Anda di halaman 1dari 2

1.

0 Pendahuluan
Pembuktian merupakan elemen asas dalam mentadbir keadilan kes yang dibicarakan dan
dibawa ke perhatian Mahkamah. Di Malaysia khususnya, tidak kira sama ada Mahkamah
Sivil mahupun Mahkamah Syariah, elem pembuktian yang digunapakai adalah berdasarkan
adapatasi undang-undang yang termaktub dalam Indian Evidence Act 1872 yang dirangka
oleh Sir James Stephen berasaskan prinsip Common Law Inggeris.
Mahkamah Syariah mempunyai statut yang tersendiri dan berbeza mengikut negeri. Ini
kerana undang-undang syariah merupakan hak eksklusif Negeri-Negeri sebagaimana yang
termaktub dalam Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan. Pembuktian di Mahkamah
Syariah menggabungkan antara pembuktian yang telah dibahasakan dalam hukum fiqh dan
syariah Islam, dengan elemen pembuktian yang termaktub dalam Akta Keterangan 1950 (akta
56).
2.0
3.0 Elemen Pembuktian di Mahkamah Syariah
Mahkamah Syariah di Malaysia mempunyai hierarki dan bidangkuasa yang tersendiri selepas
penggubalan Perkara 121 (1)A, Perlembagaan Persekutuan. Walaubagaimanapun, tidak
banyak perbezaan di antara pembuktian di Mahkamah Syariah dengan amalan di Mahkamah
Sivil. Perbezaannya adalah dari sudut penggunaan istilah dan aplikasi undang-undang
keterangan Islam.
Keterangan sebagaimana yang ditafsirkan dalam seksyen 3, Akta Keterangan Mahkamah
Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 adalah :-

keterangan termasuklah
a) bayyinah dan syahadah;
b) segala pernyataan yang dibenarkan atau dikehendaki oleh Mahkamah dibuat di hadapannya
oleh saksi berhubungan dengan perkara-perkara fakta yang disiasat : pernyataan
sedemikian disebut keterangan lisan;

c)

segala dokumen yang dikemukakan bagi pemeriksaan Mahkamah : dokumen sedimikian


disebut keterangan dokumentar;
Mahkamah syariah telah menggunapakai beberapa elemen keterangan dan pembuktian yang
menjadi amalan dalam perundangan Islam. Antara bentuk-bentuk keterangan dalam Islam
adalah seperti, Al-Iqrar (Pengakuan), Al-Syahadah (Saksi), Al-Yamin (Sumpah), Al-Qarinah
(Fakta Berkaitan atau Keterangan Keadaan), Al-Rayu al-Khabir (Pendapat Pakar), AlQiyafah, Al-Kitabah, Ilm al-Qadi, Al-Qasamah dan Lian. Walaubagaimanapun, hanya alIqrar, al-Syahadah dan al-Yamin sahaja yang disepakati para Fuqaha.
3.1 al-Iqrar (Pengakuan)
Dari sudut bahasa ia bermaksud mengaku atau membuat pengakuan. Manakala dari sudut
istilah fuqaha pula, iqrar bermaksud memberitahu seorang akan sabit hak orang lain ke atas
dirinya walaupun buat masa akan datang tetapi bukanlah semata-mata pemberitahuan, dari
suatu sudut lain, iqrar juga bermaksud ikhbar (pemberitahuan) dan insya (mencipta sesuatu).
3.2 al-Syahadah (Saksi)
3.3 al-Yamin (Sumpah)

Anda mungkin juga menyukai