Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NO TEL: 03-31227914

NO FAX: 03-31229899
TELOK PANGLIMA GARANG Email :bea1069@btpnsel.edu.my
Laman Web: www.smktho.com
42500 SELANGOR
KOD SEKOLAH : BEA 1069

Ruj kami :
Tarikh : 11 Mei 2017

Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Langat


Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat ,
Jalan Sultan Abdul Samad 42700 Banting ,
Daerah Kuala Langat
Selangor

Tuan,

PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN KATA-KATA ALUAN MAJALAH SMK TELOK PANGLIMA


GARANG 2017

Perkara diatas adalah dirujuk.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, SMK Telok Panglima Garang akan menerbitkan
majalah sekolah ini pada tahun ini.

3. Oleh itu besarlah harapan kami agar pihak tuan dapat menyumbangkan kata alu-aluan
untuk dimuatkan dalam majalahini. Namun begitu, pihak Sidang Redaksi kami juga telah
menyediakan teks kata alu-aluan bagi pihak tuan. Sekiranya teks yang disediakan ini bertepatan
dengan idea dan pandangan tuan, kami mohon agar tuan dapat menurunkan tandatangan tanda
persetujuan. Kami juga sedia membuat sebarang penambahbaikan terhadap teks tersebut.

4. Bersama-sama ini disertakan lampiran kata-kata aluan yang disediakan untuk pihak
tuan.

5. Kerjasama daripada pihak tuan amatlah dihargai dan saya dahului dengan ucapan
terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Sekian, terima kasih

Yang menjalankan tugas,

...............................
Naib Setiausaha Sidang Redaksi
SMK Telok Panglima Garang
KATA ALU-ALUAN
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KUALA LANGAT

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sidang redaksi
majalah kerana memberi ruang kepada saya merakamkan sebaris bicara untuk
menjadi panduan dan dorongan kepada para pelajar sekalian.
Penerbitan majalah sekolah ini merupakan hasil kerjasama guru dan pelajar
yang menunjukkan daya kreatvit yang patut dibanggakan. Ia merupakan ttk tolak
khususnya kepada para pelajar untuk menggarap potensi diri dalam bidang
penulisan, fotografi , kewartawanan, suntngan penerbitan dan sebagainya.
Dalam era globalisasi ini, pelajar perlu kepada pelbagai aspek pendidikan.
Sejajar dengan itu, ia dapat membentuk pelajar yang berdaya maju dan
berketrampilan serta dapat menangkis daripada gejala-gejala yang tidak sihat
dengan melakukan aktvit yang berfaedah.
Di samping itu juga, pelajar perlu peka terhadap permodenan dan kemajuan
teknologi pendidikan. Untuk mencapai tujuan tersebut warga pelajar harus
beriltzam untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik dan kokurikulum.
Akhir kata, syabas saya ucapkan kepada sidang redaksi kerana telah berjaya
menghasilkan majalah yang dapat dijadikan lidah rasmi sekolah dan
pendokumentasian data sepanjang tahun. Mudah- mudahan , dapat membantu
menjana modal insan yang berkualit dan mampu berdaya saing di masa hadapan.
Saya berdoa agar SMK Telok Panglima Garang terus Berjaya terutamanya dalam
mendukung PPPM (2013-2025) . Sekian Wasalam.

Selamat Maju
Jaya

PUAN HAJAH FOZIAH BINTI


HAJI MOHD AZAHARI
Pegawai Pendidikan Daerah
Kuala Langat , Selangor
KATA ALU-ALUAN
PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR

Tahniah saya ucapkan kepada Sidang Redaksi Majalah Sekolah Menengah


Kebangsaan Tun Hussein Onn kerana berjaya menerbitkan majalah tahunan bagi
tahun 2012. Saya juga mengucapkan terima kasih kerana diberi kesempatan
merakamkan sepatah dua kata alu-aluan di dalamnya.
Pendidikan adalah satu proses berterusan untuk melahirkan masyarakat
berilmu dan berketrampilan selaras dengan matlamat Wawasan 2020. Setap pelajar
mestlah melengkapkan diri selaras dengan ilmu pengetahuan dan ciri-ciri
kemurnian, keperibadian yang mulia dan sahsiah yang sempurna. Kesinambungan
antara aspek rohani dan jasmani dapat membantu individu menjadi insan yang
berpengetahuan, berbudi dan beriltzam tnggi.
Justeru itu, usaha dan pendekatan yang berterusan perlu digembleng supaya
peningkatan kualit yang baik dari segi pengurusan, kokurikulum, sahsiah, mahupun
akademik akan dapat dipertngkatkan. Saya berharap majalah ini dapat memberikan
satu impak yang positf kepada sekolah. Semoga sekolah dapat melahirkan pelajar
yang cemerlang, berakhlak mulia dan berjaya. Selain dari cemerlang dalam bidang
akademik, para pelajar juga harus cemerlang dalam bidang kokurikulum. Para pelajar
juga perlu mempunyai daya saing yang tnggi, dinamis dan progresif untuk menyahut
cabaran Wawasan Pendidikan Kebangsaan.
Akhir kata, jadikan majalah ini sebagai asas perkembangan daya kreatvit
pelajar dan saya berharap sekolah ini dapat mengekalkan tradisi kecemerlangan
dalam semua lapangan.

Selamat Maju
Jaya

TUAN HAJI AHMAD TARMIZI BIN KAMARUDIN


Pengarah Pendidikan Negeri Pulau Pinang

Anda mungkin juga menyukai