Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN PERASMIAN YDP

MAJLIS GRADUASI DAN MOHON RESTU 2017


SMK BATU 8, JALAN PUCHONG
SUNWAY UNIVERSITY, SUBANG JAYA
14 OKTOBER 2017

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Yang Berbahagia Puan Teresa Chan Jei Chiang, Pengetua SMK Batu 8,
Yang Berusaha pengerusi majlis, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Guru-Guru Penolong Kanan Kurikulum dan Ko-Kurikulum,
Guru-Guru Kanan Matapelajaran,
Guru-Guru,
serta Graduan yang diraikan sekalian.

2. Alhamdulillah, bersyukur ke hadhrat Allah SWT kerana dengan izinnya kita


dapat berhimpun di dewan yang serba indah ini untuk bersama-sama meraikan
Majlis Graduasi Pelajar Tingkatan 5 dan 6 Atas SMK Batu 8, Sesi 2017. Syabas dan
tahniah saya ucapkan kepada semua AJK pelaksana yang berpadu tenaga bagi
merealisasikan kelancaran majlis untuk kali ini.

3. Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan


terima kasih kepada warga SMK Batu 8, kerana mengundang saya ke majlis
ini untuk menyampaikan ucapan perasmian, dan seterusnya menyampaikan sijil
kepada para graduan. Bagi pihak PIBG, saya ingin merakamkan penghargaan atas
kesungguhan para guru yang bertungkus lumus menjayakan majlis yang sangat
bermakna ini.

4. Hadirin hadirat yang saya hormati,

Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua graduan Tingkatan
Lima dan 6 Atas SMK Batu 8 seramai 244 orang yang bersama kita di dalam dewan
ini kerana telah menerima pengiktirafan yang sangat besar lagi bermakna.

Saya percaya, majlis graduasi ini bakal menjadi pembakar semangat kepada anak-
anak semua untuk menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula 6 November,
dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang akan bermula pada 14 November ini dengan
keyakinan yang tinggi.

5. Para graduan yang saya kasihi sekalian,


Memperolehi keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan SPM dan STPM adalah sangat
penting bagi meneruskan cita-cita untuk menuntut ilmu di peringkat yang lebih tinggi. Ini
kerana keputusan Peperiksaan SPM dan STPM yang diperolehi adalah tiket yang akan
melayakkan seseorang pelajar untuk memasuki Institut Pengajian Tinggi (IPT) iaitu sebuah
tempat yang sentiasa menjadi idaman untuk kita semua jejaki sejak mula-mula melangkah ke
alam persekolahan suatu masa dahulu. Hanya pelajar yang memperolehi keputusan yang
cemerlang sahaja akan ditawarkan melanjutkan pelajaran ke universiti dan kolej daripada
ribuan yang memohon. Ini menunjukkan betapa pentingnya keputusan SPM dan STPM
kepada anak-anak bagi menyambung pelajaran kelak

6. Para graduan yang saya kasihi sekalian,


Anak-anak masih berada pada usia yang muda. Untuk itu, perjalanan bagi mencapai
kegemilangan akademik masih jauh dan terbentang luas. Berbekalkan sijil graduasi yang
diterima pada majlis ini, serta diiringi dengan doa dan harapan daripada ibu bapa, guru-guru
dan rakan-rakan, saya yakin Insyaallah anda bakal menjadi insan yang cemerlang.

8. Dengan Majlis Graduasi yang diadakan ini, diharap anak-anak akan menerima
satu lonjakan semangat untuk menjadi lebih bersedia dari aspek psikologi di samping
telah cukup bersedia dengan ilmu pengetahuan yang ada untuk menduduki
Peperiksaan SPM yang bakal menjelang tidak lama lagi.

9. Untuk masa yang masih berbaki ini, saya sangat berharap agar anak-anak semua dapat
memanfaatkannya. Jangan sesekali disia-siakan. Gunakan sebaiknya, ulangkaji dengan
sepenuh hati, dan kalau boleh, inilah masa untuk anak-anak semua tinggalkan Facebook,
Twitter, Instagram, dan sebagainya buat sementara waktu. Berikan tumpuan sepenuhnya
kepada pelajaran, dekatkan diri kepada tuhan. Kerana bagi mencapai keputusan yang
cemerlang, usaha secara holistik perlu dilakukan.

10. Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,


Kepada ibu bapa, walaupun mereka tidak dapat bersama kita pada hari yang berbahagia ini,
saya amat terharu dengan komitmen mereka selama ini dalam memastikan anak-anak mereka
ini semua terdidik dari segi sahsiah dan akademik dengan memberikan sokongan penuh dalam
apa jua hal yang berkaitan dengan pembangunan diri anak-anak yang kini berada bersama kita
di dalam dewan ini. Mudah-mudahan segala usaha mereka dalam mendorong kemenjadian
anda semua mendapat balasan yang setimpal dengan usaha dan payah jerih mereka.

11. Seperti yang kita sedari, tugas dan tanggungjawab mendidik perlu dikongsi bersama oleh
para guru dan juga ibu bapa agar anak-anak kita memperolehi kejayaan yang cemerlang.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Maju
Jaya kepada semua graduan.

Akhir sekali,
dengan lafaz bismillairrahmanirrahim,
Saya merasmikan majlis graduasi SMK BATU 8, JALAN PUCHONG 2017.
Sekian, Wabillahi taufik walhidayah, wasalammualaikum .wrt.wb

Anda mungkin juga menyukai