Anda di halaman 1dari 17

1.

PENDAHULUAN

Isu harta sepencarian merupakan suatu masalah yang agak baru dalam perundangan Islam
di Malaysia. Dalam masa yang sama, ia juga agak sukar dan rumit untuk diselesaikan
oleh mana-mana Mahkamah Syariah. Isu pembahagian harta sepencarian ini selalunya
timbul sekiranya perkahwinan terpaksa melalui proses poligami ataupun berakhir dengan
perceraian mahupun kematian suami.
Dalam kes kematian sebagai contoh, keluarga si mati yang sebahagiannya merupakan
waris ashab al-furudh akan menuntut supaya keseluruhan harta yang ditinggalkan adalah
harta pusaka. Pihak isteri pula akan cuba menafikan bahawa semua harta suami boleh
dianggap harta pusaka kerana terdapat sumbangan tertentu yang pernah diberikan oleh
pihak isteri dalam memperoleh harta tersebut.
Walaupun terdapat undang-undang mengenai harta sepencarian, namun, dari sudut
pembahagian harta sepencarian tersebut, undang-undang tidak dapat memberikan
penjelasan sebaiknya. Menurut hukum Islam di dalam peruntukannya berkaitan dengan
tanggungjawab suami, nafkah seorang isteri wajib diuruskan oleh suaminya. Peruntukan
ini amat jelas menunjukan bahawa hanya suami sahaja ditugaskan bekerja untuk mencari
rezeki bagi memenuhi tuntutan keperluan keluarganya, iaitu nafkah. Pada asalnya para
isteri sememangnya tidak diwajibkan keluar mencari rezeki mereka sendiri.1

Dr. Mat Saad Abd. Rahman. 2002. Undang-Undang Kekuarga Islam Aturan Perkahwinan Suatu
Pendekatan Berdasarkan Amalan Semasa. Selangor : Hizbi. Hlm.256.

Tetapi sudah menjadi satu fenomena masyarakat semasa atau budaya masa kini, kaum
perempuan turut bekerja bersama-sama kaum lelaki sama ada di pejabat, di ladang, pusat
pendidikan dan lain-lain yang mencetuskan kemegahan pada diri mereka. Secara tidak
langsung keadaan ini telah mengubah tanggapan umum terhadap pekerjaan itu sendiri
kerana seorang perempuan yang tidak bekerja tidak dianggap oleh masyarakat sebagai
seorang yang bekerja sekalipun sehari suntuk menghabiskan masa dan tenaganya dengan
kerja-kerja di rumah. Hal seperti ini kadang-kadang, di dalam dirinya, dia merasa terhina
dan timbullah tanggapan bahawa dirinya adalah abdi lelaki sahaja kerana dia tidak
mempunyai sunber pendapatan yang bebas. Tetapi ada juga diantara mereka yang
terpaksa keluar untuk mencari pekerjaan kerana desakan hidup atau kerana ingin
membantu suami untuk mendapatkan rezeki yang lebih lumayan.
Ekoran kepada kedudukan ini lahirlah apa yang dinamakan harta bersama atau harta
sepencarian, iaitu harta yang diperolehi oleh sepasang suami isteri sesudah mereka
mendirikan rumahtangga.

Harta ini adalah hasil gandingan tenaga mereka yang

bersawah, berladang atau sama-sama meneroka hutan dan tanah. Ia juga diperolehi sama
ada dalam bentuk kekayaan tanah ladang, rumah sewaan, harta perniagaan wang ringgit
dan sebagainya. Tetapi ia tidak termasuk harta masing-masing yang sedia ada sejak
mereka belum mendirikan rumahtangga. Oleh itu, kita dapat membuat satu kesimpulan
bahawa yang dimaksudkan dengan harta sepencarian itu ialah harta yang diperolehi
bersama oleh sepasang suami isteri sesudah mereka berumahtangga. Ia tidak termasuk
harta yang mereka miliki sebelum mereka berkahwin.2

Ibid.

2.0

DEFINISI HARTA SEPENCARIAN, URF DAN ADAT


2.1.

Definisi Harta Sepencarian

Dari sudut bahasa, perkataan sepencarian yang membawa maksud sama-sama


cari atau sama-sama berusaha. Jadi harta sepencarian adalah harta yang samasama dicari atau sama-sama diusahakan. Menurut Kamus Dewan edisi ketiga
harta sepencarian membawa maksud harta yang diperoleh daripada usaha suami
isteri.
Harta sepencarian ditafsirkan dalam Undang-undang Keluarga Islam negerinegeri kecuali di Kelantan dalam Undang-undang Pentadbiran Mahkamah
Syariah. Umumnya, terdapat sedikit perbezaan tafsiran meskipun tidak terdapat
perbezaan dari segi amalan pembahagiaan. Di Johor, Melaka, Perlis, Pulau
Pinang, Sabah, Sarawak, Terengganu dan Wilayah-wilayah Persekutuan, harta
sepencarian ditafsirkan sebagai harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri
semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang dikemukakan
oleh hukum syarak. Sementara di Perak (Enakmen Keluarga Islam Perak
(No.9/1996)), ia ditafsirkan sebagai pendapatan atau harta yang didapati
daripada usaha bersama di antara suami dan isteri dan termasuklah pendapatan
yang didapati daripada modal yang diperolehi daripada usaha mereka bersama.
Secara umumnya harta sepencarian merujuk kepada harta yang terkumpul
sepanjang perkahwinan sama ada harta alih atau harta tak alih. Amalan
pembahagian harta sepencarian yang pada asalnya sering kali dikaitkan dengan
perkongsian hidup suami isteri telah pun diiktiraf oleh Undang-undang Keluarga
3

Islam di Malaysia setelah dikanunkan dengan peruntukan khas yang terdapat


setiap negeri.

2.2.

Definisi Urf

Takrifan al-urf dari sudut bahasa arab ialah ma'rifah (pengetahuan) dan
maksudnya disesuaikan kepada sesuatu yang ma'ruf dan sikap yang dianggap baik
oleh akal yang sejahtera.3 Al-Quran telah menggunakan al-urf dengan pengertian
sesuatu yang maruf seperti firman Allah swt:

Maksudnya:

Terimalah apa Yang mudah Engkau lakukan, dan suruhlah Dengan perkara
Yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang Yang jahil (yang
degil Dengan kejahilannya). (al-Quran, al-Araaf, 7:199)
Para ulama mempunyai pelbagai takrifan mengenai urf dari segi istilah, antara
takrif tersebut ialah seperti yang dinukil oleh Haji Muhammad Saleh B. Haji
Ahmad dalam kitabnya daripada kitab ulama-ulama yang terkenal antaranya
ialah;
Mengikut Abu Sunnah, urf adalah setiap yang tetap dalam diri dari sudut
pandangan akal dan diterima oleh tabiat yang baik. Jurjani pula mentakrifkan
urf sebagai setiap yang tetap dalam diri dengan disaksikan oleh akal dan
diterima oleh tabiat yang baik. Dan Sayyid Salih Awad mentakrifkan urf itu
sebagai setiap yang tetap dalam diri, dipandang elok oleh akal, diterima oleh
3

Muhammad Saleh B. Haji Ahmad 2005: Usul Al-Fiqh. Kuala Lumpur: Pustaka Hj Abdul Majid

tabiat yang baik dan sentiasa dilakukan oleh manusia serta tidak ditolak oleh
syarak. Menurut Mustafa Ahmad al-Zarqa urf itu sebagai adat orang ramai atau
majoriti sesuatu kaum pada perkataan atau amalan. 4

Abdul Karim Zaidan

mentakrifkan urf sebagai setiap (perkataan dan perbuatan) yang biasa dalam
masyarakat akan menjadi adat serta menjadi ikutan dalam kehidupan. (Abdul
Karim Zaidan 2004: 201). Urf juga ditakrifkan sebagai perkara yang tetap di
dalam diri manusia dari segi akal fikiran dan diterima baik oleh tabiat yang
sejahtera.5
Maka bagi rumusan takrif daripada pendapat para ulama, penulis mengemukakan
pendapat yang dikeluarkan oleh Imam al-Ghazali yang dinukil oleh Haji
Muhammad Saleh B. Haji Ahmad dalam kitab beliau iaitu sesuatu yang telah
mantap di dalam jiwa manusia dari segi akal fikiran dan diterima oleh tabiat
sejahtera. Atau juga urf itu sesuatu yang menjadi tabiat manusia yang
mempunyai tabiat-tabiat yang sejahtera lahir dari penghuni sesebuah negeri Islam
dengan syarat ia tidak berlawanan dengan syarak.6

Ibid
Hj Hassan bin Ahmad, Hj Muhammad Saleh bin Hj Ahmad 2002. Usul Al-Fiqh dan Qawaid AlFiqhiyyah. Kuala Lumpur : Pustaka Hj Abdul Majid.
6
Muhammad Saleh B. Haji Ahmad 2005: Usul Al-Fiqh. Kuala Lumpur: Pustaka Hj Abdul Majid
5

2.3.

Pengertian Adat

Adat dari segi bahasa diambil dari perkataan dengan makna


berulang kali. Ia merupakan nama kepada pengulangan perbuatan berkali-kali
sehingga menjadi mudah dilakukannya seperti suatu tabiat, justeru dikatakan:


Maksudnya: Perkara yang dilakukan berulang kali tampa mempunyai hubungan
aqliyyah.
Jelasnya dari takrif di atas bahawa adat pada istilah mempunyai suatu pengertian
yang lebih umum berbanding urf kerana ia mempunyai suatu pengertian yang
syumul dan luas ruang lingkupnya termasuklah mencakupi adat yang lahir dari
faktor tabie, adat individu dan adat orang ramai.

3.0 HUBUNGAN ANTARA URF DAN ADAT DALAM HARTA SEPENCARIAN


Urf ialah sesuatu yang telah menjadi kebiasaan kepada masyarakat dalam kehidupan
harian, sama ada perkataan mahupun perbuatan. Maka urf dan adat menurut pandangan
fuqaha memberi erti yang sama. Apabila mereka berkata hukum ini sabit dengan adat
dan urf bukanlah bererti adat berlainan dengan urf, bahkan kedua-duanya itu satu
maksud saja. Sebutan kalimah adat itu bertujuan untuk mengukuhkan sahaja. (Abdul
Karim Zaidan 2004: 201)

Jika dilihat dari sudut adat orang-orang Melayu di Nusantara, sesuatu harta yang telah
diperoleh oleh mana-mana pihak dari suami isteri sebelum mereka berkahwin dan
6

kemudiannya kedua-dua pasangan suami isteri itu telah mengerjakan harta itu seperti
mereka sama-sama bercucuk tanam di atas tanah suami atau isteri, maka harta itu tetap
tidak dikira sebagai harta sepencarian tetapi mana-mana pihak boleh menuntut upah.
Begitu juga misalnya isteri mempunyai harta sebelum daripada perkahwinan iaitu melalui
warisan, dan si suami tidak mempunyai apa-apa pendapatan tetapi hanya mengusahakan
tanah itu bersama-sama isterinya. Dengan hasilnya itu, mereka dapat membeli beberapa
bidang tanah atau harta lain, maka harta yang baru dibeli itu adalah harta sepencarian.
Secara mudah, harta sepencarian bolehlah diertikan sebagai suatu harta sama ada harta
alih atau harta tak alih yang diperolehi bersama oleh suami dan isteri hasil daripada usaha
dan sumbangan bersama dalam tempoh perkahwinan mereka dan termasuklah juga nilai
harta yang diperolehi sebelum mereka berkahwin (harta asal) yang telah dimajukan atau
ditingkatkan nilainya dalam masa perkahwinan melalui hasil usaha bersama.
Berdasarkan kepada Qadi-qadi yang mengadili kes-kes berkaitan tuntutan harta ini
mahupun Qadi-qadi yang dipanggil untuk memberi keterangan berkenaan dengan perkara
ini dalam banyak kes yang diputuskan di Malaysia, menunjukkan bahawa harta
sepencarian bukanlah dari peruntukan yang dibuat oleh Undang-undang Islam.
Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah berpendapat bahawa harta sepencarian hendaklah
dibahagikan mengikut kadar berdasarkan kepada upah kerja yang munasabah menurut
kelaziman sesuatu kerja atau usaha.
Oleh itu adat harta sepencarian tidaklah bertentangan dengan Islam kerana suami isteri
adalah bekerja dan setiap mereka harus mendapat ganjaran. Harta sepencarian tidaklah

jauh larinya dari peruntukan Syarikatul Abdan dalam mazhab-mazhab Maliki, Hambali
dan Hanafi 7.

Isu harta sepencarian bermula daripada pemahaman tentang definisi harta sepencarian itu
sendiri. Menurut Kamus Dewan, harta sepencarian ditakrifkan sebagai harta yang
diperoleh daripada usaha suami isteri. Ia juga didefinisikan sebagai pendapatan atau
harta yang didapati daripada usaha bersama antara suami isteri termasuk pendapatan yang
didapati daripada modal antara suami isteri. Selain itu, ia juga ditakrifkan sebagai harta
yang dikumpulkan hasil usahasama antara suami dan isteri sepanjang mereka mendirikan
rumahtangga.

4.0

HARTA SEPENCARIAN MENURUT PANDANGAN ULAMAK

Di dalam kitab-kitab fiqh ada dicatitkan soal pertikaian tentang harta yang dikumpul
dalam tempoh perkahwinan. Ulama-ulama fiqh membincangkanya dengan membuat
berbagai andaian dan menyebut subjek pertikaian harta sebagai mata al-bayt
(perkakasan rumah) atau mal al-zawjayn (harta suami isteri).
Dari satu sudut dikatakan istilah-istilah tersebut mempunyai sinonim dengan harta
sepencarian yang diamalkan di Malaysia, tetapi konsep dan penjelasan ulama fiqh
tentang pertikaian pemilikan harta itu adalah lebih meluas dan menyeluruh. Ini kerana
tuntutan boleh dibuat sama ada dalam tempoh perkahwinan atau selepas berlaku
perpisahan kerana kematian atau penceraian.
7

Md. Akhir Hj. Yaacob & Dr. Siti Zalikhah Md. Noor. 1989. Beberapa Aspek Mengenai Enakmen
Keluarga Islam Di Malaysia. Cet. 1. Selangor : Al-Rahmaniah. Hlm.76.

Ulama fiqh juga meletakkan perbincangan tersebut sama ada dalam bab pendakwaan
dan keterangan, bab kesaksian atau dalam bab nikah, tetapi biasanya subjek
perbincangan ditumpukan kepada hak pemilikan yang perlu dibuktikan melalui
keterangan atau kewajaran yang munasabah. Di dalam kitab al-Umm oleh Imam Syafie
meletakkan soal pertikaian tentang harta perkahwinan dalam al-Dawa wa al-Bayyinat
(pendakwaan dan keterangan, kerana ia berkait rapat dengan soal pembuktian di
mahkamah.

5.0

DALIL YANG DISYARIATKAN

Tuntutan harta sepencarian adalah lebih berdasarkan kepada undang-undang adat


Melayu. Oleh kerana prinsip harta sepencarian tidak berlawanan dengan kehendak
Syariah maka peruntukan harta sepencarian diterima sebahagian daripada UndangUndang Keluarga Islam di Malaysia.
Allah s.w.t. berfirman :

Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah
telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi
sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran).
(Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan,
dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka
berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya.
Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(an-Nisaa : 32)
9

Hakim akan menggunakan kebijaksanaanya untuk menentukan hak masing-masing


berdasarkan keterangan yang dikemukakan kepada mahkamah. Berhubung sifat-sifat
isteri yang baik.
Allah telah berfirman dalam Surah Ar-Rum ayat 21;

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa


Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri,
supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara
kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang
demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi
orang-orang yang berfikir.
Selain itu, dalam membuat apa jua tuntutan tentang harta sepencarian, pihak yang terlibat
hendaklah betul-betul memastikan haknya dan jangan sampai dia mengambil hak orang
lain walaupun milik bekas suami atau isteri8.
Allah S.W.T jelas memberi amaran keras kepada mereka yang mengambil harta orang
lain yang bukan haknya melalui firmannya-Nya:








Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu
sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan
8

Zaini Nasohah. 2002. Perceraian:Hak Wanita Islam. Utusan Publications & Distributors sdn bhd. Hlm.
82.

10

perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu
berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.
(an-Nisa :29)

6.0

KONSEP HARTA SEPENCARIAN

Konsep harta sepencarian telah lama wujud di bawah undang-undang adat Melayu, dan
kini telah dikanunkan dalam statut undang-undang keluarga Islam di Malaysia, Harta
sepencarian ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Undang-Undang Keluarga Islam
(Wilayah Persekutuan) 1984 sebagai harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri
semasa perkahwinan mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak.
Dalam seksyen 58 subseksyen (1) mengadakan peruntukan bagi kuasa mahkamah,
apabila membenarkan lafaz talaq atau apabila membuat suatu perintah perceraian, untuk
memerintahkan pembahagian apa-apa aset yang diperolehi oleh usaha tunggal satu pihak
kepada perkahwinan itu. Pada menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (1),
mahkamah hendaklah mengambil perhatian tentang, antara lainnya, takat sumbangansumbangan yang telah dibuat oleh tiap-tiap satu pihak dalam bentuk wang, harta, atau
kerja, dan keperluan anak-anak yang belum dewasa, jika ada, dan tertakluk kepada
pertimbangan-pertimbangan itu, mahkamah hendaklah membuat pembahagian yang sama
banyak di bawah subseksyen (2) ; manakala pada menjalankan kuasanya dibawah
subseksyen (3), mahkamah hendaklah memberi perhatian kepada takat sumbangan yang
telah dibuat oleh pihak yang tidak memperolehi aset itu, kepada kebajikan keluarga
dengan memelihara rumahtangga atau menjaga keluarga, dan keperluan-keperluan anakanak yang belum dewasa, jika ada, dan walaubagaimanapun, pihak yang telah

11

memperolehi aset-aset itu dengan usahanya hendaklah menerima suatu kadar yang lebih
besar di bawah subseksyen (4).
Aset yang diperolehi dalam masa perkahwinan termasuklah aset yang dipunyai satu pihak
yang sebelum perkahwinan itu yang telah dimajukan pada sebahagian besarnya dalam
masa perkahwinan itu oleh pihak yang satu lagi itu atau dengan usaha bersama mereka di
bawah subseksyen (5).

7.0

PENENTUAN KADAR BAHAGIAN BAGI HARTA SEPENCARIAN

Secara umumnya adalah sukar untuk menentukan kaedah pembahagian harta sepencarian
kerana tiada ketetapan khusus mengenai pembahagian ini samada 1/2, 1/3 atau
seumpamanya. Dalam sistem adat terdapat pendekatan tertentu yang dapat mentautkan
kembali hubungan kekeluargaan sesama pasangan iaitu dengan menyelesaikan sesuatu
pertikaian itu melalui kemuafakatan atau perdamaian.
Di Perak, harta sepencarian disebut harta syarikat meskipun pada hakikatnya kedua-dua
konsep tersebut masih kabur dan kurang difahami. Di kawasan perkampungan sepanjang
sungai Perak, cara pembahagian yang ditetapkan ialah isteri yang bekerja boleh menuntut
daripada harta sepencarian. Akan tetapi jika isteri tidak bekerja mengusahakan tanah
tersebut maka dia hanya berhak mendapat 1/3. Jika suami makan gaji dan membeli harta
dengan wangnya sendiri, maka isteri berhak mendapat 1/3 daripada harta tersebut.

12

Manakala dalam adat perpatih, harta carian suami isteri dibahagi dua apabila berlaku
perceraian. Sebaliknya jika berlaku kematian salah satu pihak, maka harta sepencarian
akan menjadi hak pihak yang masih hidup.
Pendekatan demikian berbeza dengan kaedah penyelesaian masa kini yang merujuk
kepada sumbangan yang diberi oleh pihak-pihak bertikai merupakan asas penting yang
mempengaruhi keputusan mahkamah. Dalam konteks pembahagian terdapat beberapa
cara digunakan, iaitu:
1) Kaedah Sulh
2) Melalui persetujuan dalam mahkamah.
3) Pembahagian juga boleh dilakukan melalui kuasa mahkamah.
Pembahagian harta sepencarian di Perak diselesaikan dengan merujuk kepada
ENAKMEN KELUARGA ISLAM (PERAK) 2004.
Di Wilayah Persekutuan, pembahagian harta sepencarian dibahagi sama rata jika
dibuktikan adanya sumbangan bersama antara suami isteri dalam memperoleh harta yang
dipertikaikan. Namun dalam sesetengah kes mahkamah memerintahkan 5/6 dibahagikan
kepada isteri dan 1/6 kepada suami.
Di Sarawak, Undang-Undang Mahkamah Melayu telah menentukan bahawa tuntutan
harta sepencarian boleh dibuat semasa penceraian. Bagi wanita yang bekerja dengan
suami seperti adat Melanau, maka berhak mendapat dari harta tersebut. Jika didapati
kedua-dua pihak berhutang dan hutang tersebut tidak boleh dilangsaikan dengan harta

13

sepencarian mereka, maka penceraian tidak dibenarkan kecuali jika pihak suami sanggup
membayar hutang tersebut.
Undang-undang yang telah dinyatakan tadi merupakan sebahagian daripada undangundang yang dilaksanakan di Mahkamah-mahkamah Syariah di Malaysia. Walaupun
setiap negeri memperuntukkan undang-undang berkaitan harta sepencarian, namun,
didapati bahawa terdapat beberapa perbezaan antara undang-undang tersebut terutamanya
dari sudut kaedah pembahagian. Hal ini adalah kerana sifat undang-undang harta
sepencarian itu sendiri yang masih boleh dianggap baru dan memerlukan kajian lanjut.
Keterbatasan dalam undang-undang berkaitan berpunca daripada kurangnya sumber yang
berbentuk tekstual dalam karya klasik undang-undang Islam (ummahat al-kutub) dan ia
banyak bergantung kepada adat setempat sesuai dengan prinsip fiqh iaitu al-adah
muhakkamah yang bermaksud adat boleh menjadi hukum.

8.0

KEHUJAHAN URF DALAM HARTA SEPENCARIAN

Harta Sepencarian adalah perkara adat yang tidak menyalahi dalil-dalil dan hukumhukum syarak yang tetap dan tidak berubah, walaupun suasana dan adat berubah. Ulama
Hanafi dan Maliki menerima urf sebagai hujah hukum. Urf yang betul dan tidak
bertentangan dengan syarak mestilah diambil kira dalam pembinaan hukum dan membuat
keputusan. Oleh itu, mujtahid dan kadi mestilah menilainya dalam membuat keputusan.
Sebagai contoh, syarak mengambil kira dan menjaga adat kebiasaan orang Arab yang
baik serta tidak bertentangan dengan hukum seperti mewajibkan bayaran diyat terhadap
aqilah iaitu keluarga pembunuh.
Harta Sepencarian memenuhi Syarat-Syarat Kehujahan URF iaitu:
1) Urf mestilah muttaridan ( ) dan ghaliban ( )
14

Muttaridan bermaksud kulliyyah iaitu bersifat menyeluruh dan dapat digunapakai secara
umum, tersebar luas dan diketahui semua. Manakala ghaliban pula bermaksud majoriti
iaitu diamalkan oleh majoriti manusia

2) Urf itu mestilah tidak bertentangan dengan nas syarak


Iaitu tidak bertentangan dengan nas yang sabit, dalil-dalil syarak yang lain dan kaedahkaedah yang telah ditetapkan oleh syarak. Jika ia bertentangan dengan perkara tersebut,
maka sudah tentu Urf itu tertolak dan tidak digunapakai dalam syarak.
3) Urf yang menjadi sandaran mestilah wujud semasa hukum dikeluarkan melaluinya.
Urf tersebut mestilah diamalkan secara meluas sama ada yang berbentuk perkataan atau
perbuatan semasa sesuatu hukum dikeluarkan melaluinya, jika sesuatu hukum
dikeluarkan melalui urf yang sudah tidak diamalkan lagi maka hukum tersebut tidak
dianggap muhakkamah.
4) Tidak ada sesuatu yang mengingkari urf
Urf mestilah bersih dari sebarang pembatalan yang jelas oleh kata-kata atau perbuatan.
Sebagai contoh, jika Urf untuk bayaran di kedai tertentu adalah taqsit (ansuran) maka
ia akan terbatal sekiranya pihak pembeli menjelaskan untuk membayar tunai. Begitu juga
jika pada urf, kos penghantaran barang adalah tanggungan penjual, akan terbatal jika
kedua-dua belah pihak bersetuju untuk meletakkan kos tersebut kepada pembeli. Oleh itu,
ulama telah menyebutkan:

,
15

Maksudnya: Apa yang sabit dengan urf tanpa sebutan (tentangan), tidak akan thabit jika
ada kenyataan yang menentangnya.

9.0

KESIMPULAN

Al-urf dan adat tetap diambil kira dalam memberi fatwa dan penghakiman bagi
memelihara kepentingan atau maslahah, kerana sebahagian dari bentuk maslahahmaslahah manusia hendaklah memperakukan sesetangah yang telah menjadi kebiasaan
dan adat mereka bertahun-tahun lamanya dan silih berganti generasi demi generasi.
Harta Sepencarian adalah amalan yang merupakan salah satu daripada adat orang-orang
Melayu di Nusantara. Amalannya tidaklah bercanggah dengan syarak bahkan telah pun
dibincangkan oleh ulamak-ulamak fiqh dan usul fiqh sejak dahulu lagi. Maka
menetapkan hukum Harta Sepencarian berdasar konsep Al-adat Al-Muhkamat adalah
bertepatan dengan kehujahan Urf kerana ianya bagi menjaga keadilan terhadap
pengagihan harta suami isteri setelah berlaku kematian atau perceraian.

16

RUJUKAN
Al-Quran
Tafsir Pimpinan Al- Rahman.2001. Terj: Sheikh Abdullah Basmeih. Cet.12. Kuala
Lumpur : Darul Fikir.
Dr. Mat Saad Abd. Rahman. 2002. Undang-Undang Kekuarga Islam Aturan Perkahwinan
Suatu Pendekatan Berdasarkan Amalan Semasa. Selangor .
Hj Hassan bin Ahmad, Hj Muhammad Saleh bin Hj Ahmad 2002. Usul Al-Fiqh dan
Qawaid Al-Fiqhiyyah. Kuala Lumpur : Pustaka Hj Abdul Majid.
Muhammad Saleh B. Haji Ahmad 2005: Usul Al-Fiqh. Kuala Lumpur: Pustaka Hj Abdul
Majid.
Md. Akhir Hj. Yaacob & Dr. Siti Zalikhah Md. Noor. 1989. Beberapa Aspek Mengenai
Enakmen Keluarga Islam Di Malaysia. Cet. 1. Selangor : Al-Rahmaniah.
Ahmad Hidayat Buang. 1998. Undang-undang Islam di Mahkamah mahkamah Syariah
di Malaysia. Jabatan Syariah dan Undang-undang Akedemi Pengajian Islam Universiti
Malaya.
Zaini Nasohah. 2002. Perceraian:Hak Wanita Islam. Utusan Publications & Distributors
Sdn. Bhd.
http://usulfiqh2.blogspot.com/2009/04/tajuk-urf.html 25/5/2015
https://www.academia.edu/249304/INSTRUMEN_URF_DAN_ADAT_MELAYU_SEB
AGAI_ASAS_PENETAPAN_HUKUM_SEMASA_DI_MALAYSIA 25/05/2015

17

Anda mungkin juga menyukai