro Akademik / Pendidikan Laporan Biro ICT dan Penerbitan Laporan Biro Pembangunan Laporan Biro Perhubungan Komuniti dan Kebajikan

4.2

Puan Rosliza binti Abd Rahman mencadangkan supaya laporan aktiviti biro-biro diterima dan disokong oleh Puan Siti Noor Zehan binti Ishak.

5. Membentang dan Meluluskan Penyata Kewangan PIBG yang berakhir pada 31 Disember 2010

5.1

Bendahari PIBG, Puan Jamaliah binti Kamarudin telah membentang penyata kewangan dari halaman 25 hingga 29.

5.2

Encik Mohd Adzha bin Haji Jumali meminta agar laporan kewangan lebih terperinci seperti apakah akaun yang ada, jenis dan jumlah perbelanjaan sepanjang tahun serta jadual akaun penerimaan/laporan akaun perlu diperincikan lagi. Encik Adzha juga inginkan kepastian berkaitan sumbangan PIBG pada jadual 8, muka surat 23. Puan Jamaliah meminta para hadirin merujuk halaman 23 kerana terdapat sedikit kesilapan iaitu sumbangan adalah dari SUK dan bukan PIBG.

5.3

Tuan Haji Zainal Osman bertanya berkaitan dua akaun yang sama pada muka surat 23 dan 24. Puan Norrosidah Abdul Rahim memaklumkan bahawa penyata kewangan untuk persatuan dan kelab adalah Akaun Penerimaan dan Pembayaran (m/s 24) bagi menunjukkan urusniaga tunai dan penggunaan cek serta baki tunai dan bank.`Sementara Akaun

Pendapatan dan Perbelanjaan (m/s 23) menunjukkan hasil/pendapatan dan perbelanjaan tahun semasa PIBG.

5.4

Kesimpulannya, Naib YDP, Puan Maimunah binti Abu Bakar menjelaskan tidak ada kesilapan dari segi akaun tetapi hanya kekeliruan berkaitan tajuk penyata kewangan sahaja.

5.5

Puan Napisah binti Mamat mencadangkan supaya penyata kewangan ini diterima dengan sedikit pindaan dan disokong oleh Puan Norihan binti Torji.

6. Cadangan dan Usul

6.1

Biro Kecemerlangan Pelajar mencadangkan pembiayaan tambahan bagi aktiviti peningkatan akademik kelas peperiksaan iaitu PMR sebanyak RM30 dan SPM, RM50 untuk penyediaan bahan-bahan bercetak dan jemputan penceramah dari luar. Pengetua, Datin Hajah Rohani menjelaskan pembayaran ini masih lagi tidak mampu menampung, namun pihak sekolah telah menerima sumbangan daripada kementerian.

6.1.1

Ahli mesyuarat yang hadir setuju sebulat suara atas usul ini.

6.2

Biro Kebajikan dan Sosial mencadangkan kadar bayaran derma PIBG dinaikkan kepada RM65 daripada RM50, manakala bayaran tambahan sekolah dikekalkan sebanyak RM55.50 tidak termasuk majalah sekolah.

6.2.1

Usul ini disokong dan diterima sebulat suara.

6.3

Encik Islahuddin bin M.Shuhud mencadangkan supaya harga makanan di kantin yang agak mahal dikaji semula dan pihak kantin disaran

menyajikan kepelbagaian menu makanan, hidangan yang berzat, dengan harga berpatutan dan menyelerakan.

6.3.1

Tuan Haji Zainal bin Osman mencadangkan agar bantuan Puan Maslina binti Ibrahim untuk menghantar perunding pemakanan untuk memantau dan melihat kesesuaian makanan di kantin.

6.3.2

Dr. Hanafi menjelaskan hal tersebut akan diusahakan secepat mungkin.

6.3.3

Usul ini disokong dan diterima sebulat suara

6.4

Encik Islahuddin bin M.Shuhud mengusulkan supaya poster-poster berkaitan rupa diri pelajar, adab-adab pelajar dengan guru atau orang yang lebih tua/dewasa dan berkaitan dengan disiplin atau etika pelajar yang dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran ditampal di dalam kelas-kelas.

6.4.1

Usul ini akan diambil tindakan oleh pihak sekolah.

6.5

Encik Ramesh Shamsul mencadangkan pihak sekolah membuat permohonan kepada pihak berwajib agar diberi kemudahan e-mel rasmi (.gov.my) bagi kemudahan komunikasi rasmi. Di samping itu, beliau juga meminta setiap guru dan staf sokongan diberi kemudahan alamat e-mel rasmi sama ada @moe.gov.my atau seumpamanya. Selain itu, Encik Ramesh juga mencadangkan agar penggunaan laman web sekolah lebih berkesan dan efektif. Beliau juga mengusulkan supaya jadual aktiviti kokurikulum sepanjang tahun disyorkan oleh pihak sekolah untuk memudahkan perancangan ibu bapa mengenai jadual anak-anak.

6.5.1

Datin Hajah Rohani menjelaskan, staf sokongan sememangnya akan melayari laman web sekolah pada setiap hari untuk mengetahui perkembangan semasa. Manakala, tambah Datin lagi, jadual aktiviti

kokurikulum telah pun dimuat turun di laman web sekolah dan ibu bapa boleh merujuk hal-hal berkaitan di situ.

6.5.2

Usul ini disokong dan diterima sebulat suara

6.6

Puan Ati Rosmary binti Mohd Ariffin mengusulkan supaya pihak sekolah/PIBG dapat membaiki anak-anak tangga yang rosak kerana ramai pelajar hampir tergelincir. Selain itu, Puan Atie turut mencadangkan agar menanam lebih banyak pokok di sekolah untuk menambah kehijauan di kawasan sekolah.

6.6.1

Datin Hajah Rohani menjelaskan penyelenggaraan dan penambahbaikan bagi infrastruktur dan prasarana sekolah telah disuarakan kepada kementerian. Jelas beliau lagi, pihak sekolah akan sedaya upaya berusaha untuk membaiki mana-mana infrastruktur yang rosak. Namun, kekangan peruntukan menyebabkan pembaikpulih tidak dapat dilaksanakan. Tambah Datin, peruntukan yang diperolehi daripada kerajaan adalah RM 61 ribu sedangkan jumlah yang perlu digunakan ialah RM168 ribu.

6.6.2

Usul ini disokong dan diterima sebulat suara

7. Pembubaran AJK PIBG sesi 2010/2011

7.1

YDP mengisytiharkan pembubaran AJK pada jam 1.28 petang serta mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG 2010 yang telah menjalankan tanggungjawab sepanjang tahun 2010.

7.2

YDP menyerahkan majlis kepada Datin Hajah Rohani.

8. Lantikan Pengerusi Sementara

8.1

Encik Azhar bin Jamaluddin mencadangkan Encik Ismail bin Marni dilantik sebagai pengerusi sementara dan disokong sebulat suara.

9. Pemilihan AJK PIBG sesi 2011/2012

9.1

Ahli mesyuarat sebulat suara telah bersetuju memilih ahli jawatankuasa baru seperti berikut : : Datin Hajah Rohani binti Mustaffa : Tuan Haji Zainal bin Osman

Penasihat Yang DiPertua

Naib Yang DiPertua : Puan Maimunah binti Abu Bakar Setiausaha Bendahari AJK (Ibu Bapa) : Puan Siti Noor Baiyah binti Idrus : Puan Nourul Sarah binti Zainuddin : Puan Maslina binti Ibrahim : Puan Suhaila binti Md Nor : Encik Tamil Selvan A/L Marimuthoo : Encik Zulkifli bin Abd Hamid : Puan Ati Rosemary binti Mohd Ariffin : Encik Baharuddin bin Yassin : Encik Mohd Adzha bin Haji Jumali AJK (Guru) : Puan Norrosidah binti Abd Rahim : Puan Norrini binti Ishak : Puan Siti Rubiah binti Abu Khairi

: Puan Naimah binti Othman : Puan Fatimah binti Jafri : Encik Nor Azmi bin Mokhtar Juruaudit Ibu Bapa Juruaudit Guru : Encik Ramesh Shamsul : Puan Noriana binti Ali

10. Hal-hal lain

10.1

Tuan Haji Zainal mencadangkan supaya pelajar lelaki SMK SSAAS dapat menunaikan solat jumaat beramai-ramai di Surau Seksyen 2. Beliau berharap perkara ini disokong oleh Pengetua dan pihak PIBG.

10.2

Encik S.Kumaravel juga memohon supaya pihak yang berkaitan mengkaji kemerosotan prestasi sukan MSSD. Selain itu, tindakan yang sewajarnya perlu diambil bagi menangani keretakan bangunan. Di samping itu, Encik S.Kumaravel juga berharap Persatuan Bahasa Tamil dapat ditubuhkan di SMK SSAAS selain memperbanyakkan lagi program yang melibatkan pelajar dan ibu bapa pada masa akan datang.

11. Ucapan Penangguhan

11.1

YDP mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua pihak dalam menjayakan mesyuarat agung pada hari ini dan berterima kasih atas kepercayaan yang diberi untuk memikul tanggungjawab memimpin PIBG.

11.2

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

__________________________ (SITI NOOR BAIYAH BINTI IDRUS) OSMAN) Setiausaha, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Abdul Aziz

_____________________________ (TUAN HAJI ZAINAL BIN Yang Dipertua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SMK Sultan Salahuddin

ATUR CARA MESYUARAT AGUNG PIBG

7.45 8.45 pagi 8.45 8.50 pagi 8.50 9.00 pagi 9.00 9.10 pag 9.10 9.30 pagi 9.30 10.30 pagi 10.30 10.40 pagi 10.40 12.00 tengah hari 12.00 tengah hari

Pendaftaran ibu bapa / guru dan sarapan pagi Bacaan doa Ucapan Pengetua Ucapan YDP PIBG dan perasmian Mesyuarat Agung PIBG Selingan I (Persembahan Pelajar) Meyuarat Agung PIBG (Sesi 1) Selingan II (Persembahan Pelajar) Meyuarat Agung PIBG (Sesi 2) Bersurai

Anda mungkin juga menyukai