Anda di halaman 1dari 8

SMK BINGKOR

Majlis Restu Ilmu


STPM
TARIKH: 02 FEB 2023
MASA: 9.30 PAGI - 12.30 TGH
TEMPAT: DEWAN JAYA, SMK BINGKOR

DOA + USAHA + TAWAKAL + KEJAYAAN


MATLAMAT

MAJLIS RESTU ILMU MERUPAKAN LANGKAH DAN


PERSEDIAAN TERAKHIR CALON STPM UNTUK MENGHADAPI
PEPERIKSAAN SEBENAR. PROGRAM INI DIADAKAN UNTUK
MELAHIRKAN MURID YANG BERBUDI LUHUR,
BERKETRAMPILAN, BERDAYA SAING DAN CEMERLANG DALAM
MEMBENTUK SAHSIAH PERIBADI YANG SEIMBANG ANTARA
AKHLAK DAN PENCAPAIAN AKADEMIK.

OBJEKTIF

1. MEMOHON RESTU IBU BAPA DAN GURU SERTA


MEMPEROLEH KEBERKATAN ILMU SEBAGAI BEKALAN
PALING BERHARGA MENGHADAPI PEPERIKSAAN.

2. MENYEMAI PERASAAN MENGHARGAI, BERSYUKUR DAN


BERTERIMA KASIH KEPADA IBU BAPA,GURU DAN PIHAK
SEKOLAH.

3. MEMBINA HUBUNGAN ERAT ANTARA SESAMA


PELAJAR, GURU DAN IBUBAPA SUPAYA BERLAPANG
DADA MENJELANG PEPERIKSAAN
ATURCARA MAJLIS

9.00 AM SEMUA PELAJAR TINGKATAN 6 SEM 1 DAN 2


BERGERAK MASUK KE DALAM DEWAN
9:30 AM -UCAPAN ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS
-BACAAN DOA
-UCAPAN WAKIL PELAJAR -
ADIK DOLLYVYONNA DOTIS
-UCAPAN WAKIL GURU -
PENOLONG KANAN TINGKATAN 6
-AMANAT PENGETUA
-BACAAN IKRAR AKU JANJI
-ACARA MOHON RESTU DI ANTARA GURU & PELAJAR
-PENYAMPAIAN CENDERAHATI

12:30 PM MAJLIS DIJANGKA SELESAI


UCAPAN PENGETUA
Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahi Rabbil Alamin Wassolatu Wassolamu Ala Ashrafil
Anbiyar Iwar mursolin Waala Alihi Wasobihi Ajamain.
Yang Berusaha Penolong Kanan Tingkatan Enam Encik Rasidi Jumil, barisan guru-guru yang
saya hormati serta putera puteri Tingkatan 6 SMK Bingkor yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Malaysia Madani.

Alhamdulillah. Mari kita memanjatkan setinggi tinggi kesyukuran kita ke hadrat Illahi kerana
dengan kasih sayang dan izinNya, kita dapat berhimpun bersama-sama pada pagi yang indah
ini bagi meraikan dan memeriahkan Majlis Restu Ilmu STPM pelajar-pelajar Semester 1 dan
Semester 3 SMK Bingkor tahun 2022. Majlis ini diadakan khas buat pelajar Tingkatan enam
sebagai tanda sokongan padu pihak sekolah kepada calon-calon STPM 2022.

Pelajar-pelajar STPM yang dikasihi,


Saban tahun majlis restu ilmu ini diadakan di semua sekolah sebagai satu majlis yang penting
sebelum pelajar-pelajar masuk berjuang didalam dewan peperiksaan. Majlis seperti inilah para
pelajar dapat memohon keberkatan dari guru mereka dan memohon dihalalkan ilmu yang telah
disampaikan.
Tinggal beberapa hari lagi daripada sekarang , untuk anda semua menghadapi peperiksaan
STPM. Peperiksaan ini akan dihadapi oleh anda dengan pelbagai perasaan. Ada yang begitu
yakin , ada yang dalam ketakutan dan ada juga yang hanya berserah dengan keadaan. Bagi
mereka yang berusaha dengan gigih, inilah masanya yang ditunggu-tunggu untuk menentukan
sejauhmana usaha dan pengorbanan belajar serta mengulangkaji pelajaran, dapat dijadikan
senjata atau ramuan untuk menjawab soalan. Mereka yang tidak berusaha hanya menunggu
masa berakhirnya peperiksaan ini dengan sambil lewa kerana sudah tahu untung nasib mereka
di meja peperiksaan . Orang yang berjaya bermula dengan usaha yang gigih, tanpa mengenal
penat dan lelah. Mereka menganggap, masa depan sangat penting melalui pendidikan. Ilmu
yang ada pada mereka akan digunakan bagi memenuhi cita-cita yang mahu dicapai.

Pelajar-pelajar yang dikasihi,


Saya mengambil kesempatan ini untuk mendoakan semoga anda semua diberikan kesihatan
yang baik, ketenangan fikiran dan ketajaman ingatan sehingga dapat menjawab kesemua soalan
dengan baik, seterusnya beroleh keputusan yang cemerlang. Jagalah kesihatan diri dan emosi,
jangan wujudkan konflik ,stress dan sebagainya kerana ia akan mengundang masalah dan
menjejaskan persediaan anda menghadapi peperiksaan. Rakan adalah aset yang sangat
berharga ketika ini kerana daripada mereka anda boleh mohon pandangan dan bantuan.

Di samping itu, jagalah hubungan anda dengan insan yang paling banyak memberi ilmu ,
dorongan, ransangan kepada anda iaitu, guru-guru. Jika masih belum memohon maaf dan restu
daripada guru anda, sila lakukan dengan segera kepada mereka, mohon ampun dan mohon
halalkan segala ilmu yang dicurahkan. Pandang mereka dengan pandangan hormat dan penuh
taat. Sebenarnya para guru yang mencurahkan bakti dan tenaga sangat mengambil berat
tentang pencapaian anda dalam peperiksaan ini. Anda dan guru sememangnya berusaha
bersama-sama dalam menentukan sejauhmana pencapaian anda dapat dipertingkat sama ada
dalam bentuk penambahan markah atau penambahbaikan gred mata pelajaran. Semua guru
mahu anda lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan STPM ini. Saya sentiasa menganggap
anda semua bagaikan anak sendiri dan saya percaya guru-guru lain juga begitu. Dalam proses
mendidik sudah tentu yang salah ditegur, yang tidak betul dimarahi. Itulah asam garam dalam
menuntut ilmu. Namun cikgu tidak pernah melupakan anda semasa berdoa kepada-NYA kerana
kejayaan anda adalah kejayaan para guru juga.

Seterusnya , jagalah hubungan anda dengan ibu bapa. Dapatkan keredhaan ibu dan ayah,
supaya doa mereka mudah dimakbulkan oleh Tuhan. Mohonlah ampun maaf daripada mereka.
Sesungguhnya doa ibu bapa kita yang ikhlas itu amat mujarab, dan pastinya doa yang ikhlas
itu datangnya daripada kalbu ibu bapa yang telah melahir dan membesarkan kita dengan penuh
kasih sayang.

Jangan lupa menjaga hubungan kita dengan Yang Maha Kuasa . Berdoalah kepada Nya semoga
segala usaha kita mendapat berkat dan hidayah daripadaNYA. Berdoalah untuk diri sendiri dan
berdoalah juga untuk rakan-rakan yang lain. Kejayaan mereka juga merupakan kejayaan kita
bersama. Ingatlah, apa pun yang kita usahakan, yang akan membuahkan hasilnya daripada
Allah SWT.

Harapan saya menggunung tinggi terhadap anda sekalian agar dapat melakar kejayaan yang
cemerlang dalam peperiksaan STPM pada tahun ini. Hasrat sekolah ialah meletakkan sasaran
peratus kelulusan pada takat 100% dengan GPS sebanyak 2.7. Jadikanlah kejayaan itu nanti,
sebagai pencetus kepada kejayaan-kejayaan yang seterusnya. Semoga Maju Jaya. Akhir kata,
yakinlah pada diri dan mulailah mencipta sejarah hidup yang cemerlang, gemilang dan
terbilang. Insya Allah, saya yakin anda sekalian akan beroleh kejayaan sesuai dengan usaha
yang dilakukan. Perahu di tangan anda. pendayung juga di tangan anda. Mudiklah perahu itu
ke muara dengan selamat agar dapat mencapai matlamat anda.

Wabillah hitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh.


UCAPAN PK TINGKATAN 6

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan salam sejahtara.
Yang Berusaha Pn Hajah Faridah Kamaruddin, Pengetua SMK Bingkor,
Pn Hajah Seripa Haji Rosline Penolong kanan Pentadbiran, Pn Doreen
Pius Penolong Kanan HEM, En.Nordin Ampur Penolong Kanan KOKUM,
Ketua-ketua unit, guru-guru seterusnya para perlajar yang dihormati
sekalian.

Syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izin dan inayah-Nya kita
dapat bersama-sama berkumpul pada pagi ini sempena dengan Majlis
Restu Ilmu STPM 2023. Majlis Restu Ilmu merupakan program yang
telah menjadi tradisi di sekolah kita. Saban tahun pasti kita akan
adakan sebagai satu majlis penting sebelum pelajar-pelajar Tingkatan
6 melangkah masuk ke dewan peperiksaan. Majlis Restu Ilmu boleh
diibaratkan sebagai kemuncak segala program kecemerlangan
akademik yang telah dilaksanakan sebelum ini. Majlis ini memberikan
ruang dan peluang kepada para pelajar untuk memohon keberkatan
dari guru mereka dan memohon dihalalkan ilmu yang telah
disampaikan.

Hadirin sekalian,
Saya mewakili semua guru dengan rasa rendah diri dan penuh
keikhlasan merestui dan menghalalkan segala ilmu yang telah kami
curahkan sepanjang tempoh anda bersekolah di SMK Bingkor.
Gunakanlah segala ilmu itu untuk menjawab setiap soalan
peperiksaan. Kami amat optimis anda semua boleh menjawab setiap
soalan dengan baik sekali gus akan menghasilkan satu keputusan yang
cemerlang. Guru-guru sentiasa menitipkan doa agar anda semua
diberikan kesihatan dan dipermudahkan menjawab soalan
peperiksaan.

Para pelajar yang dikasihi,


Pesanan terakhir saya kepada semua pelajar agar menjaga
keselamatan dan kesihatan sebelum dan sepanjang tempoh
peperiksaan SPM dan STPM dilaksanakan. Jauhi diri daripada tempat-
tempat yang berisiko jangkitan penyakit khususnya Covid 19.
Kurangkan terlibat dengan aktiviti yang tidak berfaedah sebaliknya
beri tumpuan kepada persediaan menghadapi peperiksaan.
Akhir sekali,selamat menduduki peperiksaan SPM /STPM,selamat
berjuang dan semoga anda beroleh kejayaan yang cemerlang.
UCAPAN WAKIL PELAJAR

Selamat pagi, salam sejahtera dan salam perpaduan,

Terlebih dahulu, saya selaku wakil pelajar Tingkatan 6 ingin


mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi penghargaan saya
tujukan khusus kepada pihak sekolah kerana mengadakan Majlis Restu
Ilmu STPM 2023. Terima kasih juga kerana memberi kepercayaan dan
peluang kepada saya untuk mewakili rakan-rakan menyampaikan
sepatah dua kata dalam majlis ini yang dianjurkan khas buat kami yang
akan menduduki peperiksaan STPM pada tahun ini. Kesempatan pada
hari ini merupakan suatu detik bersejarah bagi diri saya kerana dapat
menyampaikan ucapan sebagai wakil pelajar dalam Majlis Restu Ilmu.
Pada hari ini, saya ingin mengingatkan diri saya sendiri dan juga
rakan-rakan seperjuangan sekalian bahawa kita sebenarnya sudah tiba
di medan pertempuran perjuangan sebagai seorang pelajar. Bulan
demi bulan, hari demi hari, jam demi jam di hitung dengan begitu teliti
bagi menantikan tarikh peperiksaan. Dengan hanya berbaki beberapa
hari sahaja ini sebelum kita menempuh peperiksaan yang sebenar, saya
ingin menyeru kepada rakan-rakan sekalian untuk kita sama-sama
melakukan pecutan terakhir semampu kita supaya dapat bersama-sama
menggengam kejayaan. Sesungguhnya kita datang ke sekolah dengan
segunung harapan baik daripada ibu bapa, keluarga, sahabat mahupun
guru-guru yang mengharapkan kita semua melakukan suatu kejutan,
bukan untuk mereka tetapi untuk diri kita sendiri. Kalau sekiranya
kita tidak mampu pulang dengan segunung kejayaan, sekurang-
kurangnya pulanglah dengan segenggam keberhasilan yang positif.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Bagi mewakili semua pelajar tingkatan 6 Semester 1 dan Semester 3


pada tahun ini, kami ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan
maaf daripada guru-guru andai kata, kami terkasar bahasa, tersilap
bicara, dan berperilaku kurang menyenangkan sepanjang bersama
selama ini. Kami ingin guru-guru tahu bahawa jauh di sudut hati, kami
tidak pernah berniat untuk melukai hati guru yang sudah kami anggap
sebagai ibu dan bapa kami di sekolah. Dengan perasaan rendah diri,
kami ingin memohon agar guru-guru menghalalkan dan merestui
semua ilmu yang telah dicurahkan kepada kami. Segala ilmu yang
diperturunkan, kami akan manfaatkan sebaik mungkin. Doakan agar
kami mendapat kejayaan yang cemerlang dalam STPM pada tahun ini.
Sebagai mengakhiri ucapan saya ini, sekali lagi saya ingin
mengucapkan terima kasih tidak terhingga atas jasa dan bakti yang
telah dicurahkan oleh guru-guru kepada kami.

Kepada para guru, saya sudahi ucapan dengan serangkap pantun,

MADAH DIATUR BICARA DIALUNKAN,


BUAT RENUNGAN PENDENGAR BESTARI,
SEKALUNG UCAPAN TANDA PENGHARGAAN,
JASAMU GURU TERPAHAT DI HATI.

Sekian terima kasih dan Selamat Maju Jaya.


JAWATAN KUASA INDUK

PENASIHAT : PN. HJH. FARIDAH BINTI KAMARUDDIN (PENGETUA)


PENGERUSI : PN.HJH.SERIPA @ SHARIFAH BT ROSLINE @ ROSLIN
(PEN.KANAN PENTADBIRAN)
TIM. PENGERUSI I : PN. DOREEN PAKOI @ PIUS MITING ( PEN. KANAN HEM)
TIM. PENGERUSI II : ENCIK NORDIN AMPOR (PENOLONG KANAN KOKUM)
TIM. PENGERUSI III : EN. RASIDI JUMIL
(PENOLONG KANAN PUSAT TINGKATAN 6)
TIM. PENGERUSI IV : EN. REZOD EJING (PENOLONG KANAN PETANG)
PENYELARAS 1 : PN. NORSYAMIERA AZWA BINTI DULLAH (GBKSM)
PENYELARAS 2 : PN. CHARLOTTE ANTHONY (STPM)
SETIAUSAHA : PN. NANCY YUSIK (GBKSM)

JAWATAN KUASA PELAKSANA


IKRAR AKU JANJI STPM

BAHAWASANYA KAMI
PELAJAR-PELAJAR STPM,
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BINGKOR,
BERIKRAR DAN BERJANJI,
AKAN MENJADI PELAJAR YANG CEMERLANG,
DALAM AKADEMIK DAN KOKURIKULUM,
SERTA UNGGUL
DARI SEGI SAHSIAH.

SESUNGGUHNYA,
SEBAGAI UCAPAN TERIMA KASIH
YANG TIDAK BERBELAH BAHAGI,
ATAS PENGORBANAN,
IBU BAPA YANG DICINTAI,
GURU-GURU YANG DIKASIHI,
MAKA KAMI BERJANJI,
AKAN GIGIH BELAJAR,
SERTA TEKUN BERUSAHA,
DEMI MENCAPAI,
KEJAYAAN CEMERLANG,
DALAM PEPERIKSAAN,
STPM TAHUN 2023,

Anda mungkin juga menyukai