Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN YDP PIBG BERSEMPENA MESYUARAT AGUNG

TAHUNAN PIBG KALI KE 20 SESI 2021/2022


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakahtuh dan selamat sejahtera.
Terima kasih saudari pengacara majlis
Yang berusaha, Guru Besar Sk Peladok, Puan Kamaria binti Datu Ogai@Ugai
Yang dihormati wakil PPD Pegawai Perhubungan Sekolah, Puan Rafidah Binti
Masi dari Unit Pendidikan Islam Pejabat Pendidikan Daerah Kota Belud.
Yang dihormati wakil IPD Pegawai Perhubungan Sekolah, Koperal Anida Binti
Borog
Yang dihormati Penolong Kanan Pentadbiran , Puan Sharifah Binti Maspi
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Paul Tee Kit Hen
Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Shahirul Bin Tangah
Barisan guru dan jawatankuasa PIBG, ibu bapa, penjaga,
waris serta hadirin sekalian.
Saya amat bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah taufik-Nya
dapat kita berkumpul semula di Majlis Mesyuarat Agung PIBG pada tahun ini.
Sepertimana yang kita maklum sebelum ini kita mengalami kekangan untuk
bersemuka kerana keadaan pandemik covid 19. Tapi kini Alhamdulillah, kita telah
dibenarkan untuk mengadakan majlis secara bersemuka dengan langkah berjaga-
jaga.
Disini saya juga mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk
menyampaikan sepatah dua kata dalam majlis yang penuh bermakna ini.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Mesyuarat Agung PIBG pada hari ini merupakan pembentangan perancangan dan
pelaksanaan aktiviti sepanjang tahun 2021/2022 dan di samping itu dapat
mengeratkan lagi hubungan antara pihak sekolah dan para waris. Selain dapat
merapatkan antara pihak sekolah dengan ibu bapa, perjumpaan ini juga
membolehkan kedua-dua pihak boleh berbincang serta memeri pandangan masing-
masing untuk meningkatkan lagi prestasi sekolah mahupun dalam pembentukan
sahsiah anak-anak serta pembangunan infrastruktur sekolah bagi mewujudkan zon
selesa dalam kalangan anak-anak Sk Peladok.
Dalam mesyuarat ini juga diharapkan dapat membuka peluang kepada kedua-dua
pihak memberikan pemikiran dan tenaga bagi transformasi kemajuan pendidikan
anak-anak kita.
Pada kesempatan ini juga, saya ingin meminta kerjasama para waris agar sentiasa
peka dengan maklumat serta informasi yang disampaikan oleh pihak sekolah.
Mencapai kejayaan seperti yang kita impikan bukan sesuatu yang mudah, pastinya
memerlukan pengorbanan dan komitmen kedua-dua pihak. Ibu bapa dan pihak
sekolah perlu sama-sama seiring menyumbangkan tenaga, kewangan dan idea
demi perkembangan dan kejayaan anak-anak kita. InsyaAllah, kejayaan pasti dapat
direalisasikan sekiranya kedua-dua pihak memainkan peranan masing-masing.
Saya juga mengambil kesempatan untuk memohon maaf atas kekurangan saya
sepanjang menyandang jawatan ini. Banyak perancangan dan idea bernas diberi
tetapi tidak dapat dilaksanakan disebabkan kekangan kewangan dan pergerakan
terhad ketika Pandemik Covid 19 melanda negara kita.
Sebelum saya mengundur diri, saya memohon kemaafan kepada tuan-tuan dan
puan-puan, sekiranya di sepanjang ucapan saya ini terdapat kata-kata yang kurang
menyenangkan. Izinkan sya akhiri ucapan dengan serangkap pantun.

Buah Salak di dalam kantung,


Kulitnya keras isinya kelat,
Bulat air kerana pembentung,
Bulat manusia kerana muafakat.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai