Anda di halaman 1dari 4

TEKS UCAPAN PPD

MAJLIS ANUGERAH
KECEMERLANGAN
SK LEPONG BALLEH 2023/2024

Tarikh : 31 Januari 2024


Hari : Rabu
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Dewan Wilson Ugak Kumbong
Selamat Pagi, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Segulai Sejalai,
Salam Menjulang Pendidikan Sarawak, Fly Kenyalang Fly, Fly High

Terima kasih adik pengerusi majlis,

Yang Berusaha, En. Unsang anak Jelani,


Guru Besar, SK Lepong Balleh.

Yang Dihormati, En. Luis Malantika Anak Rebin


Penolong Kanan Pentadbiran SK Leong Balleh.

Yang Dihormati, En. Ban Anak Kayan


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SK Lepong Balleh

Yang Dihormati, En Taira Anak Teddy


Penolong Kanan Ko-Kurikulum, SK Lepong Balleh

Yang Dihormati,En. Theery Taylor,


YDP PIBG, SK Lepong Balleh.

Exco-exco PIBG,
Ahli-ahli Jawatankuasa Pengelola Majlis Anugerah Kecemerlangan, SK Lepong
Balleh.,

Guru-guru, akp dan murid-murid yang dikasihi serta para hadirin yang dihormati
sekalian.

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan Yang Maha Esa
kerana dengan limpah dan kurnianya saya diberi peluang untuk berucap di majlis
yang penuh bermakna ini. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pihak
pengelola kerana telah sudi menjemput pihak Pejabat Pendidkan Daerah Kapit
untuk merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan (MAK) SK Lepong Balleh
bagi Sesi Persekolahan 2023/2024 .

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini bagi merakamkan setinggi-tinggi tahniah
kepada pihak sekolah khususnya jawatankuasa pengelola yang telah berjaya
mengelolakan majlis yang penuh bermakna ini. Walaupun ia merupakan rutin
tahunan untuk mana-mana sekolah tetapi tanpa kerjasama daripada semua pihak
khususnya guru-guru, akp, PIBG dan murid-murid, ianya tidak akan dapat
dilaksanakan dengan jayanya. Syabas kita ucapkan.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Kita amat bangga dengan pencapaian SK Lepong Balleh bagi sesi persekolahan
2023 / 2024. Banyak pencapaian yang telah diperolehi dalam berbagai bidangP. Kita
berharap agar sesi persekolahan 2024/25 SK Lepong Balleh akan
terus mengekalkan prestasi sekolah dengan kejayaan yang lebih cemerlang.
“Bagai kuku dengan isi, ibarat aur dengan tebing”,

Sekolah dan PIBG tidak dapat dipisahkan. Pihak sekolah tidak dapat bergerak
sendirian dalam usaha mendidik para pelajar. Ianya memerlukan sokongan yang
padu dari ibu bapa melalui PIBG sekolah. Dengan adanya kerjasama dan
pengembelengan tenaga di antara kedua-dua pihak, diharapkan dapat
meningkatkan lagi prestasi murid-murid khasnya dan sekolah amnya. Pihak sekolah
dan PIBG digalakkan untuk duduk bersama dan berbincang tentang cara-cara dan
mengatur strategi serta program bagaimana untuk meningkatkan kecemerlangan
para pelajar kita.

“Bak kata pepatah “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”.

Jika kita lihat dan baca laporan dari sekolah-sekolah yang telah mencapai
kecemerlangan dalam bidang pendidikan, sudah pasti mereka akan mengatakan,
antara resepi kejayaan sekolah mereka adalah dengan adanya kerjasama yang jitu
diantara pihak sekolah dengan PIBG. Itu yang kita harapkan untuk sekolah-sekolah
di daerah kita ini.

Para pelajar yang dikasihi,

Sesuatu kejayaan yang diperolehi samada kecil atau besar seharusnya dirai sebagai
menandakan kesyukuran dan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam
usaha mendidik anak-anak murid. Justeru itu majlis sebegini telah menjadi
budaya sekolah pada setiap tahun. Majlis Anugerah Kecemerlangan diadakan
adalah bertujuan untuk mengiktiraf pencapaian cemerlang murid dalam apa jua
bidang untuk tahun tersebut. Murid- murid yang telah mencapai tahap yang telah
ditetapkan, akan diberi anugerah sebagai galakan dan penghargaan di atas usaha
mereka selama ini. Bagi pelajar yang kurang berjaya, janganlah berputus asa.
Masih jauh lagi perjalanan yang akan ditempuhi dan masih banyak lagi peluang
yang sedang menanti. Teruskan berusaha tanpa mengenal erti putus asa., jika anda
berusaha, kejayaan pasti akan menjadi milik anda.

Majlis Anugerah Kecemerlangan juga merupakan kemuncak aktiviti tahunan


sekolah dengan mengiktiraf kejayaan murid-murid dalam bidang Kurikulum, HEM
dan Ko-Kurikulum. Berobjektifkan pemberian penghargaan kepada warga sekolah,
kesedaran kepentingan pendidikan dan memartabatkan budaya ilmu, diharapkan
daya saing dalam kalangan murid timbul bagi mencapai kejayaan yang lebih
cemerlang. Kita juga merasakan majlis sebegini dapat menyuntik semangat motivasi
di kalangan murid dan guru-guru. Selain daripada itu juga, ianya turut berjaya
menerapkan budaya kecemerlangan serta persaingan yang sihat di kalangan
mereka untuk terus berusaha mencatat pencapaian yang lebih membanggakan
pada masa akan datang.
Hadirin yang dihormati,

Kepada warga sekolah SK Lepong Balleh, terutamanya guru besar, guru-guru dan
akp, kita sedia maklum anda semua telah berusaha bersungguh-sungguh untuk
mencapai kecemerlangan anak didik masing-masing. Dan kerana itu kita ucapkan
tahniah, kerana telah berpenat-lelah dalam usaha mendidik anak bangsa.
Sesungguhnya jasa dan bakti yang dicurahkan tidak dapat dibalas. Hanya ucapan
terima kasih yang dapat kita berikan, Pesan saya juga agar teruslah berkhidmat
dengan penuh dedikasi dan rasa tanggungjawab, sesungguhnya murid-murid di sini
masih lagi dahagakan ilmu pengetahuan. Didiklah mereka seperti anak sendiri,
curahkan ilmu yang telah dipelajari dan siramilah mereka dengan ilmu pengetahuan
kerana mereka amat memerlukannya.

“Bersendirian saya boleh bergerak pantas, tetapi bersama kita akan pergi
lebih jauh”

Bagi yang masih baharu dalam dunia pendidikan, timbalah ilmu, belajarlah untuk
memperbaiki kekurangan diri, bertanyalah pada yang veteran kerana mereka lebih
berpengalaman dalam dunia pendidikan, telah banyak yang mereka lalui, telah jauh
perjalanan yang ditempuhi. Bagi yang telah lama bergelumang dalam bidang
pendidikan, teruskanlah mencurahkan bakti, bimbinglah yang baharu tentang asam
garam dan pahit manisnya dunia pendidikan. Bersama-samalah berjalan seiring,
membina kejayaan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang untuk SK Lepong
Balleh dan dimana jua anda akan berada selepas ini.

“Bunga dedap diatas para,


Anak dusun pasang pelita;
Andai silap tutur bicara,
Jari disusun maaf dipinta.

Dengan itu, saya dengan sukacitanya merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlang


Sekolah Kebangsaan Lepong Balleh Bagi Sesi Persekolahan 2023/2024.

Anda mungkin juga menyukai