Anda di halaman 1dari 4

No.

Rujukan : ACG/SRISMIEDU/012/23
Tarikh : 04 Januari 2023

YB Senator Puan Hajah Fuziah Binti Salleh


Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup
No.13, Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62623 Putrajaya

Yang Berhormat,

JEMPUTAN MENGHADIRI DAN MENJAYAKAN PERASMIAN MAJLIS ANNUAL


CONCERT, GRADUATION & AWARD GIVING CEREMONY 2022/23

Dengan segala hormat, sukacita saya menarik perhatian Yang Berhormat kepada perkara
di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Sekolah Rendah Islam Integrasi Puncak Jalil
(SRIIPUJ), Sekolah Menengah Islam Integrasi Puncak Jalil (SMIIPUJ) dan Tadika Smart
Edukids Puncak Jalil (Edukids) buat julung-julung kalinya akan menganjurkan Program/
Majlis Tahunan Annual Concert, Graduation & Award Giving Ceremony 2022/23.

3. Program ini diadakan bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada pelajar-


pelajar yang cemerlang serta berpotensi dalam bidang akademik, kokurikulum dan
kepimpinan sepanjang Sesi Akademik 2022. Selain itu, program ini juga diharap dapat
mengembangkan bakat murid dari segi kepimpinan dan keyakinan diri serta melahirkan
individu yang berpengetahuan, berkebolehan dan berkemahiran dalam pelbagai
lapangan. Program akan dihadiri oleh satu ribu (1000) orang tetamu dalam kalangan ibu
bapa pelajar, pelajar, guru dan kakitangan serta tetamu jemputan.

4. Dengan ini, kami dengan dengan hormatnya ingin menjemput Yang Berhormat
untuk menghadiri Program Annual Concert, Graduation & Award Giving Ceremony 2022/23
bagi memberikan suntikan semangat kepada pelajar serta menjayakan acara perasmian
pada ketetapan tarikh, masa dan lokasi seperti butiran berikut:
No. Rujukan : ACG/SRISMIEDU/012/23
Tarikh : 04 Januari 2023
Mukasurat 2

Tarikh : 11 Februari 2023 (Sabtu)


Masa : 2.00 pm – 5.00 pm
Lokasi : Putrajaya Ballroom, Hotel Marriot, Putrajaya
Tema : Adat Tradisi & Klasik

5. Berikut disertakan bersama tentatif program LAMPIRAN A untuk rujukan pihak


Yang Berhormat. Untuk pertanyaan lanjut berhubung program, sila hubungi :

(i) Puan Nur Rabiha binti Mohd Tarmizi


No. telefon : 016 – 8641453
Emel : nrabihaofficial@gmail.com

6. Perhatian dan kesudian Yang Berhormat untuk menghadirkan diri ke Program


Annual Concert, Graduation & Award Giving Ceremony 2022/23 ini amatlah dihargai dan
didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, Terima Kasih.

“NURTURING GREAT LEADERS”

Disediakan oleh,

Puan Nur Rabiha binti Mohd Tarmizi,


Pengarah Program
Annual Concert & Award Giving Ceremony 2022/23
SRIIPUJ, SMIIPUJ EDUKIDS
No. Rujukan : ACG/SRISMIEDU/012/23
Tarikh : 04 Januari 2023
Mukasurat 3

LAMPIRAN A
TENTATIF ATURCARA MAJLIS
ANNUAL CONCERT, GRADUATION & AWARD GIVING CEREMONY 2022/23

1.30 PM : Ketibaan dan pendaftaran pelajar bersama ibu bapa.

2.00 PM : Ketibaan VVIP dan tetamu kehormat.

: Ucapan aluan oleh pengacara majlis jemputan, Nabil Ahmad.

: Bacaan doa oleh wakil pelajar.

2.30 PM : Ucapan Pengarah Eksekutif IKRAM MUSLEH, Ustaz Megat Mohamed Amin.

: Ucapan Pengarah Eksekutif SRIIPUJ SMIIPUJ EDUKIDS, Dato’ Sheikh Mohd Zaki.

: Ucapan Perasmian oleh Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri


Dan Kos Sara Hidup, YB Senator Puan Hajah Fuziah Binti Salleh dan Perasmian majlis
bersama VIP.

2.45 PM : Persembahan pembukaan – Persembahan silat oleh para pelajar.

: Tayangan video multimedia.

: Persembahan pelajar SMI (A) dan EDUKIDS (A).

3.00 PM : Penyampaian Anugerah Graduasi SRIIPUJ, tayangan multimedia, ucapan wakil


pelajar dan sesi fotografi.

: Penyampaian Anugerah IGCSE.

: Persembahan pelajar SMI (B), SRI Tahun 1.

3.30 PM : Penyampaian Anugerah Graduasi EDUKIDS, tayangan multimedia, ucapan wakil


pelajar dan sesi fotografi.

: Persembahan pelajar SRI Tahun 2, SRI Tahun 3.

4.00 PM : Penyampaian Anugerah Graduasi SMIIPUJ, tayangan multimedia, ucapan wakil


pelajar dan sesi fotografi.

: Persembahan pelajar EDUKIDS (B), persembahan Tahun 4

4.30 PM : Penyampaian Anugerah Tokoh Sukan, Hafazan dan Nilam SRIIPUJ & SMIIPUJ.

: Persembahan pelajar SRI Tahun 5 dan SRI Tahun 6.

4.45 PM : Penyampaian Anugerah Tokoh Pelajar EDUKIDS, SRIIPUJ & SMIIPUJ.

: Sesi santai bersama ibu bapa dan undian persembahan terbaik.

5.00 PM : Penyampaian hadiah Persembahan Terbaik.

: Sesi fotografi.

: Bersurai
No. Rujukan : ACG/SRISMIEDU/012/23
Tarikh : 04 Januari 2023
Mukasurat 4

Anda mungkin juga menyukai