Anda di halaman 1dari 24

IIX1003 PENGANTAR PENGAJIAN SYARIAH

TOPIK 5 : PENULISAN UTAMA MAZHAB FIQH

PENGENALAN
Melalui topik kelima, para pelajar perlu mengenal lima aspek penulisan utama mazhab fiqh
iaitu :
1. Jenis-jenis penulisan kitab
2. Kitab-kitab Usul Fiqh
3. Kitab-kitab Fiqh
4. Kitab-kitab Mustalahat Fiqh
5. Mengapa perlu merujuk kitab muktamad setiap mazhab?

1.0 JENIS-JENIS PENULISAN KITAB


Terdapat berbagai-bagai cara dan jenis penulisan para fuqaha dalam bidang ilmu fiqh. Secara
umumnya, berikut adalah beberapa jenis penulisan fiqh:

1. Matan (‫)متن‬
2. Syarah (‫)شح‬‫ر‬
3. Hasyiah (‫)حاشية‬
4. Mukhtasar (‫)مخترص‬

1.1 Matan
1. Matan adalah penulisan karya yang asli/original dihasilkan sendiri oleh pengarangnya. Ia
memuatkan fakta-fakta penting tanpa memasukkan sebarang penerangan yang panjang
dan terperinci terhadap sesuatu permasalahan. Kandungannya mengandungi istilah-istilah
yang dianggap tepat dan menyeluruh.

Contoh: al-Muwatta’ oleh Imam Malik serta al-Risalah dan al-Umm oleh Imam al-
Syafi’i.

2. Kadang-kadang juga kitab matan ditulis oleh fuqaha sebagai ringkasan terhadap
perbahasan dalam ilmu fiqh dan ia turut dikenali sebagai mukhtasar.

Contoh: al-Ghayah wa al-Taqrib atau lebih dikenali juga sebagai Matan Abu Syuja’
adalah kitab fiqh ringkas mazhab Syafi'i yang dikarang oleh al-Qadi Abu Syuja’
(593H). Kitab ini disebut disebut sebagai al-Ghayah al-Ikhtisar atau Mukhtasar Abu
Syuja’.

3. Selain itu, antara bentuk lain penulisan kitab jenis ini juga ialah ianya ditulis dalam bentuk
nazam atau syair yang bertujuan untuk memudahkan para pembaca atau pelajar
menghafal setiap baris matan yang tertulis. Sebab itu juga kitab jenis ini jarang digunakan
sebagai rujukan melainkan oleh orang yang telah pun terlebih dulu mempelajarinya atau
dirujuk bersama-sama dengan kitab lain.
Contoh: Matan al-Zubad juga dikenali dengan kitab Manzhumah Safwah al-
Zubad atau Alfiyyah al-Zubad fi al-Fiqh al-Syafi’i hasil karangan Ibn Ruslan (844H)
atau nama penuhnya Syihabuddin Abu al-‘Abbas Ahmad bin al-Husain bin Hasan
bin ‘Ali bin bin Ruslan al-Ramli al-Maqdisi al-Syafi’i. Kitab ini merupakan salah
sebuah karya fiqh dalam mazhab al-Syafi’i dalam bentuk puisi (nazam) yang
mengandungi lebih daripada 1,000 bait yang sangat terkenal di seluruh dunia
Islam. Sejak dari dahulu sehingga kini penghafalan Matan al-Zubad diberi
penekanan oleh institusi-institusi tradisional Islam seperti di pondok-pondok atau
pesantren-pesantren.

1.2 Syarah
1. Adakalanya kitab matan sukar dibaca justeru memerlukan syarah atau ulasan dari mana-
mana ulama yang menerangkan maksud dan makna pada setiap baris matan yang ditulis
dalam kitab tersebut. Oleh itu, syarah adalah penulisan karya berbentuk penjelasan atau
huraian terhadap suatu istilah atau suatu kitab (matan atau mukhtasar) secara
keseluruhan. Kitab syarah selalu disertakan dengan teks asli dari kitab yang diulasnya.

Contohnya, kitab matan di bawah dihuraikan oleh kitab syarah berikut:

KITAB MATAN KITAB SYARAH


al-Muwatta’ / Imam Malik (179H/795M) Tafsir Gharib al-Muwatta’ / Ibnu
Salamah al-Ahfasyi

al-Kharraj / Imam Abu Yusuf al-Hanafi Fiqh al-Muluk ‘ala Khizanah Kitab al-
(182H/798M) Kharaj / Ibnu Muhammad al-Rahibi
(1184H/1770M)

al-Risalah / al-Qairawani al-Maliki Nas al-Maqalah fi Syarh ar-Risalah / Ibn


(386H/996M) al-Fakhkhar al-Juzami (1323M)

al-Muhazzab / Abu Ishaq al-Syirazi al-Majmu’ / Imam al-Nawawi


(476H) (676H/1277M)

Tuhfah al-Fuqaha / Imam al-Samarqandi Bada’ie al-Sana’ie / Abu Bakr Ibn Mas’ud
al-Hanafi (539H/1144M) Ibn Ahmad al-Kasaniy al-Hanafi
(587H/1191M)

al-Ghayah wa al-Taqrib / al-Qadi Abu Fath al-Qarib / Ibn al-Qasim al-Ghuzzi


Syuja’ (593H) (918H/1512M)

Minhaj al-Tholibin / Imam al-Nawawi Mughni al-Muhtaj / Muhammad Ibn


(676H/1277M) Ahmad al-Khatib al-Syarbini al-Syafi’i
(977H/1569M)

Mukhtasar Khalil / Khalil Ibn Ishaq al-Syarh Mukhtasar Khalil / Muhammad


(766H/1365M) Ibn Abdillah al-Kharashi al-Maliki
(1101H/1690M)
al-Iqna’ li Thalib al-Intifa’ / Musa Ibn Kasyaf al-Qina’ / Mansur Ibn Yusuf Ibn
Ahmad al-Maqdisi al-Hanbali (968H/) Idris al-Buhuti al-Hanbali (1051H/)

Manzumah al-Yawaqit / Sayyid al-Kharit ‘ala Manzumah al-Yawaqit /


Muhammad bin Ahmad al-Syathiri al- Sayyid Muhammad bin Hasyim bin Tahir
‘Alawi al-Hadrami (1331H/1913M) al-‘Alawi al-Hadrami (1380H/1960M)

AQIDAH
Umm al-Barahin / Imam al-Sanusi Syarh Umm al-Barahin / al-Batawari
(895H/) (1355H/1936M)

Kifayah al-‘Awam / Muhammad Ibn al- Tahqiq al-Maqam `ala Kifayah al-‘Awam
Syafi’i al-Fudoli (1236H/1820M) / Shaykh Ibrahim al-Bayjuri
(1277H/1860M)

‘Aqidah al-‘Awam / Sayyid al-Marzuqiy Nur al-Zulam ‘ala Manzumah ‘Aqidah al-
(1261H) ‘Awam / Muhammad Nawawi al-Bantani
(1314H/1897M)

2. Penulisan syarah adalah bukti aktiviti ilmiah di kalangan ulama silam. Ia diperlukan untuk
untuk menerjemahkan maksud penulis kitab matan bagi para pembacanya, sehingga
mereka dapat memahami teks-teks tersebut. Penulis kitab ini akan mengulas setiap istilah
dan kenyataan yang sukar atau kabur pemahamannya. Syarah juga dibuat terhadap
pandangan dan ijtihad ulama lain terhadap sesuatu masalah yang diperbahaskan. Penulis
kitab ini kebiasaannya tidak melakukan tarjih terhadap pendapat atau pandangan ulama-
ulama yang mengarang kitab tersebut.

3. Kegiatan syarah telah muncul di masa tabi’in ketika mereka melakukan syarah atas
warisan karya yang ditinggalkan masa sahabat.

Contoh: Abu Zinad Abdullah bin Zakwan (131H/748M), mensyarah kitab al-
Fara‘id, yang ditulis Zaid bin Tsabit (45H/665 M). Matan dan syarah bidang ilmu
waris ini dinukil oleh Abu Bakar Ahmad al-Baihaqi dalam kitabnya al-Sunan al-
Kubra, sebuah kitab induk dalam hadits. Tradisi syarah berkembang pesat
setelah kukuhnya pembentukan mazhab fiqh (tadwin al-mazahib) sekitar abad
ke-3H/8M.

4. Pengulas atau pen’syarah’ akan mensyarahkan matan atau mukhtasar yang dihasilkannya
sendiri atau pun dari penulisan-penulisan orang lain. Malah terdapat juga syarah yang
mengulas kitab syarah yang lain.

Bidayat al-Mubtadi’ al-Marghinani > al-Hidayah al-Marghinani > Syarh Fathul Qadir Ibnu al-Humam

Contoh: Syarh Fathul Qadir karangan Ibnu al-Humam (861H/1457M) yang


mensyarahkan kitab al-Hidayah karangan al-Marghinani (506H/1112M). Kitab
al-Hidayah pula adalah sebuah kitab syarah yang mensyarahkan kitab Bidayat
al-Mubtadi’ karangan al-Marghinani (506H/1112M) sendiri.
5. Kitab syarah kebiasaannya mempunyai jumlah halaman yang banyak. Ini kerana
kebanyakan dari ulama yang menulis dengan metode jenis ini akan menyelitkan atau
membawa berbagai-bagai perbahasan hukum-hakam furu’ dalam fiqh untuk dijadikan
contoh pada sesuatu permasalahan yang ingin dibahas atau disyarahkan.

6. Penulis atau pengulas kitab syarah biasanya mempunyai hubungan dengan penulis kitab
asal yang diulasnya, samada sebagai anak murid kepada pengarang kitab asal atau
sekurang-kurangnya sebagai pengikut mazhabnya. Sebab itulah adakalanya jarang
pengulas/pen‘syarah’ tersebut yang menyanggahi atau menolak pandangan penulis kitab
asal yang mereka syarah/ulaskan.

1.3 Hasyiah
1. Hasyiyah merupakan penjelasan ilmiah peringkat kedua (setelah kitab syarah) terhadap
karya matan, dan adakalanya juga ia memberi penjelasan terhadap kitab syarah.

2. Penulisan hasyiah biasanya berbentuk ta’liq (komentar/ulasan) atau mulahazhat (catatan)


yang dilakukan terhadap sesuatu kitab syarah. Bentuk penulisan hasyiah hampir sama
dengan penulisan syarah, tetapi penulis hasyiah biasanya hanya memilih perkataan-
perkataan atau ayat-ayat yang tertentu dalam kitab syarah untuk diulas dengan komentar-
komentar atau catatan yang tertentu.

Contoh: Fath al-Qarib karya Ibn al-Qasim al-Ghuzzi (918H/1512M), yang


merupakan syarah kitab al-Ghayah wa at-Taqrib, yang diberikan catatan
tambahan dan huraian oleh Ibrahim al-Bayjuri (1277H/1860M) dalam karyanya
Hasyiyah al-Bayjuri (1277H/1860M).

Contoh: Hasyiyah dalam bidang tafsir, Hasyiyah al-Sawi ‘ala Tafsir al-Jalalayn
karangan Imam Ahmad al-Sawi al-Maliki atas kitab Tafsir Jalalayn karangan dua
ulama agung, Imam Jalaluddin al-Mahalli (864H/1459M) dan muridnya Imam
Jalaluddin al-Suyuti (911H/1505M).

3. Namun ada juga kitab hasyiah, sebagaimana yang dinamakan sendiri oleh penulisnya,
terus mensyarahkan kitab matan tanpa melalui kitab syarah.

Contoh: Hasyiyah al-Asymawi karya Syaikh Abdullah bin Fadhl al-Asymawi yang
mensyarahkan kitab Matan al-Ajrumiyah karya Ibnu Ajurrum (723H/1323M).
Hasyiyah digunakan untuk menjelaskan lebih jauh materi yang terdapat di kitab
matan dan kitab syarah. Biasanya persoalan-persoalan yang kurang jelas dalam
matan dan syarah diper-jelas lagi dalam karya yang disebut hasyiyah ini.

Contoh: Hasyiah Ibn ‘Abidin atau disebut juga Rad al-Mukhtar karya Ibn ‘Abidin
al-Hanafi (1252H/1836M) yang mengulas al-Dur al-Mukhtar / al-Durr al-
Muntaqā karya al-Haskafi (1088H/1677M). Kitab ini juga merupakan kitab
hasyiah yang agak panjang sehingga menyerupai kitab syarah.
Contoh: Hasyiah al-Syarqawi karya Ibn Ibrahim al-Azhari al-Syafi’i al-Syarqawi
(1227H/1812M) yang menjelaskan kitab Syarah al-Tahrir karangan Syeikh al-
Islam Zakaria al-Ansari (926H/1520M).

1.4 Mukhtasar
1. Mukhtasar adalah penulisan ilmiah yang menyusun isi suatu kitab (matan/syarah/hasyiah)
secara ringkas, sistematik, dan tematik, sehingga memudahkan generasi pelajar
berikutnya untuk memahami dan menyelami pemikiran-pemikiran pokok sang penulis.

Contoh: Mukhtasar al-Ihya karangan Imam al-Ghazali (504H/1111M) yang


meringkaskan kitabnya sendiri iaitu Ihya ‘Ulum ad-Din.

Contoh: Tsulathiyyat karya Abdullah bin Ahmad meringkaskan al-Musnad iaitu


karya ayahnya Imam Ahmad bin Hanbal (241H/855M).

Contoh: Mukhtashar al-Mudawwanah karya al-Qairawani (386H/996M), yang


meringkaskan kitab Al-Mudawwanah al-Kubra, karya Imam Malik (179H/795M)

Contoh: al-Syafi fi Ikhtisar al-Kafi karya Abu al-Baqa al-‘Amiri al-Qurasyi


(854H/1450M), yang meringkaskan kitab Mukhtasar al-Kafi karya Abu al-Fadhl
Muhammad al-Marwazi (344H/955M). Mukhtasar al-Kafi oleh al-Marwazi pula
adalah ringkasan kepada kitab al-Mabsut, al-Ziyadat, al-Jami’ al-Saghir, al-Jami’
al-Kabir, al-Sair al-Saghir dan al-Sair al-Kabir karya Imam Muhammad Hassan
(189H/805M).

Contoh: al-Muharrar karangan Imam al-Rafi’i (774H/1226M) yang


meringkaskan kitab al-Wajiz karangan Imam al-Ghazali (504H/1111M).
Kemudian, kitab Minhaj al-Talibin karangan Imam al-Nawawi (676H/1277M)
yang meringkaskan kitab al-Muharrar Imam al-Rafi’i.

CONTOH

Berikut contoh: Matan (isi pokok) adalah karya pertama, misalnya kitab Taqrib. Matan
tersebut kemudian disyarahkan dalam Fath al-Qarib. Syarah itu diberi hasyiyah (ekplorasi
lebih luas lagi) berupa kitab Hasyiah al-Bayjuri. Berikut contohnya :

Matan (Taqrib):
Air yang boleh untuk menyucikan ada tujuh air, air langit, air laut, air sungai, air sumur,
air sumber, air salji, dan air embun.

Syarah (Fat’h al-Qarib):


(Air yang boleh) artinya sah (untuk menyucikan ada tujuh: air langit) ertinya yang terjun
dari langit, iaitu hujan (air laut) ertinya yang masin (air sungai) ertinya yang tawar (air
sumur, air sumber, air salji dan air embun) dan tujuh air itu tercakup dalam ungkapan "Apa
yang turun dari langit dan apa yang menyembul dari bumi dalam keadaan bagaimanapun
adalah termasuk pokok penciptaan”

Syarah ini kemudian diberi hasyiah, iaitu huraian lebih lanjut. Disebabkan hasyiah yang
berkaitan matan di atas adalah panjang sekali, maka ditunjukkan hasyiah yang berkaitan
salah satu dari air yang tujuh itu, iaitu "air sungai" saja. Berikut ini adalah contoh hasyiah-
nya:

Hasyiyah (Hasyiah al-Bayjuri): (Perkataannya dan air sungai) rangkaian dalam pengertian
ertinya air yang mengalir di sungai (nahr) dengan fathah ha' dan matinya dan yang
pertama lebih fasih dan al di situ adalah untuk jenis, maka ia mencakup Nil dan Furat dan
sebagainya, dan asalnya dari syurga sebagaimana hal itu disebutkan dalam nas mengenainya
sebab sesungguhnya diturunkan dari syurga Nil Mesir dan Sihun sungai India dan Jihun
sungai Balkh dan keduanya itu bukanlah Sihan dan Jiham menurut yang unggul berlainan
dengan orang yang menyangka keduanya itu sinonim sebab Sihan adalah sungai Arnah dan
Jihan adalah sungai al-Mashishah dan Dajlah dan Furat adalah dua sungai di Iraq dari asal
Sidrat al-Muntaha dan itulah makna firman Dia Yang Maha Tinggi “Dan Kami turunkan dari
langit air dengan ukuran tertentu" maka pada waktu keluarnya Ya'juj dan Ma'juj sungai-
sungai itu diangkat dan itulah makna firman Dia Yang Maha Tinggi "Dan sesungguhnya Kami
tentulah berkuasa untuk menghilangkannya.
2.0 KITAB-KITAB USUL AL-FIQH

DARI SUDUT MASA

A) KITAB USUL AL-FIQH TURATH/MUTAQADDIMIN

Antara kitab-kitab turath yang ditulis berkenaan ilmu usul al-fiqh adalah seperti berikut:

1- al-Risalah
Seperti yang kita tahu, individu pertama yang mula menulis sebuah karya khas berkaitan ilmu
usul fiqh adalah Imam al-Syafie (204H) menerusi kitabnya al-Risalah. Sebab ditulisnya kitab ini
adalah hasil daripada permintaan Imam Abd al-Rahman bin Mahdi yang merupakan seorang
ahli hadis yang terkenal. Beliau telah meminta Imam al-Syafie untuk membuat suatu kitab
yang terdapat di dalamnya ma’aani al-Quran, kehujahan al-Ijmak, penjelasan berkenaan al-
nasikh dan al-mansukh di dalam al-Quran dan juga al-Sunnah.1

Kata al-Allamah Ahmad Syakir rahimahullah:2 Kitab al-Risalah ini merupakan kitab terawal
yang ditulis dalam usul al-fiqh. Bahkan ia juga merupakan kitab pertama yang ditulis di dalam
ilmu usul hadis.

Imam Fakhru al-Razi berkata: Mereka dahulu sebelum datangnya Imam al-Syafie berbicara
mengenai permasalahan-permasalahan usul fiqh. Mereka saling beristidlal juga saling
membantah antara satu sama lain. Akan tetapi tidak ada satu kanun yang menyeluruh untuk
mereka merujuk kepadanya dalam mengenalpasti dalil-dalil syarak berserta cara-cara untuk
mentarjihkannya. Maka al-Syafie lah yang telah mengistinbatkan untuk mereka ilmu usul al-
fiqh serta meletakkan suatu kanun yang menyeluruh untuk orang ramai yang boleh untuk
dijadikan rujukan berkenaan cara mengenalpasti kedudukan dalil-dalil syarak. Maka telah
sabit penisbahan al-Syafie kepada ilmu syarak sebagaimana sabitnya penisbahan Aristotle
kepada ilmu akal.3

2- al-Fusul fi al-Usul

Kitab ini merupakan antara karya terawal yang ditulis di dalam ilmu usul fiqh. Ditulis oleh
Imam Abu Bakr Ahmad bin Ali al-Jassas (370H) rahimahullah yang merupakan tokoh besar
mazhab Hanafi. Kitab al-Fusul fi al-Usul ini ditulis dengan menggunakan tariqah al-Hanafiyyah.
Metodologi penulisannya adalah dengan mentaqrirkan kaedah-kaedah usul mengikut apa
yang dinukilkan daripada imam-imam berdasarkan furuk (cabang-cabang fiqh). Iaitu kaedah-
kaedah disusun berdasarkan pemerhatian mereka ke atas ijtihad para mujtahidin serta cara-
cara mereka mengistinbat hukum.

1
Lihat al-Intiqa’, Ibn Abd al-Barr. Hlm. 27
2
Lihat Mukadimah Kitab al-Risalah, Tahqiq Ahmad Syakir
3
Rujuk Manaqib al-Syafie. Hlm. 57.
3- al-Burhan fi Usul al-Fiqh

Kitab ini merupakan karya tulisan Imam al-Haramain Abdul Malik al-Juwaini (478H)
rahimahullah. Ianya ditulis mengikut tariqah al-mutakallimin (ahli kalam) iaitu suatu
metodologi penulisan yang cenderung kepada pendalilan berdasarkan akal serta tidak taksub
kepada mana-mana mazhab. Kitab al-Burhan ini juga turut mendapat tempat di sisi para
ulama yang datang selepas al-Juwaini sehingga ia disyarahkan serta diringkaskan. Antara kitab
yang mensyarahkan kitab al-Burhan adalah al-Tahqiq wal-Bayan fi Syarh al-Burhan fi Usul al-
Fiqh karangan al-Syeikh Ali bin Ismail al-Abyari (618H) Lebih awal dari itu sebuah kitab
berjudul Idhah al-Mahsul min Burhan al-Usul karya Abu Abdillah al-Maziri al-Maliki (536H)
yang mensyarahkan kitab ini. Sekalipun al-Juwaini merupakan tokoh bagi mazhab al-Syafie,
akan tetapi kedua-dua penulis kitab yang disebutkan di atas merupakan tokoh dari kalangan
mazhab Maliki. Imam al-Subki mengatakan bahawa telah datang seorang tokoh dari Maghribi
bernama Al-Syarif Abu Yahya yang menghimpunkan di antara dua syarahan di atas. 4

4- al-Mustasfa min ‘Ilmi al-Usul


Al-Mustasfa adalah antara karya agung yang ditulis oleh Hujjatul Islam Imam al-Ghazali (505H)
rahimahullah. Beliau dianggap sebagai orang pertama yang memasukkan perbahasan mantiq
di dalam ilmu usul fiqh. Beliau sendiri telah menyatakan di dalam kitab tersebut sebab
ditulisnya kitab ini iaitu hasil dari permintaan beberapa kelompok yang mempelajari ilmu usul
fiqh kepadanya. Kitab al-Mustasfa ini telahpun disyarahkan serta diringkaskan oleh tokoh
ulama terkemudiannya. Antara kitab yang mensyarahkannya adalah Syarah al-Mustasfa min
Ilm al-Usul karya Dr. Abu Bakr bin Abdullah al-Sa’dawi. Manakala kitab yang merupakan
ringkasan bagi kitab al-Mustasfa adalah Lubab al-Mahsul fi Ilm al-Usul karya Abu al-Fadhail al-
Qairuwani (632H)

5- al-Musawwadah fi Usul al-Fiqh


Kitab ini juga merupakan antara kitab usul fiqh yang ditulis oleh tokoh terdahulu. Menariknya
kitab ini kerana ia ditulis oleh tiga generasi keturunan Taimiyyah yang bermula daripada
zaman datuk sehingga ke cucunya. Kitab ini mula ditulis oleh Syeikh Majd al-Din Abu al-
Barakat Ibn Taimiyyah (652H) seterusnya disambung oleh anak lelakinya Abd al-Halim bin
Taimiyyah (682H) dan diakhiri oleh cucunya iaitu Syeikhul Islam Ahmad bin Abd al-Halim Ibn
Taimiyyah (728H) rahimahumullah. Dapatlah dikatakan bahawa kitab ini daripada aliran
Hanabilah. Kitab ini telah ditahqiq oleh tokoh ulama semasa iaitu Dr. Ahmad bin Ibrahim bin
Abbas cetakan Dar al-Fadhilah.

B) KITAB USUL AL-FIQH MUTAAKHIRIN/SEMASA

Antara kitab-kitab kontemporari yang ditulis di dalam ilmu usul al-fiqh adalah seperti berikut:

4
Lihat Thabaqat al-Syafi’eyyah al-Kubra (5/192).
1- ‘Ilmu usul al-fiqh
Kitab ini ditulis oleh Syeikh Abd al-Wahhab Khallaf rahimahullah. Ini merupakan antara kitab
usul fiqh kontemporari yang mudah lagi ringkas sehingga dijadikan silibus pengajian di
kebanyakan universti di timur tengah khususnya.

2- al-Wajiz fi usul al-fiqh


Salah sebuah kitab moden yang sangat baik dalam menceritakan berkenaan ilmu usul fiqh.
Ditulis oleh seorang tokoh ulama besar iaitu al-Allamah al-Syeikh Dr. Abdul Karim Zaidan
rahimahullah (1436H/2014). Kitab ini turut dijadikan silibus bagi pengajian usul fiqh baik di
universiti tempatan mahupun di luar negara.

3- al-Usul min ‘ilmi al-usul


Sebuah kitab ringkas yang telah ditulis oleh Fadhilah al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-
Uthaimin rahimahullah. Beliau sendiri kemudiannya telah mensyarahkan kitab ini yang
dinamakan sebagai Syarh al-usul min ‘ilm al-usul yang menjadikan ia sejilid kitab yang tebal.
Penggunaan bahasa yang mudah membantu pembaca dalam memahami ilmu usul fiqh
dengan lebih jelas.

5- Al-Muyassar fi usul al-fiqh


Kitab ini ditulis oleh al-Syeikh Dr. Ibrahim bin Abdullah Salqini rahimahullah. Beliau merupakan
tokoh agama yang besar di Syria bahkan merupakan Mufti bagi kawasan Halab sehinggalah
hari kewafatan beliau. Sebagaimana nama kitab, ia menjelaskan usul fiqh dengan cara yang
mudah untuk difahami.

C) KITAB USUL FIQH DARI SUDUT MAZHAB


Di antara keempat-empat mazhab fiqh yang ada, aliran yang paling banyak menulis ilmu usul
fiqh adalah al-Syafi’iyyah yang dikenali sebagai aliran/tariqah Mutakallimin, kemudian al-
Ahnaf (mazhab Hanafi) yang dikenali juga sebagai aliran/tariqah fuqaha, kemudian al-
Hanabilah yang lazim dengan pendekatan athar/hadith, kemudian al-Malikiyyah.

1. Syafiiyyah / Mutakallimin.
a. Dalam aliran atau tariqah ini, mereka mempelajari ilmu usūl fiqh sebagai suatu
disiplin ilmu yang terlepas dari pengaruh madzhab atau furu’ faktornya karena:
b. Imam Shafi’i sendiri yang menetapkan bahwa dasar-dasar tashri’ itu memang
terlepas dari pengaruh furu’.
c. Mereka berkeinginan untuk mewujudkan pembentukan kaidah-kaidah atas
dasar-dasar yang kuat, tanpa terikat dengan furu’ atau madzhab.
d. Mereka membuat penguat kaidah-kaidah dengan menggunakan berbagai
macam dalil, tanpa menghiraukan apakah kaidah tersebut memperkuat
madzhab atau melemahkannya.
e. Aliran mutakallimin mengembangkan gagasan-gagasan yang telah ada dalam
kitab al-Risalah karya al-Syafi’i dengan berbagai penjelasan dan materi
tambahan. Aliran ini banyak diikuti oleh para ulama dan menjadi aliran utama
dalam ushul fiqh, serta bersifat lintas madzhab.
f. Ada beberapa ciri khas penulisan ushul fiqh aliran Mutakallimin, antara lain:
i. Penggunaan deduksi di dalamnya. Ushul fiqh mutakallimin membahas
kaidah-kaidah, baik disertai contoh maupun tidak. Kaidah-kaidah itulah
yang menjadi pilar untuk pengambilan hukum. Jadi, kaidah dibuat
dahulu sebelum digunakan dalam istimbath. Kaidah-kaidah tersebut
utamanya berisi kaidah kebahasaan.
ii. Adanya pembahasan mengenai teori kalam dan teori pengetahuan,
seperti terdapat dalam al-Luma karya al-Syirazi dan al-Ihkam karya al-
Amidi. Teori kalam yang sering dibahas adalah tentang tahsin dan
taqbih. Sementara itu, dalam pembahasan mengenai teori
pengetahuan tersebut, dimasukkan pengertian ilmu dan terkadang
dimasukkan pula muqaddimah mantiqiyyah (pengantar logika),
sebagaimana terdapat dalam al-Mustashfa karya al-Ghazali, Rawdlah
al-Nadzir karya Ibnu Qudamah, dan Muntaha al-Wushul (al-Sul) karya
Ibnu Hajib.

2. Hanafiyyah / Fuqaha.
a. Aliran atau Tariqah Hanafiyyah. Dalam aliran atau Tariqah ini, mereka
membuat kaidah-kaidah atau teori-teori guna memelihara furu’ yang telah
ditetapkan oleh para imam.
b. Semua pemikiran mereka itu, dapat dilihat dari hasil karya terbaik mereka
dalam bentuk 4 (empat) kitab, yaitu:
i. Kitab Usūl al-Jassas (wafat 370 H).
ii. Kitab Usūl al-Karakhiy (wafat 430 H).
iii. Kitab Ta’shish al-Nadzar, karya al-Dabbusiy (wafat 430 H).
iv. Kitab Usūl al- Bazdawiy (wafat 438 H).
c. Setelah penulisan keempat kitab tersebut, muncul kitab baru dalam bentuk
Mukhtashar dan Mutawwal.
d. Madzhab Hanafi adalah madzhab yang sejak semula memiliki pengembangan
metodologis yang baik. Karena itu, mereka mengembangkan sendiri model
penulisan ushul fiqh yang khas madzhab Hanafi. Ia sendiri cukup
mempengaruhi perkembangan ilmu qawaid fiqh di kalangan Syafi’iyyah.
e. Ciri-ciri aliran hanafiyah.
i. Persoalan-persoalan hukum yang furu yang dibahas oleh para imam
mereka, lalu membuat kesimpulan metodologis berdasarkan
pemecahan hukum furu tersebut. Jadi, kaidah-kaidah dibuat secara
induktif dari kasus-kasus hukum.
ii. Kaedah-kaedah yang sudah dibuat bisa berubah dengan munculnya
kasus-kasus hukum yang menuntut pemecahan hukum yang lain.
iii. Usul fiqh Hanafi dipenuhi dengan persoalan hukum yang nyata.

3. Jam’ / Gabungan / Sintesis


a. Pada perkembangannya muncul trend untuk menggabungkan kitab ushul fiqh
aliran mutakallimin dan Hanafiyah. Metode penulisan ushul fiqh aliran
gabungan adalah dengan membumikan kaidah ke dalam realitas persoalan-
persoalan fiqh. Persoalan hukum yang dibahas imam-imam madzhab diulas
dan ditunjukkan kaidah yang menjadi sandarannya.
b. Karya-karya gabungan lahir dari kalangan Hanafi dan kemudian diikuti kalangan
Syafi’iyyah diantaranya adalah.
i. Dari kalangan Hanafi lahir kitab Badi’ al-Nidzam al-jami‘ bayn Kitabayn
al-Bazdawi wa al-Ihkam yang merupakan gabungan antara kitab Usul
karya al-Bazdawi dan al-Ihkam karya al-Amidi. Kitab tersebut ditulis
oleh Mudzaffar al-Din Ahmad bin Ali al-Hanafi.
ii. Ada pula kitab Tanqih Usul karya Shadr al-Syariah al-Hanafi. Kitab
tersebut adalah ringkasan dari al-Mahsul karya Imam al-Razi, Muntaha
al-Wusul karya Imam Ibnu Hajib, dan Usul al-Bazdawi. Kitab tersebut ia
syarah sendiri dengan judul karya Shadr al-Syari’ah al-Hanafi.
iii. Kemudian lahir kitab Syarh al-Tawdih karya Sa’d al-Din al-Taftazani al-
Syafii dan Jam’ al-Jawami’ karya Taj al-Din al-Subki al-Syafi’i.

4. Semasa Abad ke-20 : Muqarran / Perbandingan


a. ‘Ilm Usul al-Fiqh, Syeikh Abdul Wahhab Khallaf (1357H/1956M)

b. ‘Ilm Usul al-Fiqh, Syeikh Muhammad Abu Zahrah (1376H/1974M)

c. Usul al-Fiqh, Muhammad Khudhari Bek

SENARAI KITAB USUL FIQH

1- SYAFI’I / MUTAKALLIMIN
Antara kitab usul fiqh mazhab Syafie:
 Al-Risalah, Imam Muhammad bin Idris al-Syafie (204H)5.

5
Ar-Risalah adalah kitab pertama yang ditulis dalam bidang Ushul Fiqh. Penulisan kitab ini juga yang membuat
hampir seluruh ulama mengatakan bahwa Imam Syafi’i adalah orang yang pertama kali menggagas Ilmu Ushul
Fiqh. Mulanya, kitab Ar-Risalah ini hanyalah sebuah risalah/surat yang merupakan jawaban Imam Syafi’i atas
permintaan Imam Al-Hafizh Abdurrahman bin Mahdi (198 H) agar beliau (Imam Syafi’i) membuat sebuah tulisan
tentang penjelasan makna-makna Al-Qur’an, Khabar yang maqbul, keabsahan Ijmak sebagai hujjah, penjelasan
tentang Nasikh dan Mansukh dan lain-lain[1].

Kitab Ar-Risalah sendiri ditulis dua kali. Pertama, ditulis ketika Imam Syafi’i berada di Baghdad yang merupakan
jawaban beliau atas permintaan Imam Abdurrahman bin Mahdi. Dalam beberapa literatur, para ulama
menyebutnya dengan Ar-Risalah Al-Qadimah. Kedua, ditulis ketika beliau berada di Mesir yang dalam beberapa
literatur disebut dengan Ar-Risalah Al-Jadidah. Kitab yang ditulis untuk kedua kalinya inilah yang sampai saat ini
masih kita temukan.

Kitab ini sendiri merupakan kitab yang sangat diperhatikan oleh ulama mengingat statusnya sebagai kitab
pertama yang ditulis dalam bidang ushul fiqh. Sebagian ulama ada yang membuat syarah atas kitab ini, sebagian
lagi ada yang menjadikannya sebagai rujukan untuk tulisan mereka dan sebagian lagi ada yang menulis tulisan
untuk menolak pendapat yang menyerang kitab ini, diantaranya adalah Imam Ibn Sureij Asy-Syafi’i (306 H), Imam
Abu Bakar Ash-Shairafi (330 H), Imam Abu Al-Walid An-Naisaburi (349 H), Imam Qufal Asy-Syasyi (365 H), Imam
Ibn Al-Qaththan (369 H) dan lain-lain. Sayangnya tulisan-tulisan ini tidak sampai pada kita.
 Al-Taqrib wa al-Irshad, Qadhi Abu Bakar Al-Baqilani (403 H)6
 Al-Burhan fi Usul al-Fiqh7 & al-Waraqat8, Abdul Malik al-Juwaini.
 Al-Ibhaj fi Syarah al-Minhaj, Taqiyuddin al-Subky

6
Kitab ini juga menjadi kitab yang sangat penting dikalangan Ushul Fiqh aliran Mutakallim. Dikisahkan bahwa
kitab At-Taqrib ini ditulis tiga kali. Yang pertama adalah At-Taqrib wa Al-Irsyad Al-Kabir. Kitab ini begitu luas dan
banyak cakupannya hingga diriwayatkan bahwa ketika Imam Al-Isfarayaini menukil kitab ini, jumlahnya
mencapai 10 ribu lembar kertas[2]. Mengingat jumlahnya yang begitu banyak, beliau meringkasnya menjadi At-
Taqrib wa Al-Irsyad Al-Awsath. Sayangnya, kitab ini pun dirasa masih terlalu banyak sehingga beliau pun
meringkasnya kembali menjadi At-Taqrib wa Al-Irsyad Al-Shagir. Kitab yang terakhir inilah yang kemudian
masyhur[3].

Menurut sebagian ulama, kitab At-Taqrib ini adalah kitab pertama yang ditulis sesuai dengan metode
mutakallimin. Bahkan, kitab ini adalah kitab pertama yang mulai mencampurkan ilmu Ushul fiqh dengan Ilmu
Kalam baik dari sisi retorika maupun dari sisi metode penulisan[4]. Hal ini wajar mengingat status Qadhi Abu
Bakar Al-Baqilani yang juga seorang mutakallim dimana ia terkenal sebagai seorang pembela Ahlusunnah sesuai
dengan manhaj Abu Hasan Al-Asy’ari.

Kitab ini sangat banyak memberikan pengaruh terhadap karangan-karangan Ulama Ushul fiqh aliran Mutakallim
setelahnya, seperti: Imam Al-Haramain Al-Juwaini (dengan Al-Waraqat, At-Talkhis dan Al-Burhan nya), Imam Al-
Ghazali (dengan Al-Mustashfa,Al-Mankhul dan Tahdzib Al-Ushul nya), Qadhi Abu Ya’la (dengan Al-‘Uddah nya)
dan karangan lainnya.
7
Al-Burhan adalah salah satu masterpiece Imam Al-Juwaini yang sangat terpengaruh oleh At-Taqrib nya Qadhi
Al-Baqilani. Al-Burhan ditulis oleh Al-Juwaini setelah beliau meringkas kitab At-Taqrib Al-Baqilani dalam At-
Talkhis beliau. Kitab ini (Al-Burhan) termasuk kitab yang sangat susah untuk dipahami karena memiliki uslub yang
gharib. Hal ini wajar karena kecerdasan Imam Juwaini dan banyaknya beliau terpengaruh oleh aliran pemikiran
dari Yunani terutama Aristoteles. Tak heran kalau Imam Tajuddin As-Subki menggelari kitab ini dengan Laghzu Al-
Ummah (Teka-teki besar Umat ini). Walaupun demikian, kitab ini diakui sebagai salah satu pondasi dari ushul
fiqh aliran Mutakallim.

Banyak sekali kitab ushul fiqh generasi setelah beliau yang terpengaruh oleh kitab Al-Burhan, diantaranya adalah
Imam Ghazali dalam Al-Mankhul, Ar-Razi dalam Al-Mahsul, Al-Amidi dalam Al-Ihkam, Az-Zarkasyi dalam Al-Barh
Al-Muhith dan lain-lain.

Al-Burhan memiliki banyak syarah, diantaranya : At-Tahqiq wa Al-Bayan karangan Imam Al-Aybari, Idhah Al-
mahsul min Burhan al-Ushul karangan Imam Al-Maziri, Kifayah Thalib Al-Bayan Syarh Al-Burhan karangan Asy-
Syarif Abu Yahya, dan syarah lainnya.
8
Kitab Al-Waraqat adalah kumpulan Matan ringkas dalam ilmu ushul fiqh yang dikarang oleh Imam Al-Haramain
Al-Juwaini. Kitab ini merupakan kitab yang sangat direkomendasikan bagi para pelajar ushul fiqh tahap pemula.
Kitab ini sangat menjadi perhatian oleh para ulama sehingga banyak yang melakukan aktifitas ilmiah terhadap
kitab ini sepert mensyarah, menjadikannya nazham, membuat syarah atas nazham tersebut dan lain-lain.

Diantara Syarah terhadap kitab Al-Waraqat:

Ø Syarah Jalaluddin Al-Mahalli yang diberi hasyiah (catatan pinggir) oleh Ad-Dumyathi dan Al-Khatib Al-Jawi

Ø Syarah Tajuddin Al-Farkah Asy-Syafi’i

Ø Ghayah Al-Ma’mul fi Syarh Waraqat Al-Ushul oleh Syihabuddin Ar-Ramli

Ø Asy-Syarh Al-Kabir dan Asy-Syarh Ash-Shagir karangan Ibn Qasim Al-Ubadi

Ø Dan lain-lain

Imam Imrithi membuat nazham dari matan al-Waraqat dalam kitab beliau Tashil Ath-Thuruqat
 Al-Ihkam fi Usul al-Ahkam, Saifuddin al-Amidi (631H).
 Irsyad al-Fuhul, Muhammad bin Ali al-Syaukani.
 Al-Bahr al-Muhith fi Usul al-Fiqh, Muhammad bin Abdillah al-Zarkasyi.
 Jam’ul Jawami’, Abdul Wahhab bin Ali al-Subki.
o Hasyiah al-Attar ‘ala Syarh Jam’ul Jawami’, Jalaluddin al-Mahalli.
o Syarah al-Mahalli ‘ala Jam’ul Jawami’, Jalaluddin al-Mahalli
 Fawatih al-Rahamuut, Ibn Abd al-Syakuur.
 Al-Mahsul fi Ilm al-Usul, Fakhrur al-Razi (606H).
 Al-Luma’ & al-Tabsirah, al-Syirazi (476H)
 Al-Mustasfa fi Ilm al-Usul, Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al-Ghazali.
 Nihayah al-Usul Syarah Minhaj al-Usul, Abdullah bin Umar bin Muhammad al-Baidhawi.
 Al-Tabsirah fi Usul al-Fiqh, Abu Ishak al-Fairuz Abadi.

Antara kitab usul fiqh terpenting mazhab al-Syafie:


 Al-Burhan, Imam al-Haramain al-Juwaini.
 Al-Mustasfa, Imam al-Ghazali.
 Qawathi’ al-Adillah, Mansur bin Muhammad bin Abdul Jabbar al-Tamimi al-Sam’ani.
 Syarah al-Luma’, Abu Ishak Ibrahim al-Shirazi.

2- HANAFI / FUQAHA
Kitab usul fiqh terpenting aliran Hanafiah:
 al-Fusul fi al-Usul, Abu Bakr Ahmad bin Ali al-Jassas (370H).
o Kitab yang lebih dikenal dengan nama Usul Al-Jassos ini sebenarnya adalah
muqaddimah/pengantar dari kitab tafsir beliau yang berjudul “Ahkam Al-
Qur’an”. Kitab ini menjadi landasan bagi Imam As-Soimiri (436H) dalam
menulis kitab beliau yang berjudul “Masail Al-Khilaf fi Ushul Al-Fiqh”.
o Kitab ini sendiri selain terpengaruh oleh pendapat guru beliau (yakni imam Al-
Karkhi) juga terpengaruh oleh al-Risalah Imam Syafi’i dimana Imam Al-Jassos
sangat banyak menukil pendapat Imam Syafi’i lalu mengkomparasikannya
dengan pendapat dalam mazhab hanafi.
 Taqwim Usul al-Fiqh wa Tahdid Adillatihi Asy-Syar’iyyah, Qadhi Abu Zaid Abdullah bin
Umar bin Isa al-Dabusi al-Bukhari (430H)
o Kitab ini dianggap sebagai kitab pertama yang ditulis sesuai metodologi
penulisan usul fiqh yang tepat dengan redaksi kalimat yang ringan dan mudah
dicerna. Kitab ini juga merupakan kitab Usul Fiqh yang dikarang oleh Ulama
Usul Fiqh Hanafi daripada daerah Maa Wara an-Nahr (daerah Samarkand,
Bukhara dan Sekitarnya).9
o Kitab ini disyarah oleh Imam Ali al-Bazdawi dan diringkas oleh Imam Abu Ja’far
Muhammad bin Husein Al-Hanafi. Kitab ini juga menjadi rujukan utama Imam
Abu Muzhfar as-Sam’ani dalam menulis kitab beliau Qawathi’ al-Adillah (yang
ditulis dengan menggabungkan metode aliran mutakallimin dan fuqaha’)
 Usul al-Sarkhasi, Imam Abu Bakar, Muhammad bin Ahmad bin Abi Sahl As-Sarkhasi
(483H).

9
Dahulunya terdapat dua aliran besar Mazhab Hanafiyah yakni daerah Iraq (Meliputi Baghdad, Bashrah, Kufah
dll) dan Daerah Ma Wara’ An-Nahr (Meliputi Samarkand, Bukhara, dll).
o Kitab ini berjudul Tamhid Al-Fushul fi Al-Ushul atau yang lebih dikenal dengan
Ushul As-Sarkhasi. Kitab ini juga merupakan salah satu rujukan utama dalam
ushul Fiqh aliran Fuqaha’.
 Kanz al-wusul ila ma’rifah al-usul, Kitab ini juga dikenal dengan nama Ushul Al-Bazdawi.
o Dikarang oleh Imam Fakhr Al-Islam, Ali bin Muhammad bin Husein Al-Bazdawi
(482H). Imam Ali Al-Bazdawi sendiri digelari dengan Abu Al-Usr karena susah
dalam memahami karangan-karangannya. Dalam kitab ini, beliau lebih
berkonsentrasi untuk menjelaskan mana saja yang merupakan pendapat
mazhab hanafi ketika ada khilaf dalam beberapa masalah. Selain itu, beliau
juga menggunakan metode mantiqi/ahli logika dalam membuat cabang-cabang
dan pembagian dari beberapa kaedah yang diuraikan. Diantara syarah dari
kitab ini:
 Kasyf al-Asrar Syarh al-Usul al-Bazdawi, ‘Ala’uddin Abdul Aziz bin Ahmad
al-Bukhari (730H).
 Syarah karangan Hisamuddin As-Saghnaqi
 Syarah karangan Akmaluddin Al-Babirti

Antara kitab usul fiqh mazhab Hanafi yang lain:

 Al-Usul, karangan Abu Salih as-Sijistani (290 H)


Ada perbedaan pendapat ulama tentang kitab ushul fiqh pertama yang ditulis
berdasarkan metode aliran Fuqaha’ / Hanafiyah. Sebagian ulama berkata bahwa Ushul
Al-Karkhi adalah kitab pertama dalam aliran ini. Namun, ada juga yang mengatakan
bahwa Imam Abu Shalih, Manshur bin Ishaq As-Sijistani telah lebih dulu mengarang
kitab ushul fiqh dalam aliran Fuqaha’ ini.
 Al-Taqrir wal-Tahbir karya Muhammad bin Muhammad Amir al-Haj al-Halabi.
 Syarh al-Talwih ‘ala al-Taudhih oleh Mas’ud bin Umar al-Taftazani.
 Fath al-Ghaffar Syarah al-Manar, Ibn Nujaim.
 Usul al-Syaasyi, Imam Abu Ali, Ahmad bin Muhammad bin Ishaq Asy-Syaasyi (344 H).
Kitab ini mempunyai beberapa syarah antaranya:
o Syarah Al-Mawla Muhammad bin Hasan Al-Khawarizmi (781 H)
o Hushul Al-Hawasyi ala Ushul Asy-Syaasyi karangan Abu Hasan Al-Hindi
o Umdah Al-Hawasyi karangan Mawla Muhammad Hasan Al-Kankauhi
o Tashil Ushul Asy-Syaasyi karangan Syekh Muhammad Anwar Al-Badakhsyani

3- HANBALI / ATHAR / HADITH

Antara kitab usul fiqh mazhab Hanabilah:


 Syarah al-Kaukab al-Munir oleh Muhammad bin Ahmad bin Abdul Aziz Ibn al-Najjar.
 Al-Uddah fi Usul Fiqh oleh Muhammad bin Husain Ibn al-Farra’ Abu Ya’la.
 Al-Musawwadah fi Usul Fiqh karya Ibn Taimiyyah.
 Raudhah al-Nazhir oleh Muwaffaquddin Abdullah bin Ahmad Ibn Qudamah.
 Usul al-Fiqh oleh Abu Abdillah Muhammad Ibn Muflih.
 Al-Tahbir Syarh al-Tahrir karya Abu al-Hasan al-Mardawi.

Kitab usul fiqh terpenting mazhab Hanbali.


 Syarah al-Kaukab, Muhammad bin Ahmad bin Abdul Aziz Ibn al-Najjar.
 Musawwadah fi Usul al-Fiqh karya Ibn Taimiyyah.
 Al-Uddah oleh Abu Ya’la Muhammad bin Husain.

4- MALIKI
Kitab usul fiqh terpenting mazhab Maliki.
 Nafais al-Usul fi Syarh al-Mahsul oleh Ahmad bin Idris al-Qarafi.

Antara kitab usul fiqh mazhab Malikiyyah:


 Syarah Tanqih al-Fusul karya Ahmad bin Idris al-Qarafi.
 Al-Muwafaqat oleh Ibrahim bin Musa bin Muhammad al-Syathibi.
 Al-Isyaarat fi Usul al-Fiqh oleh Sulaiman bin Khalaf Abu al-Walid Al-Baji.

3.0 KITAB-KITAB FIQH MAZHAB

1- HANAFI
Penulisan fiqh Hanafi dibahagikan kepada 3 martabat/marhalah/tingkatan: (Lihat Hasyiah Ibn
'Abidin, 1/64)
1. Masail al-Usul / Masail Zohir al-Riwayah
1) Iaitu penulisan yang diriwayatkan daripada Imam2 dan Pengasas utama mazhab
terutamanya Imam Abu Hanifah, Imam al-Qadhi Abu Yusof (w 182 H) dan Imam
Muhd Bin Al-Hasan (w 189 H). Ia juga termasuk Imam Zufar bin Huzail (w 110 - 158
H) dan Hasan Ibn Ziyad ( w 204 H) dan lazimnya pada tiga yang utama itu.
2) Antara nama kitab yang ditulis pada peringkat ini adalah hasil penulisan Imam
Muhd Bin Al-Hasan. Dinamakan masail al-usul kerana 6 buah kitab yang ini
diriwayatkan daripada Imam Muhammad dengan riwayat yang thiqah/perawi2
fiqh yang thiqah dan thabit daripadanya secara mutawatir dlm mazhab dan
masyhur/terkenal. Iaitu :
i. Al-Mabsut ( Kitab terpenting Muhd Al-Hasan)
ii. Az-Ziadat
iii. Al-Jami' al-Shoghir
iv. Al-Jami' al-Kabir
v. Al-Sairu al-Kabir
vi. Al-Sairu al-Shoghir
3) Kemudian keenam2 kitab ini diringkaskan oleh Abu Fadl al-Marwazi (al-Hakim al-
Syahid) dlm kitabnya ‘Mukhtasor al-Kafi’. Kitab ini kemudiannya di syarahkan oleh
Imam Shamsuddin Al-Sarakhasi dalam 30 juzuk. Kitab utama ini diberi nama ‘al-
Mabsut’, namanya sama dengan nama kitab terpenting Muhd Al-Hasan. Kitab ini
merupakan kitab muktamad dlm mazhab Hanafi, serta mudah dijumpai di
Maktabah2 di Perpustakaan Islam seluruh Dunia. Manakala kitab yang 6 tadi, agak
sukar dijumpai dan dipakai dlm rujukan para ulama' mutakhir.

2. Masail an-Nawadir / Masa’il Ghair Zohir al-Riwayah


1) Iaitu kitab yang diriwayatkan daripada ashabul mazhab selain daripada 6 kitab di
atas. Jalan periwayat kitab ini tidak thabit dan thiqah spt kitab2 di atas.
Antara kitab ini, diriwayatkan oleh Imam Muhd al-Hasan spt al-Badai' al-Sanai' oleh
'Alauddin Abu Bakar al-Kasani dan al-Kisaniyat oleh Sulaiman bin Sa’id al-Kisani dan
lain2. Begitu juga yang diriwayat dari Hasan bin Ziyad iaitu al-Muharrar dan juga
Kitab al-Amali yang diriwayatkan dari Al-Qadhi Abu Yusof. Semua kitab disebutkan
itu dikira sebagai nawadir dan bukannya usul.

3. Masa’il al-Fatawa / al-Nawazil / al-Waqi'at


1) Iaitu kitab yang mengandungi persoalan2 hukum yang dikeluarkan oleh Imam2
mujtahid mazhab mutaakhir/yang terkemudian, dimana tidak terdapat sebarang
riwayat tentangnya dari ulama' mazhab mutaqaddimin/terdahulu. Antara pemilik
kitab2 di martabat ini yang dianggap sebagai mutaakhirin adalah;
i. 'Isam bin Yusof
ii. Ibn Rustam
iii. Muhammad bin Sama'ah
iv. Abu Sulaiman al-Jurjani
v. Abu Hafs al-Bukhari.
2) Kitab-kitab pada marhalah ini dikira sebagai ijtihad mutaakhirin iaitu sahabat2
ashabul mazhab dan bukannya pendapat ashabul mazhab.
4. Manakala kitab terawal mazhab Hanafi yang menggabungkan fatwa2 adalah Kitab An-
Nawazil oleh Al-Faqih Abu Laith as-Samarqandi dan diikuti oleh ulama'2 lain. Antara
individu yang termashyur dengan penulisan dan meriwayatkan fiqh Hanafi slps
Muhammad dan Abu Yusof adalah;
i. 'Isa bin Aban (w 220 H)
ii. Muhd Bin Sama'ah ( 233 H)
iii. Hilal bin Yahya (245 H)
iv. Al-Khasof (261 H)
v. Imam Abu Ja'afar at-Thahawi (321 H).
5. Antara kitab2 mazhab Hanafi (disamping kitab utama di atas) yang sering dijadikan
rujukan oleh para ulama' masa kini dan dalam penulisan2 tesis ilmiah adalah :
i. Al-Kafi, Abu Fadl al-Marwazi (al-Hakim al-Syahid)
ii. Al-Mabsut, Imam Shamsuddin al-Sarakhasi (490 H)
iii. Tuhfah al-Fuqaha', Abu Bakar as-Samarqandi (540 H)
iv. Al-Badai' as-Sonai', 'Alauddin Abu Bakar al-Kasani (587 H)
v. Al-Hidayah, Ali Bin Abi Bakr al-Marghinani ( 593 H)
vi. Al-Ikhtiyar li ta'lil al-Mukhtar, Abdullah Bin Mahmud al-Mawsili (683 H)
vii. Al-Bahr al-Ra'iq, 'Abdullah Bin Ahmad an-Nasafi ( 710 H)
viii. Tabyin al-Haqa'iq, Uthman bin Ali Az-Zailai'ie (743 H)
ix. Fath al-Qadir fi Syarh al-Hidayah li al-Marghinani, Muhd bin Abd Wahid (
Kamal Ibn Humam) - (861 H)
x. Ar-Rasail al-Zainiyah fi Fiqh al-Hanafiah, Ibn Nujaim (970 H)
xi. Al-Fatwa al-Hindiyyah, kumpulan Ulama' India bermazhab Hanafi (1070 H)
xii. Radd al-Muhtar 'ala ad-Durr al-Mukhtar, Al-Allamah Muhd Amin Ibn 'Abidin
(1252 H)
6. Demikianlah beberapa buah kitab fiqh Hanafi yang sering menjadi rujukan para ulama'
pelbagai bidang apabila ingin mengetahui pandangan mazhab Hanafi. Ringkasnya, kitab
muktamad mazhab Hanafi adalah al-Kafi oleh al-Hakim al-Syahid Muhammad (334H) dan
al-Mabsut oleh Imam al-Sarakhasi (490H).
7. Tokoh-tokoh penting: Imam al-Sarkhasi (483H), Imam al-Karkhi (340H), Ibn ‘Abidin
(1252H), ‘Ala al-Din al-Kasani (587H), al-Zaila’i (743H)

2- MALIKI
1. Kitab-kitab fiqh dalam mazhab maliki dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kitab2 induk
yang digelar al-Ummahat dan kitab-kitab selain daripada kitab induk. Kitab Ummahat
dalam mazhab Maliki adalah spt berikut ( Rujuk Mawahibul Jalil li Syarhi Mukhtasar Khalil
karangan Abu Abdillah Muhammad al-Khattab (954H), hlm 7)
1) Al-Mudawwanah al-Kubra, Imam Malik Ibn Anas (w 179 H), melalui riwayat Sahnun
(w 240 H). Ia merupakan kitab terbesar di dalam mazhab Maliki. Terdapat 30,200
masalah Fiqh sbgmn yang disebut oleh Imam Al-Ma'zari al-Maliki (536 H) dalam
kitabnya Taklil ad-Durar.
2) Al-Mustakhrajah / al-‘Atbiyyah, Muhd Bin Ahmad al-‘Atabi al-Andalusi. Di dalamnya
terdapat pelbg masalah fiqh yang agak pelik dan syaz, walaupun demikian, kitab ini
menjadi pegangan Ulama' Malikiah spt Ibn Rushd al-Hafiz (595H). Kitab ini
merupakan kumpulan keterangan yang beliau dengarkan dari sebelas ulama
Mazhab Maliki. Tiga di antara mereka pernah belajar langsung kepada Imam Malik,
sementara yang lain, hanya belajar dari murid-murid Imam Malik. Di antara ulama
yang sangat memberikan perhatian besar kepada kitab ini adalah Ibnu Rusyd.
Beliau membahasakan ulang kitab ini menjadi kitab Al-Bayan wa At-Tahshil.
3) Al-Mawaziah, Muhd Bin Ibrahim al-Iskandari, dikenali sbg Ibn Mawaz/Muwaz.
- Kitab ini juga merupakan kitab agung yang dikarang oleh Ulama' Maliki serta
dianggap yang paling shohih. Paling lengkap serta diakui terbaik oleh al-Qabisi
berbanding semua kitab Maliki. Ia berkata, asalnya kitab ini dikarang oleh
pengarangnya untuk menjadi kitab panduan mazhab dalam masalah furu'. Pada
sekitar abad keempat hijriah, kitab ini menjadi kitab yang paling populer di wilayah
benua Afrika Utara.
4) Al-Wadihah fi Sunan wa al-Fiqh, Abd Malik Bin Habib al-Salmi. Kitab ini menjadi
kitab terpenting selama dua abad: abad ketiga dan abad keempat. Dengan
demikian, kitab ini memiliki kedudukan khusus, terutama di daerah Andalusia.
2. Antara kitab2 Fiqh Maliki yang sering menjadi oleh Ulama' semasa adalah seperti berikut:
1) Al-Mudawwanah al-Kubra, Imam Malik ( 179 H)
2) Al-Isyraf 'ala Masail al-Khilaf, al-Qadhi Abd Wahab Ali al-Baghdadi (433 H)
3) Bidayah al-Mujtahid wa Nihayah al-Muqtasid, Ibn Rushd al-Hafiz (595 H).
Adakalanya dianggap sbg kitab Fiqh Perbandingan.
4) Al-Furuq, Ahmad Bin Idariis al-Qarafi (684 H)
5) Az-Zakhirah, Ahmad bin Idariis Al-Qarafi (684 H)
6) Tabsirah al-Hukkam Fi Usul al-Aqdhiyah, Ibn Farhun (799 H)
7) At-Taj wal-Iklil Li Mukhtasar Khalil B. Ishak al-Maliki (w 776 H), oleh Abu Abdullah
Muhd Bin Yusof al-Mawaq (897 H)
8) Mawahib al-Jalil Syarh Muhktasor Khalil, Muhd bin Muhd al-Hattab (953 H)
9) Al-Syarh al-Kabir 'ala Mukhtasar Khalil, Ahmad Dardir (1201 H)
10) Hasyiah ad-Dusuqi 'ala syarh al-Kabir lid Dardir, Muhd ad-Dusuqi (1230 H
11) Hashiyah al-Amir,Muhd Bin Muhd as-Sinbawi Al-Amir (1232 H)
12) Fath al-Ali al-Malik, Abu 'Abdullah Ahmad 'illisyh (1299 H)
13) Manh al-Jalil Syarh Muhktasor Khalil, Abu 'Abdullah Ahmad 'illisyh (1299 H)
14) Fath al-Rahim 'ala fiqh al-Imam Malik bi al-Adillah, Muhd Bin Ahmad as-Shanqiti.
3. Begitulah beberapa buah kitab fiqh mazhab yang menjadi tumpuan, kitab muktamad fiqh
Maliki yang utama adalah al-Mudawwanah al-Kubra.
4. Tokoh-tokoh penting: Ibn Rusyd (595H), Imam al-Qurtubi (671H), Abu Bakar Ibn al-‘Arabi
(543H), Ibn Abd al-Bar (463H), Syeikh al-Dasuqi (1230H)

3- SYAFIE
1. Berikut beberapa istilah penting yang sering terdapat di dalam kitab2 fiqh Mazhab Syafie
dan mustahak dijelaskan terlebih dahulu, ini amat penting bagi memahami kandungan
fiqh Syafie. (Rujuk al-Muhazzab fi Fiqh al-Syafie, Imam As-Syirazi (w 476 H) Juz 1, hlm 30)
1) Al-Adzhar
Iaitu pandangan yang lebih kuat daripada 2 atau lebih pandangan yang datangnya
dari Imam As-Syafie. Iaitu apabila perselisihan kedua2 pandangan itu sama2 berdiri
di atas dalil yang kuat. Bagi mentarjih antara pandangan seumpama ini disebut al-
adzhar.
2) Al-Masyhur
Iaitu tarjihan dari dua pandangan Imam Syafie, dimana kedua2nya berdalilkan dalil
yang lemah. Maka tarjihnya disebut al-Masyhur.
3) Al-Asah
Iaitu hukum Fiqh (pandangan ) yang lebih kuat dalam mazhab Syafie di antara
pelbagai pandangan dari pelbagai ulama Syafie. Yang mana semua pandangan
mempunyai dalil yang kuat, maka ketika itu, pandangan yg terkuat disebut al-asoh.
4) As-Sahih
Iaitu pandangn yg benar daripada pelbagai pandangan ulama' mazhab, yang mana
lawannya adalah pandangan dhoif.
5) An-Nas
- Iaitu ayat yang tercatat di dalam kitab2 Syafie, dinamakan Nas krn ianya marfu'
kepada Imam Syafie, iaitu dari kalamnya.
6) Al-Mazhab
- Iaitu pendapat yang Rajih ketika wujud ikhtilaf ulama' ashab al-wujuh spt al-
Ghazali, al-Qaffal ( sila lihat martarabt ulama' menurut Syafie selepas ini).
7) Al-Takhrij
- Iaitu Imam Syafie menjwp dengan 2 hukum yang berbeza dalam dua bentuk
soalan yang hampir serupa. Tidak jelas perbezaan antara keduanya. Bgmnpun yang
lebih tepat, pandangan seumpama ini tidak dinisbahkan kepada Imam Syafie.
Demikian menurut Imam Syirazi ( lihat al-Majmu' 1/73, Mughni al-Muhtaj 1/21)
8) Sebutan bagi pandangan dhoif ( yang lemah)
- Bagi menzahirkan kedhoifan pendapat, maka akan digunakan beberapa lafaz
berikut:
i. Qila kaza
ii. Wa fi qawl kaza
iii. Ruwiya
2. Selain istilah2 di atas, terdapat juga istilah2 yang kerap digunakan, berikut disertakan
maksud bagi setiap istilah:
1) Syeikhain : Iaitu Imam An-Nawawi (656 H) dan Imam Ar-Rafie (623 H)
2) Al-Qadhian : iaitu Qadhi Al-Mawardi (450 H) dan Qadhi Ar-Ruyani
3) Al-Imam : iaitu Imam al-Haramain ( Imam Abd Malik Bin Abu Muhd Al-Juwaini-
478H)
4) As-Shuyukh : Iaitu Al-Nawawi, Ar-Rafie dan Tajuddin Al-Subki (771 H)
5) Apabila Khatib as-Syarbini (977 H) sohib kitab al-Iqna' dan Mughni al-Muhtaj
mengatakan 'syeikhi' maka ia bermaksud Muhd Bin Ahmad Ar-Ramli.
6) Syeikh al-Islam : Iaitu Imam Zakaria al-Ansori (926 H)
7) Hujjat al-Islam : Iaitu Imam Abu Hamid al-Ghazali (505 H)

3. Susur galur kitab utama Syafi'e. Terdapat 2 buah kitab asal Syafi'e yang dijadikan rujukan
iaitu :
1) Al-Hujjah iaitu kitab beliau yang ditulis semasa berada di Baghdad, ianya ibarat
kitab yang mengandungi 'qawl qadim' (pendapat lama) Imam Syafi'e. Kitab ini
diriwayatkan oleh Imam Ahmad Bin Hanbal (241 H), Imam Abu Thaur, Az-Za'farani
dan al-Karabisi.
2) Al-Umm iaitu kitab beliau yang dikarang ketika berada di Mesir, ibarat kitab yang
mengandungi 'qawl jadid' bagi mazhab Syafie. Ia diriwayatkan oleh Imam Yusof Bin
Yahya Al-Buwaiti (231 H), Imam Ismail Bin Yahya Al-Muzani (264 H), Ar-Rabi' al-Jizi
dan Ar-Rabi' Bin Sulaiman al-Muradi(270 H).
4. Selain itu, terdapat 4 kitab asal Imam Syafie yang menjadi aliran utama ilmu2 Al-Syafie.
Iaitu Kitab Al-Umm, Al-Imlak, Mukhtasar al-Buwaiti dan Mukhtasar al-Muzani.
1) 4 kitab ini diringkaskan oleh Al-Imam al-Haramain al-Juwaini (450 H) lalu diberi
nama 'AL-NIHAYAH' atau ‘Nihayah al-Matlab’. Kitab ini kemudian diriingkaskan oleh
Al-Imam Abu Hamid al-Ghazali (505 H) yang mewrupakan anak murid Imam
Haramain kepada 'AL-BASIT dan kemudian beliau meringkaskannya lagi kepada 'AL-
WASIT' dan beliau ringkaskan lagi kepada 'AL-WAJIZ' dan kemudiannya kepada 'AL-
KHULASAH'.
2) Kitab 'al-Wajiz oleh al-Ghazali tadi pula di syarah oleh As-Syeikh al-Imam Ar-Rafi'e
lalu diberi nama 'FATH AL-'AZIZ' , Kemudian diringkaskan oleh Imam An-Nawawi
kepada 'RAWDAH AL-TOLIBIN', dan kemudian diringkaskan pula oleh Ibn al-Muqri
kepada 'AL-RAWD.
3) Kitab al-Wajiz tadi juga, pada masa yang sama diringkaskan juga oleh Al-Imam Ar-
Rafie (Rafie meringkas dan mensyarah kitab al-Wajiz) lalu diberi nama 'AL-
MUHARRAR' kemudian diringkaskan juga oleh An-Nawawi kepada MINHAJ AT-
TOLIBIN, kemudian diringkas pula oleh Syeikh al-Islam Zakaria Al-Ansari kepada 'AL-
MANHAJ' dan seterusnya diringkaskan lagi oleh Al-Jawhari kepada AL-NAHJ.
5. Demikianlah susur galur beberapa kitab utama Mazhab Syafie dan alirannya yang diambil
daripada Imam Syafie, sohib al-Mazhab.
6. Sebagai ringkasan dan tambahan, berikut kitab2 utama mazhab Syafi'e yang sering
menjadi tumpuan utama para ulama' setiap zaman.
1) Al-Umm, Imam Muhd Bin Idariis al-Syafi'e
2) Al-Wajiz, Imam al-Ghazali
3) Fath al-'Aziz, Imam ar-Rafie
4) Al-Majmu', Imam An-Nawawi, serta semua kitab2 beliau.
5) Tuhfat al-Muhtaj, Imam Ibn Hajar al-Haitami
6) Nihayat al-Muhtaj, Imam Muhd Ar-Ramli ( di gelar Syafi'e Soghir)
7) Al-Hawi al-Kabir Syarh Mukhtasar Al-Muzani, Al-Imam al-Qadhi Muhd Bin Habib Al-
Mawardi (450 H)
8) Tuhfat al-Tullab Bi Syarh Tahrir Tanqih al-Lubab, Syeikh al-Islam Abu Yahya Zakaria
al-Ansari (926 H).
9) Mughni al-Muhtaj ila ma'rifat AlFaz al-Minhaj, Muhd bin Ahmad As-Syarbini al-
Khatib (977H)
10) Al-Iqna', Muhd bin Ahmad As-Syarbini al-Khatib
11) Al-Muhazzab, Imam Ishak Ibrahim Bin 'Ali Al-Syirazi (476 H).
12) At-Tanbih, Imam Ishak Ibrahim Bin 'Ali Al-Syirazi (476 H).
13) Khashiyah al-Bajuri 'ala syarh Ibn Qosim, Ibrahim Bin Muhd al-Bajuri (1277 H)
7. Pembaca juga mesti mengetahui kedudukan para ulama' Syafie, ianya amat penting dlm
menentukan pendapat siapa yang lebih kuat dan akan diikuti dlm mazhab jika berlaku
pertembungan. Ia adalah seperti berikut:
1) Pendapat yang muktamad dalam mazhab Syafie dari kalangan mutaakhirin (ulama'
kemudian), ialah Imam an-Nawawi (656 H) dan Imam ar-Rafi’e (623 H)
2) Apabila bertembung pendangan mereka berdua, maka diutamakan pandangan
Imam Nawawi berbanding Imam Rafie. Apabila bertembung pandangan Nawawi
dengan pandangannya dari lain-lain sumber tulisannya. Maka kitabnya menurut
tertib I'timad dlm mazhab seperti berikut :
i. At-Tahqiq
ii. Al-Majmu' Syarh al-Muhazzab
iii. Al-Tanqih
iv. Rawdah al-Tolibin
v. Minhaj al-Tolibin
vi. Al-Minhaj Syarh Shohih Muslim
vii. Tashih at-Tanbih
8. Sebagaimana disebut tadi, selain Nawawi, ulama' yang dipegang dari kalangan
mutaakhirin adalah Imam ar-Rafi’e ( 623 H), khususnya kitab 'Fath al-Aziz Syarh al-Wajiz lil
Ghazali.
9. Manakala dari kalangan Ulama' Mutaakhirin ( terkemudian) yang menjadi sumber
pegangan mazhab syafie yang utama ialah :
1) Bagi Ulama' Mesir - mereka memegang qawl As-Syeikh Muhd Bin Ahmad Ar-Ramli
(1004 H) dalam kitab2nya terutamanya kitab 'Nihayat al-Muhtaj ila Syarh al-
Minhaj'. Sesungguhnya kitab ini telah dibacakan kepada hampir 400 orang ulama'
Syafie, serta telah diperkemas dan dikritik oleh mrk. Lalu ia telah sampai had
mutawatir dlm kebenaran kandungan mazhab Syafie.
2) Bagi Ulama' Hijaz, Syam (Syria, Jordan, Lubnan, Palestin), Hadariamaut, Yaman dll.
Mereka memegang (I'timad) qawl As-Syeikh Ibn Hajar al-Haitami (962 H)
khususnya dalam kitabnya Tuhfat al-Muhtaj bi syarh al-Minhaj. Sbgmn kitab oleh
Ar-Ramli tadi, demikian juga kitab oleh Ibn Hajar ini, ianya dibacakan kepada
ratusan ulama' Syafie.
3) Sekiranya bertembung qawl ar-Ramli dan Ibn Hajar al-Haitami..sekiranya mufti dari
kalangan ahli Tarjih, maka bolehlah ditarjihkan mana2 pandangan dari keduanya.
Kiranya tidak, mestilah melihat kepada si penyoal, iaitu di tahap org awam atau
berilmu dan sbgnya, lalu bolehlah ditarjihkan pandangan menurut keadaan si
penyoal. ( Majmu'ah Sab'ah Kutub al-Mufidah, Syeikh Alawi as-Saqqaf as-Syafie,
ms 38)
10. Satu perkara lagi yang wajib diketahui oleh pengikut mazhab Syafie adalah turutan para
Ulama' Syaf'iyyah apabila berlaku pertembungan di antara kitab muktamad mazhab Syafie
iaitu Nihayatul Muhtaj dan Tuhfat al-Muhtaj. Turutan pegangan apabila pertembungan
antara dua kitab tersebut (masalah yang tidak dapat ditarjihkan) adalah spt berikut :
1) Merujuk kepada pendapat Syeikh al-Islam Zakaria al-Ansari.(926 H)
2) Kemudian Al-Khatib As-Syarbini (977 H)
3) Hashiyah az-Ziyadi
4) Hashiyah Ibn Qasim (918 H)
5) Hashiyah 'Amirah 'ala Syarh Jaluluddin, Shihabuddin Ahmad Al-Barlisi (957 H)
11. Demikianlah, turutan ulama' mutaakhirin dari mazhab Syafie. Ringkasnya, kitab Muktamad
dalam Mazhab Syafie adalah Al-Majmu', Fath al-Aziz, Nihayatul Muhtaj dan Tuhfatul
Muhtaj.
12. Tokoh-tokoh penting; Imam al-Haramain (478H), Imam al-Ghazali (505H), Imam al-Syirazi
(467H), Imam al-Nawawi (676H), Imam Ibn Hajar al-Haithami (973H).

4- HANBALI
1. Mazhab Hanbali, merupakan aliran yang paling sukar untuk mendapat kesatuan riwayat
pendapat2 dari Imam mereka iaitu Imam Ahmad Bin Hanbal. Ini adalah krn Imam Ahmad
amat tegas melarang anak2 muridnya dari menulis perkataannya. Justeru, sekiranya
pembaca mengamati mazhab ini, akan didapati terdapat pelbagai pendapat yang
disandarkan kepada Imam Ahmad bercabang2 dan lebih dari satu pendapat dlm satu
masalah.
1) Menurut Ibn Jawzi al-Hanbali di dlm Al-Manaqib (hlm 618), juga Ibn Qayyim al-
Jawziah dalam I'lam al-Muwaqqi'ien (1/29), penulisan kitab pertama yang
mengandungi fatwa2 Imam Ahmad terkandung dalam kitab Al-Jami' oleh Abu
Bakar al-Hilal.
2) Kemudian diperkemas pembukuan dengan digabungkan percanggahan,
mentarjihkan pandangan dll ini dilakukan oleh anak murid Abu Bakar Hilal iaitu
Abu Bakar Abd Aziz, kemudian usaha diteruskan oleh anak muridnya pula iaitu Abu
Abdullah Al-Hasan Bin Hamid atau Ibn Hamid, dengan usahanya yang hebat lalu
muncullah sebuah kitab yang diberi nama al-Jam' fi al-Mazhab. Mencecah 400
juzu'!. Antara nama2 periwayat pendapat Imam Ahmad ini terdapat di dalam kitab
Tabaqot al-Hanabilah oleh al-Qadhi Abu Husain Al-Farrak, pd bibliografi Ibn Hamid
no 638.
2. Aliran fiqh Hanbali juga dapat diketahui menerusi susunan kitab-kitab fiqh yang dikarang
oleh Ibn Qudamah al-Maqdisi (620 H). Setiap orang yang belajar fiqh dari pemula
diarahkan untuk mempelajari buku-buku Ibnu Qudamah secara bertahap, dengan urutan
jenjang yang telah ditetapkan. Secara hierarki dari bawah, kitab-kitab Ibnu Qudamah
dapat diurutkan sebagai berikut: Al-Umdah, Al-Muqni’, Al-Kafi, dan Al-Mughni.

1) Al-Umdah (kitab inti)


Para pemula (mubtadi’) dalam Mazhab Hambali diarahkan untuk belajar kitab Al-
Umdah. Kitab ini berisi permasalahan-permasalahan fiqh menurut satu pendapat
dalam Mazhab Hambali. Dalam kitab ini, Ibnu Qudamah tidak menyebutkan
banyak dalil, tetapi hanya menyebutkan beberapa dalil saja. Diharapkan, orang
yang mempelajari kitab ini akan menguasai pengetahuan dasar tentang fiqh secara
utuh pada semua bab pembahasan fiqh.

2) Al-Muqni’ (yang memuaskan)


Selanjutnya, orang yang telah menguasai permasalahan dasar dalam fiqh,
diarahkan untuk belajar Al-Muqni’. Kitab Al-Muqni’ dirancang untuk belajar fiqh
tingkat lanjutan (baca: pertengahan). Dalam kitab ini, Ibnu Qudamah menyebutkan
dua pendapat Imam Mazhab, yaitu Imam Ahmad, atau dua pendapat yang dinilai
terkuat dari ulama-ulama dalam Mazhab Hambali. Beliau juga menyebutkan
beberapa permasalahan yang tidak disebutkan dalam kitab Al-Umdah. Hanya saja,
beliau tidak menyebutkan dalil-dalilnya.

3) Al-Kafi (yang mencukupi)


Tingkat pertengahan (mutawassitin) untuk belajar fiqh adalah kitab Al-Kafi. Ibnu
Qudamah menyebutkan beberapa pendapat yang lebih luas dan dalil-dalil dalam
setiap masalah, kemudian beliau mendiskusikannya dan menggali kesimpulan
untuk memilih pendapat yang paling kuat. Dari sisi ini, Al-Kafi lebih luas
pembahasannya daripada Al-Muqni’. Namun, dilihat dari sisi banyaknya
permasalahan, tema pembahasan yang disebutkan dalam Al-Muqni’ lebih banyak
dibandingkan tema pembahasan yang disebutkan dalam Al-Kafi.

4) Al-Mughni (yang memperkaya wawasan)


Kitab ini dirancang khusus untuk pembelajaran tingkat “mahir”. Ibnu Qudamah
menyebutkan perselisihan pendapat tingkat lanjut, bahkan terkadang beliau
menyebutkan pendapat sahabat dan para ulama tabiin dan generasi setelahnya.
Beliau mengupas masing-masing pendapat secara panjang lebar, kemudian beliau
memberi kesimpulan pendapat yang paling kuat.

3. Ringkasnya kitab-kitab muktamad di dalam mazhab Hanbali menurut turutan keutamaan


adalah spt berikut (rujuk Syarh al-Zarkasyi ala Muhktasar al-Khiraqi, Muhd Bin Abdullah al-
Zarkasyi al-Hanbali (772 H) hlm 29, cet Maktabah al-Ubaidat):
1) Al-Mughni, oleh Abdullah Bin Ahmad Bin Quddamah al-Maqdisi (620 H)
2) Al-Muharrar oleh Abu al-Barakat al-Majd Ibn Taimiyah
3) al-Syarih
4) Al-Furu' oleh Ibn Mufleh
5) Al-Qawaid al-Fiqhiyyah oleh Ibn Rajab
6) Al-Wajiz oleh Al-Hussain ad-Dajili
7) Al-Ri'ayatain oleh Ibn Hamdan
8) An-Nuzum
9) Al-Khulasah
10) Syeikh al-Islam Taqiyuddin Abu al-Abbas Ibn Taimiyah al-Harrani
11) Tazkirah oleh Ibn 'Abdus
4. Mereka semua telah menyunting kalam para ulama' terdahulu serta meletakkan qawaid
(kaedah2) bg mazhab hanbali
5. Secara ringkasnya, berikut adalah kitab2 pegangan utama oleh ulama mutaakhirin dlm
mazhab Hanbali:
1) Al-Mughni Syarh Muhktasar al-Hiraqi, Abdullah Bin Ahmad Bin Quddamah al-
Maqdisi (620H)
2) Al-Muharraar fi Fiqh 'ala mazhab Al-Imam Ahmad, Abu Al-Barakat Al-Majd Abd Al-
Salam B. Abdullah Ibn Taimiyah al-Harrani (652 H)
3) Al-Furu', Muhd Bin Mufleh, Ibn Mufleh (623 H)
4) Tashih al-Furu', Ala'uddin Sulaiman al-Maqdisi (855H)
5) Al-Ifsoh 'an Ma'ani as-Shihoh, Yahya Bin Muhd al-Hubairah(560 H)
6) I'lam al-Muwaqqi'ien, Muhd Bin Abu Bakar, Ibn Qayyim nal-Jawziyyah (751H)
7) Majmu' al-Fatawa, Abu Al-Abbas Taqiyuddin Ibn Taimiyah al-Harrani ( 728 H)
8) Al-Iqna’, karya Musa AlHajawi. Kitab ini termasuk kitab matan fiqh yang cukup
penting dalam Mazhab Hanbali
9) Al-Tanqih al-Musybi’ fi Tahrir Ahkam al-Muqni’ oleh Syeikh ‘Ala al-Din al-Mardaei
(884H),
10) Al-Iqna’ fi fiqh Imam Ahmad oleh Syeikh Musa bin Ahmad al-Hijawi al-Maqdisi
(968H.)
11) Kassyaf al-Qinaa' 'an Matn al-Iqna', Mansur Bin Yunus al-Bahuti (1051 H), syarajh
kitab matan.
12) Manar as-Sabil fi syarh ad-Dalil, Ubrahim Bin Muhd Ibn Dhawyan.
6. Demikianlah serba sedikit nama2 kitab utama mazhab Hanbali. Ringkasnya, kitab
muktamad Hanbali adalah al-Mughni dan al-Muharrar dan al-Furu'.

4.0 KITAB MUSTALAHAT FIQH


Berikut adalah kitab rujukan untuk mengetahui lebih lanjut istilah-istilah penting dan kitab
setiap mazhab.:

1- HANAFI
1. 'Aqud Rasm al-Mufti, Al-Allamah Muhd Amin Ibn 'Abidin ( 1252 H)
2. Muqaddimah kitab ' An-Nafi' al-Kabir Syarh al-Jami' al-Shoghir, Al-Allamah Abd Al-Hayy al-
Laknowiyy (1304 H)
3. Al-Mazhab 'inda al-Hanafiah, Prof. Dari Muhd Ibrahim

2- MALIKI
1. Muqaddimah kitab ' Nur al-Basar Syarh al-Mukhtasar' dikenali sbg Ithaf al-Muqtani' bi al-
Qalil Fi Syarh Muhktasar Khalil, Al-Allamah Ahmad Al-Hilali (1175 H)
2. Al-Mustolah al-Fiqhi fi al-Mazhab al-Maliki, Al-Allamah Muhd al-Fadil Bin 'Asyur
3. Istilah fi al-Mazhab al-Maliki, Prof. Dari Muhd Ibrahim

3- SYAFIE
1. Al-Fawaid al-Madaniah fi Bayan Ikhtilaf al-Ulama' as-Syafi'iyah, al-Allamah Muhd Sulaiman
al-Kurdi (1194 H)
2. Al-Ibtihaj fi Bayan Istilah al-Minhaj, al-Allamah Ahmad B. Abu Bakar Al-Alawi al-Hadariami
(1343H)
3. Al-Fawaid al-Makiyyah fi al-Masail wa ad-Dawabid.., Al-Allamah Sayyid Alawi As-Saqqaf
(1335 H)
4. Al-Mazhab 'Inda as-Syafi'iyyah, Prof. Dari Muhd Ibrahim (Univ. Umm al-Qura, Mekah)

4- HANBALI
1. Sifat al-Fatwa wa al-Mustafti, al-Imam Ahmad Bin Hamdan (695 H)
2. Al-Insaf fi ma'rifat al-Rajih min al-Khilaf, Al-Allamah Alauddin Sulaiman al-Mardawi (885 H)
3. Al-Madkhal Ila Mazhab Al-Imam Ahmad Bin Hanbal, Al-Allamah Abd al-Qadir Ibn Badarian
(1346 H)
4. Mustalahat al-Fiqh al-Hanbali, Dari Salim Ali As-Thaqafi.
5.0 PENUTUP

MENGAPA PERLU MERUJUK KEPADA KITAB MUKTAMAD SETIAP MAZHAB?

Jawapannya adalah kerana:


1. Kitab muktamad menyampaikan pandangan jumhur ulama' dan fuqaha' mazhab dan apa
yang disampaikan merupakan kesatuan pandangan mereka.
2. Rujukan kitab muktamad dapat memberikan kita memahami titik perbezaan antara
pandangan jumhur fuqaha' mazhab dan pandangan serta ijtihad persendirian, juga dapat
mengetahui pandangan yang bercanggah.
3. Melindungi pengkaji, faqih serta mufti daripada keliru dengan kepelbagaian pendapat
yang diriwayatkan daripada pelbagai imam-imam mazhab.
4. Begitu juga dapat memeilihara daripada tersilap menisbahkan pandapat kepada sesuatu
mazhab akibat pandangn syaz dari ulama' tertentu.
5. Kerana fuqaha mazhab masing-masing telah menanggung tugas menyemak, meneliti dan
memperbetulkan kelemahan riwayat2, menyatukan kepelbgaian pendapat serta membuat
tambahan perlu yang mewakili mazhab.

(Manhaj al-Bahth fi Fiqh al-Islami, Prof. Dr. Abd Wahab Abu Sulaiman, cet Dar Ibn Hazm, hlm.
123)

Justeru, menjadi keperluan bagi pengkaji ilmu fiqh utk mengetahui kitab-kitab muktamad dan
utama dalam setiap mazhab. Bagi menjamin ketepatan maklumat yang digunakan dan
dimanfaatkan.

Anda mungkin juga menyukai