Anda di halaman 1dari 2

SMART EDUKIDS PRESCHOOL (TADIKA AL-HARIS)

NO 1-45,JALAN PUJ 3/9,


PERSIARAN PUNCK JALIL 3,
BANDAR PUTRA PERMAI, 43300,
SERI KEMBANGAN SELANGOR.
TEL :013-2266727 (PENGETUA) 03-80802797(PEJABAT)
www.sriipuj.edu.my Facebook @ Smart Edukids Preschool

Rujukan kami : SE/SMARTEDUKIDS/001/22


Tarikh : 22 August 2022
Ketua Balai,
Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Bukit Jalil,
Lebuhraya Bukit Jalil-Puchong,
57000 Bukit Jalil,
Kuala Lumpur.

Tuan,
PERMOHONAN MENGADAKAN LAWATAN PENDIDIKAN

Dengan segala hormat perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan/puan saya Nur Rabiha binti Mohd Tarmizi mewakili SMART EDUKIDS PRESCHOOL
PUNCAK JALIL, bercadang untuk mengadakan lawatan pendidikan ke Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jalil. Butiran lawatan
adalah seperti berikut:

Tarikh : 7 September 2022 (Rabu)


Masa : 9.00 Pagi
Bil. Peserta : 140 Orang (4-6 tahun)
Bil. Guru : 10 Orang

3. Lawatan pendidikan ini bertujuan memberikan pendedahan awal kepada kanak-kanak tentang tugas-tugas Anggota Bomba dan
Penyelamat serta memberi kesedaran keselamatan dan kebakaran. Besarlah harapan kami agar pihak tuan/puan dapat menerima
kunjungan kami. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan saya ditalian 01114775901 atau emel nrabihaofficial@gmail.com.

4. Kerjasama dan pertimbangan pihak tuan/puan berhubung perkara di atas amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima
kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

NUR RABIHA BINTI MOHD TARMIZI


PENGARAH PROGRAM
SMART EDUKIDS PRESCHOOL (TADIKA AL-HARIS)

Anda mungkin juga menyukai