Anda di halaman 1dari 1

SEKAPUR SIRIH, SEULAS PINANG.

Alhamdulillah, Syukur kehadrat Allah S.W.T


Pada kesempatan ini saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kerana diberikan kesempatan untuk
menyampaikan sepatah dua kata dalam buku program sempena Hari Apresiasi 2021 Sk Temong. Sebagaimana
tahun-tahun yang berlalu, Majlis Anugerah Kecemerlangan merupakan agenda tahunan sekolah. Program ini
diadakan dengan tujuan memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada para murid yang telah menunjukkan
pencapaian yang cemerlang dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum sekaligus mengharumkan nama
sekolah di peringkat daerah, mahupun di peringkat negeri.

Kita semua sedia maklum, bahawa pendidikan pada kini amat mencabar dengan suasana Pandemik Covid 19.
Kita semua terkesan dengan pandemik ini, namun hidup perlu diteruskan walau penuh dengan seribu cabaran
kepada semua pihak. Walau bagaimanapun, cabaran ini perlu dilalui dengan bijaksana dan sebagai seorang guru
kita perlu berusaha meningkatkan kompitensi masing-masing bagi memastikan murid-murid mendapat
pembelajaran yang terbaik.

Selaku guru besar, saya turut berasa bangga dengan pencapaian dan komitmen anak-anak tuan dan puan
sepanjang proses PDPR kerana pelaksanaan PKP yang dillaksanakan oleh kerajaan. Oleh itu, teruskanlah
kecemerlangan yang dicita-citakan kerana kejayaan dan kecemerlangan bukanlah suatu destinasi tetapi suatu
perjalanan dan kembara yang tidak ada batas sempadannya. Untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan
perlulah ada kesepakatan bak aur dengan tebing.

Di peringkat sekolah, kita telah melakukan yang terbaik selaras dengan etika dan piagam pelanggan
perkhidmatan pendidikan. Justeru, perubahan sikap individu dan perhatian daripada ibu bapa, keluarga dan
masyarakat amat diperlukan supaya matlamat pendidikan untuk melahirkan generasi bagi mengisi wawasan
negara akan tercapai. Akhir sekali, sekalung penghargaan turut diucapkan kepada PIBG Sk Temong dan para ibu
bapa kerana tidak jemu-jemu membantu dari segi material dan sokongan moral hingga kita berjaya menganjurkan
majlis seumpama ini. Segala jasa dan budi baik tuan-tuan hanya Tuhan sahaja yang dapat membalasnya. Saya
akhiri dengan ucapan terima kasih.

Encik Muhammad Fadzli Bin Kamarudin,


Guru besar,
SK Temong

Anda mungkin juga menyukai