Anda di halaman 1dari 14

PERSATUAN IBU BAPA GURU

SMA AL MADRASAH AL ALAWIYAH AD DINIAH

___________________________________________________________________________

MAJLIS MESYUARAT AGUNG KE-12 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SMA AL MADRASAH AL ALAWIYAH AD DINIAH 2021

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa sekolah ini akan mengadakan Majlis
Mesyuarat Agung PIBG ke -12 seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 29 Mei 2021 (Sabtu)


Masa : 8.00 pagi
Tempat : Atas Talian (online – Google Meet dan Youtube Live )
Perasmi : Tuan Haji Rosli Bin Long (Pengetua SMA AL-MAAD)
Agenda :
- Ucapan Pengerusi PIBG
Ts. Dr. Hj. Umar Bin Hj. Kassim
- Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung yang lalu
- Membentang dan Menerima Laporan Tahunan
- Membentang dan Menerima Penyata Kewangan yang Berakhir pada
31 Disember 2020
- Perbahasan Usul
- Pembubaran AJK PIBG 2020 dan Pembentukan AJK PIBG yang baru
- Ucapan Penangguhan

3. Sehubungan itu kerjasama tuan / puan dipohon untuk mengemukakan usul-usul yang akan
dibawa ke mesyuarat tersebut. Segala usul hendaklah diisi melalui Google Form di alamat
.Tarikh tutup penghantaran adalah pada jam 11:59 pm 26 Mei 2021.

Sekian. Kehadiran tuan / puan sangat-sangat diharapkan dan dihargai.

Terima kasih

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

Wan mohd khairi


…….............…………
( Wan Mohamad Khairi Bin Wan Senapi)
Setiausaha PIBG SMA ALMAAD

i
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 11
SMA AL MADRASAH AL ALAWIYAH AD DINIAH

TARIKH : 06 HB MAC 2020

JAM : 8.30 PAGI

TEMPAT : DEWAN BUKHARI AL-MADRASAH AL-ALAWIYAH AD DINAH ARAU PERLIS

AGENDA

1.0 Ucapan Aluan YDP PIBG


1.1 Pengerusi memulakan majlis dengan bacaan ummul kitab Al Fatihah dan mengalu-alukan
kehadiran para waris serta mengucapkan terima kasih kepada semua waris kerana
menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) kali ke-11 dan atas
sokongan yang diberikan.

1.2 Pengerusi juga menekankan kepentingan meningkatkan potensi, sahsiah dan jati diri anak
anak al-Maad bagi mencapai kecemerlangan diri di dunia dan akhirat.

1.3 Selain itu, Pengerusi mengalukan kepada semua waris sekiranya mempunyai sebarang
bentuk cadangan dan teguran bagi membantu pihak sekolah memperbaiki mutu
perkhidmatan sekolah untuk kejayaan warga al-Maad.

2.0 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu

2.1 Setiausaha PIBG Ustaz Wan Mohd Khairi membentangkan minit mesyuarat ke 10 mulai
agenda 1 sehingga agenda 7.

2.2 Minit mesyuarat telah diluluskan dengan penambahan cadangan supaya kehadiran ahli
Majlis mesyuarat dilampirkan bersama.
Dicadang oleh: Encik Abdul Rahim Bin Mat Jusoh
Disokong oleh: Puan Zahariah Binti Abdullah

3.0 Membentangkan Perkara Berbangkit

3.1 YDP PiBG telah membentangkan perkara 1.0 sehingga 3.0 mulai halaman 1 sehingga
halaman 3.

3.2 YDP PIBG menjelaskan berkenaan isu perkara 3.2 iaitu PIBG telah memberi dana untuk
menaik taraf surau.

1
4.0 Membentang Laporan Aktiviti PIBG 2019

4.1 Setiausaha PIBG Ustaz Wan Mohd Khairi telah membentang laporan aktiviti untuk tahun
2019 mulai halaman 11 sehingga halaman 14 tanpa sebarang pindaan.

4.2 Laporan aktiviti PIBG tahun 2019 telah diluluskan


Dicadang oleh: Encik Yusri Bin Romli
Disokong oleh: Puan Nazirah binti Abd Halim

5.0 Membentang dan Menerima Penyata Kewangan tahun 2019

5.1 Bendahari Kewangan PIBG Ustaz Mohd Ridzuan Bin Ramli telah membentangkan penyata
kewangan bagi tahun berakhir 2019.

5.2 Penyata kewangan telah disahkan oleh


Dicadang oleh : Encik Abd Nasir bin Abdullah
Disokong oleh : Puan Rabiatul Adawiyah binti Ismail

6.0 Membahaskan Usul

6.1 Encik Yusri bin Romli mencadangkan setiap waris menyumbang sekurang-kurangnya RM
10 untuk dana pembangunan surau.
6.1.1 Encik Abd Hadi bin Haji Kasim menyokong cadangan tersebut dan
meminta supaya nilai tersebut dinaikkan sebanyak rm 50.
6.1.2 Semua ahli mesyuarat menyokong penuh cadangan tersebut

Tindakan : Bendahari

6.2 Abdul Rahim Bin Mat Jusoh mencadangkan untuk dibincangkan mengenai kadar
sumbangan dana PIBG.
6.2.1 cadangan dikekalkan dengan nilai RM100.

Tindakan : Semua Waris

6.3 Dicadangan agar Mesyuarat Agung PIBG pada tahun berikutnya menggunakan kaedah
digital tanpa menggunakan buku bercetak.
6.3.1 cadangan tersebut tiada keputusan yang tetap

2
7.0 Usul AJK PIBG

7.1 Puan Azizon binti Azemi mencadangkan supaya mewujudkan kaedah pengawalan lalu
lintas yang cekap semasa sesi menghantar dan menjemput pelajar pulang.
7.2 Puan Azfa Hazirah binti Bahador telah mencadangkan supaya kawasan ampaian di
asrama puteri diturap dengan tar.

8.0 Hal-hal Lain

8.1 En. Nordin telah memohon pelupusan al-quran dijalankan mengikut spesifikasi dan
tatacara yang betul.

8.2 Ustaz Massaudi Din telah memohon supaya tunggakan yuran asrama dilunaskan oleh
semua waris.

8.3 Ustaz Massaudi Din turut mencadangkan untuk mengambil gambar pelajar yang tidur di
dalam kelas dan dimuat naik ke dalam group whatapps waris bagi mengatasi masalah
murid yang suka tidur didalam kelas.

8.4 cadangan supaya yuran PIBG di bayar secara online banking kepada bendahari PIBG.

8.5 meminta supaya waris memantau pelajar supaya tidak mengecilkan saiz kaki seluar dan
mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

8.6 Mesyuarat bersetuju untuk lain-lain masalah dibincangkan dengan lebih terperinci dalam
mesyuarat AJK PIBG

9.0 Pembubaran AJK PIBG 2019 dan Pembentukan AJK PIBG 2020

9.1 YDP PIBG memohon untuk mengundurkan diri dan mengalukan pembentukan barisan
AJK PIBG 2019.

9.2 Dengan rasminya pembubaran AJK PIBG 2019 telah dibubarkan pada jam 12.00 tengah
hari dengan pemilihan pembentukan AJK PIBG baru tahun 2020.

10 Penanguhan Mesyuarat

Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari dengan disudahi dengan tasbih
kifarah dan Surah Al Asr

3
Disediakan oleh

-------------------------------------

Izani Binti Semail

Timbalan setiausaha PIBG

Disahkan oleh

---------------------------------------

Rosli Bin Long

Pengetua

4
LAPORAN TAHUNAN AKTIVITI PIBG 2020

PENDAHULUAN

Laporan tahunan aktiviti PIBG 2020 merupakan hasil usaha keras dan kerjasama ahli
jawatankuasa PIBG yang telah dilantik dalam Mesyuarat Agung PIBG pada tahun 2020.
Aktiviti-aktiviti telah dijalankan dengan aktif dan lancar sepanjang tahun 2020 walaupun
pada tahun lepas kita terpaksa akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
disebabkan penyebaran virus COVID-19 yang melanda. Asas dasar yang telah dibuat
pada awal telah dipraktikkan oleh semua ahli jawatankuasa dengan sedaya yang
termampu sepanjang tahun lepas.

Pada tahun 2020, pihak PIBG telah banyak memperuntukan kewangan bagi
menampung kos perbelanjaan untuk kemudahan dan keselesaan para pelajar dan guru.
Perbelanjaan yang dilakukan adalah hasil perbincangan antara ahli-ahli jawatankuasa
PIBG serta cadangan daripada para ibu bapa untuk kebaikan bersama.

Sehubungan itu, pelbagai aktiviti dan sumbangan telah dilakukan bagi


memastikan segala perancangan dapat dilaksanakan dengan lancar. Suasana yang
kondusif dapat mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran dengan selesa
dan sempurna.

AKTIVITI-AKTIVITI YANG TELAH DILAKSANAKAN OLEH PIBG BAGI TAHUN 2020

Berikut adalah aktiviti-aktiviti dan sumbangan yang telah dilakukan oleh pihak PIBG
berdasarkan perancangan yang telah dilakukan oleh ahli-ahli jawatankuasa PIBG 2020:

Januari 2020

• Pada 5 Januari 2020 sumbangan digunakan pihak sekolah untuk menghasilkan


Banner Sambutan Pelajar bagi sesi persekolahan 2020. Ini diharapkan agar
pelajar lebih semangat kembali ke sekolah untuk sesi persekolahan 2020.
• Pada 6 Januari 2020 Program Kaunseling (SUMUR) telah diadakan untuk
memantapkan lagi sahsiah para pelajar agar lebih berketrampilan dan
berkeyakinan.
• Pada 17 Januari 2020 sumbangan telah digunakan untuk membaik pulih
kenderaan PIBG bagi memudahkan kemudahan yang disediakan kepada warga
sekolah.

11
• Pada 20 Januari 2020 sumbangan disalurkan untuk program pertandingan KKQ
menengah atas dan KKQ menengah bawah. Selain itu juga, sumbangan turut
diberikan kepada pasukan bola sepak sekolah bawah 15 dan bawah 18 kerana
mewakili sekolah.

Februari 2020

• Pada 7 Februari 2020 telah diadakan program MQS serta jamuan untuk Mesyuarat
AJK PIBG 2020 disamping membincangkan perancangan aktiviti PIBG sekolah.
• Pada 10 Februari 2020 sejumlah peruntukan disalurkan kepada pasukan Nasyid
Sekolah untuk perbelanjaan dan keperluan pasukan.
• Pada 27 Februari 2020 sumbangan telah diperuntukkan untuk bahan fotostat
untuk program kecemerlangan agar memudahkan kelancaran program dan
objektif program tercapai.
• Pada 28 Februari 2020 telah diadakan jamuan Mesyuarat Khas AJK PIBG 2020.

Mac 2020

• Pada Mac 2020 , sejumlah peruntukan telah diperuntukkan sebagai persediaan


dan kelancaran mesyuarat agung PIBG ke 11 .
• Mac 2020 sumbangan juga turut disalurkan untuk baik pulih kenderaan PIBG
serta mengisi petrol kenderaan.

Julai 2020

• 10 Julai 2020 sekolah dan kerjasama PIBG turut serta dalam pengurusan pelajar
ke negara Timur Tengah bagi menyambung pengajian ke peringat lebih tinggi.
• 25 Julai 2020 PIBG telah memperbaharui cukai jalan kenderaan PIBG
• 25 Julai 2020 sumbangan daripada PIBG juga digunakan untuk membeli
pengimbas suhu bagi memudahkan urusan mengimbas suhu pelajar dan guru
setiap hari,

Ogos 2020
12
• Pada 28 Ogos 2020 PIBG telah bekerjasama dalam program sambutan Awal
Muharam
• Program PIBG bersama sekreteriat ijtimak korban sekolah telah diadakan pada
Hari Raya Haji.

Oktober 2020

• Pada 21 Oktober 2020 sejumlah peruntukan disalur untuk Program KBAT PAK
21

Disember 2020

• Pada 13 Disember 2020 , satu kerjasama antara NGO, MAIPs dan masyarakat
setempat , telah berlangsung satu program iaitu Program Pugar Minda Semarak
Masjid 2020. Program anjuran bersama ini merupakan satu alternatif
pembelajaran untuk pelajar yang bakal menduduki SPM.
• Pada 20 Disember 2020 satu lagi kerjasama telah dijalin menerusi Program
Kecemerlangan SPM 2020.

PENUTUP

Semua perancangan aktiviti telah dilaksanakan dengan jayanya hasil kerjasama


semua pihak terutamanya ahli-ahli jawatankuasa PIBG 2020, para ibu bapa, guru-guru
dan juga para pelajar. Harapan agar para ibu bapa akan terus memberi sokongan dan
cadangan terhadap aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan pada masa akan datang.
Sehubungan dengan itu, terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat sama
ada secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan aktiviti-aktiviti PIBG pada
tahun 2020.

Disediakan Oleh

_____________________
(Wan Mohamad Khairi Bin Wan Senapi)
SETIAUSAHA PIBG
SMA AL MADRASAH AL ALAWIYAH AD DINIAH

13
PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU
SMA AL-MADRASAH AL-ALAWIYAH AD-DINIAH AKAUN PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN BAGI
1 JANUARI 2020 HINGGA 31 DISEMBER 2020
PENERIMAAN 2020 PERBELANJAAN 2020
PERKARA JUMLAH JUMLAH
BAKI DI BANK RM 10,005.53 NOTA 1 ( PROGRAM KECEMERLANGAN) RM 5,563.75
NOTA 2 (SARANA IBUBAPA) RM 4,986.60
SUMBANGAN DATO SRI SHAHIDAN BIN KASSIM RM 500.00 NOTA 3 (PENGURUSAN PIBG) RM 2,632.20
SUMBANGAN DERMA PIBG RM 13,650.00 NOTA 4 (BAIK PULIH KENDERAAN WHE 835 ) RM 3,640.00
DERMA SURAU RM 3,952.00 SUMBANGAN SURAU RM 3,952.00
JUALAN POKOK TIN RM 70.00
JUALAN PROGRAM GEGAR MINDA RM 83.00
JUALAN AMAL MPOR REPELLENT RM 88.00

BAKI DIBANK RM 7,353.98


BAKI DITANGAN RM 220.00

JUMLAH RM 28,348.53 JUMLAH RM 28,348.53

BAKI DIBANK RM 7,353.98


BAKI DITANGAN RM 220.00

BAKI DI BAWA KE HADAPAN RM 7,573.98

TANDATANGAN TANDATANGAN

………………………………………..…………......... .....................................
( PN NORHASNIZAH BINTI CHE OMAR ) ( PN IMAN BINTI RAMLI )
JURU AUDIT DALAMAN JURU AUDIT LUAR

DISEDIAKAN OLEH : DISAHKAN OLEH :

………………………………………..………… …………………………………..
( EN MOHD RIDZUAN BIN RAMLI ) (EN UMAR BIN KASSIM)
NOTA 1 ( PROGRAM KECEMERLANGAN)

BIL TARIKH PERKARA JUMLAH


1 6/1/2020 PROGRAM KAUNSELING ( SUMUR ) RM 550.00
2 20/1/2020 KKQ MENENGAH ATAS RM 480.00
3 20/1/2020 KKQ MENENGAH BAWAH RM 480.00
4 20/1/2020 SUMBANGAN BOLA SEPAK B18 RM 450.00
5 20/1/2020 SUMBANGAN BOLA SEPAK B15 RM 450.00
6 7/2/2020 PROGRAM MQS RM 100.00
7 10/2/2020 BAYARAN BALIK NASYID RM 2,500.00
8 27/2/2020 FOTOSTAT RM 3.75
9 10/7/2020 PENGURUSAN PELAJAR KE TIMUR TENGAH RM 200.00
10 28/8/2020 PROGRAM AWAL MUHARRAM RM 50.00
11 21/10/2020 PROGRAM KBAT PAK21 RM 300.00

JUMLAH RM 5,563.75

NOTA 2 (SARANA IBUBAPA)

BIL TARIKH PERKARA JUMLAH


1 25/7/2020 SUMBANGAN PENGIMBAS SUHU RM 490.60
2 21/10/2020 SUMBANGAN IJTIMAK QURBAN 2020 RM 500.00
3 13/12/2020 PROGRAM PUGAR MINDA 2020 RM 1,436.00
4 20/12/2020 PROGRAM KECEMERLANGAN SPM 2020 RM 1,660.00
5 PROJEK TANAMAN PISANG RM 900.00

JUMLAH RM 4,986.60

NOTA 3 (PENGURUSAN PIBG)

BIL TARIKH PERKARA JUMLAH


1 5/1/2020 BANNER SAMBUTAN PELAJAR BAGI SESI 2020 RM 74.00
2 7/2/2020 JAMUAN MESYUARAT AJK PIBG 2020 RM 50.00
3 28/2/2020 JAMUAN MESYUARAT KHAS AJK PIBG 2020 RM 130.00
4 4/3/2020 BUKU MESYUARAT AGUNG RM 584.20
5 6/3/2020 JAMUAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-11 RM 1,400.00
6 6/3/2020 BANNER MESYUARAT AGUNG KALI KE-11 RM 120.00
7 9/3/2020 JAMUAN PERASMI MESYUARAT AGUNG RM 40.00
8 13/3/2020 FAIL KOTAK RM 54.00
9 4/12/2020 JAMUAN MESYUARAT AJK PIBG 2020 RM 180.00

JUMLAH RM 2,632.20
NOTA 4 (BAIK PULIH KENDERAAN WHE 835 )

BIL TARIKH PERKARA JUMLAH


1 17/1/2020 BAIK PULIH KENDERAAN PIBG RM 1,200.00
2 9/2/2020 BAIK PULIH KENDERAAN PIBG RM 158.00
3 30/3/2020 BAIK PULIH KENDERAAN PIBG RM 155.00
4 7/5/2020 BAIK PULIH KENDERAAN PIBG RM 605.00
5 25/7/2020 CUKAI JALAN KENDERAAN PIBG RM 322.00
6 PETROL RM 1,200.00

JUMLAH RM 3,640.00
USUL AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

1- Mencadang untuk dibincangkan mengenai kadar sumbangan dana


PIBG yang berjumlah RM 100 , samaada dikekalkan atau dikurangkan
2- AJK PIBG mencadangkan agar diwujudkan satu akaun online atas
nama PIBG bagi memudahkan urusan pihak yang berkaitan .
3- Mencadangkan untuk pembayaran yuran asrama dan yuran
pengajian dijalankan secara atas talian ( online )

USUL DARIPADA IBU BAPA DAN WARIS

1- Dicadangkan supaya diadakan kempen Cintai Bahasa yang merangkumi


3 bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Arab dan bahasa Inggeris serta
dituturkan bahasa berkenaan pada hari hari tertentu sebagai bahasa
pertuturan. Pihak sekolah boleh mengenakan denda kepada mana mana
pelajar yang gagal berbuat demikian.
( Cadangan : Puan Faridatul Atrosh Bt Saad )

2- Dicadangkan supaya dikumpulkan dana untuk pembelian LCD projektor


untuk kegunaan guru di setiap kelas sebagai usaha memudahkan
pelaksanaan PDP.
( Cadangan : Encik Ridwan Sham Bin Abdul Halim)

20
20

Anda mungkin juga menyukai