Anda di halaman 1dari 19

KEPENTINGAN MAQASID

SYARIAH KEPADA
MASYARAKAT UMUM DAN
MUJTAHID
HUSAIRI
MEGA
HUSNA
BAZILAH

MAQASID SYARIAH adalah:

Kiblat kepada semua peraturan syariah dan kiblat


kepada mukallaf dalam setiap taklif yang
dilaksanakan.
Ianya merupakan penghubung antara hukum-hukum
syariah dan mencerminkan keistimewaan dan
kecantikan agama.
Memastikan sifat perhambaan kita kepada Allah yang
mempunyai hikmah dari suatu hukum (maksud dan
tujuan hukum yang berlaku).

KEPENTINGAN MAQASID SYARIAH KEPADA


MASYARAKAT AM
1. Menambahkan iman kepada Allah dan mengukuhkan aqidah Islam
dihatinya, memberinya kecukupan pada agamanya dan ini akan
mendorongnya untuk berpegang teguh dengan peraturan dan
menjauhi dari sebarang larangan, menambah kecintaanya kepada
syariat, memberinya ketetapan untuk berada diatas syariat dan
menunjukkan rasa kemegahan terhadap agamanya.
2. Memberi atau mewujudkan pertahanan dalaman terhadap
serangan pemikiran dan aqidah serta slogan-slogan yang
memperdaya serta tomahan terhadap Islam.
3. Wajib bagi setiap muslim untuk memastikan niat dan kehendaknya
bertepatan dengan kehendak syara, ini kerana jika bertentangan
dengan kehendak syara akan memberi akibat yang buruk sama
ada di dunia ataupun di akhirat.

Dapat memastikan sifat perhambaan yang dikehendaki


oleh Allah terlaksana dengan sempurna.
Para pendakwah mestilah menerangkan objektif syariah
secara berterusan bagi memberi kepuasan hati terhadap
agama Allah, juga menggalakkan manusia untuk beramal
dengan syariat-Nya. Ini kerana tabiat manusia suka
kepada yang bermanfaat. Selain itu pengetahuan seorang
dai terhadap maqasid syariah membolehkannya untuk
menyusun keutamaan dalam kerja-kerja berdasarkan
realiti semasa. Sebagaimana:
-

Mengutamakan dharuriyyat terhadap hajiyyat dan


tahsiniyyat.

Mengutamakan maslahah am terhadap maslahah


khasah.

Mencegah berlakunya bahaya yang lebih besar.

KEPENTINGAN MAQASID
SYARIAH KEPADA MUJTAHID
Kebanyakan ulama telah
mensyaratkan bahawa seseorang
mujtahid hendaklah mengetahui
dengan mendalam mengenai
maqasid maqasid syariah sebelum
beliau boleh mengeluarkan
sebarang fatwa.

IMAM SYAFIE MENYATAKAN SEPERTIMANA YANG DINUKILKAN OLEH


IMAM AL-JUWAYNI:

Jika berlaku persoalan dan seorang mujtahid itu


perlu untuk memberikan hukum, maka perkara
pertama yang perlu dibuat ialah melihat kepada
nas-nas al-Quran. Jika didapati padanya hukum,
maka itulah hukum yang sepatutnya. Sekiranya
tidak didapati, maka dia perlu melihat kepada
hadith-hadith yang mutawatir. Jika tiada,
hendaklah dia melihat kepada hadith-hadith
ahad... Jika pada tahap ini masih tiada hukum
didapati, janganlah dia menggunakan kaedah qiyas
lagi, tetapi dia perlu melihat kepada kulliyah
syara (maqasid syariah) dan mashalih alAmmah

Sheikh al-Islam Ibn Taimiyyah: Sehingga


saat ini, aku tidak mengetahui pandangan
yang dikemukakan oleh sahabat yang
disepakati oleh mereka kecuali bertepatan
dengan qiyas. Tetapi, ilmu mengenai qiyas
yang betul dan qiyas yang salah
merupakan ilmu yang sangat bermanfaat.
Tidak mengetahui yang demikian itu
kecuali orang yang mahir mengenai rahsiarahsia syarak dan maqasidnya dan apa
yang terkandung dalam syariat Islam ini
daripada aspek maslahah.

Menurut Imam al-Ghazali: Maqasid syariah


merupakan kiblat bagi para mujtahidin. Barangsiapa
yang menuju kepadanya maka dia telah memperolehi
kebenaran.
Imam Izz al-Din bin Abd Salam menyatakan:
Barangsiapa yang mengikuti kehendak syara dalam
memberi kebaikan dan menjauhi keburukan, maka dia
akan memperolehi keyakinan dan pengetahuan
daripada himpunan-himpunan tersebut bahawa
maslahah ini tidak wajar diabaikan dan mafsadah ini
tidak wajar didekati walaupun di sana tiada ijmak
atau nas atau qiyas khusus.

PENTINGNYA MAQASID SYARIAH


YANG AM DAN MUJTAHID
Ibnu Taimiyah berkata: Adapun tahu
terhadap al-Quran dan isi kandungan
hukumnya, mengetahui terhadap hukum
tersebut adalah fardhu kifayah dan tidak wajib
bagi seorang muslim untuk mengetahui
secara detail samada secara lafaz atau
maknawi. Akan tetapi, menjaga dan
melestarikannya merupakan kewajipan bagi
seluruh ummat muslim didunia serta menjaga
dan melestarikannya lebih diutamakan
daripada berjihad dijalan Allah

Sebagaimana Rasulullah pernah bersabda;


Wajib bagi seorang mukmin untuk berjihad
dijalan Allah kerana jihad itu merupakan tiang
agama dan penyempurnaan bagi agama
tersebut
Erti daripada hadith tersebut adalah
melaksanakan kewajipan dan sunnah-sunnah
Rasul secara keseluruhan, sementara itu
menjaga kitab Allah, beriman kepadanya,
mengharamkan terhadap apapun yang
diharamkannya, menghalalkan yang
dihalalkannya merupakan kewajipan bagi setiap
individu muslim sebagaimana al-Quran yang
berbunyi:

Kesimpulan dari pendapat Ibnu Taimiyyah


diatas:

Faham terhadap al-Quran dan as-Sunnah secara


lafaz dan makna maka itu hukumnya adalah
fardhu kifayah.
Menjaga dan melestarikannya lebih diutamakan
daripada berjihad di jalan Allah.
Mengetahui terhadap maqashid syariah
merupakan asas dan tiang agama.
Maqashid syariah merupakan tujuan daripada
hukum-hukum syariah serta melaksanakan
kewajipan dan sunnah-sunnah Rasulnya.
Mengetahui dan memahami ilmu maqashid
syariah merupakan syarat kebolehan berijtihad
dan menjadi pemimpin di dalam agama.

Menurut Ibnu Qayyim mengetahui maqashid


syariah merupakan hal yang paling penting
bagi seorang mujtahid serta merupakan
salah satu syarat baginya dalam berijtihad
kerana hal tersebut akan menjaganya dari
kesalahan dalam melakukan ijtihad.
Menurut as-Syatibi Seseorang yang
berijtihad akan mendapatkan derajat
mujtahid apabila dia menguasai dua bidang
keilmuan, yaitu, menguasai ilmu maqashid
syariah dengan sempurna dan menguasai
bagaimana cara mengistimbathkan
hukumnya yang di dasarkan pada ilmu
maqashid syariahnya

Demikian juga pendapat Imam Asyur dan Imam Ilal al-Fasi yang
menyatakan tentang pentingnya belajar ilmu maqashid syariah
dalam kaedah yang disampaikannya:

"

Memahami hukum-hukum syariah beserta dalil-dalilnya.


Menggunakan dalil-dalil yang benar dan tidak bertentangan
dengan dalil-dalil yang lain.
Menqiyaskan satu hukum yang baru dengan hukum yang
sudah ada di dalam hukum-hukum syariah.
Memberikan hukum terhadap keadaan ataupun perkaraperkara baru yang muncul dikalangan masyarakat.
Mengurangi hukum-hukum yang bersifat taabbudi

Kepentingan Maqasid Syariah


kepada Mujtahid untuk:
1) Memahami dan mentafsir nas-nas beserta mengetahui
petunjuk dalil tersebut.

Sahabat dan tabiin tidak perlu dhawabit kerana nas-nas diturunkan dalam
lingkungan budaya hidup mereka dan boleh merujuk terus kepada Nabi
Muhammad.

Ia tidak boleh ditafsir secara harfi tetapi hendaklah dihubungkan antara hukum
dan maslahah yang dibawa oleh nas tersebut berdasarkan petunjuk hukum dan
ruh syarak dan illah-illah.

Maqasid syariah membantu pemahaman dan pentafsiran nas-nas syariat serta


menentukan dilalah2 lafaz kerana lafaz dan ibarat kadang-kadang berbagai
maksudnya.

Maqasid syariah membantu untuk memfokuskan pada maksud sebenar syarak.

2) Mentarjih antara dalil-dalil yang bertentangan


dan mencari penyelesaian antara pertentangan
tersebut.

Hakikatnya dalil-dalil ini bertentangan dari aspek zahir sahaja kerana


syariah itu suatu yang mempunyai gabungjalin yang harmoni dan selaras.

Jika terdapat pertentangan, mujtahid hendaklah mentarjihkannya dan


maqasid syariah membantu dalam pentarjihan tersebut.

Maqasid syariah juga mampu mengurangkan percanggahan fiqh dan


ketaasuban mazhab antara orang islam.

3) Mengetahui mengenai hukum-hukum semasa


yang tiada nas yang khusus

Ibnu Asyur : Apabila terdapat keperluan mendesak kepada mujtahid untuk


menerangkan hukum berasaskan kaedah qiyas atau istislah atau istihsan dan
sebagainya, maka maqasid perlu diberi perhatian dengan teliti dan
menjadikannya sebagai indikator dalam mengetahui masalah hukum
tersebut.

Fiqh maqasidi ialah fiqah ketamadunan moden yang merangkumi prospek


kehidupan keseluruhan yang menjadikan rangka kerjanya sumber yang
berautoriti dan standardnya sistem yang berkualiti.

Ia diperlukan untuk memahami hukum syariah yang dinaskan atau pun


tidak dinaskan sebagai melihat keluasan syariah dan kesyumulannya juga
untuk mengelakkan berlaku penyelewengan syariat.

Ijtihad maqasidi ini meluaskan sempadan nas-nas syarak sehingga


meluasnya pengaplikasian syariah dalam semua situasi. Ini memberi
makna pada syariah yang kekal dan syumul.

Maqasid syariah sebagai alat untuk meluaskan ijtihad dan keluar


daripada taqlid dan jumud dan menjadikan sebagai penawar yang baru
pada masalah yang pelbagai dalam dunia islam hari ini.

Ia juga sebagai jaminan syariat Islam itu berterusan pada masa dan
generasi yang datang selepas masa syariah diturunkan.
Dalam aspek ini, Imam Malik menetapkan kehujahan masalih mursalah,
dan imam-imam yang meraikan kulliyat syariah dharuriyyah, hajiyyah
dan tahsiniyyat dengan nama-nama yang pelbagai.

Maka, tidak dapat tidak bagi faqih untuk menentukan hukum dalam isu-isu
semasa
mempraktikkan
Maqasid
Syariah
Ammah.

4)
Mengaplikasi
hukum-hukum
syariah
berorientasikan tempat dan zaman ( fiqh semasa
dan tahqiq al-manat)

Syarat untuk berijtihad maqasidi yang perlu dipenuhi iaitu aspek syarak,
bahasa dan semasa sehingga mampu mujtahid melakukan peranannya
dengan sebaik mungkin.

Al-syatibi berkata : setiap dalil syari dibina di atas 2 asas : salah satunya
merujuk kepada tahqiq al-manat dan yang kedua merujuk kepada hukum
syarak itu sendiri.

Mujtahid memerlukan maqasid syariah untuk kesahihan memahami nasnas dan pelaksanaannya ke atas perkara-perkara realiti semasa.

Untuk mencapai maksud syarak mestilah meraikan faktor-faktor semasa


dan setempat dan untuk menjaga maslahah melihat uruf dan situasi2
yang berubah.

5) Melaksanakan keseimbangan dan kesaksaman pada


hukum-hukum tanpa kepincangan.
.

Disyaratkan ke atas qadhi, orang alim, faqih dan mujtahid untuk meletakkan
maqasid dalam membina pandangannya untuk menerangi jalan, meluruskan
laluannya dan membantu sampai kepada kebenaran dan keadilan.

Ini kerana maqasid ini sebagai platform kepada al-muhkamat yang terkandung
padanya al-mutasyabihat dan alkulliyyat yang terkandung padanya juziyyat.

Maka akan menghasilkan hukum-hukum yang seimbang dan saksama tiada


kepincangan padanya. In sya Allah.

Sekian, Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai