Anda di halaman 1dari 16

AURAT DALAM ISLAM MUKADDIMAH Dewasa ini kita sering didedahkan di dada akhbar tentang perilaku sumbang mahram,

perlakuan seks luar tabi'e dan kes rogol yang bukan sahaja melibatkan orang luar tetapi keluarga sendiri seperti bapa rogol anak,abang rogol adik kandung dan sebagainya. Kejadian "Haruan makan anak" adalah kes yang lumrah hingga tidak menimbulkan perasaan gerun,marah,simpati kepada masyarakat. antara faktor terjadinya perkara di atas, adalah pengabaian kaum hawa dalam perkara-perkara yang melibatkan tentang aurat mereka. Ini ditambah dengan pengaruh asing dalam dunia fesyen yang mudah mempengaruhi kaum wanita hingga meminggirkan soal-soal agama. Kita tidak menolak fesyen, tetapi garis panduan syarak perlu diletak di peringkat utama dalam semua keadaan. Dengan kreativiti pereka fesyen yang mempunyai roh islam, pakaian wanita seperti jubah tetap menarik yang menepati urusan agama dan bersesuaian dengan era moden dan terkini. PENGERTIAN AURAT Aurat diambil dari perkataan Arab 'Aurah' yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah feqah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan. Di dalam islam terdapat beberapa keadaan di mana masyarakat islam dibenarkan membuka aurat dan ia hanya pada orang-orang yang tertentu. Di dalam risalah ini akan diterangkan beberapa perkara yang bersangkutan dengan aurat untuk dijadikan renungan dan tatapan bersama. PERINTAH MENUTUP AURAT Perintah menutup aurat telah difirmankan oleh allah s.w.t dalam surah al-ahzab ayat 33 yang bermaksud : "Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu, dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat, dan taatilah kamu kepada allah dan rasulnya. Sesungguhnya allah (perintah kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkaraperkara yang mencemarkan dari kamu wahai "Ahlu Bait", dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji). Dari penerangan ayat di atas, jelaslah kepada kita bahawa hukum menutup aurat adalah wajib sebagaimana wajibnya perintah mengerjakan sembahyang,berzakat dan perintah-perintah yang lainnya. Dengan menutup aurat, wanita islam mudah dikenal dan dapat mengelak dari diganggu oleh

mereka yang ingin mengambil kesempatan. Wanita yang menutup aurat akan mudah dikenali.Jika sekiranya mereka membuka aurat dengan sewenang-wenangnya, maka dengan secara tidak langsung mereka cuba merangsang lelaki untuk mengganggunya. Maka berlakulah perkara-perkara sumbang,dengan itu juga akan timbullah berbagai-bagai fitnah dari masyarakat tentang diri mereka. Dalam hal ini allah s.w.t telah berfirman dalam surah al-ahzab ayat 59 yang bermaksud : "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan (ingatlah) allah adalah maha pengampun lagi maha mengasihani. ASAS AURAT Islam telah menggariskan batasan aurat pada lelaki dan wanita.Aurat asas pada lelaki adalah menutup antara pusat dan lutut. Manakala aurat wanita pula adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Aurat lelaki pada bila-bila masa dan apabila bersama-sama sesiapa pun adalah sama iaitu antara pusat dan lutut. Tetapi bagi wanita terdapat perbezaan dalam beberapa keadaan antaranya : 1. Aurat Ketika Sembahyang Aurat wanita ketika sembahyang adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. 2. Aurat Ketika Sendirian Aurat wanita ketika mereka bersendirian adalah bahagian anggota pusat dan lutut. Ini bererti bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat antara pusat dan lutut. 3. Aurat Ketika Bersama Mahram Pada asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah antara pusat dan lutut. Walau pun begitu wanita dituntut agar menutup mana-mana bahagian tubuh badan yang boleh menaikkan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri. Perkara ini dilakukan bagi menjaga adab dan tatsusila wanita terutana dalam menjaga kehormatan agar perkara-perkara sumbang yang tidak diingini tidak akan berlaku. Oleh itu, pakaian yang labuh dan menutup tubuh badan dapat menutup syahwat lelaki. Pakaian yang digalakkan walaupun semasa bersama mahram adalah pakaian yang lengkap dan labuh. Syarak telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang

wanita iaitu : 1.Suami 2.Ayah,termasuk datuk belah ibu dan bapa 3.Ayah mertua 4.Anak-anak lelaki termasuk cucu sama ada dari anak lelaki atau perempuan 5. Anak-anak suami Dalam perkara ini islam mengharuskan isteri bergaul dengan anak suami kerana wanita tersebut telah dianggap dan berperanan sebagai ibu kepada anak-anak suaminya. 6. Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa 7. Anak saudara lelaki kerana mereka ini tidak boleh dinikahi selama-lamanya 8. Anak saudara dari saudara perempuan 9. Sesama wanita sama ada kaitan keturunan atau seagama 10. Hamba sahaya 11. Pelayan yang tidak ada nafsu syahwat 12. Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita. Walau pun begitu, bagi kanak-kanak yang telah mempunyai syahwat tetapi belum baligh, wanita dilarang menampakkan aurat terhadap mereka. Al-quran dengan jelas menerangkan perkara ini dalam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud : " Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanakkanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka, dan bertaubatlah kamu sekalian kepada allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya". Imam Syafie berpendapat perhiasan yang dimaksudkan dalam ayat diatas terbahagi kepada

dua makna iaitu: 1. Perhiasan yang bersifat semulajadi seperti muka,pipi,mulut,mata,bibir,hidung,kaki,betis,peha dan lain-lain anggota. 2. Perhiasan seperti pakaian,alat-alat solek,cincin,rantai leher, gelang kaki dan sebagainya. Oleh itu, umat islam digalakkan mengawal diri agar tidak melanggar batasan-batasan yang telah digariskan oleh islam terutamanya dalam soal perhiasan dan berpakaian. 4.Aurat Ketika Di Hadapan Lelaki Bukan Mahram Kewajipan menutup aurat dihadapan lelaki bukan mahram adalah amat penting dan perlu dilaksanakan oleh setiap wanita, bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini seperti rogol dan sebagainya. Perkara ini terjadi disebabkan memuncaknya nafsu para lelaki akibat dari penglihatan terhadap wanita yang memakai pakaian yang tidak senonoh dan mendedahkan sebahagian tubuh badan mereka. Wanita yang bersuami pula, dengan terlaksanakan kewajipan ini, akan dapat membantu suami, yang mana dosa seorang isteri yang membuka aurat akan ditanggung oleh suami. Oleh itu, wanita-wanita perlulah memahami batas-batas aurat ketika berhadapan dengan orang-orang yang tertentu dalam keadaan yang berbeza-beza. 5. Aurat Ketika Di Hadapan Wanita Kafir Aurat wanita apabila berhadapan atau bergaul dengan wanita bukan islam adalah tutup keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud : Abdullah bin Abbas ada menyatakan, Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya : " Tidak halal kaum wanita islam itu dilihat oleh kaum Yahudi dan Nasrani". 6. Aurat Ketika Bersama Suami Apabila seorang isteri bersama-sama dengan suaminya di tempat yang terlindung dari pandangan orang lain, maka islam telah memberi kelonggaran dengan tiada membataskan aurat pada suaminya. Ini bererti suami dan isteri tiada sebarang batasan aurat terhadap mereka berdua. Isteri boleh mendedahkan seluruh anggota badannya bila berhadapan dengan suaminya. Mu'awiyah bin Haidah mengatakan : "Aku pernah bertanya : Ya rasulullah , bagaimanakah aurat kami, apakah boleh dilihat oleh orang lain?". Baginda menjawab :"Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau hamba abdi milikmu". Aku bertanya lagi :" Ya rasulullah , bagaimanakah kalau ramai orang mandi bercampur-baur di satu tempat? " Baginda menjawab : "Berusahalah seboleh mungkin agar engkau tidak melihat auratmu". Aku masih bertanya lagi: " Ya rasulullah, bagaimanakah kalau orang mandi sendirian?" Baginda menjawab : "

Seharuslah ia lebih malu kepada allah daripada malu kepada orang lain". (Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud) PAKAIAN DALAM ISLAM Dalam membicarakan soal pakaian wanita, islam tidak menetapkan pakaian tertentu tetapi wanita islam perlu mengikuti garis panduan syarak seperti berikut: i. Pakaian itu hendaklah menutup aurat ii. Pakaian itu hendaklah longgar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan susuk tubuh badan. Usamah bin Zaid pernah menceritakan bahawa rasulullah s.a.w telah menerima hadiah sejenis kain Qibtiah yang kurang tebal daripada seorang yang bernama Dahiyah Al-Albi dan rasulullah s.a.w pula menghadiahkan kain tersebut kepada beliau (Usamah bin Zaid) , untuk dibuat pakaian tetapi Usamah memberikan kepada isterinya. Suatu hari rasulullah s.a.w bertanyakan Usamah : "Kenapa engkau tidak memakai kain Qibtiah itu?" Usamah menjawab :" Saya telah berikan kepada isteri saya". Lalu rasulullah s.a.w bersabda kepada Usamah :" Suruhlah isterimu mengalaskan kain tersebut dengan kain yang lain di bawahnya, kerana aku bimbang jika kain Qibtiah itu tidak digalas, maka akan kelihatanlah besar kecil tulang-tulang badan isterimu (bentuk tubuh badan isterimu)". iii. Pakaian itu diperbuat daripada kain yang agak tebal, tidak nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan. Selain daripada itu, pakaian wanita hendaklah dibuat dari kain yang tidak terlalu licin dan lembut hingga melekat di tubuh dan membayangkan kulit pemakainya. Pakaian yang dibuat daripada kain-kain tersebut boleh mempamerkan rupa bentuk anggota badan wanita yang boleh mengghairahkan lelaki yang memandangnya. iv. Pakaian itu tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik perhatian orang melihatnya. v. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan bahawa rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina". vii. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir atau musyrik. Dengan memakai pakaian yang menutup aurat, seseorang wanita telah menunjukkan harga diri sebenar seorang wanita dan sekaligus menghindari perbuatan tidak senonoh di kalangan para lelaki terhadap wanita. Wanita yang menutup aurat dan berpegang teguh dengan ajaran islam akan mendapat keredhaan allah s.w.t dan lelaki akan memandang mereka dengan pebuh rasa hormat dan memberi penghormatan yang tinggi bersesuaian dengan sifat mereka yang pemalu dan

bersopan santun. KESIMPULAN Di antara tujuan berpakaian itu, ialah untuk menutupi atau melindungi bahagian-bahagian yang tertentu. Jika mereka memilih pakaian yang semakin nipis atau jarang hingga boleh dikesan atau dilihat auratnya, maka ini bererti pakaian yang dipakainya sudah tidak berfungsi lagi. Justeru itu, tutuplah aurat dan berpakaianlah mengikut akhlak yang dianjurkan oleh islam.

Terbitan : Bahagian Pengurusan Dakwah,Jabatan Agama Islam Selangor.


http://www.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=98&Itemid=1

Aurat Dalam Islam Dan Batasannya

Abstrak: Untuk menjaga syariat ini pada semua aspeknya,Syariat islam telah mengharamkan zina yang boleh menuju ke kemuncak kerosakan sesuatu kehormatan, sehingga syariat islam telah melarang dan menutup semua punca yang akan mendorong kepada penzinaan dan mjenegah semua perantaraan yang mendorong kearah perbuatan maksiat. BahagianPertama:Ta'rif Aurat Bahagian Kedua :Batasan Aurat Lelaki Dan Perempuan Bahagian Ketiga :Perbincangan Berkenaan Dengan Hukum Bersalaman Diantara Lelaki Dan Perempuan.(Fatwa Dr. Yusuf Al-Qardhawi) Bahagian Keempat:Perbincangan Berkenaan Hukum Pergaulan Diantara Lelaki Dan Perempuan. Bahagian Pertama:Ta'rif Aurat Dari segi bahasa membawa maksud kekurangan, Dari segi istilahnya pula, apa-apa yang wajib ditutupnya dan apa-apa yang haram untuk dilihatnya (anggota badan). Dalil yang mewajibkan bagi menutup aurat:

.(31 :

)(

Maksudnya:( Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) mesjid [534], makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan [535]. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.) Ibnu Abbas mentafsirkan perkataan sebagai pakaian bagi menutup aurat dan dalil tersebut juga digunakan untuk mewajibkan menutup aurat. Rasulullah (S.A.W) bersabda: ( ): ( ( ) )

Maksudnya:( Tidak diterima sembahyang (seseorang perempuan) itu yang haid akan tetapi (diterima) dengan menutup kepala.) * = Apa yang digunakan untuk menutupi kepala perempuan.

Dan bersabda lagi Rasullulah (S.A.W): ( , , , )

Maksudnya:( Wahai Asma' Sesungguhnya apabila seseorang perempuan telah baligh, Tidak boleh diperlihatkan ini dan ini. Sambil mengisyaratkan kearah muka dan tapak tangan.) Dan sememangnya telah bersepakat ulama' wajib menutup aurat bagi wanita secara mutlak.didalam sembahyang dan selainnya. Syarat Syarat bagi menutup aurat: 1.Wajib menutup aurat dengan menggunakan kain yang tebal (tidak terlalu nipis): Maka wajib menutup dengan menggunakan kain yang berwarna jelas (tidak warna yang seolah-olah menampakkan tubuh atau warna kulit). Mazhab Syafie berpendapat: 2.Syafieyyah dan Hanabalah mensyaratkan: Pakaian yang menutup aurat itu perlulah secara menyeluruh (tidak ada lubang-lubang atau yang sebagainya). Dan ini bermakna tidak memadai hanya dengan berkain tebal dan berwarna jelas. 3.Dan perlu juga menutup pada bahagian sisinya (disebalah kanan dan kiri). Bahagian Kedua:Batasan Aurat Lelaki: Bermula dari pusat hingga ke lutut. Ini berdalilkan hadis : ( ):

Maksudnya: (Diantara benda (aurat) yang tidak boleh (dilihat) ialah dari pusat sehingga lutut.) Perempuan dan khunsa: Keseluruhan badannya kecuali muka dan dua tapak tangan termasuk juga rambut. Ini berdalilkan firman Allah Taala:

)( .(31

Maksudnya: (Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lakilaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung). Perhiasan yang (biasa) nampak daripadanya iaitu apa yang zahir daripadanya (muka dan kedua tapak tangan). Keseluruhan ulama bersepakat suara wanita bukanlah aurat, Ini berdasarkan tindakan para sahabat sendiri mendengar perkara yang berkaitan dengan agama daripada para isteri Rasullulah (S.A.W). Akan tetapi haram mendengar suara wanita yang dilenggok-lenggokkan atau dilembutkan dengan tujuan untuk menggoda yang boleh membangkitkan nafsu, walaupun suara bacaan Al-Quran. Kerana dibimbangi akan berlakunya fitnah. Bahagian Ketiga :Perbincangan Berkenaan Dengan Hukum Bersalamn Diantara Lelaki Dan Perempuan. Sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi, permasalahan hukum berjabat tangan diantara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim merupakan masalah yang amat penting dan untuk memutuskan hukumnya bukan semudah yang disangka. Ianya memerlukan kesungguhan dan pemikiran yang tidak dipengaruhi oleh anasir-anasir luaran yang akan menjerumus kepada mengikut hawa nafsu semata-mata. Sebelum kita mendiskusikan permasalahan ini, Sayugianya saya mengeluarkan dua permasalahan yang diperbincangkan oleh para Fuqaha'. Pertama:Diharamkan berjabat tangan dengan wanita apabila disertai dengan syahwat dan taladzzud (bersedap-sedap) dari salah satu pihak, lelaki atau wanita (kalau keduanya dengan syahwat sudah semestinya lebih terlarang lagi) atau kemungkinan akan berlakunya fitnah (dengan bersalaman tersebut). Berdalilkan sabda Rasulullah (S.A.W):

-(

)(

Maksudnya:Dari Umaimah binti Raqiqah, bersabda Rasulullah (S.A.W) (Sesungguhnya aku tidak bersalaman dengan wanita) Kedua:Dibolehkan berjabat tangan dengan wanita tua yang sudah tidak punya ghairah terhadap lelaki, samalah hukumnya terhadap kanak-kanak yang belum mempunyai syahwat terhadap lelaki, kerana berjabat tangan dengan mereka itu aman dari sebab-sebab fitnah. Begitu juga bila lelaki sudah tua dan tidak punya ghairah terhadap wanita. Hal ini berdasarkanpada riwayat dari Abu Bakar r.a bahawa beliau pernah berjabat tangan beberapa orang wanita tua. Dan Abdullah bi Zubair mengambil pembantu wanita tua untuk merawatnya, adakalanya wanita tua itu mengusapnya dengan tangannya dan membersihkan kepalanya. Dan ini juga berdasarkan dalil daripada firman Allah Subhanahuwataala:

) .(60 : )(

Maksudnya: Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haid dan mengandung) yang tiada ingin kahwin (lagi), tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian (Maksudnya: pakaian luar yang kalau dibuka tidak menampakkan aurat) mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan, dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Bijaksana. Bahagian Keempat:Perbincangan Berkenaan Hukum Pergaulan Diantara Lelaki Dan Perempuan.

Pergaulan diantara lelaki dan perempuan (ikhtilat) merupakan suatu ciri pergaulan masyarakat jahiliyah dimana ia juga berasaskan kepada nilai-nilai dan sistem hidup jahiliyah. Ia merupakan bentuk pergaulan yang telah ditolak oleh islam semenjak kedatangan Rasulullah saw yang membawa sisitem dan nilai hidup yang dipandu al_Quran dan asSunnah.
Ikhtilat Menurut Hukum Islam Secara teorinya Islam yang dibina di atas asas aqidah dan keimanan yang mutlak kepada Allah bertujuan untuk menonjolkan ciri-ciri kemanusiaan dan meninggikan darjat kemanusiaan itu di atas segala darjat yang lain, oleh itu pada praktiknya ia tidak dapat menerima sebarang bentuk pergaulan yang diasaskan di atas ciri-ciri kebinatangan di dalam proses pembentukan dan existensi (wujudiah) masyarakatnya. Ini selaras pula dengan kejadian manusia sebagai makhluk yang baik. Firman Allah: (4) (3) (2) (1)

Maksudnya: Demi buah tin dan zaitun dan gunung Tur Sina serta negeri Mekah yang aman ini. Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.

Tegasnya Islam bertujuan melahirkan suatu keperibadian dan generasi manusia yang menepati ciri-ciri kejadiannya yang sangat tinggi supaya ia dapat memenuhi kembali tugasnya sebagai hamba yang mengabdikan diri kepada Allah semata-mata, menerima arahanNya semata-mata, begitu juga tunduk dan patuh kepadaNya semata-mata, dan sebagai pemimpin kepada ummat manusia seluruhnya.
Ikhtilat pada prinsipnya dijelmakan dalam bentuk hubungan bebas antara lelaki dan perempuan yang ajnabi, ia boleh berlaku samada di tempat sunyi atau di tempat yang terbuka. Kesan dari perhubungan semacam ini membuka ruang kepada berlakunya perzinaan di dalam masyarakat. Sabda rasulullah saw:Maksudnya: Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang ketiganya. Syariat Islam mengharamkan kepada lelaki melihat kepada wanita lain yang bukan muhrim. Seorang lelaki tidak diperbolehkan memandang kepada orang perempuan selain kepada isterinya dan wanita-wanita muhrimnya. Firman Allah:) ( 31

Maksudnya: Katakanlah kepada lelaki-lelaki dari oarang-orang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan merekadan katakanlah kepada orang perempuan-perempuan dari orangorang yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka. Sabda Rasulullah saw : ( )

Maksudnya: Wahai Ali janganlah pandangan (yang kedua) menuruti pandangan (yang pertama) kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagimu sedang yang kedua tidak (dosa ke atasmu). Tersebut dalam kitab al-Majmuk Bahawa apabila seorang lelaki ingin melihat kepada perempuan yang ajnabiah tanpa sebab yang syar ie, maka haram baginya yang demikian itu. Haram baginya melihat samada aurat perempuan itu ataupun selain auratnya dan haram juga kepada perempuan melihat kepada lelaki yang ajnabi samada kepada auratnya atau selain auratnya tanpa sebarang sebab yang syar ei maksud dari penegahan ini keatas golongan lelaki adalah untuk mengelakkan mereka daripada godaan syaitan ( ) dan godaan ini juga berlaku ke atas golongan perempuan lantaran golongan perempuan itu terlebih segera menerima godaan kerana sifat syahwatnya yang terlebih kuat, maka haram keatasnya penglihatan itu .

2.4 Oleh kerana menahan pandangan mustahil dapat dilakukan dalam bentuk pergaulan yang bebas (bercampur lelaki dan perempuan) maka sayugialah Islam bertindak mengharamkannya, dan Islam menetapkannya kepada setiap lelaki dan perempuan yang ingin bermuamalat bahawa ia mestilah mengadakan sekatan yang menghalang penglihatan di antara keduanya. Firman Allah:( )

Maksudnya: Apabila kamu minta dari perempuan akan sesuatu seperti alat-alat yang digunakan di dalam rumah, baldi atau pinggan atau belajar ilmu atau minta sesuatu fatwa maka hendaklah kamu minta itu dari balik tabir iaitu dari belakang tabir iaitu dari suatu sekatan di antara kamu dengan perempuan itu.
Al-Imam Qurtubi di dalam mentafsirkan firman Allah ini berkata: Pada ayat ini terdapat dalil yang menunjukkan bahawa Allah mengizinkan perempuan mukminah menguruskan permasalahan mereka melalui belakang tabir samada masalah itu merupakan hajat-hajat yang mendatang atau masalah-masalah hukum yang memerlukan fatwa. Termasuk di dalam perintah ini semua golongan wanita, berdasarkan asas-asas syariah yang terkandung di dalam ayat ini bahawa tubuh perempuan seluruhnya adalah aurat termasuklah badan dan suaranya seperti yang telah dinyatakan. Maka adalah haram mendedahkan aurat tersebut (kepada penglihatan lelaki ajnabi) melainkan kerana keperluan seperti persaksian yang dilakukan keatasnya atau pengubatan pada tubuhnya atau pun soalan-soalan atas apa yang berlaku khusus kepadanya. Sabda Rasulullah saw:

( Maksudnya: Tidak boleh bersunyi seseorang dari kamu dengan perempuan dan tidak boleh bermusafir seorang perempuan melainkan bersamanya muhrim.

Kecenderungan naluriah antara lelaki dan perempuan adalah kecenderungan yang dalam sekali. Membangkitkan kecenderungan ini pada setiap saat akan menambah geloranya lagi. Pandangan mta merangsang, gerak geri badan merangsang, gelak ketawa merangsang dan gurau senda membangkit hasrat. Jalan yang aman ialah mengurangi hal-hal yang membangkitkan hasrat tersebut, dan itulah jalan yang dipilih oleh Islam. Berasaskan adab-adab yang kukuh ini memastikan berlakunya hubungan yang bersih, mulia dan terpelihara. Firman Allah:(53: 1.0 KESIMPULAN DAN PENUTUP Sebagaimana yang dinyatakan oleh Almarhum Abdullah Nasih Ulwan bahawa semua nas-nas al_Quran dan nas-nas hadis nabi ini mengharamkan percampuran lelaki dan wanita (ikhtilat) secara pasti, tidak syak lagi dan tidak ada jalan untuk dipertelingkahkan lagi. Seterusnya cara beginilah yang telah dilaksanakan bagi umat Islam pada semua zaman sejarahnya pada abad-abad yang lalu. Oleh itu menjadi kewajipan setiap muslim menegah sebarang kemungkaran ikhtilat yang berlaku. )


Disediakan bersama oleh:Nor Mohd Firdauz Mustafa Syariah Wal Qanun Universiti Al-Azhar.
1.Sila rujuk Ma'alim Fi Tariq 2 Surah At Tin: 1, 2, 3 & 4 3. Hadis Riwayat Turmu 4. Surah An Nur: 31 5. Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Turmizi 6. Kitab Majmuk Syarah Muhazzab, hal. 215/17 7. Surah Al Ahzab:53. Oleh Fatwa Mufti Brunei, fatwa berturut-turut bil.66 , hal .16 tahun 1988 8. Hadis Riwayat Imam Bukhari. 9. Syed Qutb, Tafsir Fi Zilali Al-Quran. 10. Abdullah Nasih Ulwan, Pendidikan Anak-anak Dalam Islam.

"

Batasan Aurat Lelaki dan Wanita


November, 22nd Sumber : http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2059 www.iluvislam.com Oleh : mrcw87* Editor : naadherah Kali ini diriku rasa terpanggil untuk menjelaskan perihal satu masalah yang dipandang biasa oleh kebanyakan remaja. Firasatku mengatakan bahawa semua remaja yang sudah baligh, berakal dan berpendidikan begitu makruf dan memahami situasi ini lebihlebih lagi jika individu tersebut pernah belajar tentang hukum hakam dalam Islam, pernah mengambil subjek agama Islam dan dan jika beliau memang antara seseorang yang mendalami ilmu Islam. Yang sedihnya, golongan yang memahami inilah yang telah melakukan perkara tersebut tanpa segan silu dan tak tahu malu dengan membuka aurat di khalayak ramai. Tidak kira remaja lelaki ataupun wanita, semuanya dikira sama jika aurat mereka masih tidak terjaga. Mungkin mereka masih kabur lagi dalam masalah sebegini sehingga permasalahan ini dipandang sebagai perkara biasa. Contohnya, berseluar pendek, berbaju ketat dan sebagainya. Apa itu aurat? Aurat adalah suatu kehormatan diri bagi seseorang, yang wajib dijaga dan dipelihara sepanjang masa. Walau di dalam apa jua keadaan, menjadi kewajipan ke atas umat Islam menutup aurat. Definisi lain ialah sesuatu yang tidak dibenarkan wanita mempersembahkannya di hadapan lelaki ajnabi ataupun sebaliknya. Dalil-dalil berkenaan penjagaan aurat : Maksud ayat al-Quran, Wahai anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah dan berhias pada tiap-tiap kali kamu pergi tempat ibadat ( masjid ) dan makan serta minumlah. Dan jangan kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas. (al-A`raaf 7:31) Rasulullah saw bersabda: Aurat mukmin terhadap mukmin yang lain adalah haram. (Hadith Riwayat Aththahawi) Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau budak(hamba) wanita yang kamu miliki. Aku bertanya, Ya Rasulullah, bagaimana kalau dia sedang bersendirian? Nabi saw menjawab, Allah lebih berhak (patut) kamu berasa malu. (Hadith Riwayat Bukhari)

Jika seorang anak wanita telah mencapai usia baligh, tidak pantas terlihat darinya selain wajah dan kedua telapak tangannya sampai bahagian pergelangannya. (Hadith Riwayat Imam Abu Daud daripada Qatadah) Jadi berdasarkan dali-dalil di atas menjadi kewajipan ke atas kita menjaga aurat,Maka hukum di sini jika kita membukanya adalah haram dan ditegah dalam agama. Kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu contohnya untuk perubatan. Orang-orang yang suka mendedah aurat mereka pasti akan di azabkan dengan azab yang pedih di akhirat kelak Batasan-batasan aurat : A.Aurat di khalayak awam 1. Aurat lelaki di khalayak ramai ialah antara pusat dan lutut. Namun begitu dia dilarang keluar rumah seperti ke pejabat atau pasar hanya dengan menutup bahagian itu kerana nilai adab turut dihormati oleh Islam dalam pembinaan syarak. 2. Aurat perempuan di khalayak ramai ialah seluruh tubuh badan, kecuali muka dan dua tapak tangan. Namun jika wajah yang dimilikinya sangat cantik, sehinggakan menimbul fitnah, wajib ditutup wajahnya. B.Aurat dengan ahli keluarga 1. Bagi Lelaki, antara pusat dan lutut 2. Bagi perempuan, antara pusat dan lutut C.Aurat sesama jantina (dengan syarat tiada fitnah) 1.Aurat Lelaki dengan lelaki, antara pusat dan lutut 2.Aurat perempuan dengan perempuan, antara pusat dan lutut *Jika menimbulkan fitnah wajib ditutup seluruh tubuh badan. D.Aurat ketika berkhalwat di dalam bilik (sunyi dari pandangan) 1.Aurat lelaki, antara pusat dan lutut dan setengah ulama berpendapat hanya dua kemaluan yang wajib ditutup. 2. Aurat perempuan, antara pusat dan lutut Etika menutup aurat 1.Berpakaian mengikut garisan syarak, yang mana mesti menutup aurat. Aurat bagi lelaki ialah antara pusat hingga ke lutut. Bagi perempuan ialah seluruh tubuh badannya, kecuali muka dan kedua tangan hingga ke pergelangannya. Aurat ini wajib ditutupi dari pandangan penglihatan manusia umum. Haram diperlihat dan haram melihatnya 2.Tidak menyerupai dengan kaum yang engkar kepada Allah. Seperti pakaian ahli gereja, ahli ibadat agama lain atau pakaian yang menjadi symbol kepada ahli kemungkaran, seperti ahli muzik, pelacur dan sebagainya.

3. Pakaian yang dipakai mestilah menutup susuk tubuh badan. Iaitu pakaian yang longgar dengan kesesuaian tubuh badan. Pakaian yang ketat atau sendat, tetap haram sekalipun pada zahir ia telah menutup aurat. Ia adalah kerana susuk tubuh badan merupakan aurat yang perlu dijaga. 4. Pakaian yang tidak bercorak atau berwarna-warni, yang ada daya penggamit pandangan. Hukum melihat aurat Haram bagi seseorang melihat kepada aurat orang lain sekalipun sesama jenis, seperti melihat seorang lelaki kepada aurat seorang lelaki dan perempuan melihat aurat perempuan. Lebih berat lagi jika memandang kepada aurat yang berlainan jenis seperti seorang lelaki melihat kepada aurat perempuan dan sebaliknya. Apatah lagi melihat kepada artis perempuan masa kini Dimaafkan jika terlihat sekilas pandangan sahaja, tanpa memakukan pandangan ke tempat haram tersebut atau mengikuti pandangan pertama dengan pandangan kedua Namun jika melihat kepada aurat sendiri ia dimakruhkan, samada seorang lelaki ataupun perempuan. Makruh juga membuka aurat di tempat yang sunyi dari pandangan manusia seperti di dalam bilik secara bersendirian. Jika terpaksa, seperti perubatan, harus bagi seorang ahli perubatan sesama jenis dengan pesakit melihat kepada aurat pesakit tersebut, tanpa ada mahram yang menemani. Seperti ahli perubatan perempuan melihat kepada aurat pesakit perempuan dan sebaliknya. Jika ahli perubatan berlainan jenis dengan pesakit, seperti ahli perubatan lelaki dan pesakit perempuan, diwajibkan ada bersama mahram yang menemani dan dengan syarat tiadanya ahli perubatan perempuan di sana. Ketika ini, haruslah melihat kepada aurat pesakit tersebut. Akhir sekali. Telah menjadi kewajipan kita semua untuk menegah segala kemungkaran mengikut kemampuan kita masing-masing. Dan kewajipan ke atas kita juga untuk bersama-sama membendung gejala negatif tersebut dari tersebar lebih meluas tanpa batasannya. Semoga penulisan kali ini dapat memberi manfaat kepada semua yang membacanya. Semoga kita tergolong dalam orang-orang yang beriman dan orang-orang yang tahu malu. Wallahua`alam. *sedikit sumber maklumat di perolehi dari jawapan panel kemusykilan agama, JAKIM yang menceritakan perihal aurat berdasarkan pandangan mazhab Syafie.

Anda mungkin juga menyukai