Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN MAJLIS PENETAPAN TARGET UPSR 2019 SK TATAU

Salam sejahtera dan Selamat pagi.

Terima Kasih Saudari Pengacara Majlis,

Yang Berusaha En Janudin B Ab Rahman(Guru Besar Sk Tatau),


Yang dihormati, En. Sanok Ak Magai (YDP PIBG),
En. Denilson Ak (NYDP Sk Tatau),
Yang dihormati (Ketua KSIB),
(P.Ketua KSIB)

Guru-Guru Penolong Kanan,guru-guru, Ibu Bapa/Penjaga dan murid-murid tahun 6 yang


saya kasihi sekalian.

Tuan/Puan yang saya hormati sekalian

Pertama sekali marilah kita bersyukur kepada tuhan kerana pada pagi ini kita dapat
bersama-sama hadir ke majlis pagi ini. Bagi pihak PPD saya ingin merakamkan setinggi
penghargaan dan terima kasih di atas jemputan yang diberikan untuk menghadiri majlis
yang bermakna pada pagi ini. Tahniah diucapkan kepada SK Tatau yang telah dapat
mengatur dan melaksnakan majlis ini.

Sesungguhnya Majlis Penetapan Target pada hari ini yang diatur sedemikan rupa , boleh
saya andaikan sebagai salah satu usaha pihak sekolah untuk menyemarakkan semangat
dan motivasi para murid dan ibu bapa untuk mencipta kejayaan bagi diri sendiri dan juga
sekolah dalam peperiksaan UPSR 2019.

Hadirin sekalian,
Saya penuh yakin dan percaya bahawa pelajar-pelajar SK Tatau akan berupaya
merealisasikan sasaran UPSR sekolah ini dari segi kualiti dan kuantiti. Saya mengharapkan
agar melalui program seperti ini akan berjaya meningkatkan pencapaian UPSR 2019 Sk
Tatau yang lebih gemilang dan mampu melonjakkan SK Tatau untuk mendapatkan
pencapaian yang terbaik. Pihak Ibu bapa pula saya mengharapkan agar terus memberi
sokongan kepada pihak sekolah. Saya percaya guru-guru Sk Tatau sangat komited untuk
meningkatkan pencapaian akademik anak tuan puan.

Saya bagi pihak PPD Tatau dan mewakili seluruh warga pejabat PPD ingin merakamkan
tahniah kepada semua Ibu Bapa dan murid tahun 6 yang telah dapat hadir ke majlis pada
pagi ini. Setinggi-tinggi penghargaan juga dirakamkan kepada semua guru, PIBG, serta
pihak-pihak lain sama ada dari kerajaan dan bukan kerajaan yang telah banyak
mengorbankan dan menyumbangkan masa, tenaga dan usaha serta peruntukan untuk
meningkatkan kualiti pendidikan sekolah. Saya percaya dengan komitmen yang tinggi,
semangat permuafakatan yang kuat dan sokongan daripada semua pihak, matlamat SK
Tatau akan dapat direalisasikan selaras dengan visi dan misi Sk Tatau.

Kepada Para Murid Tahun 6 Sk Tatau

Jangan hampakan harapan sekolah. Berjuanglah bersungguh di dalam medan peperiksaan


dan pastikan setiap butir perkataan dan ayat yang dikeluarkan sebagai jawapan menepati
sasaran atau kehendak soalan peperiksaan bagi setiap mata pelajaran yang ditempuhi.
Jangan undur dan keluar dari medan peperiksaan, berjuanglah sehingga akhir masa. Jika
buntu bertenanglah seketika carilah jalan bagaimana mengatasi kebuntuan tersebut.
Ingatlah penyesalan pada ketika peperiksaan sudah terlambat dan apa yang tinggal hanya
berjuang setakat yang mampu dingati oleh minda kita.

Ingatlah kejayaan yang kita akan dituai pada masa depan adalah hasil berkat
kesungguhan, kesabaran, ketabahan dan doa semua pihak dan pastikan kita menyahut
cabaran sebagai ‘pejuang-pejuang Sk Tatau’ untuk meletakkan sekolah anda sebagai
antara sekolah terbaik di negeri dan terbaik di daerah. Inilah hadiah yang paling berharga
bukan sahaja buat diri anda, tetapi keluarga, sekolah, PPD dan JPN.
Dalam perjalanan hidup ini kita hendaklah sentiasa berusaha mencipta sejarah
kecemerlangan buat diri dan salah satunya ialah anak-anak murid buktikan melalui
keputusan UPSR 2019. Jadikanlah keputusan cemerlang kita sebagai landasan untuk
meneruskan kecemerlangan di peringkat lebih tinggi dan seluruh warga sekolah dan PPD
sentiasa mendoakan agar anda dapat menjejakkan kaki ke menara gading dan seterusnya
mencapai impian anda dalam bidang akademik dan kerjaya.

Kejayaan itu tiada ternilai harganya. Oleh itu, seseorang itu perlulah bersedia
mengorbankan tenaga, masa dan wang ringgit sebagai bayaran ke arah menempah
kejayaan iaitu ganjaran yang yang ingin dicapainya. Dalam erti kata lain tiada kejayaan
tanpa usaha dan usaha adalah menjadi tanggungjawab bagi setiap diri murid-murid. Tiada
siapa yang dapat membantu kita selagi diri kita tidak mahu bergerak untuk membantu diri
sendiri.

Akhir kata, tahniah sekali lagi kepada semua murid dan terima kasih kepada Yang
Berusaha Guru Besar Sk Tatau kerana sudi menjemput PPD hadir ke majlis ini. Kepada
semua ibu bapa/penjaga tahniah diucapkan kerana dapat hadir bersama dalam majlis yang
sangat bermakna ini. Tidak lupa terima kasih tidak terhingga kepada semua guru Sk Tatau
yang tidak pernah jemu mendidik demi memastikan kejayaan anak-anak murid.
Begitu juga kepada PIBG dan KSIB yang sentiasa bergerak seiring dengan aspirasi sekolah
ini.

Dengan lafaz yang suci, saya dengan rasa sukacita merasmikan Majlis Penetapan Target
Sk Tatau Bagi Tahun 2019.

Sekian. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai