Anda di halaman 1dari 5

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

YANG BERUSAHA EN. IBRAHIM BIN MOHD ZIN ( JAWATAN


:_ Pengarah Urusan Padu Jati Sdn Bhd
YANG BERUSAHA TUAN HAJI JASMI BIN MOHD ALIAS,
Pengetua Cemerlang SMK Pengkalan,
YANG BERUSAHA EN ZAINAL BIN ZAINI, PENOLONG
KANAN PENTADBIRAN,
YANG BERUSAHA PN ROSIMAH BT. KAMARUDDIN,
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
YANG BERUSAHA PN ZAITUN BT. ABDULLAH, PENOLONG
KANAN KOKURIKULUM,
YANG BERUSAHA EN AZHAR BIN ISMAIL, PENOLONG
KANAN PETANG
YANG BERUSAHA PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS ,
TN HJI TAJUL ARIFFIN BIN LOPE ABDUL RAHMAN,
YANG BERUSAHA PARA GURU, IBU BAPA DAN
SETERUSNYA PELAJAR-PELAJAR YANG DIKASIHI SEKALIAN
ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA,
SALAM SATU Malaysia,
Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan
izinNya dapat saya memberi sepatah dua kata dan saya amat
berbangga kerana pada tahun ini sekali lagi SMK PENGKALAN
telah berjaya menganjurkan Hari Anugerah Cemerlang BAGI
TAHUN 2017.

Pertama sekali, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih


kepada pihak sekolah yang menjemput saya untuk sama-sama
memeriahkan Hari Anugerah Cemerlang ini. Saya mewakili PIBG
sekolah ini mengucapkan sekalung penghargaan kepada semua
guru-guru yang tidak jemu mendidik anak-anak kami sehingga
berjaya seperti hari ini. Gandingan yang baik di antara Ibu Bapa
dan semua guru serta kakitangan sekolah telah membantu
meningkatkan kejayaan anak-anak kita terutama dalam
peperiksaan PT3 dan SPM pada tahun 2016 iaitu PT3 dengan GPS
4.40 dengan peningkatan sebanyak 0.04 dan SPM iaitu dengan
GPS 5.73 dengan peningkatan GPS sebanyak 0.29. Semoga
kerjasama yang ditunjukkan oleh ibu bapa dan para guru ini akan
meningkatkan semangat murid-murid di sekolah ini khususnya
bagi yang berjaya untuk mengorak langkah yang lebih efektif
bagi mengekalkan kecemerlangan mereka dalam bidang
akademik mahupun kokurikulum
Hadirin, .
Hari Anugerah Cemerlang adalah kayu ukur kepada prestasi
pencapaian pelajar. Bagi pelajar yang berjaya meraih anugerah
cemerlang dalam peperiksaan yang lalu, pihak PIBG ingin
mengucapkan syabas dan tahniah dan bagi pelajar yang belum
berjaya jangan putus asa kerana preskripsi kejayaan ialah rajin,
tekun dan gigih berusaha. Usaha yang gigih akan menghasilkan
kejayaan yang cemerlang.

Pada sesi 2016/ 2017 ini, PIBG telah meneruskan


kesinambungan aktiviti untuk kecemerlangan pelajar seperti
mengadakan beberapa siri kelas tambahan bagi kelas-kelas
peperiksaan dengan kerjasama guru-guru pada cuti yang lalu.
Selain itu, PIBG juga membantu memberi sumbangan kepada
pakar motivasi yang telah memberi ceramah motivasi kepada
pelajar-pelajar kelas peperiksaan.

Di samping kemajuan akademik, PIBG juga sentiasa


bekerjasama dengan pihak sekolah dalam memastikan
pembangunan sahsiah pelajar agar anak-anak kita selamat
meneruskan kehidupan mereka dalam era kecanggihan teknologi
yang penuh dengan cabaran. Mudah-mudahan impian kita
sebagai ibu bapa untuk melihat anak kita berjaya menjadi insan
cemerlang tercapai selaras dengan visi dan misi SMK Pengkalan.

Syabas dan jutaan terima kasih kepada semua guru-guru


dan pelajar yang telah bekerja keras untuk memastikan kejayaan
dan kelancaran Hari Anugerah Cemerlang ini sama ada secara
langsung mahu pun secara tidak langsung dan semoga
mendapat keberkatan daripada Allah SWT dengan hendak-Nya.
Saya mewakili semua AJK PIBG akan terus menyokong segala
program yang dianjurkan oleh pihak sekolah bagi memacu
kecemerlangan pelajar.
Saya juga merasakan para guru akan merasa bangga jika
kita sebagai ibu bapa sentiasa mengambil berat dengan disiplin
anak-anak kita di sekolah. Kita harus sedar, kecemerlangan
seseorang pelajar ini amat bergantung kepada pendisiplinan
mereka dalam menuntut ilmu. Mereka mesti disiplin dengan
peraturan agama Islam. Mereka juga mesti berdisiplin dengan
peraturan sekolah. Untuk ini, kita perlu mendampingi dan selalu
bertanya khabar dengan guru tentang anak-anak kita. Jangan
ambil tindakan melulu berdasarkan maklumat daripada anak-
anak kita semata.-mata. Mungkin sikap mereka di rumah tidak
sama dengan sikap mereka ketika di sekolah. Justeru , pantau lah
anak kita selalu.
Seperkara lagi yang saya ingin memaklumkan kepada ibu
bapa bahawa pihak sekolah tidak mendapat peruntukan
kewangan yang sewajarnya seperti tahun-tahun sebelum ini. Ini
berkemungkinan disebabkan oleh masalah ekonomi negara ketika
ini. Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama menghulur
sumbangan kewangan setakat mana yang termampu bagi kita
menjayakan aktiviti pembelajaran pelajar-pelajar di sekolah ini.
Kutipan PIBG tidak mampu membiayai keseluruhan pembiayaan
tersebut dan ada kala kutipan ini tidak dapat dipungut
sepenuhnya kerana ada di antara pelajar-pelajar kita gagal
membayar yuran PIBG ini dan sebagai langkah awal pihak sekolah
akan menganjurkan sekali lagi kutipan Senamrobikthon bagi
menambah kewangan sekolah ini.
Akhir kata, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih
kepada semua pihak terutama kepada guru-guru dan ibu bapa
atas kerjasama padu demi melihat kejayaan anak-anak pelajar
semua. Terima kasih tidak terhingga kepada En Ibrahim Mohd Zin
Pengarah Urusan Padu Jati Sdn Bhd kerana sudi hadir untuk
merasmikan Hari Anugerah Cemerlang SMK Pengkalan bagi tahun
2017. Saya tinggalkan tuan puan dengan serangkap pantun,
Sampan kotak hilir mudik,
Dayung patah galah sebatang,
Ikhtiar tidak datang bergolek,
Akal tidak datang melayang.
Sekian , terima kasih

Anda mungkin juga menyukai