Anda di halaman 1dari 21

ISI KANDUNGAN

MUKA
BIL ISI KANDUNGAN
SURAT
1 Kata Aluan YDP PIBG 2
3 Kata Aluan Guru Besar 3
4 Notis Panggilan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-11 Tahun 2022 4
5 Lampiran Pengesahan Kehadiran Mesyuarat & 5
Lampiran Usul / Cadangan Ibu Bapa / Penjaga
6 Atur Cara Majlis & Agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-11 Tahun 2022 6
7 Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-11 Tahun 2022 7-8
8 Senarai AJK PIBG Sesi 2019 / 2021 ( sesi pemilihan di tangguh ) 9
9 Senarai Kehadiran Mesyuarat AJK PIBG Sesi 2019 / 2021 10
10 Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-9 Tahun 2019 ( AGM TERDAHULU ) 11-15
11 Laporan Aktiviti Sekolah Dengan Kerjasama PIBG Tahun 2019 16-18
12 Lampiran Bayaran Sumbangan PIBG Tahun 2019 19
15 Usul-Usul Untuk Dibahas 20
Logo PIBG 21
16 Sekalung Penghargaan 22

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 11 TAHUN 2022 1


KATA-KATA ALUAN
YANG DIPERTUA PIBG SRI AL-HILAL

Alhamdulillah, segala puji dan puja hanya kepada Allah Taala kerana dengan izin-Nya mesyuarat
PIBG SRI al-Hilal kali ke-11 serta Buku Mesyuara agungt PIBG ini dapat dibuat dengan jayanya.

Saya mewakili Jawatankuasa PIBG sesi 2019/2021 mengucapkan Jazakumullahu Khaira Jaza’ di atas
kehadiran dan sokongan daripada guru, ibu bapa dan penjaga serta semua pihak seterusnya dapat menjayakan
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-11 ini.

Tidak dilupakan, ucapan Jazakallahu Khairan Jaza’ ditujukan kepada perasmi Mesyuarat PIBG SRI
Al-Hilal ini di atas kesudian beliau untuk merasmikan mesyuarat agung PIBG pada kali ini.

Di kesempatan ini juga, saya memohon kepada semua pihak untuk terus menyokong usaha-usaha
daripada pihak sekolah dan PIBG terutamanya dari segi pentarbiahan murid dan pembangunan sekolah.
Bantuan yang diharapkan adalah dari segi material, kewangan dan sokongan moral dan ianya bolehlah
disalurkan kepada pihak sekolah dan PIBG. Sebagai contoh, pihak PIBG ingin menjayakan pembinaan
padang sekolah serta membantu dan menyokong usaha-usaha untuk memperkasakan warga pendidik di SRI
al-Hilal. Oleh itu, pihak PIBG mengalu-alukan mana-mana sumbangan yang ingin disampaikan.

Segala usaha yang telah dicurahkan oleh pihak pentadbiran sekolah, guru,ibu bapa & penjaga, individu
perseorangan serta semua pihak yang telah membantu gerak kerja PIBG selama ini, pihak PIBG mendoakan
amal bakti kalian dibalas oleh Allah dengan sebaik-baik ganjaran. Akhir kalam, sekali lagi saya ucapkan
Jazakumullahu Khaira Jaza’ kepada semua pihak terutamanya warga Al-Hilal dan mudah-mudahan Mesyuarat
PIBG SRI Al-Hilal kali ke-11 kali ini memberi impak yang besar kepada pentarbiahan murid dan
pembangunan sekolah, insya-Allah.

Wassalam.

MEMBENTUK GENERASI RABBANI

Yang menjalankan tugas,

……………………………………................
(DATO’ DR. HJ. MANSOR BIN YAHYA)
Yang Dipertua PIBG,
SRI Al-Hilal,
Kota Bharu, Kelantan.

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 11 TAHUN 2022 2


KATA-KATA ALUAN
GURU BESAR

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan ketentuan-Nya,


dapat jua ibu bapa dan guru berhimpun di SRI al-Hilal pada kali ini bagi menjayakan agenda tarbiah dan
pembangunan murid.

Sekalung tahniah diucapkan kepada ibu bapa dan penjaga yang sudi hadir pada Mesyuarat PIBG
SeRU al-Hilal kali ke-11 ini sebagai satu simbol kebertanggungjawaban kepada sekolah. Pihak sekolah juga
merakamkan penghargaan kepada perasmi yang sudi merasmikan Mesyuarat PIBG SRI al-Hilal kali ini serta
kesanggupan beliau untuk berkongsi ilmu dan pandangannya.

Saya mewakili pihak sekolah memohon kemaafan di atas kekurangan dan kesilapan pihak kami di
dalam mentarbiah anak-anak tuan puan sekalian. Saya juga memohon tuan puan tidak berputus asa untuk
menyokong usaha sekolah, lebih-lebih lagi di dalam beberapa aspek penting seperti meningkatkan
pembelajaran dan pengajaran murid, menaik taraf perpustakaan sekolah dan padang sekolah serta
mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif bagi murid-murid. Sudah tentu, usaha-usaha ini memerlukan
bantuan material dan kewangan serta buah fikiran daripada semua pihak.

Sehubungan itu, pihak sekolah akan mengkoordinasi kerjasama di antara pihak sekolah dengan ibu
bapa melalui medium PIBG bagi memudahkan komunikasi dan gerak kerja. Segala usaha ini mungkin
mengambil masa yang lama untuk disempurnakan tetapi ianya akan dikecapi oleh anak-anak kita dan generasi
seterusnya dengan jayanya, insya-Allah.

Atas penganjuran Mesyuarat PIBG SRI Al-Hilal kali ke-11 ini, saya mewakili pihak pentadbiran
SRI al-Hilal mengucapkan Jazakumullahu Khairan Kathira kepada Jawatankuasa PIBG sesi 2019/2021 dan
warga SRI al-Hilal di atas usaha yang telah dicurahkan. Terjemahan Al-Qur’an, ayat ke-7 daripada Surah
Muhammad :

(Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah, nescaya Allah membela kamu (untuk
mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu)

Wassalam.

MEMBENTUK GENERASI RABBANI

Yang menjalankan amanah,

………………………….
( AB. RAZAK BIN SALLEH )
Guru Besar,
SRI Al-Hilal,
Kota Bharu, Kelantan.

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 11 TAHUN 2022 3


PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-HILAL ( PIBG SRI AL-HILAL )
Lot 544 Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan
Tel/Fax : 09-7437014
Email : pibgalhilal@gmail.com

Ruj. Kami : PIBG/SRIal-Hilal10/20(02)


Kepada Tarikh : 12 JUN 2022 / 12 ZULKAEDAH 1443H
Guru dan Ibu Bapa / Penjaga Semua Pelajar
Sekolah Rendah Islam Al-Hilal

Tuan / Puan,
JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE - 11 TAHUN 2022
Adalah saya dengan hormatnya menarik perhatianTuan/Puan berkenaan perkara diatas.

2. Sehubungan dengan itu Tuan/Puan dijemput hadir ke mesyuarat Agung tersebut pada tarikh,
masa dan tempat mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 25 JUN 2022 / 25 ZULKAEDAH 1443H


Masa : 8.30 pagi
Hari : Sabtu
Tempat : Dewan SRI AL-HILAL

3. Agenda Mesyuarat
3.1 Ucapan YDP PIBG
3.2 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu
3.3 Membentang dan mengesahkan Laporan aktiviti PIBG Tahun 2021
3.4 Membentang dan menerima laporan kewangan tahunan
3.5 Perkara berbangkit
3.6 Pembubaran AJK PIBG tahun 2019/2021
3.7 Pelantikan pengerusi sementara
3.8 Pemilihan AJK PIBG tahun 2022/2024
3.9 Melantik 2 orang juru audit dalaman
3.10 Membahaskan usul
3.11 Hal-hal lain
i) Mengesahkan logo PIBG
ii) Penyelarasan Nama PIBG dan Nama Sekolah
iii) Daftar perlembagaan PIBG secara online
iv) Menaik taraf padang sekolah
3.12 Ucapan penangguhan

Sekian, terima kasih

“BERSAMA MENYEMPURNAKAN PENDIDIKAN”


Yang menjalankan amanah,

………………………………………………...
(MOHAMAD ALAMIN BIN MUHAMMAD)
Setiausaha Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SRI AL-HILAL
Kota Bharu, Kelantan
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 11 TAHUN 2022 4
LAMPIRAN JAWAPAN PENGESAHAN KEHADIRAN
MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG SRI AL-HILAL KOTA BHARU
KALI KE-11 TAHUN 2022

Lampiran keratan jawapan untuk pengesahan kehadiran. Tuan/Puan dipohon agar mengembalikan
keratan jawapan bersama-sama usul/cadangan daripada pihak Tuan/Puan untuk dibincangkan dalam
mesyuarat berkenaan. Lampiran keratan jawapan dan usul/cadangan tersebut perlulah dikembalikan
kepada En. Mohamad Alamin bin Muhammad pada atau sebelum 16 JUN 2022 (KHAMIS).

Adalah saya *bersetuju / tidak bersetuju untuk hadir ke majlis ini. Bersama-sama ini saya sertakan usul
dan cadangan untuk dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan bagi memantapkan lagi Persatuan Ibu
Bapa dan Guru SRI Al-Hilal, Kota Bharu.

*Potong yang tidak berkenaan


**Pencadang usul wajib hadir untuk dibincangkan usul semasa Mesyuarat Agung PIBG.

USUL-USUL DAN CADANGAN


MESYUARAT AGUNG PIBG SRI AL-HILAL KOTA BHARU
KALI KE-11 TAHUN 2022

1)

2)

3)

Yang Benar,

........................................
Nama ibu bapa/penjaga:
Nama anak :
Darjah :
Tarikh :

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 11 TAHUN 2022 5


ATUR CARA MAJLIS

8.15 – 8.45 pagi - Pendaftaran Ibu Bapa dan Guru


8.45 pagi - Ucapan Pengerusi Majlis
- Bacaan Doa oleh Ustaz Hj. Abd Malik bin Sar
- UCAPAN GURU BESAR
Ybrs. Ab.Razak Bin Salleh

UCAPAN YDP PIBG


Ybhg.Dato’ Dr. Hj. Mansor Bin Yahya

UCAPAN PERASMI
Ybhg. Dato’ Dr Johari Bin Mat
Pengarah Institut Pemikiran Tok Guru

10.00 pagi - Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-11 Tahun 2022 Bermula
11.30 pagi - Majlis Bersurai

AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-11 TAHUN 2022

Agenda 1 : Ucapan YDP PIBG


Agenda 2 : Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu
Agenda 3 : Membentang dan mengesahkan Laporan aktiviti PIBG Tahun 2021
Agenda 4 : Membentang dan menerima laporan kewangan tahunan
Agenda 5 : Perkara berbangkit
Agenda 6 : Pembubaran AJK PIBG tahun 2019/2021
Agenda 7 : Pelantikan pengerusi sementara
Agenda 8 : Pemilihan AJK PIBG 2022/2024
Agenda 9 : Melantik 2 orang juru audit dalaman
Agenda 10 : Membahaskan usul
Agenda 11 : Hal-hal lain

i) Mengesahkan logo PIBG

ii) Penyelarasan Nama PIBG dan Nama Sekolah

iii) Daftar perlembagaan PIBG secara online

iv) Menaik Taraf Padang Sekolah


Agenda 12 : Ucapan Penangguhan

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 11 TAHUN 2022 6


AJK PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG SRI AL-HILAL KALI KE-11

Penasihat : EN. AB RAZAK BIN SALLEH ( Guru Besar )


Pengerusi : DATO’ DR HJ MANSOR BIN YAHYA (YDP PIBG)
Naib Pengerusi 1 : HJ. NORAZHAM BIN YAHAYA (T.YDP PIBG)
Naib Pengerusi 2 : EN.MOHD HAFIRUDDIN BIN MOHD HASSAN (GPK Hal Ehwal Murid)
Setiausaha : EN. MOHAMAD ALAMIN BIN MUHAMMAD
Bendahari : EN. MOHD YUSRI BIN AHMAD

Persiapan Tempat Cenderahati Perasmi & Cabutan Bertuah


En. Mohd Danial bin Kamal Pn. Che Naimah binti Che Sa’ari
Pn. Aslinda binti Saharudin
En. Ahmad Syahmi bin Mohamed
Hj. Abd Malik bin Sar Pn. Siti Nur Liyana binti Rashid

Hiasan Pentas / Backdrop / Banner Pendaftaran


Pn.Wan Ruzila binti Wan Ab Rahman Pn. Siti Noor Azura binti Mat Yusoff
Cik Norizzati Amani binti Ab Malik Cik Nurzaliha binti Hamzah
En. Mohd Suzairi bin Jaafar
En. Ahmad Asnawi bin Shaari Sambutan
Dato’ Dr Hj Mansor bin Yahya (YDP PIBG)
Kebersihan Hj Norazham bin Yahaya (TYDP PIBG)
En. Muhammad Haikal bin Zainidon En.Ab Razak bin Salleh (EX-OFFICIO PIBG)
En. Aimullah bin Ahmad Zaini En.Mohd Hafiruddin bin Mohd Hassan (GPK HEM)
En.Mohd Yusri bin Ahmad (AJK PIBG)
Pn. Nur Shatirah binti Zakaria (GPK TARBIAH)
Pn. Hajah Norzalina binti Ismail (AJK PIBG)
Pn. Suhaini binti Ghazali (STAFF)

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 11 TAHUN 2022 7


Bacaan Doa Jamuan VIP dan Guru
Hj. Abd Malik bin Sar Pn. Hasmuni binti Hassan
Pn. Noor Azizan binti Yusof
Dokumentasi / Jurukamera Pn. Khamsiah binti Abdullah
En. Ahmad Muhsin bin Ramli Pn. Roslina binti Junoh
En. Ahmad Zulzahid bin Zulkifli Cik Wafa Lathifah binti Wan Azmi
Pn. Nurul Faatihah binti Zahari
Pn. Farah Farhana binti Hasbullah
Jamuan Ibu Bapa
Pencatat minit Pn. Hamidah binti Che Ngah
Cik Shukrina binti Azmin Pn. Nadia Liyana binti Arman
Pn. Hamizah binti Mahamad Pn. Rosmawani binti Zakaria
Pn. Alia Izah binti Zaini
Pn. Atiah binti Zakaria
PA Sistem Pn. Siti 'Aishah binti Nawayi
En. Mohd Suzairi bin Jaafar
En. Ahmad Asnawi bin Shaari Buku Mesyuarat
En. Mohamad Alamin bin Muhammad

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 11 TAHUN 2022 8


AHLI JAWATANKUASA PIBG AL-HILAL SESI 2019/2021

JAWATAN NAMA
Ex-Officio : Hj. Zakaria Bin Mat *
Yang Dipertua PIBG : Dato’ Dr Hj Mansor Bin Yahya
Timbalan Yang Dipertua PIBG : Hj. Norazham Bin Yahaya
Penolong Kanan Pentadbiran : Hj. Sharifudin Bin Ismail *
Penolong Kanan HEM : Pn. Kalsom Binti Ali *
Penolong Kanan Kokurikulum : Hj. Mohd Zulkifli Bin Jusoh *
Setiausaha : En. Mohamad Alamin Bin Muhammad
Bendahari : En. Mohd Yusri Bin Ahmad
AJK Ibu Bapa
1. Dato’ Dr Wan Nasrudin Bin Wan Ismail
2. En. Mohamad Rizal Bin Mat Ali
3. En. Mohd Maliki Bin Deraman
4. En. Wan Mohd Rafi Bin Wan Hussin
5. Pn. Hajah Norzalina Binti Ismail

Juruaudit 1. Prof Dr Zulkifli Bin Mohamed


2. En.Mohd Hafiruddin Bin Mohd Hassan

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 11 TAHUN 2022 9


SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT AJK PIBG SESI 2019/2021

SESI 2019 SESI 2020 SESI 2021


BIL NAMA JAWATAN 9/4 30/7 10/11 10/2 12/3 14/3
Hj. Zakaria Bin Mat Penasihat - - √ √ √ x
1.
2. Dato’ Dr Hj Mansor Bin Yahya Yang Dipertua PIBG √ √ √ √ √ √
3. Hj. Norazham Bin Yahaya Timbalan Yang √ √ √ √ √ √
Dipertua
Hj. Sharifudin Bin Ismail Penolong Kanan √ √ √ √ √ x
4.
Pentadbiran
5. Pn.Kalsom Binti Ali Penolong Kanan HEM √ √ x √ √ √
Hj. Zulkifli Bin Jusoh Penolong Kanan √ √ √ x √ x
6.
Kokurikulum
En. Mohamad Alamin Bin Setiausaha √ √ √ √ √ √
7.
Muhammad
8. En. Mohd Yusri Bin Ahmad Bendahari √ √ x √ √ x
9. Dato’ Dr.Wan Nasrudin Bin Wan AJK Ibu Bapa √ √ √ √ √ √
Ismail
10. En. Mohamad Rizal bin Mat Ali AJK Ibu Bapa √ √ x √ √ √
11. En. Mohd Maliki Bin Deraman AJK Ibu Bapa √ √ √ √ √ x
En. Wan Mohd Rafi Bin Wan √ √ √ x x x
12. AJK Ibu Bapa
Hussin
13. Pn. Hajah Norzalina Bt Ismail AJK Ibu Bapa √ √ √ √ x √

√ = Hadir X = Tidak Hadir

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 11 TAHUN 2022 10


MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) KALI KE-9 TAHUN 2019

MINIT MESYUARAT AGONG PIBG KALI KE-9

Tarikh : 18 Mac 2019/11 Rejab 1440H (Isnin)

Masa : 4.30 Petang – 5.53 Petang

Tempat : Dewan SRI al-Hilal

Kehadiran : Ibu bapa : 111

Guru : 40

Semua : 151

1. AGENDA 1 : KATA-KATA ALUAN PENGERUSI PIBG


1.1 Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua hadirin yang hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali ini.
1.2 Cadangan pelantikan pengerusi mesyuarat telah memilih Timbalan Pengerusi iaitu Encik Norazham Bin Yahaya
sebagai Timbalan Yang Dipertua PIBG.
1.3 Pemberitahuan agenda mesyuarat tahunan PIBG kali ini merujuk pada buku program yang telah diedarkan.
1.4 Pemberitahuan tentang pelancaran tabung infak.

2. AGENDA 2 : PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT YANG LALU

2.1 Timbalan Yang Dipertua meminta hadirin untuk merujuk minit mesyuarat lalu merujuk pada buku program
di halaman 7 hingga 11.

2.2 Memohon cadangan untuk mengesahkan minit mesyuarat yang lalu dan seorang penyokong.
2.2.1 Dicadang oleh : Mohd Aniq Raj Bin Mohd Maliki
2.2.2 Disokong oleh : Syarifah Hatijah Binti Tg. Ismail
2.3 Timbalan Yang Dipertua PIBG menerima pengesahan minit mesyuarat yang lalu.
2.4 Perkara berbangkit dengan memaklumkan antara perkara penting yang dilaksanakan (telah dibahaskan
dalam mesyuarat PIBG yang lalu) tentang :

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 11 TAHUN 2022 11


2.4.1 Agenda 6.1.2 iaitu usul kenaikan yuran PIBG dinaikkan RM50 untuk sebuah keluarga. Surat tunggakan
perlu diadakan supaya pihak sekolah boleh membuat kutipan duit tunggakan tersebut.
2.4.2 Agenda 6.1.7 iaitu usul permohonan untuk menaik taraf tandas dilaksanakan. Pihak engineer lengkapkan
pelan pembangunan tandas baharu.

3. AGENDA 3 : PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN KEWANGAN PIBG


3.1 Setiausaha PIBG sebagai wakil Bendahari PIBG membentangkan penerimaan dan pembayaran tarikh berakhir
31 Disember 2018 PIBG SRI AL-HILAL
3.1.1 Baki dalam penyata bank adalah sebanyak 10,418.97
3.2 Kebanyakan duit digunakan untuk kursus kecemerlangan murid.
3.3 Dicadang oleh : Pn Yuslahiza Bt Mat Yusoff
Disokong oleh : Encik Mazlisham Bin Mohamad

4. AGENDA 4 : PERKARA BERBANGKIT


4.1 Tiada perkara berbangkit.

5. AGENDA 5 : PEMILIHAN JAWATANKUASA PIBG SESI 2019/2021


5.1 Timbalan Yang Dipertua membentangkan jawatankuasa PIBG 2018
5.2 Cadangan Hj. Rusli Bin Mamat bagi masa akan datang untuk mengadakan satu sebab jawatankuasa tidak
hadir ke mesyuarat PIBG.

5.2.1 Cadangan untuk mengekalkan semua ahli jawatankuasa dan mengubah beberapa orang ahli
jawatankuasa yang sering tidak dapat hadir ke mesyuarat PIBG sebelum ini.
5.2.2 Penjelasan dari Timbalan Yang Dipertua mereka yang tidak dapat hadir mesyuarat sebelum ini
mempunyai sebab kukuh dan kebenaran untuk tidak hadir.

5.2.3 Timbalan Yang Dipertua memohon sokongan bagi cadangan tersebut.


5.2.3.1 Dicadang : Hj. Rusli Bin Mamat
5.3 Mesyuarat kali ini dibuat pada hari bekerja dan keputusan untuk diadakan mesyuarat diteruskan jika
Dr. Hj. Mansor Bin Yahya sebagai Yang Dipertua dapat hadir. Namun, ada ketika beliau tidak dapat hadir
kerana urusan kerja beliau dan mesyuarat tetap diteruskan.

5.3 Encik Mazlisham Bin Mohamad mencadangkan ahli jawatankuasa yang mempunyai komitmen yang
bagus lebih baik dikekalkan.

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 11 TAHUN 2022 12


5.4.1 Timbalan Yang Dipertua memberi jawapan bahawa pihak PIBG meraikan permohonan maaf mereka
yang tidak dapat hadir.
5.4.2 Encik Mohamad Rizal Bin Mat Ali menjelaskan ahli jawatankuasa yang tidak hadir mereka memberi
komitmen yang tinggi.

5.4 Cadangan untuk dua permohonan iaitu mengekalkan yang sedia ada serta memecat beberapa orang

ahli yang sering tidak dapat hadir atau mengekalkan semua ahli yang sedia ada.
5.5.1 Cadangan mengekalkan Ahli Jawatankuasa yang lepas
Dicadang : Puan Nor Hilmiyah Binti Che Hassan
5.5.2 Cadangan dari Dr Tengku Abd Rahman Bin Tengku Chik ingin menarik diri kerana anaknya adalah yang
terakhir di SRI al-Hilal pada tahun ini.
Disokong oleh : Encik Mohamad Rizal Bin Mat Ali
Dibantah oleh : Hj. Rusli Bin Mamat
5.5.3 Cadangan untuk melantik Dr. Wan Nasrudin Bin Wan Ismail untuk mengganti Dr Tengku Abd Rahman Bin
Tengku Chik sebagai ahli jawatankuasa PIBG sesi 2019.
Dicadang : Encik Mazlisham Bin Mohamad
Disokong : Hj. Rusli Bin Mamat
5.5.4 Cadangan ditutup
Dicadang : Mohd Nasri Bin Basiran
Disokong : Hj. Rusli Bin Mamat
5.5.5 Kesimpulan bagi agenda ini adalah mengekalkan ahli jawatankuasa yang lama kecuali Dr Tengku Abd Rahman
BinTengku Chik.

6. AGENDA 6 : PERBAHASAN USUL


6.1 Usul-usul yang diluluskan selepas perbahasan adalah seperti berikut :
6.1.1 Usul yang diusulkan Puan Noor Hezleen Bt Che Zahri tentang kebersihan tandas dan kawasan sekolah.
6.1.1.1 Usul tidak dapat dibentangkan kerana pengusul tidak hadir. Namun, pengerusi mohon penjelasan daripada
pihak sekolah.
6.1.1.2 Penjelasan dari pihak sekolah, sekolah hanya mampu menampung beberapa bilangan tandas untuk
300 orang murid sehingga kini. Pembinaan tandas baru diperlukan untuk menampung ramai murid. Pemantauan
daripada pihak kesihatan dan kebersihan telah menilai sekolah ini dan tahap yang dicapai adalah sebanyak 85%.

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 11 TAHUN 2022 13


6.1.1.3 Encik Mohamad Rizal Bin Mat Ali mencadangkan untuk pihak sekolah membentangkan jumlah kos
perbelanjaan yang diperlukan untuk pembinaan tandas dan perkara-perkara lain. Beliau berharap
agar peruntukan untuk pembinaan itu dilaksanakan.
6.1.1.4 Encik Mohd Salahuddin Bin Abdul Latif mencadangkan kepada pihak sekolah iaitu dengan memasang
portable toilet pada bahagian sekolah yang tidak menyentuh mana-mana bahagian bangunan sekolah. Cadangan
syarikat yang boleh dirujuk ialah Syarikat Solid Horizon Sdn. Bhd.
6.1.1.5 Timbalan Yang Dipertua menjelaskan ruang yang ada adalah kawasan yang disediakan untuk laluan
kenderaan keluar masuk. Cadangan ini boleh diusulkan dalam mesyuarat pengurusan.
6.1.2 Usul berkaitan meletakkan cermin di cabang 3 selekoh kantin sekolah untuk tujuan keselamatan. Pengusul
tidak dapat hadir dan dijelaskan oleh pengerusi untuk Ahli Lembaga Pentadbir sekolah mendapatkan bajet untuk
menanggung kos pembelian cermin bulat. Keputusan tersebut perlu dibuat dalam mesyuarat pengurusan.
6.1.3 Usul dari Puan Erlina Binti Ismail menjelaskan cadangannya tentang beg sekolah terlalu berat dan
memerlukan ruang untuk penyimpanan buku seperti almari berkunci atau rak buku. Kerja sekolah atau latihan
perlu diberi kepada pelajar pada hari minggu atau cuti sekolah.
6.1.3.1 Encik Mohamad Rizal Bin Mat Ali mempersoal tentang kenapa beg sekolah masih berat walaupun sudah
mengikut jadual yang ditetapkan.
6.1.3.2 Penjelasan dari guru besar tentang usul tersebut ialah beg murid jadi berat kerana sekolah ini ada dua
teras pendidikan akademik dan deeniah.
6.1.3.3 Pengerusi menjelaskan banyak sekolah dah menjalani kaedah mengatasi masalah tersebut. Cadangan
pengerusi untuk Ibu bapa perlu menyumbang duit kepada guru kelas bagi mengadakan satu ruang penyimpanan
yang selaras bagi setiap kelas.
6.1.3.4 Encik Mohamad Rizal Mat Ali menyatakan pandangan bahawa murid menyalin jadual kemungkinan
memberi penyelesaian kepada permasalahan ini.
6.1.3.5 Encik Mohd Yusri Bin Ahmad bertanyakan adakah masalah kerja rumah yang diberi oleh guru akan
selesai jika cadangan ini dilaksanakan.
6.1.3.6 Mohd Salahuddin Bin Abdul Latif menyokong cadangan ini dan mengesyorkan
untuk mengadakan almari buku bersaiz 4 hingga 5 inci (picture whole).
6.1.3.7 Puan Hafizzah Bt Sharipudin mencadangkan agar jadual dibuat secara agihan jadual bagi gabungan
jam dalam satu subjek dengan menggabungkan bagi jadual kelas 2 kali dalam seminggu menjadi 1 kali dalam
seminggu.
6.1.3.8 Usul ini dululuskan kerana tiada sebarang bantahan dari ahli mesyuarat.

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 11 TAHUN 2022 14


6.1.4 Usul yang keempat daripada Tuan Ahmad Marwan Bin Tuan Rosdi iaitu berkaitan dengan gantian
peperiksaan akademik kepada amali asas fardhu ain kepada deeniah bagi tahun 1 hingga tahun 3. Pengusul tidak
hadir.
6.1.4.1 Penjelasan dari guru besar sistem pendidikan sekarang melaksanakan pentaksiran dari pihak guru subjek
bagi menggantikan peperiksaan akademik. Tiada peperiksaan bagi tahun 1-3. Setiap guru mata pelajaran akan
membuat Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) menggantikan peperiksaan seperti tahun sebelum.
6.1.5 Usul berkaitan mengadakan Majlis Makan Amal bagi mengumpul dana PIBG untuk menjalankan
program sekolah sesi 2019/2020.
6.1.5.1 Encik Mohamad Rizal Bin Mat Ali mencadangkan untuk kekal mengadakan Majlis Makan Amal
untuk kebaikan bersama.
6.1.5.2 Penjelasan dari guru besar tentang sumbangan dari pihak PIBG banyak membantu aktiviti2 murid
di peringkat sekolah contohnya program Kursus kecemerlangan murid.
6.1.5.3 Ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk mengumpul dana PIBG pada Majlis Makan Amal pada tahun
ini.

7. AGENDA 7 : UCAPAN PENANGGUHAN


7.1 Timbalan Yang Dipertua membuat penangguhan dengan merangkumi agenda 1 - agenda 6.
7.2 Ucapan terima kasih atas kehadiran ibu bapa serta memohon maaf atas kesilapan pihak Ahli
Jawatankuasa sekiranya ada.
7.3 Pengerusi menangguhkan Mesyuarat PIBG kali ini pada jam 5.53ptg

Disediakan Oleh Disahkan Oleh

.……........................................................... …………………………………………………...
(EN. MOHAMAD ALAMIN BIN MUHAMMAD) (Dato’ DR.HJ MANSOR BIN YAHYA)
Setiausaha PIBG SRI AL-HILAL YDP PIBG SRI AL-HILAL

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 11 TAHUN 2022 15


LAPORAN AKTIVITI SEKOLAH DENGAN KERJASAMA PIBG
TAHUN 2019

UNIT KO KURIKULUM

BIL AKTIVITI & PROGRAM TARIKH


26 JAN
1 MAJLIS RUNDINGCARA BERSAMA IBU BAPA (1) ( SABTU )

KELAS TAMBAHAN TAHUN 6 3 FEB


2 & KELAS PEMULIHAN BM & JAWI BERMULA ( AHAD )

3 KEM BESTARI SOLAT TAHAP 1 15 FEB


( SABTU )

4 PELANCARAN PROGRAM NILAM 3 MAC


(AHAD)

5 KELAS TAMBAHAN TAHUN 5 & 6 24 -27 MAC (AHAD-RABU)

6 MAJLIS RUNDINGCARA TAHUN 6 (2) 6 APRIL


( SABTU )

7 SEMINAR TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR 15 APRIL


(ISNIN )

8 KEM BESTARI SOLAT TAHAP 2 20 APRIL

( SABTU )
9
POGRAM IHYA’ RAMADHAN 7 MEI
( SELASA )
10
KELAS TAMBAHAN 26-29 MEI
( AHAD-RABU )
11
MOTIVASI DIRI BERSAMA IBU BAPA TAHUN 6. 8 JUN
MAJLIS PENYERAHAN BUKU REKOD & MAJLIS (SABTU)
RUNDINGCARA TAHUN 6 (3)

12 KELAS INTENSIF UPSR 9 JUN


( AHAD )
13
HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PPT 16 JUN
( AHAD )

14 REHAT MINDA TAHUN 6 5 SEPT


( KHAMIS )
SEMINAR TEKNIK MENJAWAB SOALAN PRAI 10 OKT
15 (KHAMIS)
16 MAJLIS GRADUASI TAHUN 6 & ANUGERAH 1-12 DIS
KECEMERLANGAN 2019 (AHAD-KHAMIS)

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 11 TAHUN 2022 16


UNIT HEM

BIL AKTIVITI TARIKH HARI


ISNIN-KHAMIS
1 MINGGU TRANSISI 1-10 JAN
ISNIN
2 PELANCARAN PERATURAN DISIPLIN SEKOLAH 7 JAN
KHAMIS-SABTU
3 KEM KEPIMPINAN 7-9 FEB
AHAD
4 PELANCARAN KELAS MITHALI 10 FEB
ISNIN
5 KURSUS KEPIMPINAN 25 FEB
KHAMIS
6 QIAM (1) 28 FEB
ISNIN
7 WATIKAH PELANTIKAN MURID 2019 4 MAC
AHAD
8 LATIHAN FIRE DRILL 31 MAC
AHAD
9 LAWATAN KESIHATAN MURID 28 APRIL
KHAMIS
10 QIAM (2) 20 JUN
KHAMIS
11 QIAM (3) 22 OGOS
KHAMIS
12 MAJLIS RESTU ILMU & SOLAT HAJAT 12 SEPTEMBER
CERAMAH KESELAMATAN, KEBAKARAN DAN SELASA
13 22 OKTOBER
LATIHAN FIRE DRILL
RABU
14 CERAMAH KESIHATAN 30 OKTOBER
AHAD
15 LAWATAN PERGIGIAN 3 NOVEMBER
SELASA
16 JAMUAN AKHIR TAHUN TAHAP 1 19 NOVEMBER
RABU
17 JAMUAN AKHIR TAHUN TAHAP 2 20 NOVEMBER
KHAMIS
18 LAMBAIAN KASIH DAN GOTONG-ROYONG 21 NOVEMBER
MAJLIS GRADUASI TAHUN 6 & KHATAM AL- SABTU
19 23 NOVEMBER
QURAN

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 11 TAHUN 2022 17


UNIT KO KURIKULUM

BIL AKTIVITI & PROGRAM TARIKH HARI

1 Perkhemahan Unit Beruniforrm ( Luaran ) 14,15,16 MAC KHAMIS-SABTU

2 Gotong- Royong 23 MAC SABTU

3 Sukan Tahunan 2019 10 APRIL RABU – KHAMIS

4 Majlis Sambutan Isra’ Wal Mikraj 15 APRIL ISNIN

5 Majlis Sambutan Hari Guru 2019 16 MEI KHAMIS

6 Majlis Sambutan Aidilfitri 13 JUN KHAMIS

7 Gotong Royong 24 OGOS SABTU

8 Lawatan Sambil Belajar 27,28,29 SEP JUMAAT-AHAD

9 Sukan PERSIAP 17 SEP KHAMIS

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 11 TAHUN 2022 18


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 11 TAHUN 2022 19
USUL-USUL UNTUK DIBAHAS

1. – Makanan yang disediakan untuk pelajar adalah seimbang & berkhasiat termasuk buah
dan sayur
- Jualan makanan & minuman di koperasi adalah sihat termasuk aiskrim, buah

Usul daripada : Anies Hazlina

2. – Mengadakan kelas tambahan atau kelas pemulihan bagi murid yang lemah
dalam subjek-subjek tertentu seperti BM, BI, B.Arab, Jawi dan lain-lain
subjek.

Usul daripada : En. Syed Abdul Qahhar Firdaus Bin Sayed Mustapha

3. - Menyediakan mesin minum air seperti COWAY untuk mengelakkan pencemaran air
terhadap pelajar.
-Hormat menghormati penggunaan jalan keluar masuk

Usul daripada : Dr Kapten Hj Muhaidi Al-Hafiz / Hjh Mazima Binti Hj Mohamad


Ghazali

4. Mengadakan suatu kaedah kutipan dana untuk melancarkan pembinaan padang


sekolah dan untuk menampung kewangan PIBG bagi menjalankan program sekolah
2020.

Usul daripada : Guru Sri Al-Hilal

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 11 TAHUN 2022 20


SEKALUNG PENGHARGAAN

Guru Besar Sri Al-Hilal

Ab Razak Bin salleh

Yang Dipertua PIBG SRI AL-HILAL

Dato’ Dr Hj Mansor Bin Yahya

Guru-Guru Penolong Kanan SRI AL-HILAL

Timbalan Yang Dipertua & Barisan


AJK PIBG SRI AL-HILAL

Para Guru & Kakitangan SRI AL-HILAL

Serta

Semua Pihak Yang Terlibat Secara


Langsung Atau Tidak Langsung
Dalam Menjayakan
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-
11 Tahun 2022

Anda mungkin juga menyukai