Anda di halaman 1dari 93

MUKADDIMAH

Dewasa ini kita sering didedahkan di dalam akhbar tentang perilaku

sumbang mahram, perlakuan seks luar tabi'e dan kes rogol yang bukan
sahaja melibatkan orang luar tetapi keluarga sendiri seperti bapa rogol anak,
abang rogol adik kandung dan sebagainya. Kejadian ini di panggil "Haruan
makan anak" adalah kes yang lumrah hingga tidak menimbulkan perasaan
gerun, marah, simpati kepada masyarakat. antara faktor terjadinya perkara
di atas, adalah pengabaian kaum hawa dalam perkara-perkara yang
melibatkan tentang aurat mereka. Ini ditambah dengan pengaruh asing
dalam dunia fesyen yang mudah mempengaruhi kaum wanita hingga
meminggirkan soal-soal agama. Kita tidak menolak fesyen, tetapi garis
panduan syarak perlu diletak di peringkat utama dalam semua keadaan.
Dengan kreativiti pereka fesyen yang mempunyai roh islam, pakaian wanita
seperti jubah tetap menarik yang menepati urusan agama dan bersesuaian
dengan era moden dan terkini.

PENGERTIAN AURAT

Aurat diambil dari perkataan Arab 'Aurah' yang bererti keaiban. Manakala
dalam istilah feqah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan
seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.

Di dalam islam terdapat beberapa keadaan di mana masyarakat islam

dibenarkan membuka aurat dan ia hanya pada orang-orang yang tertentu.
Di dalam risalah ini akan diterangkan beberapa perkara yang bersangkutan
dengan aurat untuk dijadikan renungan dan tatapan bersama.
PERINTAH MENUTUP AURAT

Perintah menutup aurat telah difirmankan oleh allah s.w.t . "Dan hendaklah
kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri
seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu, dan
dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat, dan taatilah kamu kepada
Allah dan Rasulnya.

Sesungguhnya Allah (perintah kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana

hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan dari kamu
wahai "Ahlu Bait", dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari
segala perkara yang keji). Al-Ahzab:33.

“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa)

nampak darinya.” An-Nur:31.

Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian

untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian
takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari
tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.AL
A'RAAF:26

“Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” An-Nur:31.

“wa laa yubdiina” (“dan janganlah mereka menampakkan”) An-Nur:31

Dan Hadis Rasulullah riwayat dari Bazzar dan At-Termizi menjelaskan,

“Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan
akan memperhatikannya.”

Dari penerangan ayat di atas, jelaslah kepada kita bahawa hukum menutup
aurat adalah wajib sebagaimana wajibnya perintah mengerjakan
sembahyang, berzakat dan perintah-perintah yang lainnya.

Dengan menutup aurat, wanita islam mudah dikenal dan dapat mengelak
dari diganggu oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan. Wanita yang
menutup aurat akan mudah dikenali. Jika sekiranya mereka membuka aurat
dengan sewenang-wenangnya, maka dengan secara tidak langsung mereka
cuba merangsang lelaki untuk mengganggunya. Maka berlakulah perkara-
perkara sumbang, dengan itu juga akan timbullah berbagai-bagai fitnah dari
masyarakat tentang diri mereka.
Dalam hal ini allah s.w.t telah berfirman dalam surah al-ahzab ayat 59 yang
bermaksud :

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan

perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi
menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian
lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka
dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah maha
pengampun lagi maha mengasihani.

ASAS AURAT

Islam telah menggariskan batasan aurat pada lelaki dan wanita. Aurat asas
pada lelaki adalah menutup antara pusat dan lutut. Manakala aurat wanita
pula adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Aurat
lelaki pada bila-bila masa dan apabila bersama-sama sesiapa pun adalah
sama iaitu antara pusat dan lutut. Tetapi bagi wanita terdapat perbezaan
dalam beberapa keadaan antaranya :

1. Aurat Ketika Sembahyang. Aurat wanita ketika sembahyang adalah

menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

2. Aurat Ketika Sendirian. Aurat wanita ketika mereka bersendirian adalah

bahagian anggota pusat dan lutut. Ini bererti bahagian tubuh yang tidak
boleh dilihat antara pusat dan lutut.

3. Aurat Ketika Bersama Mahra. Pada asasnya aurat seseorang wanita

dengan mahramnya adalah antara pusat dan lutut. Walau pun begitu wanita
dituntut agar menutup mana-mana bahagian tubuh badan yang boleh
menaikkan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri. Perkara ini dilakukan
bagi menjaga adab dan tatsusila wanita terutana dalam menjaga
kehormatan agar perkara-perkara sumbang yang tidak diingini tidak akan
berlaku.

Oleh itu, pakaian yang labuh dan menutup tubuh badan dapat menutup
syahwat lelaki. Pakaian yang digalakkan walaupun semasa bersama mahram
adalah pakaian yang lengkap dan labuh. Syarak telah menggariskan
golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita iaitu :

1.Suami.

2.Ayah,termasuk datuk belah ibu dan bapa.

3.Ayah mertua.
4.Anak-anak lelaki termasuk cucu sama ada dari anak lelaki atau
perempuan.

5. Anak-anak suami Dalam perkara ini islam mengharuskan isteri bergaul

dengan anak suami kerana wanita tersebut telah dianggap dan berperanan
sebagai ibu kepada anak-anak suaminya.

6. Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa.

7. Anak saudara lelaki kerana mereka ini.

tidak boleh dinikahi selama-lamanya.

8. Anak saudara dari saudara perempuan.

9. Sesama wanita sama ada kaitan keturunan atau seagama.

10. Hamba sahaja.

11. Pelayan yang tidak ada nafsu syahwat.

12. Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita.

Walau pun begitu, bagi kanak-kanak yang telah mempunyai syahwat tetapi
belum baligh, wanita dilarang menampakkan aurat terhadap mereka.

Al-quran dengan jelas menerangkan perkara ini dalam surah An-Nur ayat 31
yang bermaksud :

" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya

menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan
memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan
perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah
mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan
kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau
anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara
mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau
perempuan-perempuan islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji
dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada
perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat
perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui
orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka, dan bertaubatlah
kamu sekalian kepada allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu
berjaya". Imam Syafie berpendapat perhiasan yang dimaksudkan dalam
ayat diatas terbahagi kepada dua makna iaitu:

1. Perhiasan yang bersifat semulajadi seperti muka, pipi, mulut, mata, bibir,
hidung, kaki, betis, peha dan lain-lain anggota.

2. Perhiasan seperti pakaian, alat-alat solek, cincin, rantai leher, gelang kaki
dan sebagainya.

3. Oleh itu, umat islam digalakkan mengawal diri agar tidak melanggar
batasan-batasan yang telah digariskan oleh islam terutamanya dalam soal
perhiasan dan berpakaian.

4.Aurat Ketika Di Hadapan Lelaki Bukan Mahram. Kewajipan menutup aurat

dihadapan lelaki bukan mahram adalah amat penting dan perlu dilaksanakan
oleh setiap wanita,bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini seperti
rogol dan sebagainya. Perkara ini terjadi disebabkan memuncaknya nafsu
para lelaki akibat dari penglihatan terhadap wanita yang memakai pakaian
yang tidak senonoh dan mendedahkan sebahagian tubuh badan mereka.
Wanita yang bersuami pula, dengan terlaksanakan kewajipan ini, akan dapat
membantu suami, yang mana dosa seorang isteri yang membuka aurat akan
ditanggung oleh suami. Oleh itu, wanita-wanita perlulah memahami batas-
batas aurat ketika berhadapan dengan orang-orang yang tertentu dalam
keadaan yang berbeza-beza.

5. Aurat Ketika Di Hadapan Wanita Kafir. Aurat wanita apabila berhadapan

atau bergaul dengan wanita bukan islam adalah tutup keseluruhan tubuh
badan kecuali muka dan tapak tangan. Rasulullah s.a.w bersabda dalam
sebuah hadis yang bermaksud:

"Abdullah bin Abbas ada menyatakan, Rasulullah s.a.w pernah bersabda

yang maksudnya :

" Tidak halal kaum wanita islam itu dilihat oleh kaum Yahudi dan Nasrani".

6. Aurat Ketika Bersama Suami. Apabila seorang isteri bersama-sama

dengan suaminya di tempat yang terlindung dari pandangan orang lain,
maka islam telah memberi kelonggaran dengan tiada membataskan aurat
pada suaminya. Ini bererti suami dan isteri tiada sebarang batasan aurat
terhadap mereka berdua. Isteri boleh mendedahkan seluruh anggota
badannya bila berhadapan dengan suaminya. Mu'awiyah bin Haidah
mengatakan :

"Aku pernah bertanya :

Ya rasulullah , bagaimanakah aurat kami, apakah boleh dilihat oleh orang
lain?". Baginda menjawab :"Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau
hamba abdi milikmu". Aku bertanya lagi :

" Ya rasulullah , bagaimanakah kalau ramai orang mandi bercampur-baur di

satu tempat?

" Baginda menjawab : "Berusahalah seboleh mungkin agar engkau tidak

melihat auratmu". Aku masih bertanya lagi:

" Ya rasulullah, bagaimanakah kalau orang mandi sendirian?

" Baginda menjawab : " Seharuslah ia lebih malu kepada allah daripada
malu kepada orang lain".

(Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud)

KESIMPULAN

Di antara tujuan berpakaian itu, ialah untuk menutupi atau melindungi

bahagian-bahagian yang tertentu. Jika mereka memilih pakaian yang
semakin nipis atau jarang hingga boleh dikesan atau dilihat auratnya, maka
ini bererti pakaian yang dipakainya sudah tidak berfungsi lagi. Justeru itu,
tutuplah aurat dan berpakaianlah mengikut akhlak yang dianjurkan oleh
islam.
AURAT DALAM ISLAM
MUKADDIMAH

Dewasa ini kita sering didedahkan di dada akhbar tentang perilaku sumbang mahram, perlakuan
seks luar tabi'e dan kes rogol yang bukan sahaja melibatkan orang luar tetapi keluarga sendiri
seperti bapa rogol anak,abang rogol adik kandung dan sebagainya.

Kejadian "Haruan makan anak" adalah kes yang lumrah hingga tidak menimbulkan perasaan
gerun,marah,simpati kepada masyarakat.

antara faktor terjadinya perkara di atas, adalah pengabaian kaum hawa dalam perkara-perkara
yang melibatkan tentang aurat mereka. Ini ditambah dengan pengaruh asing dalam dunia fesyen
yang mudah mempengaruhi kaum wanita hingga meminggirkan soal-soal agama.

Kita tidak menolak fesyen, tetapi garis panduan syarak perlu diletak di peringkat utama dalam
semua keadaan. Dengan kreativiti pereka fesyen yang mempunyai roh islam, pakaian wanita
seperti jubah tetap menarik yang menepati urusan agama dan bersesuaian dengan era moden dan
terkini.

PENGERTIAN AURAT

Aurat diambil dari perkataan Arab 'Aurah' yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah feqah
pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi
dari pandangan.

Di dalam islam terdapat beberapa keadaan di mana masyarakat islam dibenarkan membuka aurat
dan ia hanya pada orang-orang yang tertentu. Di dalam risalah ini akan diterangkan beberapa
perkara yang bersangkutan dengan aurat untuk dijadikan renungan dan tatapan bersama.

PERINTAH MENUTUP AURAT

Perintah menutup aurat telah difirmankan oleh allah s.w.t dalam surah al-ahzab ayat 33 yang
bermaksud :

"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti
yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu, dan dirikanlah sembahyang serta
berikanlah zakat, dan taatilah kamu kepada allah dan rasulnya. Sesungguhnya allah (perintah
kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang
mencemarkan dari kamu wahai "Ahlu Bait", dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya
(dari segala perkara yang keji).

Dari penerangan ayat di atas, jelaslah kepada kita bahawa hukum menutup aurat adalah wajib
sebagaimana wajibnya perintah mengerjakan sembahyang,berzakat dan perintah-perintah yang
lainnya.

Dengan menutup aurat, wanita islam mudah dikenal dan dapat mengelak dari diganggu oleh
mereka yang ingin mengambil kesempatan.

Wanita yang menutup aurat akan mudah dikenali.Jika sekiranya mereka membuka aurat dengan
sewenang-wenangnya, maka dengan secara tidak langsung mereka cuba merangsang lelaki untuk
mengganggunya. Maka berlakulah perkara-perkara sumbang,dengan itu juga akan timbullah
berbagai-bagai fitnah dari masyarakat tentang diri mereka.

Dalam hal ini allah s.w.t telah berfirman dalam surah al-ahzab ayat 59 yang bermaksud :

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang

beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka
keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik)
maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan (ingatlah) allah adalah maha pengampun lagi maha
mengasihani.
ASAS AURAT

Islam telah menggariskan batasan aurat pada lelaki dan wanita.Aurat asas pada lelaki adalah
menutup antara pusat dan lutut. Manakala aurat wanita pula adalah menutup seluruh badan
kecuali muka dan tapak tangan.

Aurat lelaki pada bila-bila masa dan apabila bersama-sama sesiapa pun adalah sama iaitu antara
pusat dan lutut. Tetapi bagi wanita terdapat perbezaan dalam beberapa keadaan antaranya :

1. Aurat Ketika Sembahyang

Aurat wanita ketika sembahyang adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

2. Aurat Ketika Sendirian

Aurat wanita ketika mereka bersendirian adalah bahagian anggota pusat dan lutut. Ini bererti
bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat antara pusat dan lutut.

3. Aurat Ketika Bersama Mahram

Pada asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah antara pusat dan lutut. Walau
pun begitu wanita dituntut agar menutup mana-mana bahagian tubuh badan yang boleh
menaikkan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri.

Perkara ini dilakukan bagi menjaga adab dan tatsusila wanita terutana dalam menjaga kehormatan
agar perkara-perkara sumbang yang tidak diingini tidak akan berlaku.

Oleh itu, pakaian yang labuh dan menutup tubuh badan dapat menutup syahwat lelaki. Pakaian
yang digalakkan walaupun semasa bersama mahram adalah pakaian yang lengkap dan labuh.

Syarak telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita
iaitu :

1.Suami

2.Ayah,termasuk datuk belah ibu dan bapa

3.Ayah mertua

4.Anak-anak lelaki termasuk cucu sama ada dari anak lelaki atau perempuan

5. Anak-anak suami

Dalam perkara ini islam mengharuskan isteri bergaul dengan anak suami kerana wanita tersebut
telah dianggap dan berperanan sebagai ibu kepada anak-anak suaminya.

6. Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa

7. Anak saudara lelaki kerana mereka ini tidak boleh dinikahi selama-lamanya

8. Anak saudara dari saudara perempuan

9. Sesama wanita sama ada kaitan keturunan atau seagama

10. Hamba sahaya

11. Pelayan yang tidak ada nafsu syahwat

12. Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita. Walau pun begitu, bagi
kanak-kanak yang telah mempunyai syahwat tetapi belum baligh, wanita dilarang menampakkan
aurat terhadap mereka.

Al-quran dengan jelas menerangkan perkara ini dalam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud :

" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan
mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah
mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah
mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka
memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka,
atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-
saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-
perempuan islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah
tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi
tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan
apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka, dan bertaubatlah kamu sekalian kepada allah, wahai
orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya".

Imam Syafie berpendapat perhiasan yang dimaksudkan dalam ayat diatas terbahagi kepada dua
makna iaitu:

1. Perhiasan yang bersifat semulajadi seperti muka,pipi,mulut,mata,bibir,hidung,kaki,betis,peha

dan lain-lain anggota.

2. Perhiasan seperti pakaian,alat-alat solek,cincin,rantai leher, gelang kaki dan sebagainya.

Oleh itu, umat islam digalakkan mengawal diri agar tidak melanggar batasan-batasan yang telah
digariskan oleh islam terutamanya dalam soal perhiasan dan berpakaian.

4.Aurat Ketika Di Hadapan Lelaki Bukan Mahram

Kewajipan menutup aurat dihadapan lelaki bukan mahram adalah amat penting dan perlu
dilaksanakan oleh setiap wanita, bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini seperti rogol
dan sebagainya.

Perkara ini terjadi disebabkan memuncaknya nafsu para lelaki akibat dari penglihatan terhadap
wanita yang memakai pakaian yang tidak senonoh dan mendedahkan sebahagian tubuh badan
mereka.

Wanita yang bersuami pula, dengan terlaksanakan kewajipan ini, akan dapat membantu suami,
yang mana dosa seorang isteri yang membuka aurat akan ditanggung oleh suami.

Oleh itu, wanita-wanita perlulah memahami batas-batas aurat ketika berhadapan dengan orang-
orang yang tertentu dalam keadaan yang berbeza-beza.

5. Aurat Ketika Di Hadapan Wanita Kafir

Aurat wanita apabila berhadapan atau bergaul dengan wanita bukan islam adalah tutup
keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.

Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud : Abdullah bin Abbas ada
menyatakan, Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya : " Tidak halal kaum wanita
islam itu dilihat oleh kaum Yahudi dan Nasrani".

6. Aurat Ketika Bersama Suami

Apabila seorang isteri bersama-sama dengan suaminya di tempat yang terlindung dari pandangan
orang lain, maka islam telah memberi kelonggaran dengan tiada membataskan aurat pada
suaminya.
Ini bererti suami dan isteri tiada sebarang batasan aurat terhadap mereka berdua. Isteri boleh
mendedahkan seluruh anggota badannya bila berhadapan dengan suaminya.

Mu'awiyah bin Haidah mengatakan : "Aku pernah bertanya : Ya rasulullah , bagaimanakah aurat
kami, apakah boleh dilihat oleh orang lain?". Baginda menjawab :"Jagalah auratmu kecuali
terhadap isterimu atau hamba abdi milikmu". Aku bertanya lagi :" Ya rasulullah , bagaimanakah
kalau ramai orang mandi bercampur-baur di satu tempat? " Baginda menjawab : "Berusahalah
seboleh mungkin agar engkau tidak melihat auratmu". Aku masih bertanya lagi: " Ya rasulullah,
bagaimanakah kalau orang mandi sendirian?" Baginda menjawab : " Seharuslah ia lebih malu
kepada allah daripada malu kepada orang lain". (Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud)

PAKAIAN DALAM ISLAM

Dalam membicarakan soal pakaian wanita, islam tidak menetapkan pakaian tertentu tetapi wanita
islam perlu mengikuti garis panduan syarak seperti berikut:

i. Pakaian itu hendaklah menutup aurat

ii. Pakaian itu hendaklah longgar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan susuk tubuh
badan.

Usamah bin Zaid pernah menceritakan bahawa rasulullah s.a.w telah menerima hadiah sejenis
kain Qibtiah yang kurang tebal daripada seorang yang bernama Dahiyah Al-Albi dan rasulullah
s.a.w pula menghadiahkan kain tersebut kepada beliau (Usamah bin Zaid) , untuk dibuat pakaian
tetapi Usamah memberikan kepada isterinya.

Suatu hari rasulullah s.a.w bertanyakan Usamah : "Kenapa engkau tidak memakai kain Qibtiah
itu?" Usamah menjawab :" Saya telah berikan kepada isteri saya". Lalu rasulullah s.a.w bersabda
kepada Usamah :" Suruhlah isterimu mengalaskan kain tersebut dengan kain yang lain di
bawahnya, kerana aku bimbang jika kain Qibtiah itu tidak digalas, maka akan kelihatanlah besar
kecil tulang-tulang badan isterimu (bentuk tubuh badan isterimu)".

iii. Pakaian itu diperbuat daripada kain yang agak tebal, tidak nipis atau jarang yang boleh
menampakkan bayangan tubuh badan.

Selain daripada itu, pakaian wanita hendaklah dibuat dari kain yang tidak terlalu licin dan lembut
hingga melekat di tubuh dan membayangkan kulit pemakainya. Pakaian yang dibuat daripada
kain-kain tersebut boleh mempamerkan rupa bentuk anggota badan wanita yang boleh
mengghairahkan lelaki yang memandangnya.

iv. Pakaian itu tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik perhatian orang melihatnya.

v. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki.

Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan bahawa rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesiapa jua
wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu
bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina".

vii. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir atau musyrik.

Dengan memakai pakaian yang menutup aurat, seseorang wanita telah menunjukkan harga diri
sebenar seorang wanita dan sekaligus menghindari perbuatan tidak senonoh di kalangan para
lelaki terhadap wanita.

Wanita yang menutup aurat dan berpegang teguh dengan ajaran islam akan mendapat keredhaan
allah s.w.t dan lelaki akan memandang mereka dengan pebuh rasa hormat dan memberi
penghormatan yang tinggi bersesuaian dengan sifat mereka yang pemalu dan bersopan santun.

G
ambar Hiasan
KESIMPULAN

Di antara tujuan berpakaian itu, ialah untuk menutupi atau melindungi bahagian-bahagian yang
tertentu. Jika mereka memilih pakaian yang semakin nipis atau jarang hingga boleh dikesan atau
dilihat auratnya, maka ini bererti pakaian yang dipakainya sudah tidak berfungsi lagi. Justeru itu,
tutuplah aurat dan berpakaianlah mengikut akhlak yang dianjurkan oleh islam.

Terbitan : Bahagian Pengurusan Dakwah,Jabatan Agama Islam Selangor.

Pendahuluan

Masalah aurat wanita suatu tajuk perbincangan yang besar dan memakan ruang yang banyak. Ia
merangkumi konsep aurat itu sendiri, batas-batas yang ditentukan, samada dalam sembahyang
atau dalam kehidupan biasa. Bahkan, perbincangan tentang aurat dalam kehidupan biasa akan
merangkumi pula keadaan yang bermacam-macam, seperti sewaktu berada seorang diri di tempat
tertutup atau di dalam gelap, di hadapan muhram, bersama perempuan muslim, bersama
perempuan bukan Islam dan akhirnya di hadapan lelaki bukan muhram.

Selain itu, terdapat persoalan-persoalan lain lagi yang berkaitan seperti masalah aurat dalam
keadaan darurat (al-Dharurah), konsep berpakaian dan berhias dan sebagainya.
Kertas ini tidak merangkumi semua persoalan-persoalan itu. Ia hanya merangkumi perbincangan
tentang konsep aurat wanita itu sendiri dan apakah batas-batasnya sewaktu berada di hadapan
lelaki yang bukan muhram. Tujuannya ialah untuk mengelak ianya terlalu panjang dan sesuai
dengan apa yang lebih penting dihuraikan.

Konsep Aurat
Perkataan aurat dalam bahasa Melayu berasal daripada perkataan yang sama, iaitu “aurah” dalam
bahasa Arab. Dari segi bahasa, ia mempunyai pengertian yang banyak. Antaranya ialah
“kemaluan” (al-Sau’at) .
Kata Ibn Athir, pengertian asal bagi perkataan “al-Sau’ah” ialah kemaluan wanita (al-Farj).
Kemudian ia memberi erti apa sahaja yang memalukan apabila berlaku samada dalam bentuk
kata-kata atau perbuatan . Kata al-Laith, ia bererti kemaluan lelaki atau perempuan . Kerana itu,
dalam al-Quran disebut “ ‫ ” فبدت لهما سوأتهما‬, yang merujuk kepada kemaluan Adam dan Hawa.
Mengikut al-Laith lagi, berasaskan pengertian itu, al-Sau’ah ini digunakan bagi memberi erti apa
sahaja perbuatan atau perkara yang memalukan .
Kata Abdul Qadir al-Razi, sehubungan dengan pengertian di atas, perkataan al-‘Aurah
kemudainnya digunakan juga bagi erti apa sahaja yang manusia merasa malu untuk
memperlihatkan kepada orang .

Antara pengertian lain bagi perkataan ”’aurah” ialah sesuatu yang perlu ditutup , sesuatu yang
kurang dan hodoh , tempat-tempat kelemahan yang mungkin disusupi oleh musuh dan banyak
lagi.
Suatu rumusan yang mungkin boleh dibuat berasaskankepada keterang atau huraian di atas, ia
perkataan aurat (al-‘Aurah) dalam bahasa Arab mempunyai dua pengertian. Pertamanya,
pengertian khusus, iaitu kemaluan (al-Sau’ah) dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Keduanya ialah pengertian umum, iaitu termasuk juga apa sahaja yang dilihat sebagai
menyenangkan untuk dilihat atau diketahui orang.
Dalam al-Quran, perkataan “’aurah” ini disebut senanyak empat kali. Satu kali merujuk kepada
kemaluan dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya, iaitu dalam firman Allah Yang
bermaksud :
“ Katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya, dan
memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang
(biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya, dan
janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka, atau
putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka atau putera-putera saudara lelaki mereka
atau putera-putera saudara perempuan mereka atau wanita-wanita Islam atau hamba-hamba yang
mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keingainan (terhadap wanita)
atau kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat wanita ” – al-Nur (24) : 31

Satu kali merujuk kepada masa atau keadaan yang boleh memalukan iaitu dalam firman Allah
Yang bermaksud :
“ Hai orang yang beriman, hendaklah budak-budak (lelaki dan wanita) yang kamu miliki dan
yang belum baligh di antara kamu, meminta izin kepada kamu tiga kali (salam satu hari) iaitu
sebelum sembahyang subuh ketika kamu menanggalkan pakaian (luar) mu, di tengah hari dan
sesudah sembahyang isyak (itulah) tig aurat bagi kamu ” – al-Nur (24) : 58

Sementara dua kali lagi dalam ayat yang sama merujuk kepada tempat kelemahan yang mungkin
berlaku pencerobohan melaluinya. Firman Allah Yang bermaksud :
“ Dan (ingatah) ketika segolongan di antara mereka berkata : Hai penduduk Yathrib (Madinah)
tidak ada tempat bagimu, maka kembalilah kamu. Dan sebahagian dari mereka meminta izin
kepada Nabi (untuk kembali pulang) dengan berkata : Sesungguhnya rumah-rumah kami terbuka
(tidak ada penjaga). Dan rumah-rumah itu sekali-sekala tidak terbuka. Mereka tidak lain
hanyalah hendak lari.” – al-Ahzab (33) : 13

Sementara, dalam hadis-hadis Rasulullah s.a.w. pula, perkataan ini kerap digunakan bagi
pengertian “aurat” secara fizikal. Bagaimanapun, kadangkala ia memberi erti yang lebih umum
daripada itu, iaitu apa sahaja kekurangan atau perkara yang boleh memalukan, samada yang
bersifat fizikal atau moral.
Bagi pengertian secara fizikal pula, ia merujuk bukan sahaja kepada “kemaluan” tetapi juga
anggota-anggota tubuh lain, terutama antara pusat dan lutut. Antara hadis yang menyebut “aurat”
dalam pengertian seperti itu ialah :
“ ‫” فخذ المرء المسلم عورة‬
Yang bermaksud :
“ Peha seseorang muslim itu aurat ” – (Hadis riwayat Ahmad)

Antara hadis-hadis yang menyebut perkataanni bagi pengertian yang luas, termasuk hal-hal
moral ialah :
“ ‫” من ستر مؤمنا فى الدنيا على عورة ستر هللا عز وجل يوم القيامة‬
Yang bermaksud :
“ Sesiapa yang di dunia ini menutup kemaluan mana-mana orang Islam, Allah akan
melindunginya (daripada apa-apa yang memalukan) di hari kiamat ” (Hadis riwayat Ahmad)

Berasaskan kepada penggunaan dalam al-Quran dan al-Sunnah juga rumusan boleh dibuat
seperti di atas, iaitu dari segi penggunaan biasa perkataan “aurat” mempunyai dua pengertian.
Pertamanya pengertian-pengertian khusus, iaitu “kemaluan” dan perkera-perkara yang berkaitan
dengannya secara fizikal. Keduanya, pengertian umum, iaitu apa sahaja yang dilihat sebagai
kurang menyenangkan alau terdedah terdedah kepada orang lain, baik yang bersifat fizikal
mahupun moral.

Aurat Sebagai Satu Istilah

Sebagai satu istilah dalam Syariah Islam, “aurat” boleh disifatkan sebagai bahagian tubuh yang
perlu ditutup dan tidak didedahkan kepada pandangan orang.

Bagaimanapun, ini bukanlah difinisi yag diberikan oleh para fuqaha. Kerana dalam kitab-kitab
klasik, tidak ada definisi aurat yang diberikan, samada dalam kitab-kitab tafsir, kitab-kitab
syarah hadis ataupun kitab-kitab fiqh.

Ketiadaan definisi khusus ini mungkin kerana pengertiannya sangat jelas dan tidak perlu
didefinisikan lagi. Lagipun, dalam kitab-kitab fiqh, huraian tentang aurat itu tidak dibuat dalam
bab yang tersendiri. Ia hanya dihuraikan dalam bab sembahyang sebagai masalah sampingan .

Kesimpulan seperti di atas terdapat dalam sekuarang-kurangnya dalam sebuah buku karangan
semasa, iaitu yang ditulis oleh al-Syekh Mamduh Mahmood Abdul-Rahman dalam buku beliau
al-Zinah wa al-Jamal Fi Mizan al-Islam . Mengikut beliau, definisi tersebut berumberkan kitab
Fiqh al-Sunnah karangan Syed Sabiq.

Bagaimanapun, setelah diteliti, definisi sepertimana yang disebut itu tidak ada dalam dalam kitab
berkenaan . Mungkin apa yang dimaksudkan oleh beliau bukan definisi itu sendiri, tetapi konsep
yag menjadi asas kepada definisi yang diberikan oleh beliau. Ini memandangkan terdapat tafsiran
terhadap istilah “Zinah” dalam ayat al-Quran “‫ ”خذوا زينتكم عند كل مجد‬dengan erti menutup aurat .

Bagaimanapun, apa yang penting ialah konsep aurat itu sendiri dan bukan definisi secara teknikal
mengenainya. Ia meruoakan suatu yang jelas berasaskan pengertian-pengertian yang ada di
dalam al-Quran dan al-Sunnah, iaitulah sepertimana yang disebut di atas. Berasaskan kepada
konsep berkenaan, apa yang dimaksudkan dengan aurat wanita dalam kertas ini ialah bahagian
tubuh wanita yang perlu ditutup dan tidak boleh dilihat oleh orang lain. Bagaimanapun, huiraian-
huraian selanjutnya mungkin boleh memperincikan lagi konsep ini.

Keterangan-keterangan Daripada Al-Quran dan Al-Sunnah

Nas paling asas yang menyebut tentang keperluan menutup aurat ialah firman Allah Yang
bermaksud :
“Hai anak Adam, sesungguhnya kami telah menurunkan kepada kamu pakaian untuk menutup
auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan” – al-A’raf (7) 26

Kata al-Qurtubi, ayat ini adalah dalil kepada hukum wajib menutup aurat, kerana di dalamnya
ada menyebut “untuk menutupi auratmu” . Kata al-Syaukani, maksudnya Allah telah mencipta
pakaian bagi umat manusia bagi menutup aurat yang telah dipamerkan oleh iblis pada diri Adam
dan Hawa .

Satu nas lain ialah firman Allah s.w.t. Yang bermaksud :

“Hai anak Adam, pakailah pakaian kamu yang paling indah di setiap (memasuki) masjid” – al-
A’raf (7) : 31

Kata al-Qurtubi , dlam Sohih Muslim, Ibn Abbas meriwayatkan ada seorang perempuan telah
melakukan tawaf di ka’bah dengan secara bertelanjang. Kata al-Qadi Ibn ‘Iyadh, perempuan
tersebut bernama Dhuba’ah binti ‘Amr Ibn Qurt. Dalam Soheh Muslim juga, Hisyam bin ‘Urwah
meriwayatkan daripada bapanya bahawa, amalan melakukan tawaf secara bertelanjang ini adalah
kebiasaan semua orang Arab kecuali dari suku Quraisy. Ayat ini diturunkan untuk membatalkan
amalan seperti ini.

Mengikut al-Qurtubi lagi , ayat ini menjadi dalil kepada hukum wajib menutup aurat. Jumhur
berpendapat ia khusus bagi hukum menutup aurat sewaktu bersembahyang. Kata al-Abhari, ia
bukan khusus bagi sembahyang, tetapi dalam semua keadaan, samada di dalam atau luar
sembahyang.

Pandangan yang sama juga disebut oleh Ibn al-Arabi dan al-Syaukani . Tetapi al-Kayaharrasi
berpendapat, ayat ini sekadar bertujuan untuk menerangkan hukum memuliakan masjid dan
perbuatan-perbuatan yang berkaitan dengannya dan tidak ada sangkut paut dengan kewajipan
menutup aurat, samada di dalam sembahyang atau di luar sembahyang.

Dalam hadis Rasulullah s.a.w. bersabda :

“ ‫” ال ينظر الجل إلى عورة الجل وال المرأة إلى عورة المرأة – رواه المسلم والترمذي وابن ماجه واحمد‬
Yang bermaksud :
“Orang lelaki tidak boleh memandang kepad aurat lelaki dan orang perempuan tidak boleh
meihat kepda aurat orang perempuan”. – Diriwayatkan oleh Muslim, al-Termidzy, Ibn Majah
dan Ahmad Ibn Hanbal.

Kata al-Imam al-Nawawi , mengulas hadis di atas, hadis ini jelas menunjukkan haram lelaki
melihat aurat lelaki dan perempuan melihat aurat perempuan. Sementara hukum haram lelaki
melihat aurat wanita dan haram wanita melihat aurat lelaki sabit melalui ijma’.

Selain daripada itu, terdapat banyak lagi hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang menyebut tentang
keprluan menutup aurat secara umum, samada di kalangan lelaki atau perempuan . Semuanya ini
menunjukkan masalah aurat meruakan masalah yang sangat penting di dalam Islam, bukan
sahaja berkaitan dengan soal ibadat, seperti sembahyang, tetapi juga dalam kehidupan umum.

Mengenai aurat wanita secara husus, ayat 31 surah al-Nur yang telah disebut sebelum ini adalah
jelas. Firman Allah s.w.t. Yang bermaksud :
“Katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya, dan

atau kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka
menghentakkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yag mereka sembunyikan. Dan
bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu
bertudung” – al-Nur (24) “ 31
Kata Ibn Kathir , ini adalah perintah tuhan ke atas wanita-wanita Islam bagi menjaga perasaan
suami mereka dan bagi membezakan mereka daripada sifat perempuanjahiliyah dan kelakuan
perempuan syirik.

Mengikut beliau lagi, sebab turun ayat ini ialah, sepertimana yang diriwayatkan oleh Jabir Ibn
Abdullah an-Ansari bahawa Asa’ binti Murthid adalah seorang wanita yang mempunyai
kedudukan di kalangan Bani Harithah. Kerana itu ramai para wanita datang menemuinya.
Apabila beliau melihat mereka tidak berpakaian lengkap, sampai ternampak gelang-gelang kali
mereka, dan dada-dada mereka pula terdedah, beliau berkata : “Alangkah buruknya andangan
seperti itu” Allah s.w.t. lalu menurunkan ayat ini .

Batas-batas Aurat.

Persoalan utama yang timbul berkait dengan kewajipan menutup aurat ini ialah anggota mana
daripada badan wanita itu yang dikatakan aurat dan perlu ditutup?

Kata al-Qurtubi, dalam menghuraikan ayat 26, surah al-A’raf, aurat perempuan adalah kesemua
tubuh badannya kecuali muka dan kedua tapak tangan sahaja . Bagaimanapun, beliau mengakui
itu hanya pandangan golongan terbanyak para ulama sahaja . Ertiya tidak berlaku ijma’ tentang
hukum seperti itu.

Bagi beliau, sebab tidak berlaku ijma; dalam masalah ini ialah keranan ada pandangan yang
mengatakan aurat perempuan adalah semua tubuhnya. Antara mereka yang berpendapat seperti
ini, mengikit beliau ialah Abu Bakr Ab. Rahman Ibn Harith Ibn Hisyam dan Ahmad Ibn Hanbal,
mengikut satu riwayat mengenainya pandangannya .

Bagi menyokong pandangan beliau itu, al-Qurtubi berhujah dengan hadis Rasulullah s.a.w. yang
berbunyi : “‫ ”من أراد أن يتزوج امرأة فلينظر إلى وجهها وكفيها‬yag bermaksud : “Sesiapa yang mahu
mengahwini mana-mana perempuan, dia hendaklah melihat muka dan dua tapak tangannya”.
Lagipun, kata beliau, muka dan tapak tangan wajib dibuka sawaktu berpakaian ihram. Ini
menunjukkan kedua-dua anggota itu bukannya aurat .

Dalam mentafsirkan perkataan dalam ayat 31, surah al-Nur di atas pula, al-Qurtubi menyebut
berbagai-bagai pendapat tentang apa yang dimaksudkan sebagai “kecuali yang (biasa) nampak
daripadanya” itu. Kata beliau, Ibnu Mas’ud berpendapat maksdunya pakaian. Sa’id Ibn Jubair,
‘Ata’ dan al-Auza’i pula berpendapat, muka, dua tapak tangan dan pakaian. Ibn Abbas, Qatadah
dan al-Miswar Ibn Makhramah pula berpendapat celak, gelang, inai dan tangan sehingga separuh
lengan, subang dan cincin .

Mengikut al-Qurtubi lagi , pendapat yangmengatakan separuh lengan juga termasuk dalam
maksdu apa yang biasa nampak itu ialah hadis ‘Aisyah r.a. yang menyebut Rasulullah s.a.w.
bersabda :

” ‫ وقبض على نصف الذارع‬,‫“ ال يحل المرأة أن تؤمن باهلل يوم األخر إذا عركت أن تظهر إال وجهها ويديها هنا‬
Yang bermaksud :
“Tidak halal bagi mana-mana perempuan yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, apabila
sudah mengalami haid, untuk menampakkankecuali muka, dan dua tangan sehingga ke sini.
Baginda lalu menggenggam atas separuh lengan”.

Beliau seterusnya menukilkan pendapat Ibn ‘Atiyah yang mengatakan bahwa lafaz-lafaz ayat
berkenaan menunjukkan bahawa perempuan diarahkan supaya tidak menampakkan perhiasannya
dan perlu sentiasa berusaha menyembunyikannya kecuali yang biasa nampak dalam pergerakan
tubuh yang perlu. Dalam kadar itu, mereka dimaafkan.

Bagaimanapun, beliau akhirnya menegaskan pandangan beliau sendiri, iaitu yag dimakudkan
ialah muka dan dua tapak tangan. Kerana dua anggota itu sahajaah yang biasa nampak samada
dalam kehidupan harian ataupun dalam ibadat, misalnya sembahyang dan haji. Kerana itu,
pengecualian berkenaan sesuai merujuk epada dua bahagian anggota itu.

Sebagai dalil kepada pandagan beliau itu, al-Qurtubi menyebut hadis riwayat Abu Daud,
daripada ‘Aisyah r.a. bahawa Asma’ binti Abi Bakr datang menemui Rasulullah s.a.w. dengan
berpakaian nipis. Rasulullah s.a.w. berpaling daripadanya seraya bersabda :

“‫ وأشار إلى وجهه وكفيه‬,‫”يا أسماء ان المرأة إذا بلغت المحيض لم بصلح أن يرى إال هذا‬

Yang bermaksud :
“Wahai Asma’, perempuan yang sudah mengalami haid, tidak boleh dilihat kecuali ini” Baginda
lalu menunjuk kepada muka dan dua tapak tangan baginda

Tambah al-Qurtubi lagi , pandangan beliua itu lebih halusi dan berhati-hati, malah juga
mengambil kira keadaan semasa yang tidak baik. Untuk itu, adalah perlu bagi perempuan untuk
tidak menampakkan apa-apa kecuali muka dan dua tapak tangannya sahaja. Sehubungan dengan
itu, beliau menyebut pendapat Ibn al-Khuaizi-Mandad yang mengatakan, kalau perempuanitu
cantik dan pendedahan muka dan dua tapak tangannya boleh menimbulkan fitnah, dia wajib
menutup kedua-duanya. Tetapi kalau sebaliknya dia sudah tua, atau hodoh, dia boleh
menampakkan muka dan dua tapak tangannya.

Ibn al-‘Arabi , juga membincangkan hal yang sama iaitu pandangan-pandangan para ulama
zaman awal Islam seperti Ibn Mas’ud, Ibn Abbas dan sebagainya. Sepertimana juga al-Qurtubi,
beliau mencapai satu kesimpulan bahawa aurat wanita ituialah seluruh tubuhnya, kecuali muka
dan dua tapak tangan. Alaan yang dikemukan oleh beliau adalah sama.

Bagi al-Kayaharrasi , maksudnya, apa yang peelu dilihat, misalnya yang lahir seperti pakaian,
batu permata, gelang dan cincin, iaitu tidak jauh daripada pandangan-pandangan yang
dibincangakanoleh al-Qurtubi dan Ibn al-‘Arabi.

Al-Jassas pula, selepas menghuraikan pandangan-pandangan para guqaha awal Islam,

sepertimanan yang dilakukan oleh al-Qurtubi dan Ibn al-‘Arabi membuat kesimpulan bahawa
yang dimakudkan ialah muka dan tapak tangan. Asas yang dipegang oleh beliau ialah kedua-dua
anggota tersebut tidak ditutup pada waktu menunaikan sembahyang. Hujah beliau, kedua-dua
anggota itu aurat tentu sekali ia perlu ditutup dalam sembahyang sepertimana anggota-anggota
badan yang lain juga.

Beliau selanjutnya menolak pandangan Ibn Mas’ud yang mengatakan bahawa yang
di\maksudkan ialah pakaian sahaja. Kata beliau, ia tidak memberi apa-apa erti (kepada
pengecuali berkenaan). Kata beliau lagi, apa yang sebenarnya dimaksudkan dengan “perhiasan”
(al-Zinah) dalam ayat tersebut bukan alat perhiasan itu sendiri, tetapi anggota badan di mana
perhiasan itu berada. Kerana perhiasann itu sendiri, biar apa pun sahaja bentuknya boleh dilihat
oleh lelaki kalau bukan dipakai oleh perempuan . Kerana perhiasan itu sendiri, biar apa pun
sahaja bentuknya boleh dilihat oleh lelaki kalau bukan dipakai oleh perempuan.

Al-Syaukani juga, selepas menghuraikan pandangan-pandangan yang berbeza-beza di kalangan

para fuqaha di zaman awal Islam dalam masalah berkenaan membuat satu komentar yang
menarik. Kata beliau, adalah jelas struktur ayat tersebut mengarah kepada menampakkan
perhiasan kecuali yang boleh nampak, seperti jubah, purdah dan sebagainya. Ia tidak termasuk
barang-barang perhiasan yang dipakai di tangan dan di kaki. Walaupun yang dimaksudkan
dengan “perhiasan” (al-Zinah) itu ialah bahagian anggota di mana ia dipakai, pengecualian
hanyalah merujuk kepada anggota yang amat sukar ditutup oleh perempuan, seperti dua tapak
tangan dan dua tapak kaki dan seumpamanya .

Asas-asas dan pandangan-pandangan yang dibincangankan dalam kitab-kitab tafsir Ahkam

seperti di atas adalah terdapat dalam kitab-kitab tafsir bil-al-Ma’thur. Ibn Kathir misalnya
selepas menghuraikan bahawa yang dimaksudkan sebagai “apa yang lahir daripadanya” itu iaah
apa sahaja yang tidak boleh disembunyikan telah membentangkan pandangan-pandangan para
ulama zaman awal Isam, seperti Ibn Mas’ud, al-Hasan Ibn Sirin, Abu al-Jauza’ dan Ibrahim al-
Nahka’i. Begitu huga Sa’ad Ibn Jubir, Ibn Umar, ‘Ata’, Ikrimah dan ramai lagi.

Bagitu juga al-Tabari , beliau telah menyebut dengan panjang lebar pandangan-pandangan para
umala pada zaman awal Islam dan hal berkenaan. Beliau kemudiannya membuat kesimpulan
bahawa pendapat yang mengatakan “muka dan dua tapak tangan” itu yang ditujuk dalam
pengecualian berkenaan, adalah lebih wajar diterima. Ini termasuklah celak, gelang, cincin dan
inai sekiranya terpakai di situ. Alasan yang diberikan iaah kedua-dua anggota terebut tidak perlu
ditutup dalam sembahyang sedangan jelas dalam sembahyang, aurat mesti ditutup.

Bagaimanapun, beliau mengakui riwayat yang mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w.

mengharuskan perempuan mendedahkan tangannya sampai ke separuh lengan sebagai satu yang
sabit. Kerana itu ia boleh dimasukkan ke dalam pengecualian berkenaan .

Pandangan Para Fuqaha

Ibn Rusyd dalam kitabnya, Bidayat al-Mujtahid menyebut para fuqaha berbeza pendapat tentang
aurat wanita. Kata beliau, jumhur ulama berpendapat seluruh tubuh wanita itu aurat kecuali
muka dan dua tapak tangan. Abu hanifah pula berpendapat bahawa kaki bukan aurat. Sementara
Ahmad bin Hanbal berendapat semua tubuh wanita itu aurat tanpa kecuali.
Sebab berlakunya perbezaan pendapat seperti itu ialah kerana perbezaan pendapat dalam
mentafsirkan firman Allah : “ ‫ ” وال يبدين• زينتهن إال ما ظهر منها‬al-Nut (24) : 31 yang bermaksud :
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak darinya” –
al-Nur (24) : 31. Persoalah yang timbul ialah apakah yang dikecualikan itu anggota tertentu atau
mana-mana sahaja anggota yang tidak dapat dikawal daripada ternampak. Bagi mereka yang
berpendapat bahawa maksudnya anggota yag tidak dapat dikawal daripada ternampak pada
waktu bergerak, berpendapat aurat wanita itu seluruh badannya. Sedangkan mereka yang
berpendapat maksudnya anggota badan yang biasanya tidak ditutup berpendapat yag
dikedualikan ialah muka dan dua tapak tangan.

Ibn Qudamah, dalam kitab ¬al-Mughni pula menyebut hal yang sama. Bagaimanapun beliau
tidak menyebut secara jelas bahawa yang berpendapat bahawa semua tubuh wanita itu aurat ialah
al-Imam Ahmad Ibn Hanbal. Beliau sebaliknya menyebut : “Dan sesetengah ulama mazhab kita
(Hanbali) berkata…….”. Malah kemudiannya menyebut itu adalah pandangan Abu Bakr al-
Harith Ibn Hisyam.

Al-Syaukani dalam Nail al-Authar , pula menyebut Abu Hanifah juga dalam satu riwayat lain
berpendapat kaki wanita termasuk dalam aurat. Beliau juga menyebut bahawa Ahmad Ibn
Hanbal dalam satu riwayat lain mengecualikan muka. Bagitu juga pandangan Daud al-Zahiri.
Sementara mereka yang berpendapat kaki bukan aurat termasuk al-Imam al-Thauri.

Al-Dimisyqi pula dalam kitabnya Rahmat al-Ummah Fi Ikhtilaf al-A’immah menyebut hanya
ada dua riwayat sahaja daripada Ahmad Ibn Hanbal. Pertamanya iaitu yang paling masyhur
mengecualikan muka, dan keduanya sama seperti jumhur, mengecualikan muka dan kedua tapak
tangan.

Kenyataan-kenyataan yang berbeza-berbeza daripada kitab-kitab Fiqh Perbandingan ini

menimbulkan satu persoalab tentang pandangan sebenar setengan imam mazhab berkenaan. Abu
Hanifah misalnya ada dua pandangan. Pertamanya mengecualikan tapak kaki, dan keduanya
tidak. Ahmad Ibn Hanbal pula ada berbagai riwayat daripadanya. Pertamanya tiada pengecualian
langsung, keduanya mengecualikan muka sahaja, dan ketiganya sama seperti jumhur,
mengecualikan muka dan tapak tangan.

Kepelbagaian riwayat ini akan lebih meluas apabila pandangan dalam masing-masing mazhab
diambil kira. Bukan semua ulama daripada mazhab-mazhab berkenaan sependapat dengan
pemimpin-pemimpin mazhab mereka. Al-Syaukani misalnya menyebut sesetengah umala
mazhab Syafi’i berpendapat bahawa semua tubuh wanita itu aurat tanpa apa-apa pengecualian.
Al-Qasim pula ada dua riwayat daripadanya. Riwayat pertama mengecualikan muka dan dua
tapak tangan, sementara riwayat kedua pula mengecualikan sama tapak kaki.

Cuma apa yang tidak disebut langsung oleh kitab-kitab Fiqh Perbandingan berkenaan ialah
pandangan Ibn Abbas, Qatadah dan al-Miswar bin Makhramah yang disebut oleh al-Qurtubi
sebagai mengecualikan juga tangan hingga ke separuh lengan. Malah Ibn Qudamah menyebut
Ibn Abbas mentafsirkan bahwa yang ditafsirkan itu ialah muka dan dua tapak tangan. Al-
Syaukani pula menyebut Ibn Abbas berpendapat tapak kaki dikecualikan.
Apakah ini bererti para fuqaha mazhab telah menolak atau mengenepikan pendapat Ibn Abbas
berkenaan? Atau sekurang-kurangnya mengenepikan riwayat al-Qurtubi tentang pandangan Ibn
Abbas itu? Kalau demikian, bagaimana pula dengan hadis ‘Aisyah r.a. yang disebut oleh al-
Qurtubi sebagai asas kepada pandangan Ibn Abbas, Qatada dan al-Misqar itu?

Maerujuk kepada riwayat-riwayat yang mentafsirkan maksud firman Allah s.w.t. : “‫وال يبدين• زينتهن‬
‫ ”إال ما ظهر منها‬sepertimna yang disenaraikan oleh al-Tabari dalam tafsirnya , tetnyata bahawa
hadis “‫ وقبض على نصف الذارع‬,‫”ال يحل المرأة أن تؤمن باهلل يوم األخر إذا عركت أن تظهر إال وجهها ويديها هنا‬,
sepertimana yang disebut olehal-Qurtubi dalam tafsirnya itu diriwayatkan oleh Qatadah dan
bukan oleh ‘Aisyah r.a. Apa yag diriwayatkan oleh ‘Aisyah r.a. ialah satu hadis yang berbunyi :
” ‫ يا رسول هللا‬: ‫ فقالت عائشة‬,‫ فدخل النبي (ص) فاعرض‬: ‫ دخلت على ابنة أخى المى عبد هللا بن الطفيل مزينه‬: ‫قالت عائشة‬
‫ فترك‬,‫ وقبض على ذارع نفسه‬,‫ إذا عركت المرأة يحل لها أن تظهر إلى وجهها وإال ما دون هذا‬: ‫ فقال‬,‫أنها ابنة أخى وجارية‬
‫“ بين قبضته وبين الكف مثل قبضة أخرى‬

Yang bermaksud :
“Kata ‘Aisyah r.a. : Anak perempuan Abdullah Ibn al-Tufail saudaraku seibu telah datang
menemui ku dalam keadaan berhias. Rasulullah s.a.w. yang kemudiannya masuk ke situ tidak
mahu melihatnya. Saya lalu berkata : Ya Rasulullah, dia anak saudaraku dan masih muda.
Baginda bersabda : Apabila seseorang itu telah berisi tidak haram baginya menampakkan kecuali
muka dan setakat ini. Baginda memegang lengan baginda sendiri pada jarak setapak tangan
daripada tapak tangannya”

Berasaskan kepada huraian-huraian dalam kitab-kitab Fiqh Perbandingan di atas ternyata muka
dan dua tapak tangan perempuan bukan aurat. Walaupun ada sedikit sebanyak perbezaan
pendapat para fuqaha dalam masaah ini, tetapi majoroti besar para ulama berpendapat semikian.
Tafsiran ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. juga boleh dikatakan menyokong
tafsiran yang sederhana ini.

Tinggal lagi maslaah tapak kaki dan separuh atau satu pertiga lengan. Jawapan kepada peroalan
ini perlua dilihat daripada kenyataan-kenyataan yang terdapat dalam kitab-kitab mazhab
berkenaan.

Mengenai tapak kaki, sepertimana yang disebut sebelum ini, Ibn Rusyd dan al-Syaukani
menyebut Abu Hanifah dalam satu riwayat daripadanya menyatakan ia bukan aurat.
Bagaimanapun, pandangan yang disebut sebagai pandangan Abu Hanifah ini tidak disebut oleh
al-Jassas, iaitu seorang pentafsir ayat hukum yang sangat dihormati dalam mazhab Hanafi .

Huraian mengenai kaki ini dibuat oleh al-Haskafi dalam Ruddul-Muhtar . Kata beliau, mengikut
qaul yang mu;tamad dua tapak kai bukan aurat bagi wanita.

Mengulas kenyataa ini, dalam syarahnya menyebut, maksudnya pendapat yang mu’tamad
daripada tiga yang disaring dalam mazhab Hanafi. Pendapat kedua megatakan aurat, sementara
pendapat ketiga pula mengatakan ia bukan aurat dalam sembahyang, tetapi aurat di luar
sembahyang.
Beliau kemudian menyebut perbezaan pendapat di kalangan para fuqaha mazhab Hanafi tentang
sebelah bawah tapak kaki. Kata beliau, sebeah atas tapak kaki diterima oleh para fuqaha sebagai
bukan aurat. Tetapi perbezaan pendapat berlaku tentang sebelah bawah tapak kaki (‫ )باطن القدم‬.

Dalam al-Mabsut dan Bada’i , perbincangan tentang aurat ini tidak ada. Mungkin kerana itulah
al-Zuhayli dan bukunya Fiqh al-Islami Wa Adillatuh tidak merujuk kepada dua buku utama
dalam mazhab Hanafi dan hanya merujuk kepada al-Haskafi dan al-Zaila’i sahaja .

Kedudukan ini tidak memberi kekduatan bagi pandangan yang mengatakan tapak kaki itu bukan
aurat untuk tengah. Lebih-labih lagi Ibnu Qudamah dalam menolak pandangan berkenaan
menyebut ianya bertentangan dengan hadis riwayat Abu Daud dariapda Ummu Salamah yang
berbunyi :

” ‫قلت يا رسوا هللا اتلى المرأة درع وخمار فى درع وخمار وليس عليها ازار؟ نعم إذا كا بسابغا يغطى ظهور قدميها ” – رواه‬
‫ابو داود‬

Yang bermaksud :
“Saya berkata : Wahai Rasulullah, bolehkan perempuan bersembahyang dengan memakai baju
labuh dan tudung kepala tanpa memakai kain? Jawab Rasulullah s.a.w. : Ya! Kalau ia cukup
labuh sampai menutup dua tapak kakinya” – Hadis riwayat Abu Daud

Satu hadis lain yang hampir sama ialah yang diriwayatkan oleh Ibn Umar bahawa Rasulullah
s.a.w. bersabda :

” ‫ إذا تنكسف‬: ‫ فقالت‬.‫ يرخيت شبرا‬: ‫ فكيف يضع الساء بذيولهن ؟ قال‬: ‫ فقالت أم سلمة‬. ‫ال ينظر هللا إلى من جر ثوبه خيالء‬
‫ فيرخينه ذراعا ال يزدن عليه ” – رواه الترمزى‬: ‫إقدامهن ؟ قال‬
Yang bermaksud :
“Allah tidak (suka) melihat orangyang mengherek pakaiannya (yang labuh) dengan penuh
megah. Lalu Ummu Salamah berkata : Bagaimana sepatutnya orang perempuan buat dengan
hujung (pakaian) mereka? Sabda Rasulullah s.a.w. : mereka perlu melabuhkannya satu jengakal.
Kata Ummu Salamah : Kalau begitu, tapak kaki mereka akan terdedah. Sabda Rasulullah s.a.w. :
kalau begitu, mereka perlu melabuhkannya sehasta dan jangan lebih daripada itu” – Hadis
riwayar al-Termidzi.

Mengenai lengan pula, tidak ada kitab-kitab fiqh mazhab yang memperkatakannya. Seolah-olah
pandangan ini tidak berbangkit sama sekali.

Pandangan-pandangan Fiqh Semasa

Abdul-Rahman al-Jaziri dalam Kitab al-Fiqh al-Madzahib al-Arba’ah hanya menukilkan

pandangan-pandangan para fuqaha terdahulu tanpa apa-apa ulasan daripada beliau sendiri.
Dalam nukilan tersebut, beliuan menyebut aurat wanita ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan
dua tapak tangan, tanpa menyebut apa-apa tengang tapak kaki atau lengan. Malah tidak pun
menyebut pandangan mazhab Hanafi tentang kaki.
Pendirian yang hampir sama diambil oleh al-Zuhaili . Seperti biasa, beliau Cuma menukilkan
pandangan-pandangan para fuqaha terdahulu tanpa apa-apa ulasan lanjut. Dalam ulasan tersebut,
beliau menyebut semua pandangan para fuqaha termasuk pandangan mazhab Hanafi yang
mengecualikan tapak kaki daripada aurat. Bagaimanapun, beliau tidak menyentuh tentang
lengan, mungkin kerana tidak tersebut dalam kitab-kitab fiqh terdahulu.

Membataskan pengecualian daripada aurat perempuanitu muka dan dua tapak tangan sahaja dan
tidak termasuk tapak kaki dan lengan, sebenarnya kecenderungan terbanyak fiqh semasa. Dalam
bukunya ¬al-Hijab , Abu al-A’la al-Maududi menyimpulkan bahawa berasaskan kepada riwayat-
riwayat yang ternyata sekali seluruh badan wanita itu aurat kecuali muka dan tapak tangannya.
Bagaimanapun, kata beliau, berasaskan kepada nas-nas yang ada juga terdapat kelonggaran bagi
para wanita yang sudah melepasi batasan fitnah tarikan hawa nafsu, misalnya mereka yang sudah
berumur.

Pendirian yang sama juga dibuat oleh Yusuf al-Qaradhawi. Dalam buku beliau al-Halal Wa al-
Haram Fi al-Islam , beliau memilih untuk mentarjih bahawa yang dimaksudkan sebagai “apa
yang lahir daripadanya” sepertimana yang tersebut dalam ayat 31, surah al-Nur itu ialah muka
dan dua tapak tangan.kata beliau, ini adalah pendangan terbanyak para fuqaha terdahulu.
Sebelum membuat kesimpulan berkenaan, beliau menyebut sepintas lalu pandangan yang
menyatakan termasuk sebahagian lengan, malah juga menyebut pandangan yang lebih ketat, iaitu
tanpa pengecualian.

Alasan yang diberikan oleh beliau ialah keperluan untuk tidak menutup muka dan tapak tangan
itu bagi tujuan urusan hidup seharian. Tentang tapak kaki, beliau meminjam kata-kata al-Razi
dalam tafsirnya yang mengatakan, keperluan untuk membukanya tidak sama dengan keperluan
bagi muka dan dua tapak tangan. Sebab itulah, kata al-Razi, para ulama berbeza pendapat
tantangnya .

Muhammad al-Ghazali juga nampaknya mempunyai pendirian yangsama. Dalam buku beliau,
Qadhaya al-Mar’at , beliau mengkritik tentang cara berpakaian wanita zaman sekarang , tetapi
mempertahankan bahawa muka wanita bukan aurat . Dalam buku tersebut, beliau tidak pula
membincangkan soal kaki dan lengan.

Bagaimanapun, terdapat juga para penulis yang secara jelas menyebut kaki juga dikecualikan.
Al-‘Aqqad dalam buku beliau, al-Mar’at Fi al-Quran , berkecenderungan untuk memasukkan
sama tapak kaki sebagai bukan aurat. Pandangan beliau ini berasaskan Tafsir al-Kasyaf, iaitu
yang disifatkan oleh beliau sebagai kitab tafsir yang terkemuka. Mengikut al-Kasyaf, anggota
seperti muka, tapak tangan dan tapak kaki adalah anggota badan yag secara semulajadi dan pada
kebiasaannya tidak ditutup, kerana perlua digunakan bagi tujuan kehidupan seharian. Kerana itu,
ia termaksud dalam maksud “apa yang lahir daripadanya”. Khusus mengenai kaki, al-Kasyaf
menyebut, ia perlu dibuka bagi tujuan untuk berjalan, tertama di kalangan mereka yang miskin.

Kata-kata al-‘Aqqad lagi, antara para mufassirin semasa yang menyokong pandangan ini ialah
Tantawi Juhairi, dalam tafsirnya Tafsir al-Jauhari. Dalam tafsir tersebut, beliau menyebut tapak
kai bersama muka dan tapak tangan sebagai anggota yang perlu dibuka bagi tujuan urusan hidup
harian .
Mengulas tafsir-tafsir tersebut, beliau sendiri kemudainnya membuat kesimpulan bahawa
bukanlah tujuan Islam untuk mengurung atau mengongkong kehidupan perempuan. Apa yang
menjadi tujuan sebenar Islam ialah untuk menjaga maruah perempuan itu sendiri .

Muhammad Izzad Daruzah dalam buku beliau al-Mar’at Fi al-Quran Wa al-Sunnah

membangkitkan soal pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bersih daripada nafsu syahwat.
Kata beliau, adalah penting sesudah mengambil kira semua ayat dan hadis yang memperkatakan
tentang aurat, hijab dan merendahkan pandangan (Ghadd al-Basar) ini untuk menegaskan
keperluan pergaulan yag bersih daripada dorongan hawa nafsu seks di antara lelaki dan
perempuan. Ia perlu berlaku secara terbuka dan bukannya dalam bentuk berkhalwat atau terhad.
Tegas beliau lagi, bukanlah menjadi tujuan Islam untuk memaksa satu fesyen pakaian tertentu
sahaj bagi wanita di sepanjang zaman kerana fesyen pakaian sentiasa terdedah kepada perubahan
selera dari semasa ke semasa. Apa yang penting ialah keperluan kepada pakaian yang
bermaruah.

Sehubungan dengan dasar umum ini, beliau nmenyebut hadis-hadis ‘Aisyah r.a. yang disebut
oleh al-Tabari tentang separuh lengan yang dikatakan dikecualikan daripada aurat.
Bagaimanapun, beliau tidak mengulas lanjut tentang hadis tersebut kecuali berkata ada beberapa
hadis yang diriwayatkan oleh al-Tabari mengenai hal demikian .

Seorang lagi ilmuan Islam zaman sekarag yang menyentuh tentang aurat wanita ialah
Wahiduddin Khan, seorang cendikiawan Islam terkenal di India. Dalam buku beliau al-Mar’at
Bain Syariat al-Islam Wa al-Hadharah al-Gharbiyah (terj.), Wahiduddin Khan sudah
membentangkan tafsiran-tafsiran beberapa ulama Islam semasa seperti al-Albani , dan al-Sabuni
telah menukilkan pandangan al-Syaikh Syabir Ahmad al-Uthman tentang masalah yang sama.
Dalam getusan tersebut, beliau menyebut al-Uthmani berkata hadis dan athar menunjukkan muka
dan dua tapak tangan adalah anggota-anggota badan yang dikecualikan daripada aurat. Sebabnya
ialah kerana keperluan hidup dan keagamaan yang banyak yang tidak boleh dilaksanakan oleh
para wanita kelau sekitanya mereka perlu menutup semua badan mereka. Dalam tafsiran itu juga,
kata Wahiduddin, al-Uthmani menyebut para ulama terdahulu juga menggunakankaedah qiyas
untuk menyamakan kai dengan muka dan tapak tangan .

Abdul-Karim Zaidan pula dalam bukunya al-Mufassal li Ahkam al-Mar’at telah membentangkan
pandangan-pandangan para fuqaha tentang aurat dan dalil-dalil mengenainya, termasuk
perbezaan pendapat tentang tapak kaki. Beliau kemudiannya menukilkan pandangan-pandangan
Ibn Hummam dan al-Babarti untuk mempertegaskan bahawa kaki bukannya aurat. Kata beliau :
Boleh dikatakan, menutup dua tapak kaki dalam sembahyang bukannya wajib, tetapi sunat. Oleh
kerana itu, dua tapak kaki bikanlah aurat yangmesti ditutup. Pandangan ini diperkukuhkan oleh
keperluan membuka dua tapak kaki apabila berjalan tanpa beralas kaki. Selaindaripada itu,
berbanding dengan muka, kaki tidak membangkitkannafsu. Maka, kalau muka bukan aurat,
apatah lagi kaki .

Penutup
Ternyata daripada keterangan-keterang di atas bahawa, penutupan aurat itu adalah wajib dan
tidak ada siapa dari kalangan ulama yang menafikannya. Ini berdasarkan kepada ayat-ayat al-
Quran dan haids-hadis Rasulullah s.a.w. yang jelas.

Apa yang menjadi persoalan ialah batas-batas aurat itu sendiri. Dalam masalah ini,para fuqaha
berbeza pendapat. Paling ketat ialah pendapat yang mengatakan semua tubuh wanita itu aurat
tanpa terkecuali. Bagaimanapun, pendapat ini tidak popular. Ia hanya diterima oleh beberapa
kalangan yang sedikit sahaja. Paling ramai ialah mereka yang mengecualikan muka dan tapak
tangan. Di samping itu, ada pandangan minoriti yang mengecualikan sama tapak kaki dan ada
yang mengecualikan sebahagian daripada lengan.

Perbezaan pendapat ini berlaku kerana para fuqaha berbeza pendapat tentang maksud “perhiasan
yag biasa terdedah” sebagaimana yang terdapat dalam ayat 31, surah al-Nur “ ‫وال يبدين زينتهن إال ما‬
‫”ظهر منها‬. Persoalannya, apakah yag dimaksudkan dengan “perhiasan” (al-Zinah) itu? Dan
apakah pula yang dimaksudkan dengan “yang biasa terdedah”?

Mengenai maksud perhiasan (Zinah), para fuqaha membahagikan perhiasan itu kepada dua jenis.
Pertamanya perhiasan yang bersifat semulajadi, iaitu tubuh mereka sendiri. Kerduanya perhiasan
yang bersifat ciptaan manusia, iaitu pakaian dan sebagainya. Konsep nampak juga dibahagiakn
kepada dua. Pertamanya, ternampak disebabkan oleh pergerakan manusia itu sendiri atau akibat
persekitaran, seperti ditiup angin. Keduanya ialah nampak kerana dibiarkan terdedah.

Sebahagian daripada mereka yang berpendapat bahawa yang dimaksudkan dengan perhiasan itu
ialah perhiasan ciptaan manusia, berpendapat yang dimaksudkan dengan perhiasan yang biasa
nampak atau terbuka itu ialah pakaian luar wanita berkenaan, seperti kain baju dan sebagainya.
Sebehagian daripada mereka pula berpendapat ia adalah barang-barang perhiasan tubuh yang
biasa nampak pada tubuh wanita itu seperti celak, cincin dan gelang tangan. Bagaimanapun,
olehkerana alat-alat perhiasan seperti itu dibenarkan terdedah, maka dengan sendirinya bahagian
tubuh manusia yang menjadi tempat barang-barang itu dipakai juga boleh terdedah.

Bagi mereka yang berpendapat, yang dimaksudkan dengan perhiasan itu ialah perhiasan tabi’i,
mereka berpendapat bahagian anggota perempuan yang biasanya terdedah atas keperluan hidup
dan agama. Berasaskan dalil-dalil yang ada, mereka merumuskan muka dan dua tapak tangan
sebagai dikecualikan daripada aurat wanita. Namun, terdapat di kalangan mereka yang
berpendapat dikecualikan juga tapak kaki dan ada yang berpendapat termasuk juga sebahagian
daripada lengan.

Tafsiran-tafsiran ini berasaskan kepada hadis-hadis Rasulullah s.a.w. Sepertimana yang

disebutkan di atas, terdapat berbagai-bagai hadis dalam masalah ini, dan semuanya boleh
dijadikan asas kepada pentafsiran berkenaan.

Adalah menjadi satu kebaikan dalam Islam, perbezaan pendapat itu berlaku. Ia merupakan suatu
gejala yang memperkukuhkan nilai fleksibiliti (Murunah) hukum Islam. Dalam keadaan-keadaan
yang selesa, lengan dan tapak kaki perlu ditutup. Bagaimanapun, dalam keadaan memerlukan
bagi tujuan urusan hidup, ia sepatutnya boleh dibuka atas asas keperluan. Sebagaimana maklum
keperluan, bukannya darurat. Anara keduanya, ada perbezaan yang jauh.
Selain itu, umat Islam juga boleh memilih pendirian yang mana mereka mahu. Paling
konservatif, mereka hanya akan membuka muka dan dua tapak tangan sahaja dalam keadaan
mana sekalipun. Kalau dia memilih untuk bersikap liberal, dia boleh juga membuka tapak kaki
atau separuh lengan kalau perlu. Di kalangan para sahabat sendiri, sikap-sikap yang berbeza ini
sentiasa ada. Semuanya diperakukan oleh Rasulullah s.a.w. selagi dalam kerangka pentafsiran
yang munasabah.

Bagi tujuan memberi fatwa. Para mufti dinasihatkan oleh para ulama besar bahawa fatwa jangan
sahaja dilihat dari perspektif teori hukum, tetapi juga samada dia dapat menyelesaikan masalah
masyarakat atau sebaliknya.
Aurat Wanita Muslimah Menurut Syarak
Categories > News
Page 1
1–3

biskora
novice - founder
12 posts
0 permalink
Pembahasan tentang masalah aurat wanita Islam tidak pernah sunyi dari diperkatakan.
Malangnya, apa yang mendukacitakan adalah sering kali penjelasan tentangnya tidak
berlandaskan nas yang sahih sebaliknya hanyalah takwilan yang dilatari hawa nafsu serta
kebencian kepada sumber yang qat’ie. Sebahagian kaum Muslimah yang telah dirasuk pemikiran
kufur turut mempertikaikan kewajaran pemakaian tudung yang juga dipanggil ‘hijab’ dengan
menganggap menutup kepala sebagai menutup akal. Contoh golongan ini adalah seperti
Pengurus Program Sisters In Islam (SIS), Norhayati Kaprawi dalam sesi dialog Islam Liberal di
Hotel Selesa, Pasir Gudang yang berkata bahawa pakaian taqwa itu lebih baik dari menutup
aurat.

Ada juga yang beranggapan menutup aurat adalah penyebab kemunduran umat Islam. Ahmad
Reda yang merupakan penyeru agar ditumbangkan sistem pemerintahan Islam di Turki
menganggap bahawa selagi lelaki dan wanita Turki tidak bercampur bebas dan membuka
hijabnya maka tiada kedaulatan undang-undang dan kebebasan di Turki [Rujuk al-Ittijah al-
Wataniah fi al-Adab al-Mu’sir, Jil. 2, ms273). Manakala Taha Husin dari Mesir menyatakan
dalam bukunya ‘Mustaqbal al-Thaqafah fi Misr’: “Kita mesti mengikut jejak langkah orang-
orang Eropah dan cara mereka. Kita mesti menjadi sekutu mereka dan rakan kongsi dalam
ketamadunan, sama ada yang baik atau yang buruk, sama ada yang manis atau yang pahit, sama
ada yang disukai atau yang dicaci.” Baginya menutup aurat perlu ditentang kerana ianya
berbeza dengan Barat. Dr. ‘Imad ‘Abd Hamid An-Najar dalam Jaridah al-Akhbar pula
menyatakan: “Adapun mengenai hijab dan percampuran antara wanita dan lelaki dalam
kehidupan harian, ini adalah perkara yang boleh ditentukan oleh sesebuah masyarakat
berdasarkan keadaannya. Bagi setiap masyarakat ada pakaian dan cara-cara yang
memudahkan individunya. Apa yang disebut di dalam al-Qur’an mengenai hijab adalah khusus
untuk isteri-isteri Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Hukum-hakam ini bukanlah
semestinya berkaitan dengan seluruh wanita.”

Demikianlah di antara sebahagian penentangan-penentangan terhadap hukum Allah yang

ditunjukkan oleh kumpulan atau individu yang sudah teracun oleh pemikiran kufur Barat. Di
samping itu, masih terdapat ramai juga wanita Muslim yang masih tidak tahu, tidak faham atau
salah faham dengan cara-cara menutup aurat secara syar’ie di dalam kehidupan mereka. Justeru,
mereka terjatuh di dalam dosa dan keharaman. Justeru, hukum menutup aurat ke atas Muslimah
ini mestilah diperhatikan betul-betul agar kita tidak terjerumus ke dalam kesesatan dan dosa.

Dalil-dalil tentang Aurat Wanita

(i) Batasan aurat wanita

Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher
dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek
kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat
yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.”
[TMQ An-Nur (24):31].
Yang di maksud “wa laa yubdiina ziinatahunnaa” (janganlah mereka menampakkan
perhiasannya), adalah "wa laa yubdiina mahalla ziinatahinnaa", maksudnya janganlah mereka
menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh) yang di situ dikenakan perhiasan. [Lihat Abu
Bakar Al-Jashshash, Ahkamul Qur`an, Juz III hal.316].

Selanjutnya, kalimah “illa maa zhahara minhaa” [kecuali yang (biasa) nampak darinya], ini
bermaksud, ada anggota tubuh yang boleh dinampakkan iaitu wajah dan kedua telapak tangan.
Demikianlah pendapat sebahagian sahabat, seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan juga Aisyah [Al-
Albani, 2001:66].

Ibnu Jarir Ath-Thabari (wafat 310H) menjelaskan dalam kitab tafsirnya, Jami Al-Bayan fi Tafsir
Al-Qur`an Juz XVIII ms 84, mengenai apa yang di maksud “kecuali yang (biasa) nampak
darinya (illaa maa zhahara minha)”, katanya, pendapat yang paling mendekati kebenaran adalah
yang mengatakan bahawa, yang dimaksudkan (dalam ayat di atas) adalah wajah dan dua telapak
tangan.

Pendapat yang sama dinyatakan Imam Al-Qurthubi dalam kitab tafsirnya Al-Jamia li Ahkam Al-
Qur’an, Juz XII hal. 229 [Al-Albani, 2001:50 & 57]. Jadi, apa yang biasa nampak darinya adalah
wajah dan dua telapak tangan sebab kedua anggota tubuh inilah yang biasa nampak dari
kalangan Muslimah di hadapan Nabi Sallalahu alaihi wa Sallam sedangkan baginda
mendiamkannya. Kedua anggota tubuh ini pula yang nampak dalam ibadah-ibadah seperti haji
dan solat dan biasa terlihat di masa Rasulullah iaitu di masa masih turunnya ayat Al Qur`an [An-
Nabhani, 1990:45].

Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan
dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah  kepada Asma’ binti Abu Bakar,

“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh
baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak
tangannya.” [HR Abu Dawud]

(ii) Aurat Wanita dalam Hayaatul ‘Am (Kehidupan Umum/Public Life)

Yang dimaksudkan dengan hayaatul ‘am adalah keadaan di mana wanita itu berada di luar dari
kawasan rumahnya di mana mereka bercampur dengan masyarakat. Pakaian wanita dalam
kehidupan umum iaitu di luar rumahnya terdiri dari dua jenis iaitu

(a) libas asfal (baju bawah) yang disebut dengan jilbab, dan
(b) libas ‘ala (baju atas) iaitu khimar (tudung).

Dengan dua pakaian inilah seseorang wanita itu boleh berada dalam kehidupan umum seperti di
jalanan, di pasar-pasar, pasar raya, kampus, taman-taman, dewan orang ramai dan seumpamanya.
Dalil wajib memakai jilbab bagi wanita adalah berdasarkan firman Allah,

“Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri

orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya.” [TMQ Al-Ahzab (33):59].
Oleh sebab Al-Quran adalah berbahasa Arab, dan perkataan “jilbab” itu adalah perkataan Arab,
maka kita hendaklah memahami apakah yang dimaksudkan “jilbab” di dalam bahasa Arab.
Dengan kata lain, kita hendaklah memahami dan mengikuti apakah yang orang Arab faham bila
disebut jilbab. Maka inilah pakaian yang diperintahkan oleh Allah kepada perempuan. Di
samping itu, perincian tentang pakaian ini telah pun dijelaskan di dalam banyak hadis sahih yang
wajib diikuti oleh setiap orang.

Jadi, apakah makna jilbab itu? Selain dari melihat sendiri kepada nas-nas hadis tentang pakaian
yang dipakai Muslimah semasa zaman Rasulullah, kita juga boleh merujuk kepada banyak
kamus Arab untuk mengetahui makna “jilbab”. Dalam kitab Al-Mu’jam Al-Wasith karya Dr.
Ibrahim Anis [Kaherah: Darul Maarif ms 128], jilbab diertikan sebagai ats-tsaubul musytamil ala
al-jasadi kullihi (pakaian yang menutupi seluruh tubuh), atau ma fauqa ats-tsiyab kal milhafah
(pakaian luar yang dikenakan di atas pakaian rumah, seperti milhafah (seperti jubah), atau al-
mula’ah asy-tamilu biha al-mar’ah (pakaian luar yang digunakan untuk menutupi seluruh tubuh
wanita).

Berdasarkan pengertian ini, jelaslah bahawa yang diwajibkan ke atas wanita adalah mengenakan
pakaian yang satu (sekeping) yang lurus dari atas hinggalah ke bawah, yakni hingga ke mata
kaki. Maksud milhafah/mula’ah (Arab) adalah pakaian yang dikenakan sebagai pakaian luar [di
dalamnya masih ada pakaian dalam (pakaian rumah) atau pakaian sehari-hari tetapi bukan hanya
coli dan seluar dalam] lalu diulurkan ke bawah hingga menutupi kedua mata kakinya. Untuk
pakaian atas, wanita disyariatkan/diwajibkan memakai “khimar” iaitu tudung atau apa sahaja
bahan/kain yang serupa dengannya yang berfungsi menutupi seluruh kepala, leher, dan lubang
leher baju di dada.

Dalil mengenai wajibnya mengenakan pakaian bahagian atas (khimar/tudung) adalah Firman
Allah,

“Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” [TMQ An-Nur (24):31].

Pakaian jenis ini (jilbab dan khimar) wajib dipakai oleh seorang Muslimah (yang telah baligh)
apabila hendak keluar menuju ke pasar-pasar atau berjalan melalui jalanan umum. Setelah
memakai kedua jenis pakaian ini (jilbab dan khimar) maka barulah dibolehkan baginya keluar
dari rumahnya menuju ke kehidupan am tanpa sebarang dosa. Jika tidak, maka dia tidak boleh
(haram) keluar dari rumah kerana perintah yang menyangkut kedua jenis pakaian ini datang
dalam bentuk yang umum, dan tetap dalam keumumannya dalam semua keadaan. Mana-mana
wanita yang telah baligh dan melanggar ketetapan Allah ini, maka berdosalah mereka dan layak
mendapat seksa Allah di akhirat nanti. 

(iii) Pakaian wanita dalam Hayatul Khassah (Kehidupan Khusus/private life)

Yang dimaksudkan dengan hayatul khassah adalah keadaan di mana seseorang wanita itu
menjalani kehidupannya di rumahnya bersama dengan anggota keluarganya yang lain.

Adapun cara seorang Muslimah menutupi auratnya di hadapan lelaki ajnabi dalam kehidupan
khusus seperti di rumahnya atau di dalam kenderaan peribadi, syarak tidak menentukan
bentuk/fesyen pakaian tertentu tetapi membiarkan secara mutlak tanpa menentukannya dan
cukup dengan mencantumkan lafaz dalam firman-Nya,

“wa laa yubdiina” (“dan janganlah mereka menampakkan”) [Surah An-Nur:31]

atau sabda Nabi,

“lam yashluh an yura minha” (“tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya”) [HR Abu
Dawud].

Jadi, pakaian yang menutupi seluruh auratnya kecuali wajah dan telapak tangan dianggap sudah
menutupi, walau bagaimana pun bentuknya. Tetapi ia adalah tertakluk kepada hukum tabarruj
(sila lihat perbincangan di bawah).
 
Berdasarkan hal ini maka setiap bentuk dan jenis pakaian yang dapat menutupi aurat iaitu yang
tidak menampakkan aurat dianggap sebagai penutup bagi aurat secara syar'i, tanpa melihat lagi
bentuk, jenis, atau fesyennya. Namun demikian syara' telah mensyaratkan dalam berpakaian agar
pakaian yang dikenakan dapat menutupi kulit. Jadi pakaian wajib dapat menutupi kulit sehingga
warna kulitnya tidak diketahui. Jika tidak demikian, maka tidak dikatakan menutup aurat. Oleh
kerana itu apabila kain penutup itu tipis/transparent sehingga nampak warna kulitnya dan dapat
diketahui sama ada kulitnya berwarna merah atau coklat, maka kain penutup seperti ini tidak
boleh dijadikan penutup aurat dan haram hukum memakainya.

(iv) Wajib memakai tsaub, di samping jilbab

Tsaub ialah ‘pakaian di rumah’ iaitu pakaian yang dipakai oleh wanita di hadapan mahramnya
semasa berada dalam hayatul khassah (kehidupan khusus) tatkala tiada lelaki ajnabi (lelaki asing)
di dalamnya. Dalil mengapa wajib mengenakan tsaub di dalam jilbab ialah berdasarkan firman
Allah,

“Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haidh dan mengandung) yang tiada
ingin berkahwin (lagi) tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian (tsiyab) mereka,
dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka” [TMQ An-Nur (24):60].

Ayat ini membenarkan wanita yang telah putus haid dan tiada keinginan berkahwin
menanggalkan atau melepaskan pakaian (tsaub). Ini bermakna, jika tiada ‘pakaian’ di dalam
jilbab, bermakna wanita yang telah putus haid berkenaan akan berbogel, walhal berbogel tidak
dibolehkan. Justeru, tsaub adalah ‘pakaian dalam’ (pakaian rumah) yang wajib dipakai oleh
Muslimah di samping jilbab (pakaian luar) di dalam hayatul am atau di dalam hayatul khas
tatkala ada lelaki ajnabi. [Rujuk Imam Muhammad Abu Zahrah dalam kitab Usulul Fiqh:164-
147, Abdul Wahab Khallaf kitab Ilmu Usul Fiqh:143-153 dan Sheikh Taqiuddin an-Nabhani
dalam kitab As-Syahsiyyah Al-Islamiyyah Juz. 3:178-179].

Larangan Bertabarruj
Adapun dalil tentang larangan bertabarruj adalah juga dari Surah An-Nur (24):60 iaitu Firman
Allah,
“Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti [dari haid dan mengandung] yang tiada
ingin kawin [lagi], tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak
[bermaksud] menampakkan perhiasan (tabaruj), dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi
mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. [TMQ An Nur(24):60]

Mafhum muwafaqah (yang disepakati) dari ayat ini adalah jika perempuan tua yang telah putus
haid haram menampakkan perhiasan iaitu bertabarruj, apatah lagi perempuan yang masih muda,
belum putus haid dan berkeinginan berumahtangga, tentulah lebih lagi. Dalil lain ialah

“Dan hendaklah kamu tetap di rumah kamu, dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku
seperti orang jahiliah.” [TMQ Al-Ahzab (33):33]

Dan Hadis Rasulullah  riwayat dari Bazzar dan At-Termizi menjelaskan,

“Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan
memperhatikannya.”

Abul A’la al Maududi berkata:

“Jika kalimat tabarruj dipergunakan kepada kaum wanita, ia bermakna-

(i) wanita yang menunjukkan kecantikan wajahnya, daya tarik tubuhnya kepada lelaki asing
(yang bukan mahramnya);

(ii) wanita yang mendedahkan kecantikan pakaian dan perhiasannya kepada lelaki asing; dan
memperlihatkan dirinya, make-upnya, gerak-gerinya dan kemegahannya. Selain memastikan
pakaiannya tidak nipis, jarang, longgar, tidak memakai perhiasan yang menarik perhatian lelaki
ajnabi, tidak menyerupai pakaian lelaki atau orang kafir/musyrik, pakaiannya yang bukan
melambangkan kemegahan, dia juga tidak boleh tampil dengan haruman semerbak. "Sesiapa jua
wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu
bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina” [hadis dari Abu Musa al-Asy’ari].

Khatimah
Sesungguhnya aurat wanita Islam bukanlah hanya tudung semata-mata sebagaimana yang
difahami oleh sebahagian umat Islam sebaliknya apa yang paling penting ialah setiap Muslimah
mestilah memahami batasan aurat dalam hayatul khassah (kehidupan khusus) dan hayatul am
(kehidupan umum) menurut syarak selain menyedari keharaman bertabarruj atas semua wanita
sama ada belum atau telah putus haid. Menutup aurat juga hendaklah didasari dengan iman dan
taqwa iaitu mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, bukan atas dasar hak asasi atau rutin
harian. Memetik kata-kata Sheikh Ali Thantawi:

"Terdapat perbezaan yang besar antara seorang yang terjaga lewat pagi kemudian terus
bergegas untuk keluar bekerja. Disebabkan kesibukan menjalankan tugas, beliau tidak
berkesempatan untuk makan dan minum sehingga tibanya waktu malam, sementara seorang
yang lain yang turut mengalami keadaan berlapar dan dahaga tetapi telah berniat untuk
berpuasa, telah mendapat pahala daripada amalannya disebabkan niatnya, sementara orang
yang pertama tidak memperoleh apa-apa sedangkan dia turut berlapar dan dahaga. Begitulah
keadaannya dengan amalan-amalan kebiasaan yang lain, bilamana diniatkan untuk
mendapatkan keredhaan Allah Subhanahu wa Taala akan memperolehi pahala dari Nya,
sebaliknya jika dilakukan sebagai rutin hidup, dia tidak akan memperoleh apa-apa".
Mazhab Asy-Syafi’i

Ada dua qawl berdasarkan dua riwayat daripada Iman Shafi'iyy:

1. Semua badan, tiada kecuali. Inilah qawl yang paling sahih atau paling nyata atau mu'tamad,
sebagaimana diterangkan oleh Ibnu Hajar al-Haytamiyy di dalam az-Zawajir dan al-Baydawiyy
di dalam Tafsirnya dan juga para Ulama' Shafi'iyyah.

2. Semua badan, melainkan muka dan dua tapak tangan. Mubah didedahkan muka dan dua tapak
tangan di hadapan lelaki ajnabi dengan syarat aman daripada fitnah. Wajib tutup muka dan dua
tapak tangan itu bukan kerana ianya aurat, tetapi kerana menutup pintu fitnah dan fasad.

Seluruh badan kecuali di dalam sembahyang maka dikecualikan muka dan dua tapak tangan
demikian juga ketika tawaf dan Imam Nawawi salah seorang ulama’ Syafie mengecualikan muka
dan dua tapak tangan di dalam sembahyang dan di luar sembahyang.

Mazhab Hanafiyah

Aurat perempuan ( merdeka ) seluruh badannya termasuk rambut yang terhurai kecuali muka dan
tapak tangan ( tapak dan belakangnya ) dan dua kaki di dalam sembahyang tetapi di luar
sembahyang ia adalah aurat juga tiada boleh dilihat atau disentuh.

Berdasarkan dua riwayat daripada Iman Abu Hanifah:

1. Semua badan kecuali muka dan dua tapak tangan. Mubah di dedahkan muka dan dua tapak
tangan di jalan dan di depan lelaki ajnabi dengan syarat aman dari fitnah. Jika ditakuti
mendatangkan fitnah atau membawa kepada fasad, maka wajib ditutup.

2. Semua badannya, kecuali muka, dua tapak tangan dan dua qadam (iaitu tapak kaki) dan
pergelangannya.

Menurut apa yang dapat kita faham daripada mazhab Syafie, muka dan tangan itu bukan
termasuk dalam bahagian aurat dan tidak wajib menutupnya melainkan pada masa tertentu
apabila ditakuti berlaku fitnah. Demikianlah menurut riwayat yang masyhur daripada mazhab
kita Imam Syafie sesuai dengan pendapat sahabat besar Ibnu Abbas r.a. Imam seluruh ahli tafsir
yang telah mentafsirkan firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Dan katakanlah kepada wanita
yang beriman supaya mereka menahan pandangan mereka (daripada memandang perkara yang
haram) serta memelihara kehormatan mereka dan jangan mereka mendedahkan perhiasan mereka
kecuali apa yang zahir daripadanya sahaja, iaitu muka dan tangan dan perhiasan yang terdapat
padanya (surah an-Nur 31).

Inilah aurat yang jelas diarahkan semasa kita beribadat kepada Tuhan, iaitu semasa solat dan haji
atau sebagainya kerana itulah aurat yang amat sopan pada pandangan agama. Adapun perbuatan
Rasulullah memalingkan muka Fadhli sepupunya dari terus melihat muka wanita khath’amiah
itu, yang berada dalam pakaian ihramnya kerana dibimbanginya boleh mendatangkan fitnah.
Hakikat ini jelas daripada jawapan baginda sendiri apabila ditanya oleh bapa saudaranya, kenapa
engkau palingkan muka anak bapa saudaramu dari melihat wanita khath’amiah itu? Sabdanya:
Aku takut syaitan akan menpengaruhi mereka berdua yang masih muda remaja itu. Jadi kalau
disuruh dan ada yang menutup mukanya pada pandangan kita ia bukan semestinya kerana aurat
malah mungkin juga kerana bimbangkan berlaku fitnah.

Jangan ada mereka yang mudah keliru antara keduanya kerana perbezaannya agak ketara kerana
kalau tutup muka itu dituntut kerana aurat, maka ia perlu ditutup selama-lamanya dan tidak
dibenarkan membukanya lagi sekalipun semasa melaksanakan ibadat.

Tetapi sekiranya arahan menutup muka tadi kerana mengelak dari fitnah, maka ia diwajibkan
semasa kemungkinan berlaku fitnah sahaja. Dan masa-masa tertentu juga mereka tertentu sahaja
bukan semua orang tetapi hal ini tidak berlaku, bagi mereka yang berada dalam amalan ibadat
dan sebagainya dibenar malah diarahkan supaya membuka muka dan tangannya. Pada
pandangan kita Allah sekali-kali tidak mengarahkan sesiapa untuk membuka auratnya lebih-lebih
lagi bila melakukan ibadat kepada-Nya. Wallahuala

Masalah aurat wanita suatu tajuk perbincangan yang besar dan memakan ruang yang banyak. Ia
merangkumi konsep aurat itu sendiri, batas-batas yang ditentukan, samada dalam sembahyang
atau dalam kehidupan biasa. Bahkan, perbincangan tentang aurat dalam kehidupan biasa akan
merangkumi pula keadaan yang bermacam-macam, seperti sewaktu berada seorang diri di tempat
tertutup atau di dalam gelap, di hadapan muhram, bersama perempuan muslim, bersama
perempuan bukan Islam dan akhirnya di hadapan lelaki bukan muhram.

Selain itu, terdapat persoalan-persoalan lain lagi yang berkaitan seperti masalah aurat dalam
keadaan darurat (al-Dharurah), konsep berpakaian dan berhias dan sebagainya.
Kertas ini tidak merangkumi semua persoalan-persoalan itu. Ia hanya merangkumi perbincangan
tentang konsep aurat wanita itu sendiri dan apakah batas-batasnya sewaktu berada di hadapan
lelaki yang bukan muhram. Tujuannya ialah untuk mengelak ianya terlalu panjang dan sesuai
dengan apa yang lebih penting dihuraikan.

Konsep Aurat

Perkataan aurat dalam bahasa Melayu berasal daripada perkataan yang sama, iaitu “aurah” dalam
bahasa Arab. Dari segi bahasa, ia mempunyai pengertian yang banyak. Antaranya
ialah“kemaluan” (al-Sau’at) .
Kata Ibn Athir, pengertian asal bagi perkataan “al-Sau’ah” ialah kemaluan wanita (al-Farj).
Kemudian ia memberi erti apa sahaja yang memalukan apabila berlaku samada dalam bentuk
kata-kata atau perbuatan . Kata al-Laith, ia bererti kemaluan lelaki atau perempuan . Kerana itu,
dalam al-Quran disebut “ ‫ ” فبدت لهما سوأتهما‬, yang merujuk kepada kemaluan Adam dan Hawa.
Mengikut al-Laith lagi, berasaskan pengertian itu, al-Sau’ah ini digunakan bagi memberi erti apa
sahaja perbuatan atau perkara yang memalukan .

Kata Abdul Qadir al-Razi, sehubungan dengan pengertian di atas, perkataan al-‘Aurah
kemudainnya digunakan juga bagi erti apa sahaja yang manusia merasa malu untuk
memperlihatkan kepada orang .

Antara pengertian lain bagi perkataan ”’aurah” ialah sesuatu yang perlu ditutup , sesuatu yang
kurang dan hodoh , tempat-tempat kelemahan yang mungkin disusupi oleh musuh dan banyak
lagi.
Suatu rumusan yang mungkin boleh dibuat berasaskankepada keterang atau huraian di atas, ia
perkataan aurat (al-‘Aurah) dalam bahasa Arab mempunyai dua pengertian. Pertamanya,
pengertian khusus, iaitu kemaluan (al-Sau’ah) dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Keduanya ialah pengertian umum, iaitu termasuk juga apa sahaja yang dilihat sebagai
menyenangkan untuk dilihat atau diketahui orang.
Dalam al-Quran, perkataan “’aurah” ini disebut senanyak empat kali. Satu kali merujuk kepada
kemaluan dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya, iaitu dalam firman Allah Yang
bermaksud :
“ Katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya, dan
memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang
(biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya, dan
janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka, atau
putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka atau putera-putera saudara lelaki mereka
atau putera-putera saudara perempuan mereka atau wanita-wanita Islam atau hamba-hamba yang
mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keingainan (terhadap wanita)
atau kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat wanita ” – al-Nur (24) : 31

Satu kali merujuk kepada masa atau keadaan yang boleh memalukan iaitu dalam firman Allah
Yang bermaksud :
“ Hai orang yang beriman, hendaklah budak-budak (lelaki dan wanita) yang kamu miliki dan
yang belum baligh di antara kamu, meminta izin kepada kamu tiga kali (salam satu hari) iaitu
sebelum sembahyang subuh ketika kamu menanggalkan pakaian (luar) mu, di tengah hari dan
sesudah sembahyang isyak (itulah) tig aurat bagi kamu ” – al-Nur (24) : 58

Sementara dua kali lagi dalam ayat yang sama merujuk kepada tempat kelemahan yang mungkin
berlaku pencerobohan melaluinya. Firman Allah Yang bermaksud :
“ Dan (ingatah) ketika segolongan di antara mereka berkata : Hai penduduk Yathrib (Madinah)
tidak ada tempat bagimu, maka kembalilah kamu. Dan sebahagian dari mereka meminta izin
kepada Nabi (untuk kembali pulang) dengan berkata : Sesungguhnya rumah-rumah kami terbuka
(tidak ada penjaga). Dan rumah-rumah itu sekali-sekala tidak terbuka. Mereka tidak lain
hanyalah hendak lari.” – al-Ahzab (33) : 13
Sementara, dalam hadis-hadis Rasulullah s.a.w. pula, perkataan ini kerap digunakan bagi
pengertian “aurat” secara fizikal. Bagaimanapun, kadangkala ia memberi erti yang lebih umum
daripada itu, iaitu apa sahaja kekurangan atau perkara yang boleh memalukan, samada yang
bersifat fizikal atau moral.
Bagi pengertian secara fizikal pula, ia merujuk bukan sahaja kepada “kemaluan” tetapi juga
anggota-anggota tubuh lain, terutama antara pusat dan lutut. Antara hadis yang menyebut “aurat”
dalam pengertian seperti itu ialah :
“ ‫” فخذ المرء المسلم عورة‬
Yang bermaksud :
“ Peha seseorang muslim itu aurat ” – (Hadis riwayat Ahmad)

Antara hadis-hadis yang menyebut perkataanni bagi pengertian yang luas, termasuk hal-hal
moral ialah :
“ ‫” من ستر مؤمنا فى الدنيا على عورة ستر هللا عز وجل يوم القيامة‬
Yang bermaksud :
“ Sesiapa yang di dunia ini menutup kemaluan mana-mana orang Islam, Allah akan
melindunginya (daripada apa-apa yang memalukan) di hari kiamat ” (Hadis riwayat Ahmad)

Berasaskan kepada penggunaan dalam al-Quran dan al-Sunnah juga rumusan boleh dibuat
seperti di atas, iaitu dari segi penggunaan biasa perkataan “aurat” mempunyai dua pengertian.
Pertamanya pengertian-pengertian khusus, iaitu “kemaluan” dan perkera-perkara yang berkaitan
dengannya secara fizikal. Keduanya, pengertian umum, iaitu apa sahaja yang dilihat sebagai
kurang menyenangkan alau terdedah terdedah kepada orang lain, baik yang bersifat fizikal
mahupun moral.

Aurat Sebagai Satu Istilah

Sebagai satu istilah dalam Syariah Islam, “aurat” boleh disifatkan sebagai bahagian tubuh yang
perlu ditutup dan tidak didedahkan kepada pandangan orang.

Bagaimanapun, ini bukanlah difinisi yag diberikan oleh para fuqaha. Kerana dalam kitab-kitab
klasik, tidak ada definisi aurat yang diberikan, samada dalam kitab-kitab tafsir, kitab-kitab
syarah hadis ataupun kitab-kitab fiqh.

Ketiadaan definisi khusus ini mungkin kerana pengertiannya sangat jelas dan tidak perlu
didefinisikan lagi. Lagipun, dalam kitab-kitab fiqh, huraian tentang aurat itu tidak dibuat dalam
bab yang tersendiri. Ia hanya dihuraikan dalam bab sembahyang sebagai masalah sampingan .

Kesimpulan seperti di atas terdapat dalam sekuarang-kurangnya dalam sebuah buku karangan
semasa, iaitu yang ditulis oleh al-Syekh Mamduh Mahmood Abdul-Rahman dalam buku beliau
al-Zinah wa al-Jamal Fi Mizan al-Islam . Mengikut beliau, definisi tersebut berumberkan kitab
Fiqh al-Sunnah karangan Syed Sabiq.

Bagaimanapun, setelah diteliti, definisi sepertimana yang disebut itu tidak ada dalam dalam kitab
berkenaan . Mungkin apa yang dimaksudkan oleh beliau bukan definisi itu sendiri, tetapi konsep
yag menjadi asas kepada definisi yang diberikan oleh beliau. Ini memandangkan terdapat tafsiran
terhadap istilah “Zinah” dalam ayat al-Quran “‫ ”خذوا زينتكم عند كل مجد‬dengan erti menutup aurat .

Bagaimanapun, apa yang penting ialah konsep aurat itu sendiri dan bukan definisi secara teknikal
mengenainya. Ia meruoakan suatu yang jelas berasaskan pengertian-pengertian yang ada di
dalam al-Quran dan al-Sunnah, iaitulah sepertimana yang disebut di atas. Berasaskan kepada
konsep berkenaan, apa yang dimaksudkan dengan aurat wanita dalam kertas ini ialah bahagian
tubuh wanita yang perlu ditutup dan tidak boleh dilihat oleh orang lain. Bagaimanapun, huiraian-
huraian selanjutnya mungkin boleh memperincikan lagi konsep ini.

Keterangan-keterangan Daripada Al-Quran dan Al-Sunnah

Nas paling asas yang menyebut tentang keperluan menutup aurat ialah firman Allah Yang
bermaksud :
“Hai anak Adam, sesungguhnya kami telah menurunkan kepada kamu pakaian untuk menutup
auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan” – al-A’raf (7) 26

Kata al-Qurtubi, ayat ini adalah dalil kepada hukum wajib menutup aurat, kerana di dalamnya
ada menyebut “untuk menutupi auratmu” . Kata al-Syaukani, maksudnya Allah telah mencipta
pakaian bagi umat manusia bagi menutup aurat yang telah dipamerkan oleh iblis pada diri Adam
dan Hawa .

Satu nas lain ialah firman Allah s.w.t. Yang bermaksud :

“Hai anak Adam, pakailah pakaian kamu yang paling indah di setiap (memasuki) masjid” – al-
A’raf (7) : 31

Kata al-Qurtubi , dlam Sohih Muslim, Ibn Abbas meriwayatkan ada seorang perempuan telah
melakukan tawaf di ka’bah dengan secara bertelanjang. Kata al-Qadi Ibn ‘Iyadh, perempuan
tersebut bernama Dhuba’ah binti ‘Amr Ibn Qurt. Dalam Soheh Muslim juga, Hisyam bin ‘Urwah
meriwayatkan daripada bapanya bahawa, amalan melakukan tawaf secara bertelanjang ini adalah
kebiasaan semua orang Arab kecuali dari suku Quraisy. Ayat ini diturunkan untuk membatalkan
amalan seperti ini.

Mengikut al-Qurtubi lagi , ayat ini menjadi dalil kepada hukum wajib menutup aurat. Jumhur
berpendapat ia khusus bagi hukum menutup aurat sewaktu bersembahyang. Kata al-Abhari, ia
bukan khusus bagi sembahyang, tetapi dalam semua keadaan, samada di dalam atau luar
sembahyang.

Pandangan yang sama juga disebut oleh Ibn al-Arabi dan al-Syaukani . Tetapi al-Kayaharrasi
berpendapat, ayat ini sekadar bertujuan untuk menerangkan hukum memuliakan masjid dan
perbuatan-perbuatan yang berkaitan dengannya dan tidak ada sangkut paut dengan kewajipan
menutup aurat, samada di dalam sembahyang atau di luar sembahyang.

Dalam hadis Rasulullah s.a.w. bersabda :

“ ‫” ال ينظر الجل إلى عورة الجل وال المرأة إلى عورة المرأة – رواه المسلم والترمذي وابن ماجه واحمد‬
Yang bermaksud :
“Orang lelaki tidak boleh memandang kepad aurat lelaki dan orang perempuan tidak boleh
meihat kepda aurat orang perempuan”. – Diriwayatkan oleh Muslim, al-Termidzy, Ibn Majah
dan Ahmad Ibn Hanbal.

Kata al-Imam al-Nawawi , mengulas hadis di atas, hadis ini jelas menunjukkan haram lelaki
melihat aurat lelaki dan perempuan melihat aurat perempuan. Sementara hukum haram lelaki
melihat aurat wanita dan haram wanita melihat aurat lelaki sabit melalui ijma’.

Selain daripada itu, terdapat banyak lagi hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang menyebut tentang
keprluan menutup aurat secara umum, samada di kalangan lelaki atau perempuan . Semuanya ini
menunjukkan masalah aurat meruakan masalah yang sangat penting di dalam Islam, bukan
sahaja berkaitan dengan soal ibadat, seperti sembahyang, tetapi juga dalam kehidupan umum.

Mengenai aurat wanita secara husus, ayat 31 surah al-Nur yang telah disebut sebelum ini adalah
jelas. Firman Allah s.w.t. Yang bermaksud :
“Katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya, dan
memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang
(biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya, dan
janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka, atau
putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka atau putera-putera saudara lelaki mereka
atau putera-putera saudara perempuan mereka atau wanita-wanita Islam atau hamba-hamba yang
mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keingainan (terhadap wanita)
atau kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka
menghentakkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yag mereka sembunyikan. Dan
bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu
bertudung” – al-Nur (24) “ 31

Kata Ibn Kathir , ini adalah perintah tuhan ke atas wanita-wanita Islam bagi menjaga perasaan
suami mereka dan bagi membezakan mereka daripada sifat perempuanjahiliyah dan kelakuan
perempuan syirik.

Mengikut beliau lagi, sebab turun ayat ini ialah, sepertimana yang diriwayatkan oleh Jabir Ibn
Abdullah an-Ansari bahawa Asa’ binti Murthid adalah seorang wanita yang mempunyai
kedudukan di kalangan Bani Harithah. Kerana itu ramai para wanita datang menemuinya.
Apabila beliau melihat mereka tidak berpakaian lengkap, sampai ternampak gelang-gelang kali
mereka, dan dada-dada mereka pula terdedah, beliau berkata : “Alangkah buruknya andangan
seperti itu” Allah s.w.t. lalu menurunkan ayat ini .

Batas-batas Aurat.

Persoalan utama yang timbul berkait dengan kewajipan menutup aurat ini ialah anggota mana
daripada badan wanita itu yang dikatakan aurat dan perlu ditutup?

Kata al-Qurtubi, dalam menghuraikan ayat 26, surah al-A’raf, aurat perempuan adalah kesemua
tubuh badannya kecuali muka dan kedua tapak tangan sahaja . Bagaimanapun, beliau mengakui
itu hanya pandangan golongan terbanyak para ulama sahaja . Ertiya tidak berlaku ijma’ tentang
hukum seperti itu.

Bagi beliau, sebab tidak berlaku ijma; dalam masalah ini ialah keranan ada pandangan yang
mengatakan aurat perempuan adalah semua tubuhnya. Antara mereka yang berpendapat seperti
ini, mengikit beliau ialah Abu Bakr Ab. Rahman Ibn Harith Ibn Hisyam dan Ahmad Ibn Hanbal,
mengikut satu riwayat mengenainya pandangannya .

Bagi menyokong pandangan beliau itu, al-Qurtubi berhujah dengan hadis Rasulullah s.a.w. yang
berbunyi : “‫ ”من أراد أن يتزوج امرأة فلينظر إلى وجهها وكفيها‬yag bermaksud : “Sesiapa yang mahu
mengahwini mana-mana perempuan, dia hendaklah melihat muka dan dua tapak tangannya”.
Lagipun, kata beliau, muka dan tapak tangan wajib dibuka sawaktu berpakaian ihram. Ini
menunjukkan kedua-dua anggota itu bukannya aurat .

Dalam mentafsirkan perkataan dalam ayat 31, surah al-Nur di atas pula, al-Qurtubi menyebut
berbagai-bagai pendapat tentang apa yang dimaksudkan sebagai “kecuali yang (biasa) nampak
daripadanya” itu. Kata beliau, Ibnu Mas’ud berpendapat maksdunya pakaian. Sa’id Ibn Jubair,
‘Ata’ dan al-Auza’i pula berpendapat, muka, dua tapak tangan dan pakaian. Ibn Abbas, Qatadah
dan al-Miswar Ibn Makhramah pula berpendapat celak, gelang, inai dan tangan sehingga separuh
lengan, subang dan cincin .

Mengikut al-Qurtubi lagi , pendapat yangmengatakan separuh lengan juga termasuk dalam
maksdu apa yang biasa nampak itu ialah hadis ‘Aisyah r.a. yang menyebut Rasulullah s.a.w.
bersabda :

” ‫ وقبض على نصف الذارع‬,‫“ ال يحل المرأة أن تؤمن باهلل يوم األخر إذا عركت أن تظهر إال وجهها ويديها هنا‬

Yang bermaksud :
“Tidak halal bagi mana-mana perempuan yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, apabila
sudah mengalami haid, untuk menampakkankecuali muka, dan dua tangan sehingga ke sini.
Baginda lalu menggenggam atas separuh lengan”.

Beliau seterusnya menukilkan pendapat Ibn ‘Atiyah yang mengatakan bahwa lafaz-lafaz ayat
berkenaan menunjukkan bahawa perempuan diarahkan supaya tidak menampakkan perhiasannya
dan perlu sentiasa berusaha menyembunyikannya kecuali yang biasa nampak dalam pergerakan
tubuh yang perlu. Dalam kadar itu, mereka dimaafkan.

Bagaimanapun, beliau akhirnya menegaskan pandangan beliau sendiri, iaitu yag dimakudkan
ialah muka dan dua tapak tangan. Kerana dua anggota itu sahajaah yang biasa nampak samada
dalam kehidupan harian ataupun dalam ibadat, misalnya sembahyang dan haji. Kerana itu,
pengecualian berkenaan sesuai merujuk epada dua bahagian anggota itu.

Sebagai dalil kepada pandagan beliau itu, al-Qurtubi menyebut hadis riwayat Abu Daud,
daripada ‘Aisyah r.a. bahawa Asma’ binti Abi Bakr datang menemui Rasulullah s.a.w. dengan
berpakaian nipis. Rasulullah s.a.w. berpaling daripadanya seraya bersabda :
“‫ وأشار إلى وجهه وكفيه‬,‫”يا أسماء ان المرأة إذا بلغت المحيض لم بصلح أن يرى إال هذا‬

Yang bermaksud :
“Wahai Asma’, perempuan yang sudah mengalami haid, tidak boleh dilihat kecuali ini” Baginda
lalu menunjuk kepada muka dan dua tapak tangan baginda

Tambah al-Qurtubi lagi , pandangan beliua itu lebih halusi dan berhati-hati, malah juga
mengambil kira keadaan semasa yang tidak baik. Untuk itu, adalah perlu bagi perempuan untuk
tidak menampakkan apa-apa kecuali muka dan dua tapak tangannya sahaja. Sehubungan dengan
itu, beliau menyebut pendapat Ibn al-Khuaizi-Mandad yang mengatakan, kalau perempuanitu
cantik dan pendedahan muka dan dua tapak tangannya boleh menimbulkan fitnah, dia wajib
menutup kedua-duanya. Tetapi kalau sebaliknya dia sudah tua, atau hodoh, dia boleh
menampakkan muka dan dua tapak tangannya.

Ibn al-‘Arabi , juga membincangkan hal yang sama iaitu pandangan-pandangan para ulama
zaman awal Islam seperti Ibn Mas’ud, Ibn Abbas dan sebagainya. Sepertimana juga al-Qurtubi,
beliau mencapai satu kesimpulan bahawa aurat wanita ituialah seluruh tubuhnya, kecuali muka
dan dua tapak tangan. Alaan yang dikemukan oleh beliau adalah sama.

Bagi al-Kayaharrasi , maksudnya, apa yang peelu dilihat, misalnya yang lahir seperti pakaian,
batu permata, gelang dan cincin, iaitu tidak jauh daripada pandangan-pandangan yang
dibincangakanoleh al-Qurtubi dan Ibn al-‘Arabi.

Al-Jassas pula, selepas menghuraikan pandangan-pandangan para guqaha awal Islam,

sepertimanan yang dilakukan oleh al-Qurtubi dan Ibn al-‘Arabi membuat kesimpulan bahawa
yang dimakudkan ialah muka dan tapak tangan. Asas yang dipegang oleh beliau ialah kedua-dua
anggota tersebut tidak ditutup pada waktu menunaikan sembahyang. Hujah beliau, kedua-dua
anggota itu aurat tentu sekali ia perlu ditutup dalam sembahyang sepertimana anggota-anggota
badan yang lain juga.

Beliau selanjutnya menolak pandangan Ibn Mas’ud yang mengatakan bahawa yang
di\maksudkan ialah pakaian sahaja. Kata beliau, ia tidak memberi apa-apa erti (kepada
pengecuali berkenaan). Kata beliau lagi, apa yang sebenarnya dimaksudkan dengan “perhiasan”
(al-Zinah) dalam ayat tersebut bukan alat perhiasan itu sendiri, tetapi anggota badan di mana
perhiasan itu berada. Kerana perhiasann itu sendiri, biar apa pun sahaja bentuknya boleh dilihat
oleh lelaki kalau bukan dipakai oleh perempuan . Kerana perhiasan itu sendiri, biar apa pun
sahaja bentuknya boleh dilihat oleh lelaki kalau bukan dipakai oleh perempuan.

Al-Syaukani juga, selepas menghuraikan pandangan-pandangan yang berbeza-beza di kalangan

para fuqaha di zaman awal Islam dalam masalah berkenaan membuat satu komentar yang
menarik. Kata beliau, adalah jelas struktur ayat tersebut mengarah kepada menampakkan
perhiasan kecuali yang boleh nampak, seperti jubah, purdah dan sebagainya. Ia tidak termasuk
barang-barang perhiasan yang dipakai di tangan dan di kaki. Walaupun yang dimaksudkan
dengan “perhiasan” (al-Zinah) itu ialah bahagian anggota di mana ia dipakai, pengecualian
hanyalah merujuk kepada anggota yang amat sukar ditutup oleh perempuan, seperti dua tapak
tangan dan dua tapak kaki dan seumpamanya .
Asas-asas dan pandangan-pandangan yang dibincangankan dalam kitab-kitab tafsir Ahkam
seperti di atas adalah terdapat dalam kitab-kitab tafsir bil-al-Ma’thur. Ibn Kathir misalnya
selepas menghuraikan bahawa yang dimaksudkan sebagai “apa yang lahir daripadanya” itu iaah
apa sahaja yang tidak boleh disembunyikan telah membentangkan pandangan-pandangan para
ulama zaman awal Isam, seperti Ibn Mas’ud, al-Hasan Ibn Sirin, Abu al-Jauza’ dan Ibrahim al-
Nahka’i. Begitu huga Sa’ad Ibn Jubir, Ibn Umar, ‘Ata’, Ikrimah dan ramai lagi.

Bagitu juga al-Tabari , beliau telah menyebut dengan panjang lebar pandangan-pandangan para
umala pada zaman awal Islam dan hal berkenaan. Beliau kemudiannya membuat kesimpulan
bahawa pendapat yang mengatakan “muka dan dua tapak tangan” itu yang ditujuk dalam
pengecualian berkenaan, adalah lebih wajar diterima. Ini termasuklah celak, gelang, cincin dan
inai sekiranya terpakai di situ. Alasan yang diberikan iaah kedua-dua anggota terebut tidak perlu
ditutup dalam sembahyang sedangan jelas dalam sembahyang, aurat mesti ditutup.

Bagaimanapun, beliau mengakui riwayat yang mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w.

mengharuskan perempuan mendedahkan tangannya sampai ke separuh lengan sebagai satu yang
sabit. Kerana itu ia boleh dimasukkan ke dalam pengecualian berkenaan .

Pandangan Para Fuqaha

Ibn Rusyd dalam kitabnya, Bidayat al-Mujtahid menyebut para fuqaha berbeza pendapat tentang
aurat wanita. Kata beliau, jumhur ulama berpendapat seluruh tubuh wanita itu aurat kecuali
muka dan dua tapak tangan. Abu hanifah pula berpendapat bahawa kaki bukan aurat. Sementara
Ahmad bin Hanbal berendapat semua tubuh wanita itu aurat tanpa kecuali.

Sebab berlakunya perbezaan pendapat seperti itu ialah kerana perbezaan pendapat dalam
mentafsirkan firman Allah : “ ‫ ” وال يبدين• زينتهن إال ما ظهر منها‬al-Nut (24) : 31 yang bermaksud :
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak darinya” –
al-Nur (24) : 31. Persoalah yang timbul ialah apakah yang dikecualikan itu anggota tertentu atau
mana-mana sahaja anggota yang tidak dapat dikawal daripada ternampak. Bagi mereka yang
berpendapat bahawa maksudnya anggota yag tidak dapat dikawal daripada ternampak pada
waktu bergerak, berpendapat aurat wanita itu seluruh badannya. Sedangkan mereka yang
berpendapat maksudnya anggota badan yang biasanya tidak ditutup berpendapat yag
dikedualikan ialah muka dan dua tapak tangan.

Ibn Qudamah, dalam kitab ¬al-Mughni pula menyebut hal yang sama. Bagaimanapun beliau
tidak menyebut secara jelas bahawa yang berpendapat bahawa semua tubuh wanita itu aurat ialah
al-Imam Ahmad Ibn Hanbal. Beliau sebaliknya menyebut : “Dan sesetengah ulama mazhab kita
(Hanbali) berkata…….”. Malah kemudiannya menyebut itu adalah pandangan Abu Bakr al-
Harith Ibn Hisyam.

Al-Syaukani dalam Nail al-Authar , pula menyebut Abu Hanifah juga dalam satu riwayat lain
berpendapat kaki wanita termasuk dalam aurat. Beliau juga menyebut bahawa Ahmad Ibn
Hanbal dalam satu riwayat lain mengecualikan muka. Bagitu juga pandangan Daud al-Zahiri.
Sementara mereka yang berpendapat kaki bukan aurat termasuk al-Imam al-Thauri.
Al-Dimisyqi pula dalam kitabnya Rahmat al-Ummah Fi Ikhtilaf al-A’immah menyebut hanya
ada dua riwayat sahaja daripada Ahmad Ibn Hanbal. Pertamanya iaitu yang paling masyhur
mengecualikan muka, dan keduanya sama seperti jumhur, mengecualikan muka dan kedua tapak
tangan.

Kenyataan-kenyataan yang berbeza-berbeza daripada kitab-kitab Fiqh Perbandingan ini

menimbulkan satu persoalab tentang pandangan sebenar setengan imam mazhab berkenaan. Abu
Hanifah misalnya ada dua pandangan. Pertamanya mengecualikan tapak kaki, dan keduanya
tidak. Ahmad Ibn Hanbal pula ada berbagai riwayat daripadanya. Pertamanya tiada pengecualian
langsung, keduanya mengecualikan muka sahaja, dan ketiganya sama seperti jumhur,
mengecualikan muka dan tapak tangan.

Kepelbagaian riwayat ini akan lebih meluas apabila pandangan dalam masing-masing mazhab
diambil kira. Bukan semua ulama daripada mazhab-mazhab berkenaan sependapat dengan
pemimpin-pemimpin mazhab mereka. Al-Syaukani misalnya menyebut sesetengah umala
mazhab Syafi’i berpendapat bahawa semua tubuh wanita itu aurat tanpa apa-apa pengecualian.
Al-Qasim pula ada dua riwayat daripadanya. Riwayat pertama mengecualikan muka dan dua
tapak tangan, sementara riwayat kedua pula mengecualikan sama tapak kaki.

Cuma apa yang tidak disebut langsung oleh kitab-kitab Fiqh Perbandingan berkenaan ialah
pandangan Ibn Abbas, Qatadah dan al-Miswar bin Makhramah yang disebut oleh al-Qurtubi
sebagai mengecualikan juga tangan hingga ke separuh lengan. Malah Ibn Qudamah menyebut
Ibn Abbas mentafsirkan bahwa yang ditafsirkan itu ialah muka dan dua tapak tangan. Al-
Syaukani pula menyebut Ibn Abbas berpendapat tapak kaki dikecualikan.

Apakah ini bererti para fuqaha mazhab telah menolak atau mengenepikan pendapat Ibn Abbas
berkenaan? Atau sekurang-kurangnya mengenepikan riwayat al-Qurtubi tentang pandangan Ibn
Abbas itu? Kalau demikian, bagaimana pula dengan hadis ‘Aisyah r.a. yang disebut oleh al-
Qurtubi sebagai asas kepada pandangan Ibn Abbas, Qatada dan al-Misqar itu?

Maerujuk kepada riwayat-riwayat yang mentafsirkan maksud firman Allah s.w.t. : “‫وال يبدين• زينتهن‬
‫ ”إال ما ظهر منها‬sepertimna yang disenaraikan oleh al-Tabari dalam tafsirnya , tetnyata bahawa
hadis “‫ وقبض على نصف الذارع‬,‫”ال يحل المرأة أن تؤمن باهلل يوم األخر إذا عركت أن تظهر إال وجهها ويديها هنا‬,
sepertimana yang disebut olehal-Qurtubi dalam tafsirnya itu diriwayatkan oleh Qatadah dan
bukan oleh ‘Aisyah r.a. Apa yag diriwayatkan oleh ‘Aisyah r.a. ialah satu hadis yang berbunyi :
” ‫ يا رسول هللا‬: ‫ فقالت عائشة‬,‫ فدخل النبي (ص) فاعرض‬: ‫ دخلت على ابنة أخى المى عبد هللا بن الطفيل مزينه‬: ‫قالت عائشة‬
‫ فترك‬,‫ وقبض على ذارع نفسه‬,‫ إذا عركت المرأة يحل لها أن تظهر إلى وجهها وإال ما دون هذا‬: ‫ فقال‬,‫أنها ابنة أخى وجارية‬
‫“ بين قبضته وبين الكف مثل قبضة أخرى‬

Yang bermaksud :
“Kata ‘Aisyah r.a. : Anak perempuan Abdullah Ibn al-Tufail saudaraku seibu telah datang
menemui ku dalam keadaan berhias. Rasulullah s.a.w. yang kemudiannya masuk ke situ tidak
mahu melihatnya. Saya lalu berkata : Ya Rasulullah, dia anak saudaraku dan masih muda.
Baginda bersabda : Apabila seseorang itu telah berisi tidak haram baginya menampakkan kecuali
muka dan setakat ini. Baginda memegang lengan baginda sendiri pada jarak setapak tangan
daripada tapak tangannya”
Berasaskan kepada huraian-huraian dalam kitab-kitab Fiqh Perbandingan di atas ternyata muka
dan dua tapak tangan perempuan bukan aurat. Walaupun ada sedikit sebanyak perbezaan
pendapat para fuqaha dalam masaah ini, tetapi majoroti besar para ulama berpendapat semikian.
Tafsiran ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. juga boleh dikatakan menyokong
tafsiran yang sederhana ini.

Tinggal lagi maslaah tapak kaki dan separuh atau satu pertiga lengan. Jawapan kepada peroalan
ini perlua dilihat daripada kenyataan-kenyataan yang terdapat dalam kitab-kitab mazhab
berkenaan.

Mengenai tapak kaki, sepertimana yang disebut sebelum ini, Ibn Rusyd dan al-Syaukani
menyebut Abu Hanifah dalam satu riwayat daripadanya menyatakan ia bukan aurat.
Bagaimanapun, pandangan yang disebut sebagai pandangan Abu Hanifah ini tidak disebut oleh
al-Jassas, iaitu seorang pentafsir ayat hukum yang sangat dihormati dalam mazhab Hanafi .

Huraian mengenai kaki ini dibuat oleh al-Haskafi dalam Ruddul-Muhtar . Kata beliau, mengikut
qaul yang mu;tamad dua tapak kai bukan aurat bagi wanita.

Mengulas kenyataa ini, dalam syarahnya menyebut, maksudnya pendapat yang mu’tamad
daripada tiga yang disaring dalam mazhab Hanafi. Pendapat kedua megatakan aurat, sementara
pendapat ketiga pula mengatakan ia bukan aurat dalam sembahyang, tetapi aurat di luar
sembahyang.

Beliau kemudian menyebut perbezaan pendapat di kalangan para fuqaha mazhab Hanafi tentang
sebelah bawah tapak kaki. Kata beliau, sebeah atas tapak kaki diterima oleh para fuqaha sebagai
bukan aurat. Tetapi perbezaan pendapat berlaku tentang sebelah bawah tapak kaki (‫ )باطن القدم‬.

Dalam al-Mabsut dan Bada’i , perbincangan tentang aurat ini tidak ada. Mungkin kerana itulah
al-Zuhayli dan bukunya Fiqh al-Islami Wa Adillatuh tidak merujuk kepada dua buku utama
dalam mazhab Hanafi dan hanya merujuk kepada al-Haskafi dan al-Zaila’i sahaja .

Kedudukan ini tidak memberi kekduatan bagi pandangan yang mengatakan tapak kaki itu bukan
aurat untuk tengah. Lebih-labih lagi Ibnu Qudamah dalam menolak pandangan berkenaan
menyebut ianya bertentangan dengan hadis riwayat Abu Daud dariapda Ummu Salamah yang
berbunyi :

‫” قلت يا رسوا اهلل اتلى املرأة درع ومخار ىف درع ومخار وليس عليها ازار؟ نعم إذا كا بسابغا يغطى‬
‫ظهور قدميها ” – رواه ابو داود‬
Yang bermaksud :
“Saya berkata : Wahai Rasulullah, bolehkan perempuan bersembahyang dengan memakai baju
labuh dan tudung kepala tanpa memakai kain? Jawab Rasulullah s.a.w. : Ya! Kalau ia cukup
labuh sampai menutup dua tapak kakinya” – Hadis riwayat Abu Daud
Satu hadis lain yang hampir sama ialah yang diriwayatkan oleh Ibn Umar bahawa Rasulullah
s.a.w. bersabda :

” .‫ يرخيت شبرا‬: ‫ فكيف يضع الساء بذيولهن ؟ قال‬: ‫ فقالت أم سلمة‬. ‫ال ينظر هللا إلى من جر ثوبه خيالء‬
•‫ فيرخينه ذراعا ال يزدن عليه ” – رواه الترمزى‬: ‫ إذا تنكسف إقدامهن ؟ قال‬: ‫فقالت‬

Yang bermaksud
Allah tidak (suka) melihat orangyang mengherek pakaiannya (yang labuh) dengan penuh “
megah. Lalu Ummu Salamah berkata : Bagaimana sepatutnya orang perempuan buat dengan
hujung (pakaian) mereka? Sabda Rasulullah s.a.w. : mereka perlu melabuhkannya satu jengakal.
Kata Ummu Salamah : Kalau begitu, tapak kaki mereka akan terdedah. Sabda Rasulullah s.a.w. :
kalau begitu, mereka perlu melabuhkannya sehasta dan jangan lebih daripada itu” – Hadis
.riwayar al-Termidzi

Mengenai lengan pula, tidak ada kitab-kitab fiqh mazhab yang memperkatakannya. Seolah-olah
pandangan ini tidak berbangkit sama sekali.

Pandangan-pandangan Fiqh Semasa

Abdul-Rahman al-Jaziri dalam Kitab al-Fiqh al-Madzahib al-Arba’ah hanya menukilkan

pandangan-pandangan para fuqaha terdahulu tanpa apa-apa ulasan daripada beliau sendiri.
Dalam nukilan tersebut, beliuan menyebut aurat wanita ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan
dua tapak tangan, tanpa menyebut apa-apa tengang tapak kaki atau lengan. Malah tidak pun
menyebut pandangan mazhab Hanafi tentang kaki.

Pendirian yang hampir sama diambil oleh al-Zuhaili . Seperti biasa, beliau Cuma menukilkan
pandangan-pandangan para fuqaha terdahulu tanpa apa-apa ulasan lanjut. Dalam ulasan tersebut,
beliau menyebut semua pandangan para fuqaha termasuk pandangan mazhab Hanafi yang
mengecualikan tapak kaki daripada aurat. Bagaimanapun, beliau tidak menyentuh tentang
lengan, mungkin kerana tidak tersebut dalam kitab-kitab fiqh terdahulu.

Membataskan pengecualian daripada aurat perempuan itu muka dan dua tapak tangan sahaja dan
tidak termasuk tapak kaki dan lengan, sebenarnya kecenderungan terbanyak fiqh semasa. Dalam
bukunya ¬al-Hijab , Abu al-A’la al-Maududi menyimpulkan bahawa berasaskan kepada riwayat-
riwayat yang ternyata sekali seluruh badan wanita itu aurat kecuali muka dan tapak tangannya.
Bagaimanapun, kata beliau, berasaskan kepada nas-nas yang ada juga terdapat kelonggaran bagi
para wanita yang sudah melepasi batasan fitnah tarikan hawa nafsu, misalnya mereka yang sudah
berumur.

Pendirian yang sama juga dibuat oleh Yusuf al-Qaradhawi. Dalam buku beliau al-Halal Wa al-
Haram Fi al-Islam , beliau memilih untuk mentarjih bahawa yang dimaksudkan sebagai “apa
yang lahir daripadanya” sepertimana yang tersebut dalam ayat 31, surah al-Nur itu ialah muka
dan dua tapak tangan.kata beliau, ini adalah pendangan terbanyak para fuqaha terdahulu.
Sebelum membuat kesimpulan berkenaan, beliau menyebut sepintas lalu pandangan yang
menyatakan termasuk sebahagian lengan, malah juga menyebut pandangan yang lebih ketat, iaitu
tanpa pengecualian.

Alasan yang diberikan oleh beliau ialah keperluan untuk tidak menutup muka dan tapak tangan
itu bagi tujuan urusan hidup seharian. Tentang tapak kaki, beliau meminjam kata-kata al-Razi
dalam tafsirnya yang mengatakan, keperluan untuk membukanya tidak sama dengan keperluan
bagi muka dan dua tapak tangan. Sebab itulah, kata al-Razi, para ulama berbeza pendapat
tantangnya .

Muhammad al-Ghazali juga nampaknya mempunyai pendirian yang sama. Dalam buku beliau,
Qadhaya al-Mar’at , beliau mengkritik tentang cara berpakaian wanita zaman sekarang , tetapi
mempertahankan bahawa muka wanita bukan aurat . Dalam buku tersebut, beliau tidak pula
membincangkan soal kaki dan lengan.

Bagaimanapun, terdapat juga para penulis yang secara jelas menyebut kaki juga dikecualikan.
Al-‘Aqqad dalam buku beliau, al-Mar’at Fi al-Quran , berkecenderungan untuk memasukkan
sama tapak kaki sebagai bukan aurat. Pandangan beliau ini berasaskan Tafsir al-Kasyaf, iaitu
yang disifatkan oleh beliau sebagai kitab tafsir yang terkemuka. Mengikut al-Kasyaf, anggota
seperti muka, tapak tangan dan tapak kaki adalah anggota badan yag secara semulajadi dan pada
kebiasaannya tidak ditutup, kerana perlua digunakan bagi tujuan kehidupan seharian. Kerana itu,
ia termaksud dalam maksud “apa yang lahir daripadanya”. Khusus mengenai kaki, al-Kasyaf
menyebut, ia perlu dibuka bagi tujuan untuk berjalan, tertama di kalangan mereka yang miskin.

Kata-kata al-‘Aqqad lagi, antara para mufassirin semasa yang menyokong pandangan ini ialah
Tantawi Juhairi, dalam tafsirnya Tafsir al-Jauhari. Dalam tafsir tersebut, beliau menyebut tapak
kai bersama muka dan tapak tangan sebagai anggota yang perlu dibuka bagi tujuan urusan hidup
harian .

Mengulas tafsir-tafsir tersebut, beliau sendiri kemudainnya membuat kesimpulan bahawa

bukanlah tujuan Islam untuk mengurung atau mengongkong kehidupan perempuan. Apa yang
menjadi tujuan sebenar Islam ialah untuk menjaga maruah perempuan itu sendiri .

Muhammad Izzad Daruzah dalam buku beliau al-Mar’at Fi al-Quran Wa al-Sunnah

membangkitkan soal pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bersih daripada nafsu syahwat.
Kata beliau, adalah penting sesudah mengambil kira semua ayat dan hadis yang memperkatakan
tentang aurat, hijab dan merendahkan pandangan (Ghadd al-Basar) ini untuk menegaskan
keperluan pergaulan yag bersih daripada dorongan hawa nafsu seks di antara lelaki dan
perempuan. Ia perlu berlaku secara terbuka dan bukannya dalam bentuk berkhalwat atau terhad.
Tegas beliau lagi, bukanlah menjadi tujuan Islam untuk memaksa satu fesyen pakaian tertentu
sahaj bagi wanita di sepanjang zaman kerana fesyen pakaian sentiasa terdedah kepada perubahan
selera dari semasa ke semasa. Apa yang penting ialah keperluan kepada pakaian yang
bermaruah.

Sehubungan dengan dasar umum ini, beliau nmenyebut hadis-hadis ‘Aisyah r.a. yang disebut
oleh al-Tabari tentang separuh lengan yang dikatakan dikecualikan daripada aurat.
Bagaimanapun, beliau tidak mengulas lanjut tentang hadis tersebut kecuali berkata ada beberapa
hadis yang diriwayatkan oleh al-Tabari mengenai hal demikian .

Seorang lagi ilmuan Islam zaman sekarag yang menyentuh tentang aurat wanita ialah
Wahiduddin Khan, seorang cendikiawan Islam terkenal di India. Dalam buku beliau al-Mar’at
Bain Syariat al-Islam Wa al-Hadharah al-Gharbiyah (terj.), Wahiduddin Khan sudah
membentangkan tafsiran-tafsiran beberapa ulama Islam semasa seperti al-Albani , dan al-Sabuni
telah menukilkan pandangan al-Syaikh Syabir Ahmad al-Uthman tentang masalah yang sama.
Dalam getusan tersebut, beliau menyebut al-Uthmani berkata hadis dan athar menunjukkan muka
dan dua tapak tangan adalah anggota-anggota badan yang dikecualikan daripada aurat. Sebabnya
ialah kerana keperluan hidup dan keagamaan yang banyak yang tidak boleh dilaksanakan oleh
para wanita kelau sekitanya mereka perlu menutup semua badan mereka. Dalam tafsiran itu juga,
kata Wahiduddin, al-Uthmani menyebut para ulama terdahulu juga menggunakankaedah qiyas
untuk menyamakan kai dengan muka dan tapak tangan .

Abdul-Karim Zaidan pula dalam bukunya al-Mufassal li Ahkam al-Mar’at telah membentangkan
pandangan-pandangan para fuqaha tentang aurat dan dalil-dalil mengenainya, termasuk
perbezaan pendapat tentang tapak kaki. Beliau kemudiannya menukilkan pandangan-pandangan
Ibn Hummam dan al-Babarti untuk mempertegaskan bahawa kaki bukannya aurat. Kata beliau :
Boleh dikatakan, menutup dua tapak kaki dalam sembahyang bukannya wajib, tetapi sunat. Oleh
kerana itu, dua tapak kaki bikanlah aurat yangmesti ditutup. Pandangan ini diperkukuhkan oleh
keperluan membuka dua tapak kaki apabila berjalan tanpa beralas kaki. Selaindaripada itu,
berbanding dengan muka, kaki tidak membangkitkannafsu. Maka, kalau muka bukan aurat,
apatah lagi kaki .

Penutup

Ternyata daripada keterangan-keterang di atas bahawa, penutupan aurat itu adalah wajib dan
tidak ada siapa dari kalangan ulama yang menafikannya. Ini berdasarkan kepada ayat-ayat al-
Quran dan haids-hadis Rasulullah s.a.w. yang jelas.

Apa yang menjadi persoalan ialah batas-batas aurat itu sendiri. Dalam masalah ini,para fuqaha
berbeza pendapat. Paling ketat ialah pendapat yang mengatakan semua tubuh wanita itu aurat
tanpa terkecuali. Bagaimanapun, pendapat ini tidak popular. Ia hanya diterima oleh beberapa
kalangan yang sedikit sahaja. Paling ramai ialah mereka yang mengecualikan muka dan tapak
tangan. Di samping itu, ada pandangan minoriti yang mengecualikan sama tapak kaki dan ada
yang mengecualikan sebahagian daripada lengan.

Perbezaan pendapat ini berlaku kerana para fuqaha berbeza pendapat tentang maksud “perhiasan
yag biasa terdedah” sebagaimana yang terdapat dalam ayat 31, surah al-Nur “ ‫وال يبدين زينتهن إال ما‬
‫”ظهر منها‬. Persoalannya, apakah yag dimaksudkan dengan “perhiasan” (al-Zinah) itu? Dan
apakah pula yang dimaksudkan dengan “yang biasa terdedah”?

Mengenai maksud perhiasan (Zinah), para fuqaha membahagikan perhiasan itu kepada dua jenis.
Pertamanya perhiasan yang bersifat semulajadi, iaitu tubuh mereka sendiri. Kerduanya perhiasan
yang bersifat ciptaan manusia, iaitu pakaian dan sebagainya. Konsep nampak juga dibahagiakn
kepada dua. Pertamanya, ternampak disebabkan oleh pergerakan manusia itu sendiri atau akibat
persekitaran, seperti ditiup angin. Keduanya ialah nampak kerana dibiarkan terdedah.

Sebahagian daripada mereka yang berpendapat bahawa yang dimaksudkan dengan perhiasan itu
ialah perhiasan ciptaan manusia, berpendapat yang dimaksudkan dengan perhiasan yang biasa
nampak atau terbuka itu ialah pakaian luar wanita berkenaan, seperti kain baju dan sebagainya.
Sebehagian daripada mereka pula berpendapat ia adalah barang-barang perhiasan tubuh yang
biasa nampak pada tubuh wanita itu seperti celak, cincin dan gelang tangan. Bagaimanapun,
olehkerana alat-alat perhiasan seperti itu dibenarkan terdedah, maka dengan sendirinya bahagian
tubuh manusia yang menjadi tempat barang-barang itu dipakai juga boleh terdedah.

Bagi mereka yang berpendapat, yang dimaksudkan dengan perhiasan itu ialah perhiasan tabi’i,
mereka berpendapat bahagian anggota perempuan yang biasanya terdedah atas keperluan hidup
dan agama. Berasaskan dalil-dalil yang ada, mereka merumuskan muka dan dua tapak tangan
sebagai dikecualikan daripada aurat wanita. Namun, terdapat di kalangan mereka yang
berpendapat dikecualikan juga tapak kaki dan ada yang berpendapat termasuk juga sebahagian
daripada lengan.

Tafsiran-tafsiran ini berasaskan kepada hadis-hadis Rasulullah s.a.w. Sepertimana yang

disebutkan di atas, terdapat berbagai-bagai hadis dalam masalah ini, dan semuanya boleh
dijadikan asas kepada pentafsiran berkenaan.

Adalah menjadi satu kebaikan dalam Islam, perbezaan pendapat itu berlaku. Ia merupakan suatu
gejala yang memperkukuhkan nilai fleksibiliti (Murunah) hukum Islam. Dalam keadaan-keadaan
yang selesa, lengan dan tapak kaki perlu ditutup. Bagaimanapun, dalam keadaan memerlukan
bagi tujuan urusan hidup, ia sepatutnya boleh dibuka atas asas keperluan. Sebagaimana maklum
keperluan, bukannya darurat. Anara keduanya, ada perbezaan yang jauh.

Selain itu, umat Islam juga boleh memilih pendirian yang mana mereka mahu. Paling
konservatif, mereka hanya akan membuka muka dan dua tapak tangan sahaja dalam keadaan
mana sekalipun. Kalau dia memilih untuk bersikap liberal, dia boleh juga membuka tapak kaki
atau separuh lengan kalau perlu. Di kalangan para sahabat sendiri, sikap-sikap yang berbeza ini
sentiasa ada. Semuanya diperakukan oleh Rasulullah s.a.w. selagi dalam kerangka pentafsiran
yang munasabah.

Bagi tujuan memberi fatwa. Para mufti dinasihatkan oleh para ulama besar bahawa fatwa jangan
sahaja dilihat dari perspektif teori hukum, tetapi juga samada dia dapat menyelesaikan masalah
masyarakat atau sebaliknya.
Aurat Wanita
Apakah batasan aurat wanita?

Batasan aurat wanita berbeza mengikut situasi berikut;

1. Aurat bersama suami.
2. Aurat di hadapan lelaki ajnabi
2. Aurat di hadapan mahram
3. Aurat di hadapan wanita lain

Apakah aurat wanita dengan suaminya?

Tidak ada aurat antara suami dan isteri. Harus bagi suami melihat ke seluruh badan isterinya termasuk
kemaluannya. Namun melihat kepada kemaluan adalah makruh secara umumnya termasuklah melihat
kepada kemaluan sendiri.

Apa maksud lelaki ajnabi? Apakah batasan aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi?

Lelaki ajnabi bermaksud lelaki-lelaki asing, iaitu yang bukan suaminya dan juga bukan mahramnya. Aurat
wanita di hadapan lelaki ajnabi ialah keseluruhan badannya kecuali muka dan dua tangan (hingga
pergelangannya). Inilah pandangan jumhur ulamak dan menjadi amalan kebanyakan wanita Islam hari
ini.[1] Namun keharusan mendedahkan muka dan dua tangan itu terikat dengan suasana aman dari
fitnah. Dalam keadaan fitnah, keseluruhan badan wanita adalah aurat dan wajib ditutup tanpa ada
sebarang bahagian yang dikecualikan.

Apa dalil bagi aurat di hadapan lelaki ajnabi di atas?

Dalilnya ialah firman Allah;

“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir darinya. Dan
hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka. (an-Nur; 31).

Ayat di atas melarang seorang perempuan beriman mendedahkan perhiasan di badannya (kecuali yang
zahir darinya). Ayat ini menjadi dalil yang cukup jelas bahawa seorang wanita wajib menutup auratnya di
hadapan kaum lelaki ajnabi (iaitu lelaki yang bukan suami atau mahramnya yang dikecualikan Allah dari
perintah tersebut yang akan dijelas nanti)

Maksud “kecuali yang zahir darinya” ialah kecuali perhiasan yang terpaksa dizahirkan (yakni terpaksa
diperlihatkan) iaitu pakaian yang dipakainya di mana tidak dapat dielakkan dari memperlihatkannya
kepada orang lain. Ia juga bermaksud; perhiasan-perhiasan yang berada di bahagian badannya yang
diharuskan oleh Syarak untuk mendedahkannya kepada orang lain (yakni tidak wajib ditutup) iaitu
bahagian muka dan tangan.

Keharusan mendedahkan muka dan tangan adalah berdalilkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud
dan al-Baihaqi dari Saidatina ‘Aisyah yang menceritakan; “Suatu hari Asma’ anak saidina Abu Bakar
masuk untuk berjumpa Nabi s.a.w.. Kebetulan ketika itu ia memakai pakaian yang nipis (yang
menampakkan bayangan kulitnya). Nabi s.a.w. lalu memalingkan pandangan darinya sambil bersabda
(maksudnya): “Wahai Asma’, seorang wanita apabila telah datang haidh (yakni telah sampai umur
baligh) tidak harus dilihat dari badannya melainkan ini dan ini sahaja”, sambil baginda menunjukkan
kepada muka dan dua tangannya” (HR Imam Abu Daud).[2]

Dalam kenyataan di atas disebutkan “…keharusan mendedahkan muka dan dua tangan itu terikat
dengan suasana aman dari fitnah”. Apa yang dimaksudkan dengan fitnah tersebut?

Fitnah yang dimaksudkan di sini ialah dorongan nafsu dan keinginannya kepada jimak (zina) atau bibit-
bibit pendahulu kepadanya. Ia bermula dari melihat dengan syahwat (yakni melihat dengan keinginan
kepada seks atau bibit-bibitnya).[3] Jadi, aman dari fitnah bermaksud; aman dari dorongan dan
keinginan tersebut.

Jadi, jika seorang wanita itu terlalu cantik dan dengan ia mendedahkan mukanya akan mendorong lelaki
yang melihatnya kepada fitnah tersebut, maka wajiblah ia menutup mukanya kerana factor tersebut
walaupun mengikut hukum asal; menutup muka tidaklah wajib.

Siapakah mahram bagi seorang wanita? Apakah batasan aurat wanita di hadapan mahramnya?

Mahram seorang wanita ialah lelaki yang haram dikahwininya buat selamanya sama ada kerana
keturunan, perkahwinan atau susuan.[4] Ia merangkumi;
1. Bapa kandung
2. Bapa mertua
3. Bapa susuan
4. Anak kandung
5. Anak tiri (yakni anak suami)
6. Anak susuan
7. Saudara lelaki kandung
8. Saudara lelaki susuan
9. Anak saudara lelaki
10. Bapa saudara

Di hadapan mahram-mahram di atas, tidak diwajibkan wanita menutup badannya kecuali kawasan
antara pusat dan lutut sahaja. Ini adalah pandangan jumhur ulamak (termasuk mazhab Syafi’e dan Abu
Hanifah). Jadi menurut jumhur ulamak; aurat seorang wanita di hadapan mahram-mahramnya hanya
antara pusat dan lutut sahaja.
Namun ulama’-ulama’ mazhab Maliki dan Hanbali berpendapat; hanya bahagian muka, kepala,
leher/tengkuk, dua tangan dan dua kaki sahaja yang harus didedahkan di hadapan mahram. Adapun
bahagian-bahagian lain, ia tetap menjadi aurat dan wajib ditutup sekalipun di hadapan mahram.
Pandangan ini disokong oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi di mana beliau menegaskan; “Bahagian badan
wanita yang harus dilihat oleh mahram hanyalah tempat-tempat beradanya perhiasan bathin (dalaman)
seperti telinga, rambut, leher, lengan dan betis. Adapun selainnya seperti paha, perut, kemaluan dan
punggung, maka tidak harus didedah dan diperlihatkan sekalipun kepada mahram atau wanita lain.[5]
Pandangan kedua inilah yang lebih menepati kehormatan seorang wanita berbanding pandangan
jumhur tadi.

Apa dalil bagi aurat di hadapan mahram di atas?

Iaitulah firman Allah;

“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali kepada suami mereka, bapa
mereka, bapa mertua mereka, anak-anak mereka, anak-anak tiri mereka, saudara-saudara mereka, anak
bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan,
perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, orang gaji dari orang lelaki yang telah tua
dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat
perempuan….”. (31)

Di dalam ayat di atas Allah menegah wanita mendedahkan perhiasan pada tubuh mereka kecuali kepada
lelaki-lelaki yang disenaraikan di dalam ayat. Dalam senarai lelaki-lelaki tersebut terdapat mahram-
mahram yang kita nyatakan di atas, kecuali bapa saudara dan mahram-mahram kerana susuan sahaja.

Bapa saudara, walaupun tidak ada dalam senarai para lelaki dalam ayat di atas, namun menurut ulamak
ia termasuk mahram kerana kedudukannya yang menyamai bapa berdasarkan ‘uruf dan terdapat hadis
menyatakan;[6]

‫َع ُّم الرَّ ج ُِل صِ ْنوُ أبيه‬

“Bapa saudara seseorang adalah satu pokok dengan bapanya”. (Riwayat Imam Muslim).

Adapun mahram-mahram kerana susuan hukum bagi mereka sama seperti hukum mahram kerana
nasab tadi kerana Rasulullah s.a.w. bersabda;

‫يحرم من الرضاع ما يحرم من النسب‬

“Diharamkan kerana susuan apa yang diharamkan kerana nasab”. (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim
dari Ibnu ‘Abbas r.a.)

Perhiasan tubuh yang dimaksudkan oleh ayat di atas ialah perhiasan yang batin/khafiyy iaitu yang
tersembunyi[7] pada badan wanita. Ia adalah sebalik kepada perhiasan zahir yang disebut sebelum ini
(iaitu pakaian yang dipakai serta bahagian muka dan dua tangan). Perhiasan yang batin/khafiy ini
merujuk kepada perhiasan yang berapa di bahagian tubuh wanita yang wajib ditutup di hadapan lelaki
ajnabi tadi (iaitu bahagian selain muka dan tangan). Perhiasan ini merangkumi anting-anting, rantai,
gelang kaki atau sebagainya. Ia tidak harus diperlihatkan kecuali kepada suami, mahram dan lelaki-lelaki
yang disebut di dalam ayat di atas. Jika perhiasan sudah tidak harus diperlihatkan, apatahlagi hendak
memperlihatkan tempat beradanya perhiasan itu iaitu tubuh itu sendiri, sudah tentu lebih diharamkan.

Sebagai kesimpulan, apakah kategori perhiasan yang ada pada badan wanita dan apa hukum
mendedahkannya?

Merujuk kepada huraian kita sebelum ini, maka kita akan dapati bahawa perhiasan pada badan wanita
itu ada dua jenis;[8]

1. Perhiasan zahir; iaitu pakaian yang dipakai dan perhiasan yang ada di kawasan muka dan tangan
(seperti celak, cincin, inai dan sebagainya). Perhiasan zahir ini harus diperlihatkan (atau didedahkan)
kepada orang lain termasuk lelaki ajnabi, namun dengan syarat aman dari fitnah.

2. Perhiasan batin/khafiy (tersembunyi); iaitu perhiasan yang berada di kawasan selain muka dan tangan
seperti anting-anting, rantai, gelang kaki dan sebagainya; tidak harus diperlihatkan kecuali kepada
suami, mahram dan lelaki-lelaki yang disebut oleh Allah di dalam ayat 31 (dari surah an-Nur) di atas.

Jadi, hukum perhiasan adalah mengikut hukum tempat beradanya perhiasan itu. Jika ia berada di
kawasan badan yang harus didedahkan (iaitu muka dan dua tangan), maka hukum mendedahkan
perhiasan itu juga harus. Jika ia berada di kawasan badan yang haram didedahkan, maka hukum
mendedahkan perhiasan itu juga adalah haram.

Selain di hadapan suami dan mahram, di hadapan siapa lagi wanita diberi kelonggaran untuk
memperlihatkan perhiasan khafiynya?

1. Sama-sama kaum wanita

2. Di hadapan hamba-hamba mereka
3. Orang gaji lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan
4. Kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan.

Di hadapan mereka harus seorang wanita memperlihatkan perhiasan khafiynya. Oleh itu, dibenarkan ia
membuka tudung di hadapan mereka dengan syarat aman dari fitnah. Keharusan ini adalah adalah
berdasarkan ayat 31 (dari surah an-Nur) tadi.

Apakah batasan aurat sesama wanita?

1. Aurat di hadapan wanita Islam.

Aurat seorang wanita di hadapan wanita Islam adalah menyamai batasan auratnya di hadapan
mahramnya, iaitu;

a) Menurut jumhur ulamak; antara pusat dan lutut. Jadi menurut pandangan jumhur ini, harus seorang
wanita mendedahkan mana-mana bahagian dari badannya di hadapan wanita Islam kecuali bahagian
antara pusat dan lutut sahaja.

b) Menurut sebahagian ulamak; seluruh badannya adalah aurat kecuali kepala, muka, dada, dua lengan
dan dua betis. Jadi menurut pandangan ini, harus seorang wanita mendedahkan kepala, muka, dada,
dua lengan dan dua betisnya di hadapan wanita Islam. Bahagian lain tidak harus didedahkan kerana ia
masih tetap aurat walaupun di hadapan wanita Islam.[9] Pandangan ini ditarjih oleh Dr. Yusuf al-
Qaradhawi sebagaimana dinyatakan tadi (sila baca kembali; aurat wanita di hadapan mahramnya).

2. Aurat di hadapan wanita kafir

Terdapat banyak khilaf di kalangan ulamak tentang aurat wanita Islam di hadapan wanita kafir;

a) Menurut sebahagian ulamak (iaitu setengah ulamak mazhab Maliki dan Syafi’ie); aurat wanita Islam di
hadapan wanita kafir ialah seluruh badan kecuali muka dan tangan sahaja, yakni sama seperti aurat
wanita di hadapan lelaki ajnabi.

b) Menurut mazhab Hanafi, mazhab Syafi’ie (mengikut qaul yang muktamad) dan setengah ulamak
mazhab Maliki; aurat seorang muslimah di hadapan wanita kafir ialah seluruh badannya kecuali
bahagian yang terpaksa dizahirkan ketika bekerja kerana menjadi keperluan pada kebiasaannya untuk
dizahirkan. Menurut Imam al-Qurtubi; ini merupakan pandangan kebanyakan ulamak Salaf dan menjadi
pandangan Ibnu ‘Abbas, Mujahid dan Ibnu Juraij.

c) Menurut sebahagian ulamak yang lain; sama seperti auratnya di hadapan wanita Islam tadi iaitu
antara pusat dan lutut (mengikut pandangan jumhur ulamak). Pandangan ini merupakan mazhab
Hanbali dan pegangan sebahagian ulamak mazhab Syafi’ie dan Maliki. Menurut Imam Fakhrurazi; inilah
pandangan yang lebih mudah bagi manusia hari ini kerana hampir tidak mungkin untuk para muslimah
hari ini berhijab tatkala berhadapan wanita-wanita zimmah..”.[10]

Ada di kalangan ulamak tidak mengkategorikan aurat wanita sesama wanita dengan kategori Islam dan
kafir, akan tetapi dengan kategori baik atau jahat, berakhlak atau tidak berakhlak;

a) Wanita yang dikenali berakhlak dan baik; harus membuka hijab di hadapannya sama ada ia Islam atau
kafir (yakni sekadar yang harus dibuka di hadapan mahram).

b) Wanita yang dikenali sebagai jahat dan tidak berakhlak; tidak harus membuka hijab di hadapannya
melainkan sekadar memperlihatkan muka dan tangan sahaja, tanpa mengira wanita itu Islam atau kafir.
Begitu juga, jika berhadapan wanita yang tidak dikenali. Jadi, tatkala berhadapan dengan wanita yang
jahat dan tidak berakhlak (sama ada ia Islam atau kafir) atau wanita yang tidak dikenali, tidak harus
seorang muslimah mendedahkan tubuhnya melainkan sekadar muka dan tangan sahaja, iaitu sama
seperti ketika ia berhadapan lelaki ajnabi.[11]

Ada sebahagian orang hari ini mempertikai kewajipan memakai tudung kepala? Menurut mereka;
tidak ada dalil bagi kewajipan bertudung. Benarkan dakwaan mereka?

Tidak benar. Kewajipan bertudung sabit dengan dalil al-Quran, as-Sunnah dan disepakati oleh sekelian
ulamak (ijmak).

1. Di dalam al-Quran, perintah bertudung dengan jelas dapat difahami dari firman Allah dalam surah an-
Nur tadi;

ِ ‫َو ْل َيضْ ِرب َْن ِب ُخم ُِرهِنَّ َعلَى ُجي‬

َّ‫ُوب ِهن‬
“Dan hendaklah mereka (yakni wanita-wanita beriman) melabuhkan tudung-tudung kepala mereka
hingga ke dada-dada mereka”. (an-Nur: 31)
Al-Khumur dalam ayat di atas adalah kata jama’ (plural) bagi kalimah al-Khimar yang memberi erti
tudung atau kain penutup kepala. Pengertian ini telah disepakati oleh para ulama’ tafsir dan juga kamus-
kamus Bahasa Arab yang muktabar. Syeikh Nasiruddin al-Bani dalam kitabnya “Hijab al-Mar’ah al-
Muslimah” (Pakaian wanita Islam) menyebutkan bahawa makna tersebut tidak ada sebarang khilaf di
kalangan ulama’ (yakni semua ulama’ sepakat memberi makna al-khimar sebagai tudung atau kain
penutup kepala).[12] Menurut Imam Thabari dalam tafsirnya iaitu Tafsir at-Thabari, ayat tersebut
memberi pengertian; “Hendaklah wanita-wanita beriman melabuhkan tudung-tudung mereka hingga ke
dada mereka untuk menutup dengannya rambut, leher serta anting-anting mereka”. (Tafsir at-Thabari,
Ibnu Jarir at-Thabari, surah an-Nur, ayat 31)

2. Dalil dari as-Sunnah ialah;

a) Sabda Nabi s.a.w. kepada Asma’ dalam hadis yang telah dikemukakan sebelum ini; “Wahai Asma’,
seorang wanita apabila telah datang haidh (yakni telah sampai umur baligh) tidak harus dilihat dari
badannya melainkan ini dan ini sahaja ”, sambil baginda menunjukkan kepada muka dan dua tangannya”
(Riwayat Imam Abu Daud). Hadis jelas menunjukkan bahawa kepala adalah aurat dan wajib ditutup di
mana Rasulullah s.a.w. hanya mengisyaratkan kepada muka dan tangan sahaja ketika menjelaskan
bahagian badan yang harus didedahkan.

b) Imam al-Bukhari meriwayatkan dari Aisyah r.a. menceritakan; “Semoga Allah mengurniakan
rahmat/kasih sayang kepada wanita-wanita Muhajirin yang awal. Tatkala turun ayat “ ‫َو ْل َيضْ ِرب َْن ِب ُخم ُِرهِنَّ َعلَى‬
َّ‫ُوب ِهن‬
ِ ‫( ” ُجي‬yang bermaksud: hendaklah mereka (yakni wanita-wanita beriman) melabuhkan tudung-tudung
mereka hingga ke dada-dada mereka), mereka memotong kain-kain bulu mereka, lalu mereka
bertudung dengannya”. (Rujuk;Tafsir Ibnu Kathir, surah an-Nur, ayat 31)

c) Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w. telah bersabda; “Dua golongan dari ahli neraka yang aku belum
melihat kedua-duanya iaitu; (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukul
manusia dengannya, dan (2) Wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, yang cenderung
kepada perbuatan maksiat dan mencederungkan orang lain kepadanya. Kepala-kepala mereka umpama
bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan
mencium baunya di mana bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian sekian jauh” (Riwayat
Imam Muslim).[13]

3. Dari penelitian kita terhadap pendapat-pendapat ulama’ dari pelbagai mazhab, kita dapati tidak ada
ulama’ yang mengecualikan kepala atau rambut dari aurat. Mereka hanya berikhtilaf (berbeza pendapat)
pada muka, tangan, lengan dan kaki; ada ulama’ menyatakan anggota-anggota ini termasuk dalam aurat
yang wajib ditutup dan ada ulama’ yang menyatakan tidak. Tentang kepala dan rambut, semua ulamak
sepakat menyatakan bahawa ia adalah anggota yang wajib ditutup. Jadi, suara-suara sumbang yang
mengajak wanita membuka tudung dan mendedahkan kepala dan rambut mereka di khalayak ramai,
suara tersebut jelas bercanggah dengan ijma’ ulama’ di samping menyalahi nas al-Quran dan as-Sunnah
yang telah kita bentangkan tadi.

Sejauhmana keharusan lelaki melihat kepada wanita?

Harus lelaki memandang wanita tetapi dengan tiga syarat;

1. Melihat kepada tempat bukan aurat (iaitu muka dan tangan sahaja). Adapun kepada aurat dilarang
sama sekali sekalipun tanpa syahwat.

2. Melihat tanpa disertai syahwat. Jika dengan syahwat, haram melihatnya sekalipun pada tempat yang
bukan aurat.

3. Tidak dikhuatiri mendatangkan fitnah.

Larangan melihat kepada aurat berdalilkan sabda Nabi s.a.w.;

‫ َوالَ ُت ْفضِ ي ْال َمرْ أَةُ إِلَى ْال َمرْ أَ ِة‬،ٍ‫ب َوا ِحد‬
ٍ ‫ َوالَ ُي ْفضِ ي الرَّ ُج ُل إِلَى الرَّ ج ُِل فِي َث ْو‬،ِ‫ظ ُر الرَّ ُج ُل إِلَى َع ْو َر ِة الرَّ ج ُِل َوالَ ْال َمرْ أَةُ إِلَى َع ْو َر ِة ْال َمرْ أَة‬
ُ ‫الَ َي ْن‬
‫ب ْال َوا ِح ِد‬ َّ ‫فِي‬
ِ ‫الث ْو‬
“Janganlah lelaki melihat kepada aurat lelaki lain, janganlah wanita melihat aurat wanita lain. Jangan
lelaki sesama lelaki berada di dalam satu pakaian dan janganlah wanita bersama wanita berada dalam
satu pakaian” (HR Imam Muslim dari Abi Sa’id al-Khudri r.a.)

Apa hukum bersentuhan antara lelaki dan perempuan?

1. Jika hubungan mereka adalah suami-isteri, harus mereka saling bersentuhan tanpa ada had dan
batasan, yakni harus bagi suami atau isteri menyentuh mana-mana bahagian dari badan pasangan
masing-masing tanpa sebarang pengecualian.

2. Jika hubungan mereka adalah sesama mahram; harus mereka bersentuhan –sama ada bersalaman,
memegang atau sebagainya-, akan tetapi khusus bagi kawasan yang bukan aurat sahaja, iaitu kawasan
yang harus dilihat oleh mahram. Adapun kawasan aurat, tidak harus menyentuhnya sekalipun sesama
mahram. Kaedahnya; “Bahagian yang tidak harus dilihat, maka menyentuhnya juga tidak harus.
Bahagian yang harus dilihat, maka menyentuhnya juga harus (dengan syarat tanpa syahwat dan tidak
mendatangkan fitnah)”.[14]

3. Jika mereka adalah ajnabi (tiada hubungan sebagai suami-isteri atau hubungan mahram); tidak harus
sama sekali bersentuhan termasuk bersalaman.

Apa dalil larangan bersentuhan antara lelaki dan wanita yang ajnabi? [15]

1. Saidatina ‘Aisyah r.a. menceritakan;

‫َّت َي ُدهُ َي َد ا ْم َرأَ ٍة َق ُّط فِي ْال ُم َبا َي َع ِة َو َما َبا َي َعهُنَّ إِاَّل ِب َق ْو ِل ِه‬
6ْ ‫َوهَّللا ِ َما َمس‬
“Demi Allah, tidak pernah sekalipun tangan Nabi s.a.w. menyentuh tangan wanita semasa berbai’ah.
Baginda tidak membai’ah mereka melainkan dengan ucapannya sahaja” (Riwayat Imam al-Bukhari dan
Muslim).

Sekiranya antara lelaki dan wanita ajnabi boleh bersentuhan, sudah tentu Nabi s.a.w. akan membai’ah
kaum wanita dengan berjabat tangan dengan mereka kerana itu yang biasa dilakukan oleh Nabi tatkala
berbai’ah dengan kaum lelaki.

2. Dari Ma’qal bin Yasar r.a.; bahawa Nabi s.a.w. bersabda;

ْ
ِ ‫ألَنْ ي ُْط َع َن فِي َرأ‬
‫س أَ َح ِد ُك ْم ِبم ِْخ َيطٍ مِنْ َحدِي ٍد َخ ْي ٌر لَ ُه مِنْ أَنْ َيمَسَّ ا ْم َرأَ ًة ال َت ِح ُّل لَ ُه‬

“Jika kepala seseorang dari kamu ditusuk dengan jarum dari besi itu lebih baik baginya dari ia
menyentuh seorang wanita yang tidak halal untuknya” (Riwayat Imam at-Thabrani dan al-Baihaqi.
Berkata al-Haithami; para perawi hadis ini adalah perawi hadis soheh. Berkata al-Munziri; para
perawinya adalah tsiqah Lihat; Faidhal-Qadier, hadis no. 7216).

Benarkah ada ulamak yang mengharuskan lelaki bersalaman dengan wanita yang telah tua yang tiada
lagi syahwat?

Ya, iaitu ulamak-ulamak mazhab Hanafi. Mereka berpandangan; harus seorang lelaki bersalaman dengan
seorang wanita tua yang tidak lagi ada syahwat/keinginan kepadanya. Begitu juga, harus seorang wanita
bersalaman dengan lelaki tua dengan syarat aman dari fitnah (yakni aman dari dorongan nafsu sama ada
dari dirinya atau dari diri lelaki tua itu). Jika tidak aman dari fitnah, tidak harus bersalaman.

Namun menurut jumhur ulamak; haram bersalaman antara lelaki dan wanita ajnabi sama ada muda
atau tua, sama ada masih ada syahwat atau tiada syahwat kerana dalil-dalil tadi menyebutkan
pengharaman secara umum tanpa adanya pengecualian.[16]
Nota Hujung;

[1] Pandangan jumhur ini merangkumi mazhab Hanafi dan Maliki dan salah satu qaul dari Imam Syafi’ie.
Ada ulamak (iaitu Imam Ahmad dan qaul yang asah dari Imam Syafi’ie) berpandangan; keseluruhan
tubuh wanita adalah aurat tanpa kecuali. Mengikut pandangan ini, wanita wajib menutup keseluruhan
tubuhnya termasuk muka dan tangan. Menurut pandangan ini; pemakaian niqab adalah wajib. Dalam
bab aurat wanita ini, pandangan yang paling luas ialah Imam Abu Hanifah di mana menurut beliau; kaki
juga tidak aurat. (Menurut Imam Abu Yusuf –anak murid Imam Abu Hanifah-; lengan juga tidak aurat).
Jadi, menurut pandangan ini; keseluruhan badan wanita adalah aurat dan wajib ditutup kecuali tiga
bahagian iaitu; muka, tangan dan kaki. (Rujuk; Tafsir surah an-Nur, hlm. 151).
[2] Hadis ini walaupun dikatakan dhaif oleh sebahagian ulama’, namun menurut pakar penilai hadis
zaman ini iaitu Syeikh Nasiruddin al-Bani; hadis ini telah dikuatkan oleh banyak hadis-hadis yang lain
yang memberi makna serupa. Oleh itu, menurut beliau hadis ini tidak kurang martabatnya dari hadis
hasan. Kerana itu, ia sah untuk dibuat hujjah. Hal yang serupa juga disebut oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi
dalam kitabnya “al-Halal wa al-Haram Fil Islam”, halaman 152. Untuk lebih terperinci, lihat taklik Syeikh
Nasiruddin mengenai hadis ini dalam nota kaki kitabnya ‘Hijab al-Mar-ah al-Muslimah fi al-Kitab wa as-
Sunnah, halaman 24-25).
[3] Fiqh al-Albisah dan az-Zinah, hlm. 78-79.
[4] Fiqh al-Usrah, Hassan Ayyub, hlm. 19, Syarah Soheh Muslim, juz. 9, kitab al-Hajj. Fiqh al-Albisah dan
Az-Zinah, hlm. 86.
[5] Al-Halal wa al-Haram, hlm. 156. Fiqh al-Albisah Wa az-Zinah, hlm. 87.
[6] Al-Halal wa al-Haram, Dr. Yusuf al-Qaradhawi, hlm. 156. (Berkata Imam Nawawi;
‫ أي مثل أبيه وفيه تعظيم حق العم‬:ِ‫صِ ْنوُ أَ ِبيه‬
(Lihat; Soheh Muslim bisyarhi an-Nawawi, jil. 9, kitab az-Zakah).
[7] Tafsir al-Wasit, Dr. Wahbah az-Zuhaili.
[8] Tafsir al-Wasit, Dr. Wahbah az-Zuhaili.
[9] Fiqh al-Albisah Wa az-Zinah, hlm. 89.
[10] Fiqh al-Albisah Wa az-Zinah, hlm. 90.
[11] Tafsir surah an-Nur, Dr. Abdullah Mahmud Syahatah, hlm. 143-144.
[12] Lihat nota kaki, m.s. 33.
[13] Berkata Dr. Yusuf al-Qaradhawi; “Rasulullah s.a.w. melalui pandangan ghaibnya seolah-olah melihat
kepada zaman ini, zaman di mana terdapat kedai-kedai atau salun-salun khas untuk menggubah rambut
wanita, mencantikannya dan mempelbagaikan fesyen-fesyennya. Biasanya kedai-kedai atau salun-salun
ini diselia oleh lelaki-lelaki yang melakukan kerja mereka bagi mendapat upah atau bayaran. Bukan
sekadar itu, malah ramai wanita yang tidak memadai dengan rambutnya yang sedia ada yang
dianugerahkan Allah, maka mereka membeli pula rambut-rambut palsu. Rambut palsu ini mereka
sambungkan dengan rambut asal mereka untuk kelihatan lebih ikal, bersinar dan cantik, supaya dengan
itu diri mereka menjadi lebih menarik dan menggoda…”. (al-Halal wa al-Haram, Dr. Yusuf al-Qaradhawi,
halaman 84-85)
[14] Fiqh al-Albisah Wa az-Zinah, hlm. 88-89.
Syarat aman dari fitnah itu perlu diberi perhatian terutama di zaman hari ini. Antara mahram yang masih
muda terutamanya (seperti antara adik dan kakak, abang dan adik perempuan dan sebagainya)
hendaklah lebih berjaga-jaga kerana sentuhan yang berlebihan mungkin membawa bangkitnya nafsu.
Apatahlagi pada masa kini di mana wujud banyak factor pendorong nafsu yang boleh melarikan
seseorang dari fitrah asalnya. Lagipun banyak kes sumbang mahram dilaporkan. Kerana langkah berjaga-
jaga itulah Imam Ahmad memakruhkan seorang lelaki melihat betis ibunya dan juga dada ibunya kerana
khuatir mendorong kepada syahwat. Maka yang terbaik ialah seorang lelaki itu tidak masuk ke dalam
bilik ibu, anak perempuan dan kakak atau adik perempuannya kecuali setelah keizinan mereka. Adapun
untuk masuk ke dalam bilik isterinya cukup dengan memberi salam sahaja, tanpa perlu meminta izin.
(Fiqh al-Albisah Wa az-Zinah, hlm. 89 (halaman muka dan juga nota kaki no. 1)).
[15] Fiqh al-Albisah Wa az-Zinah, hlm. 107.
[16] Fiqh al-Albisah wa az-Zinah, hlm. 108.

Soalan:

Benarkah menurut mazhab Syafie muka itu dikira termasuk dalam aurat dan wajib ditutup?

– Mansor Salleh, Azman Mahusin, Klang

Jawapan: Menurut apa yang dapat kita faham daripada mazhab Syafie, muka dan tangan itu
bukan termasuk dalam bahagian aurat dan tidak wajib menutupnya melainkan pada masa tertentu
apabila ditakuti berlaku fitnah. Demikianlah menurut riwayat yang masyhur daripada mazhab
kita Imam Syafie sesuai dengan pendapat sahabat besar Ibnu Abbas r.a. Imam seluruh ahli tafsir
yang telah mentafsirkan firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Dan katakanlah kepada wanita
yang beriman supaya mereka menahan pandangan mereka (daripada memandang perkara yang
haram) serta memelihara kehormatan mereka dan jangan mereka mendedahkan perhiasan mereka
kecuali apa yang zahir daripadanya sahaja, iaitu muka dan tangan dan perhiasan yang terdapat
padanya (surah an-Nur 31).

Inilah aurat yang jelas diarahkan semasa kita beribadat kepada Tuhan, iaitu semasa solat dan haji
atau sebagainya kerana itulah aurat yang amat sopan pada pandangan agama. Adapun perbuatan
Rasulullah memalingkan muka Fadhli sepupunya dari terus melihat muka wanita khath’amiah
itu, yang berada dalam pakaian ihramnya kerana dibimbanginya boleh mendatangkan fitnah.
Hakikat ini jelas daripada jawapan baginda sendiri apabila ditanya oleh bapa saudaranya, kenapa
engkau palingkan muka anak bapa saudaramu dari melihat wanita khath’amiah itu? Sabdanya:
Aku takut syaitan akan menpengaruhi mereka berdua yang masih muda remaja itu. Jadi kalau
disuruh dan ada yang menutup mukanya pada pandangan kita ia bukan semestinya kerana aurat
malah mungkin juga kerana bimbangkan berlaku fitnah.

Jangan ada mereka yang mudah keliru antara keduanya kerana perbezaannya agak ketara kerana
kalau tutup muka itu dituntut kerana aurat, maka ia perlu ditutup selama-lamanya dan tidak
dibenarkan membukanya lagi sekalipun semasa melaksanakan ibadat.

Tetapi sekiranya arahan menutup muka tadi kerana mengelak dari fitnah, maka ia diwajibkan
semasa kemungkinan berlaku fitnah sahaja. Dan masa-masa tertentu juga mereka tertentu sahaja
bukan semua orang tetapi hal ini tidak berlaku, bagi mereka yang berada dalam amalan ibadat
dan sebagainya dibenar malah diarahkan supaya membuka muka dan tangannya. Pada
pandangan kita Allah sekali-kali tidak mengarahkan sesiapa untuk membuka auratnya lebih-lebih
lagi bila melakukan ibadat kepada-Nya. Wallahualam.

Aurat Wanita
Soalan:Benarkah menurut mazhab Syafie muka itu dikira termasuk dalam aurat dan wajib ditutup?

merangkumi konsep aurat itu sendiri, batas-batas yang ditentukan, samada dalam sembahyang atau
dalam kehidupan biasa. Bahkan, perbincangan tentang aurat dalam kehidupan biasa akan merangkumi
pula keadaan yang bermacam-macam, seperti sewaktu berada seorang diri di tempat tertutup atau di
dalam gelap, di hadapan muhram, bersama perempuan muslim, bersama perempuan bukan Islam dan
akhirnya di hadapan lelaki bukan muhram.

Selain itu, terdapat persoalan-persoalan lain lagi yang berkaitan seperti masalah aurat dalam keadaan
darurat (al-Dharurah), konsep berpakaian dan berhias dan sebagainya.

Kertas ini tidak merangkumi semua persoalan-persoalan itu. Ia hanya merangkumi perbincangan
tentang konsep aurat wanita itu sendiri dan apakah batas-batasnya sewaktu berada di hadapan lelaki
yang bukan muhram. Tujuannya ialah untuk mengelak ianya terlalu panjang dan sesuai dengan apa yang
lebih penting dihuraikan.

Konsep Aurat
Perkataan aurat dalam bahasa Melayu berasal daripada perkataan yang sama, iaitu “aurah” dalam
bahasa Arab. Dari segi bahasa, ia mempunyai pengertian yang banyak. Antaranya ialah “kemaluan” (al-
Sau’at) .

Kata Ibn Athir, pengertian asal bagi perkataan “al-Sau’ah” ialah kemaluan wanita (al-Farj). Kemudian ia
memberi erti apa sahaja yang memalukan apabila berlaku samada dalam bentuk kata-kata atau
perbuatan . Kata al-Laith, ia bererti kemaluan lelaki atau perempuan . Kerana itu, dalam al-Quran
disebut “ ‫ ” فبدت لهما سوأتهما‬, yang merujuk kepada kemaluan Adam dan Hawa. Mengikut al-Laith lagi,
berasaskan pengertian itu, al-Sau’ah ini digunakan bagi memberi erti apa sahaja perbuatan atau perkara
yang memalukan .

Kata Abdul Qadir al-Razi, sehubungan dengan pengertian di atas, perkataan al-‘Aurah kemudainnya
digunakan juga bagi erti apa sahaja yang manusia merasa malu untuk memperlihatkan kepada orang .
Antara pengertian lain bagi perkataan ”’aurah” ialah sesuatu yang perlu ditutup , sesuatu yang kurang
dan hodoh , tempat-tempat kelemahan yang mungkin disusupi oleh musuh dan banyak lagi.

Suatu rumusan yang mungkin boleh dibuat berasaskankepada keterang atau huraian di atas, ia
perkataan aurat (al-‘Aurah) dalam bahasa Arab mempunyai dua pengertian. Pertamanya, pengertian
khusus, iaitu kemaluan (al-Sau’ah) dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Keduanya ialah
pengertian umum, iaitu termasuk juga apa sahaja yang dilihat sebagai menyenangkan untuk dilihat atau
diketahui orang.
Dalam al-Quran, perkataan “’aurah” ini disebut senanyak empat kali. Satu kali merujuk kepada
kemaluan dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya, iaitu dalam firman Allah Yang bermaksud :
“ Katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara
kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang (biasa) nampak
daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan
perhiasannya kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-
putera suami mereka atau putera-putera saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara perempuan
mereka atau wanita-wanita Islam atau hamba-hamba yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki
yang tidak mempunyai keingainan (terhadap wanita) atau kanak-kanak yang belum mengerti tentang
aurat wanita ” – al-Nur (24) : 31

Satu kali merujuk kepada masa atau keadaan yang boleh memalukan iaitu dalam firman Allah Yang
bermaksud :
“ Hai orang yang beriman, hendaklah budak-budak (lelaki dan wanita) yang kamu miliki dan yang belum
baligh di antara kamu, meminta izin kepada kamu tiga kali (salam satu hari) iaitu sebelum sembahyang
subuh ketika kamu menanggalkan pakaian (luar) mu, di tengah hari dan sesudah sembahyang isyak
(itulah) tig aurat bagi kamu ” – al-Nur (24) : 58

Sementara dua kali lagi dalam ayat yang sama merujuk kepada tempat kelemahan yang mungkin
berlaku pencerobohan melaluinya. Firman Allah Yang bermaksud :
“ Dan (ingatah) ketika segolongan di antara mereka berkata : Hai penduduk Yathrib (Madinah) tidak ada
tempat bagimu, maka kembalilah kamu. Dan sebahagian dari mereka meminta izin kepada Nabi (untuk
kembali pulang) dengan berkata : Sesungguhnya rumah-rumah kami terbuka (tidak ada penjaga). Dan
rumah-rumah itu sekali-sekala tidak terbuka. Mereka tidak lain hanyalah hendak lari.” – al-Ahzab (33) :
13

Sementara, dalam hadis-hadis Rasulullah s.a.w. pula, perkataan ini kerap digunakan bagi pengertian
“aurat” secara fizikal. Bagaimanapun, kadangkala ia memberi erti yang lebih umum daripada itu, iaitu
apa sahaja kekurangan atau perkara yang boleh memalukan, samada yang bersifat fizikal atau moral.
Bagi pengertian secara fizikal pula, ia merujuk bukan sahaja kepada “kemaluan” tetapi juga anggota-
anggota tubuh lain, terutama antara pusat dan lutut. Antara hadis yang menyebut “aurat” dalam
pengertian seperti itu ialah :
“ ‫” فخذ المرء المسلم عورة‬
Yang bermaksud :
“ Peha seseorang muslim itu aurat ” – (Hadis riwayat Ahmad)

Antara hadis-hadis yang menyebut perkataanni bagi pengertian yang luas, termasuk hal-hal moral ialah :
“ ‫” من ستر مؤمنا فى الدنيا على عورة ستر هللا عز وجل يوم القيامة‬
Yang bermaksud :
“ Sesiapa yang di dunia ini menutup kemaluan mana-mana orang Islam, Allah akan melindunginya
(daripada apa-apa yang memalukan) di hari kiamat ” (Hadis riwayat Ahmad)

Berasaskan kepada penggunaan dalam al-Quran dan al-Sunnah juga rumusan boleh dibuat seperti di
atas, iaitu dari segi penggunaan biasa perkataan “aurat” mempunyai dua pengertian. Pertamanya
pengertian-pengertian khusus, iaitu “kemaluan” dan perkera-perkara yang berkaitan dengannya secara
fizikal. Keduanya, pengertian umum, iaitu apa sahaja yang dilihat sebagai kurang menyenangkan alau
terdedah terdedah kepada orang lain, baik yang bersifat fizikal mahupun moral.

Aurat Sebagai Satu Istilah

Sebagai satu istilah dalam Syariah Islam, “aurat” boleh disifatkan sebagai bahagian tubuh yang perlu
ditutup dan tidak didedahkan kepada pandangan orang.

Bagaimanapun, ini bukanlah difinisi yag diberikan oleh para fuqaha. Kerana dalam kitab-kitab klasik,
tidak ada definisi aurat yang diberikan, samada dalam kitab-kitab tafsir, kitab-kitab syarah hadis ataupun
kitab-kitab fiqh.

Ketiadaan definisi khusus ini mungkin kerana pengertiannya sangat jelas dan tidak perlu didefinisikan
lagi. Lagipun, dalam kitab-kitab fiqh, huraian tentang aurat itu tidak dibuat dalam bab yang tersendiri. Ia
hanya dihuraikan dalam bab sembahyang sebagai masalah sampingan .

Kesimpulan seperti di atas terdapat dalam sekuarang-kurangnya dalam sebuah buku karangan semasa,
iaitu yang ditulis oleh al-Syekh Mamduh Mahmood Abdul-Rahman dalam buku beliau al-Zinah wa al-
Jamal Fi Mizan al-Islam . Mengikut beliau, definisi tersebut berumberkan kitab Fiqh al-Sunnah karangan
Syed Sabiq.

Bagaimanapun, setelah diteliti, definisi sepertimana yang disebut itu tidak ada dalam dalam kitab
berkenaan . Mungkin apa yang dimaksudkan oleh beliau bukan definisi itu sendiri, tetapi konsep yag
menjadi asas kepada definisi yang diberikan oleh beliau. Ini memandangkan terdapat tafsiran terhadap
istilah “Zinah” dalam ayat al-Quran “‫ ”خذوا زينتكم عند كل مجد‬dengan erti menutup aurat .

Bagaimanapun, apa yang penting ialah konsep aurat itu sendiri dan bukan definisi secara teknikal
mengenainya. Ia meruoakan suatu yang jelas berasaskan pengertian-pengertian yang ada di dalam al-
Quran dan al-Sunnah, iaitulah sepertimana yang disebut di atas. Berasaskan kepada konsep berkenaan,
apa yang dimaksudkan dengan aurat wanita dalam kertas ini ialah bahagian tubuh wanita yang perlu
ditutup dan tidak boleh dilihat oleh orang lain. Bagaimanapun, huiraian-huraian selanjutnya mungkin
boleh memperincikan lagi konsep ini.

Keterangan-keterangan Daripada Al-Quran dan Al-Sunnah

Nas paling asas yang menyebut tentang keperluan menutup aurat ialah firman Allah Yang bermaksud :
“Hai anak Adam, sesungguhnya kami telah menurunkan kepada kamu pakaian untuk menutup auratmu
dan pakaian indah untuk perhiasan” – al-A’raf (7) 26

Kata al-Qurtubi, ayat ini adalah dalil kepada hukum wajib menutup aurat, kerana di dalamnya ada
menyebut “untuk menutupi auratmu” . Kata al-Syaukani, maksudnya Allah telah mencipta pakaian bagi
umat manusia bagi menutup aurat yang telah dipamerkan oleh iblis pada diri Adam dan Hawa .

Satu nas lain ialah firman Allah s.w.t. Yang bermaksud :

“Hai anak Adam, pakailah pakaian kamu yang paling indah di setiap (memasuki) masjid” – al-A’raf (7) :
31

Kata al-Qurtubi , dlam Sohih Muslim, Ibn Abbas meriwayatkan ada seorang perempuan telah melakukan
tawaf di ka’bah dengan secara bertelanjang. Kata al-Qadi Ibn ‘Iyadh, perempuan tersebut bernama
Dhuba’ah binti ‘Amr Ibn Qurt. Dalam Soheh Muslim juga, Hisyam bin ‘Urwah meriwayatkan daripada
bapanya bahawa, amalan melakukan tawaf secara bertelanjang ini adalah kebiasaan semua orang Arab
kecuali dari suku Quraisy. Ayat ini diturunkan untuk membatalkan amalan seperti ini.

Mengikut al-Qurtubi lagi , ayat ini menjadi dalil kepada hukum wajib menutup aurat. Jumhur
berpendapat ia khusus bagi hukum menutup aurat sewaktu bersembahyang. Kata al-Abhari, ia bukan
khusus bagi sembahyang, tetapi dalam semua keadaan, samada di dalam atau luar sembahyang.

Pandangan yang sama juga disebut oleh Ibn al-Arabi dan al-Syaukani . Tetapi al-Kayaharrasi
berpendapat, ayat ini sekadar bertujuan untuk menerangkan hukum memuliakan masjid dan perbuatan-
perbuatan yang berkaitan dengannya dan tidak ada sangkut paut dengan kewajipan menutup aurat,
samada di dalam sembahyang atau di luar sembahyang.

Dalam hadis Rasulullah s.a.w. bersabda :

“ ‫” ال ينظر الجل إلى عورة الجل وال المرأة إلى عورة المرأة – رواه المسلم والترمذي وابن ماجه واحمد‬
Yang bermaksud :
“Orang lelaki tidak boleh memandang kepad aurat lelaki dan orang perempuan tidak boleh meihat
kepda aurat orang perempuan”. – Diriwayatkan oleh Muslim, al-Termidzy, Ibn Majah dan Ahmad Ibn
Hanbal.

Kata al-Imam al-Nawawi , mengulas hadis di atas, hadis ini jelas menunjukkan haram lelaki melihat aurat
lelaki dan perempuan melihat aurat perempuan. Sementara hukum haram lelaki melihat aurat wanita
dan haram wanita melihat aurat lelaki sabit melalui ijma’.
Selain daripada itu, terdapat banyak lagi hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang menyebut tentang keprluan
menutup aurat secara umum, samada di kalangan lelaki atau perempuan . Semuanya ini menunjukkan
masalah aurat meruakan masalah yang sangat penting di dalam Islam, bukan sahaja berkaitan dengan
soal ibadat, seperti sembahyang, tetapi juga dalam kehidupan umum.

Mengenai aurat wanita secara husus, ayat 31 surah al-Nur yang telah disebut sebelum ini adalah jelas.
Firman Allah s.w.t. Yang bermaksud :
“Katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara
kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang (biasa) nampak
daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan
perhiasannya kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-
putera suami mereka atau putera-putera saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara perempuan
mereka atau wanita-wanita Islam atau hamba-hamba yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki
yang tidak mempunyai keingainan (terhadap wanita) atau kanak-kanak yang belum mengerti tentang
aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yag mereka
sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya
kamu bertudung” – al-Nur (24) “ 31

Kata Ibn Kathir , ini adalah perintah tuhan ke atas wanita-wanita Islam bagi menjaga perasaan suami
mereka dan bagi membezakan mereka daripada sifat perempuanjahiliyah dan kelakuan perempuan
syirik.

Mengikut beliau lagi, sebab turun ayat ini ialah, sepertimana yang diriwayatkan oleh Jabir Ibn Abdullah
an-Ansari bahawa Asa’ binti Murthid adalah seorang wanita yang mempunyai kedudukan di kalangan
Bani Harithah. Kerana itu ramai para wanita datang menemuinya. Apabila beliau melihat mereka tidak
berpakaian lengkap, sampai ternampak gelang-gelang kali mereka, dan dada-dada mereka pula
terdedah, beliau berkata : “Alangkah buruknya andangan seperti itu” Allah s.w.t. lalu menurunkan ayat
ini .

Batas-batas Aurat.

Persoalan utama yang timbul berkait dengan kewajipan menutup aurat ini ialah anggota mana daripada
badan wanita itu yang dikatakan aurat dan perlu ditutup?

Kata al-Qurtubi, dalam menghuraikan ayat 26, surah al-A’raf, aurat perempuan adalah kesemua tubuh
badannya kecuali muka dan kedua tapak tangan sahaja . Bagaimanapun, beliau mengakui itu hanya
pandangan golongan terbanyak para ulama sahaja . Ertiya tidak berlaku ijma’ tentang hukum seperti itu.

Bagi beliau, sebab tidak berlaku ijma; dalam masalah ini ialah keranan ada pandangan yang mengatakan
aurat perempuan adalah semua tubuhnya. Antara mereka yang berpendapat seperti ini, mengikit beliau
ialah Abu Bakr Ab. Rahman Ibn Harith Ibn Hisyam dan Ahmad Ibn Hanbal, mengikut satu riwayat
mengenainya pandangannya .
Bagi menyokong pandangan beliau itu, al-Qurtubi berhujah dengan hadis Rasulullah s.a.w. yang
berbunyi : “‫ ”من أراد أن يتزوج امرأة فلينظر إلى وجهها وكفيها‬yag bermaksud : “Sesiapa yang mahu mengahwini
mana-mana perempuan, dia hendaklah melihat muka dan dua tapak tangannya”. Lagipun, kata beliau,
muka dan tapak tangan wajib dibuka sawaktu berpakaian ihram. Ini menunjukkan kedua-dua anggota
itu bukannya aurat .

Dalam mentafsirkan perkataan dalam ayat 31, surah al-Nur di atas pula, al-Qurtubi menyebut berbagai-
bagai pendapat tentang apa yang dimaksudkan sebagai “kecuali yang (biasa) nampak daripadanya” itu.
Kata beliau, Ibnu Mas’ud berpendapat maksdunya pakaian. Sa’id Ibn Jubair, ‘Ata’ dan al-Auza’i pula
berpendapat, muka, dua tapak tangan dan pakaian. Ibn Abbas, Qatadah dan al-Miswar Ibn Makhramah
pula berpendapat celak, gelang, inai dan tangan sehingga separuh lengan, subang dan cincin .

Mengikut al-Qurtubi lagi , pendapat yangmengatakan separuh lengan juga termasuk dalam maksdu apa
yang biasa nampak itu ialah hadis ‘Aisyah r.a. yang menyebut Rasulullah s.a.w. bersabda :

" ‫ وقبض على نصف الذارع‬,‫" ال يحل المرأة أن تؤمن باهلل يوم األخر إذا عركت أن تظهر إال وجهها ويديها هنا‬

Yang bermaksud :
“Tidak halal bagi mana-mana perempuan yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, apabila sudah
mengalami haid, untuk menampakkankecuali muka, dan dua tangan sehingga ke sini. Baginda lalu
menggenggam atas separuh lengan”.

Beliau seterusnya menukilkan pendapat Ibn ‘Atiyah yang mengatakan bahwa lafaz-lafaz ayat berkenaan
menunjukkan bahawa perempuan diarahkan supaya tidak menampakkan perhiasannya dan perlu
sentiasa berusaha menyembunyikannya kecuali yang biasa nampak dalam pergerakan tubuh yang perlu.
Dalam kadar itu, mereka dimaafkan.

Bagaimanapun, beliau akhirnya menegaskan pandangan beliau sendiri, iaitu yag dimakudkan ialah muka
dan dua tapak tangan. Kerana dua anggota itu sahajaah yang biasa nampak samada dalam kehidupan
harian ataupun dalam ibadat, misalnya sembahyang dan haji. Kerana itu, pengecualian berkenaan sesuai
merujuk epada dua bahagian anggota itu.

Sebagai dalil kepada pandagan beliau itu, al-Qurtubi menyebut hadis riwayat Abu Daud, daripada
‘Aisyah r.a. bahawa Asma’ binti Abi Bakr datang menemui Rasulullah s.a.w. dengan berpakaian nipis.
Rasulullah s.a.w. berpaling daripadanya seraya bersabda :

“‫ وأشار إلى وجهه وكفيه‬,‫ ان المرأة إذا بلغت المحيض لم بصلح أن يرى إال هذا‬6‫”يا أسماء‬

Yang bermaksud :
“Wahai Asma’, perempuan yang sudah mengalami haid, tidak boleh dilihat kecuali ini” Baginda lalu
menunjuk kepada muka dan dua tapak tangan baginda
Tambah al-Qurtubi lagi , pandangan beliua itu lebih halusi dan berhati-hati, malah juga mengambil kira
keadaan semasa yang tidak baik. Untuk itu, adalah perlu bagi perempuan untuk tidak menampakkan
apa-apa kecuali muka dan dua tapak tangannya sahaja. Sehubungan dengan itu, beliau menyebut
pendapat Ibn al-Khuaizi-Mandad yang mengatakan, kalau perempuanitu cantik dan pendedahan muka
dan dua tapak tangannya boleh menimbulkan fitnah, dia wajib menutup kedua-duanya. Tetapi kalau
sebaliknya dia sudah tua, atau hodoh, dia boleh menampakkan muka dan dua tapak tangannya.

Ibn al-‘Arabi , juga membincangkan hal yang sama iaitu pandangan-pandangan para ulama zaman awal
Islam seperti Ibn Mas’ud, Ibn Abbas dan sebagainya. Sepertimana juga al-Qurtubi, beliau mencapai satu
kesimpulan bahawa aurat wanita ituialah seluruh tubuhnya, kecuali muka dan dua tapak tangan. Alaan
yang dikemukan oleh beliau adalah sama.

Bagi al-Kayaharrasi , maksudnya, apa yang peelu dilihat, misalnya yang lahir seperti pakaian, batu
permata, gelang dan cincin, iaitu tidak jauh daripada pandangan-pandangan yang dibincangakanoleh al-
Qurtubi dan Ibn al-‘Arabi.

Al-Jassas pula, selepas menghuraikan pandangan-pandangan para guqaha awal Islam, sepertimanan
yang dilakukan oleh al-Qurtubi dan Ibn al-‘Arabi membuat kesimpulan bahawa yang dimakudkan ialah
muka dan tapak tangan. Asas yang dipegang oleh beliau ialah kedua-dua anggota tersebut tidak ditutup
pada waktu menunaikan sembahyang. Hujah beliau, kedua-dua anggota itu aurat tentu sekali ia perlu
ditutup dalam sembahyang sepertimana anggota-anggota badan yang lain juga.

Beliau selanjutnya menolak pandangan Ibn Mas’ud yang mengatakan bahawa yang di\maksudkan ialah
pakaian sahaja. Kata beliau, ia tidak memberi apa-apa erti (kepada pengecuali berkenaan). Kata beliau
lagi, apa yang sebenarnya dimaksudkan dengan “perhiasan” (al-Zinah) dalam ayat tersebut bukan alat
perhiasan itu sendiri, tetapi anggota badan di mana perhiasan itu berada. Kerana perhiasann itu sendiri,
biar apa pun sahaja bentuknya boleh dilihat oleh lelaki kalau bukan dipakai oleh perempuan . Kerana
perhiasan itu sendiri, biar apa pun sahaja bentuknya boleh dilihat oleh lelaki kalau bukan dipakai oleh
perempuan.

Al-Syaukani juga, selepas menghuraikan pandangan-pandangan yang berbeza-beza di kalangan para

fuqaha di zaman awal Islam dalam masalah berkenaan membuat satu komentar yang menarik. Kata
beliau, adalah jelas struktur ayat tersebut mengarah kepada menampakkan perhiasan kecuali yang
boleh nampak, seperti jubah, purdah dan sebagainya. Ia tidak termasuk barang-barang perhiasan yang
dipakai di tangan dan di kaki. Walaupun yang dimaksudkan dengan “perhiasan” (al-Zinah) itu ialah
bahagian anggota di mana ia dipakai, pengecualian hanyalah merujuk kepada anggota yang amat sukar
ditutup oleh perempuan, seperti dua tapak tangan dan dua tapak kaki dan seumpamanya .

Asas-asas dan pandangan-pandangan yang dibincangankan dalam kitab-kitab tafsir Ahkam seperti di
atas adalah terdapat dalam kitab-kitab tafsir bil-al-Ma’thur. Ibn Kathir misalnya selepas menghuraikan
bahawa yang dimaksudkan sebagai “apa yang lahir daripadanya” itu iaah apa sahaja yang tidak boleh
disembunyikan telah membentangkan pandangan-pandangan para ulama zaman awal Isam, seperti Ibn
Mas’ud, al-Hasan Ibn Sirin, Abu al-Jauza’ dan Ibrahim al-Nahka’i. Begitu huga Sa’ad Ibn Jubir, Ibn Umar,
‘Ata’, Ikrimah dan ramai lagi.

Bagitu juga al-Tabari , beliau telah menyebut dengan panjang lebar pandangan-pandangan para umala
pada zaman awal Islam dan hal berkenaan. Beliau kemudiannya membuat kesimpulan bahawa pendapat
yang mengatakan “muka dan dua tapak tangan” itu yang ditujuk dalam pengecualian berkenaan, adalah
lebih wajar diterima. Ini termasuklah celak, gelang, cincin dan inai sekiranya terpakai di situ. Alasan yang
diberikan iaah kedua-dua anggota terebut tidak perlu ditutup dalam sembahyang sedangan jelas dalam
sembahyang, aurat mesti ditutup.

Bagaimanapun, beliau mengakui riwayat yang mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. mengharuskan
perempuan mendedahkan tangannya sampai ke separuh lengan sebagai satu yang sabit. Kerana itu ia
boleh dimasukkan ke dalam pengecualian berkenaan .

Pandangan Para Fuqaha

Ibn Rusyd dalam kitabnya, Bidayat al-Mujtahid menyebut para fuqaha berbeza pendapat tentang aurat
wanita. Kata beliau, jumhur ulama berpendapat seluruh tubuh wanita itu aurat kecuali muka dan dua
tapak tangan. Abu hanifah pula berpendapat bahawa kaki bukan aurat. Sementara Ahmad bin Hanbal
berendapat semua tubuh wanita itu aurat tanpa kecuali.

Sebab berlakunya perbezaan pendapat seperti itu ialah kerana perbezaan pendapat dalam mentafsirkan
firman Allah : “ ‫ ” وال يبدين زينتهن إال ما ظهر منها‬al-Nut (24) : 31 yang bermaksud : “Dan janganlah mereka
menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak darinya” – al-Nur (24) : 31. Persoalah
yang timbul ialah apakah yang dikecualikan itu anggota tertentu atau mana-mana sahaja anggota yang
tidak dapat dikawal daripada ternampak. Bagi mereka yang berpendapat bahawa maksudnya anggota
yag tidak dapat dikawal daripada ternampak pada waktu bergerak, berpendapat aurat wanita itu
seluruh badannya. Sedangkan mereka yang berpendapat maksudnya anggota badan yang biasanya tidak
ditutup berpendapat yag dikedualikan ialah muka dan dua tapak tangan.

Ibn Qudamah, dalam kitab ¬al-Mughni pula menyebut hal yang sama. Bagaimanapun beliau tidak
menyebut secara jelas bahawa yang berpendapat bahawa semua tubuh wanita itu aurat ialah al-Imam
Ahmad Ibn Hanbal. Beliau sebaliknya menyebut : “Dan sesetengah ulama mazhab kita (Hanbali)
berkata.......”. Malah kemudiannya menyebut itu adalah pandangan Abu Bakr al-Harith Ibn Hisyam.

Al-Syaukani dalam Nail al-Authar , pula menyebut Abu Hanifah juga dalam satu riwayat lain berpendapat
kaki wanita termasuk dalam aurat. Beliau juga menyebut bahawa Ahmad Ibn Hanbal dalam satu riwayat
lain mengecualikan muka. Bagitu juga pandangan Daud al-Zahiri. Sementara mereka yang berpendapat
kaki bukan aurat termasuk al-Imam al-Thauri.

Al-Dimisyqi pula dalam kitabnya Rahmat al-Ummah Fi Ikhtilaf al-A’immah menyebut hanya ada dua
riwayat sahaja daripada Ahmad Ibn Hanbal. Pertamanya iaitu yang paling masyhur mengecualikan muka,
dan keduanya sama seperti jumhur, mengecualikan muka dan kedua tapak tangan.

Kenyataan-kenyataan yang berbeza-berbeza daripada kitab-kitab Fiqh Perbandingan ini menimbulkan

satu persoalab tentang pandangan sebenar setengan imam mazhab berkenaan. Abu Hanifah misalnya
ada dua pandangan. Pertamanya mengecualikan tapak kaki, dan keduanya tidak. Ahmad Ibn Hanbal pula
ada berbagai riwayat daripadanya. Pertamanya tiada pengecualian langsung, keduanya mengecualikan
muka sahaja, dan ketiganya sama seperti jumhur, mengecualikan muka dan tapak tangan.

Kepelbagaian riwayat ini akan lebih meluas apabila pandangan dalam masing-masing mazhab diambil
kira. Bukan semua ulama daripada mazhab-mazhab berkenaan sependapat dengan pemimpin-pemimpin
mazhab mereka. Al-Syaukani misalnya menyebut sesetengah umala mazhab Syafi’i berpendapat bahawa
semua tubuh wanita itu aurat tanpa apa-apa pengecualian. Al-Qasim pula ada dua riwayat daripadanya.
Riwayat pertama mengecualikan muka dan dua tapak tangan, sementara riwayat kedua pula
mengecualikan sama tapak kaki.

Cuma apa yang tidak disebut langsung oleh kitab-kitab Fiqh Perbandingan berkenaan ialah pandangan
Ibn Abbas, Qatadah dan al-Miswar bin Makhramah yang disebut oleh al-Qurtubi sebagai mengecualikan
juga tangan hingga ke separuh lengan. Malah Ibn Qudamah menyebut Ibn Abbas mentafsirkan bahwa
yang ditafsirkan itu ialah muka dan dua tapak tangan. Al-Syaukani pula menyebut Ibn Abbas
berpendapat tapak kaki dikecualikan.

Apakah ini bererti para fuqaha mazhab telah menolak atau mengenepikan pendapat Ibn Abbas
berkenaan? Atau sekurang-kurangnya mengenepikan riwayat al-Qurtubi tentang pandangan Ibn Abbas
itu? Kalau demikian, bagaimana pula dengan hadis ‘Aisyah r.a. yang disebut oleh al-Qurtubi sebagai asas
kepada pandangan Ibn Abbas, Qatada dan al-Misqar itu?

Maerujuk kepada riwayat-riwayat yang mentafsirkan maksud firman Allah s.w.t. : “‫وال يبدين زينتهن إال ما ظهر‬
‫ ”منها‬sepertimna yang disenaraikan oleh al-Tabari dalam tafsirnya , tetnyata bahawa hadis “ ‫ال يحل المرأة أن‬
‫ وقبض على نصف الذارع‬,‫”تؤمن باهلل يوم األخر إذا عركت أن تظهر إال وجهها ويديها هنا‬, sepertimana yang disebut olehal-
Qurtubi dalam tafsirnya itu diriwayatkan oleh Qatadah dan bukan oleh ‘Aisyah r.a. Apa yag diriwayatkan
oleh ‘Aisyah r.a. ialah satu hadis yang berbunyi :
" ‫ يا رسول هللا أنها ابنة‬: ‫ فقالت عائشة‬,‫ فدخل النبي (ص) فاعرض‬: ‫ دخلت على ابنة أخى المى عبد هللا بن الطفيل مزينه‬: ‫قالت عائشة‬
‫ فترك بين قبضته وبين‬,‫ وقبض على ذارع نفسه‬,‫ إذا عركت المرأة يحل لها أن تظهر إلى وجهها وإال ما دون هذا‬: ‫ فقال‬,‫أخى وجارية‬
‫" الكف مثل قبضة أخرى‬

Yang bermaksud :
“Kata ‘Aisyah r.a. : Anak perempuan Abdullah Ibn al-Tufail saudaraku seibu telah datang menemui ku
dalam keadaan berhias. Rasulullah s.a.w. yang kemudiannya masuk ke situ tidak mahu melihatnya. Saya
lalu berkata : Ya Rasulullah, dia anak saudaraku dan masih muda. Baginda bersabda : Apabila seseorang
itu telah berisi tidak haram baginya menampakkan kecuali muka dan setakat ini. Baginda memegang
lengan baginda sendiri pada jarak setapak tangan daripada tapak tangannya”
Berasaskan kepada huraian-huraian dalam kitab-kitab Fiqh Perbandingan di atas ternyata muka dan dua
tapak tangan perempuan bukan aurat. Walaupun ada sedikit sebanyak perbezaan pendapat para fuqaha
dalam masaah ini, tetapi majoroti besar para ulama berpendapat semikian. Tafsiran ayat-ayat al-Quran
dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. juga boleh dikatakan menyokong tafsiran yang sederhana ini.

Tinggal lagi maslaah tapak kaki dan separuh atau satu pertiga lengan. Jawapan kepada peroalan ini
perlua dilihat daripada kenyataan-kenyataan yang terdapat dalam kitab-kitab mazhab berkenaan.

Mengenai tapak kaki, sepertimana yang disebut sebelum ini, Ibn Rusyd dan al-Syaukani menyebut Abu
Hanifah dalam satu riwayat daripadanya menyatakan ia bukan aurat. Bagaimanapun, pandangan yang
disebut sebagai pandangan Abu Hanifah ini tidak disebut oleh al-Jassas, iaitu seorang pentafsir ayat
hukum yang sangat dihormati dalam mazhab Hanafi .

Huraian mengenai kaki ini dibuat oleh al-Haskafi dalam Ruddul-Muhtar . Kata beliau, mengikut qaul yang
mu;tamad dua tapak kai bukan aurat bagi wanita.

Mengulas kenyataa ini, dalam syarahnya menyebut, maksudnya pendapat yang mu’tamad daripada tiga
yang disaring dalam mazhab Hanafi. Pendapat kedua megatakan aurat, sementara pendapat ketiga pula
mengatakan ia bukan aurat dalam sembahyang, tetapi aurat di luar sembahyang.

Beliau kemudian menyebut perbezaan pendapat di kalangan para fuqaha mazhab Hanafi tentang
sebelah bawah tapak kaki. Kata beliau, sebeah atas tapak kaki diterima oleh para fuqaha sebagai bukan
aurat. Tetapi perbezaan pendapat berlaku tentang sebelah bawah tapak kaki (‫ )باطن القدم‬.

Dalam al-Mabsut dan Bada’i , perbincangan tentang aurat ini tidak ada. Mungkin kerana itulah al-Zuhayli
dan bukunya Fiqh al-Islami Wa Adillatuh tidak merujuk kepada dua buku utama dalam mazhab Hanafi
dan hanya merujuk kepada al-Haskafi dan al-Zaila’i sahaja .

Kedudukan ini tidak memberi kekduatan bagi pandangan yang mengatakan tapak kaki itu bukan aurat
untuk tengah. Lebih-labih lagi Ibnu Qudamah dalam menolak pandangan berkenaan menyebut ianya
bertentangan dengan hadis riwayat Abu Daud dariapda Ummu Salamah yang berbunyi :

" ‫قلت يا رسوا هللا اتلى المرأة درع وخمار فى درع وخمار وليس عليها ازار؟ نعم إذا كا بسابغا يغطى ظهور قدميها " – رواه ابو داود‬

Yang bermaksud :
“Saya berkata : Wahai Rasulullah, bolehkan perempuan bersembahyang dengan memakai baju labuh
dan tudung kepala tanpa memakai kain? Jawab Rasulullah s.a.w. : Ya! Kalau ia cukup labuh sampai
menutup dua tapak kakinya” – Hadis riwayat Abu Daud

Satu hadis lain yang hampir sama ialah yang diriwayatkan oleh Ibn Umar bahawa Rasulullah s.a.w.
bersabda :
" ‫ إذا تنكسف إقدامهن ؟‬: ‫ فقالت‬.‫ يرخيت شبرا‬: ‫ فكيف يضع الساء بذيولهن ؟ قال‬: ‫ فقالت أم سلمة‬. ‫ال ينظر هللا إلى من جر ثوبه خيالء‬
‫ فيرخينه ذراعا ال يزدن عليه " – رواه الترمزى‬: ‫قال‬
Yang bermaksud :
“Allah tidak (suka) melihat orangyang mengherek pakaiannya (yang labuh) dengan penuh megah. Lalu
Ummu Salamah berkata : Bagaimana sepatutnya orang perempuan buat dengan hujung (pakaian)
mereka? Sabda Rasulullah s.a.w. : mereka perlu melabuhkannya satu jengakal. Kata Ummu Salamah :
Kalau begitu, tapak kaki mereka akan terdedah. Sabda Rasulullah s.a.w. : kalau begitu, mereka perlu
melabuhkannya sehasta dan jangan lebih daripada itu” – Hadis riwayar al-Termidzi.

Mengenai lengan pula, tidak ada kitab-kitab fiqh mazhab yang memperkatakannya. Seolah-olah
pandangan ini tidak berbangkit sama sekali.

Pandangan-pandangan Fiqh Semasa

Abdul-Rahman al-Jaziri dalam Kitab al-Fiqh al-Madzahib al-Arba’ah hanya menukilkan pandangan-
pandangan para fuqaha terdahulu tanpa apa-apa ulasan daripada beliau sendiri. Dalam nukilan tersebut,
beliuan menyebut aurat wanita ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan dua tapak tangan, tanpa
menyebut apa-apa tengang tapak kaki atau lengan. Malah tidak pun menyebut pandangan mazhab
Hanafi tentang kaki.

Pendirian yang hampir sama diambil oleh al-Zuhaili . Seperti biasa, beliau Cuma menukilkan pandangan-
pandangan para fuqaha terdahulu tanpa apa-apa ulasan lanjut. Dalam ulasan tersebut, beliau menyebut
semua pandangan para fuqaha termasuk pandangan mazhab Hanafi yang mengecualikan tapak kaki
daripada aurat. Bagaimanapun, beliau tidak menyentuh tentang lengan, mungkin kerana tidak tersebut
dalam kitab-kitab fiqh terdahulu.

Membataskan pengecualian daripada aurat perempuanitu muka dan dua tapak tangan sahaja dan tidak
termasuk tapak kaki dan lengan, sebenarnya kecenderungan terbanyak fiqh semasa. Dalam bukunya ¬al-
Hijab , Abu al-A’la al-Maududi menyimpulkan bahawa berasaskan kepada riwayat-riwayat yang ternyata
sekali seluruh badan wanita itu aurat kecuali muka dan tapak tangannya. Bagaimanapun, kata beliau,
berasaskan kepada nas-nas yang ada juga terdapat kelonggaran bagi para wanita yang sudah melepasi
batasan fitnah tarikan hawa nafsu, misalnya mereka yang sudah berumur.

Pendirian yang sama juga dibuat oleh Yusuf al-Qaradhawi. Dalam buku beliau al-Halal Wa al-Haram Fi al-
Islam , beliau memilih untuk mentarjih bahawa yang dimaksudkan sebagai “apa yang lahir daripadanya”
sepertimana yang tersebut dalam ayat 31, surah al-Nur itu ialah muka dan dua tapak tangan.kata beliau,
ini adalah pendangan terbanyak para fuqaha terdahulu. Sebelum membuat kesimpulan berkenaan,
beliau menyebut sepintas lalu pandangan yang menyatakan termasuk sebahagian lengan, malah juga
menyebut pandangan yang lebih ketat, iaitu tanpa pengecualian.

Alasan yang diberikan oleh beliau ialah keperluan untuk tidak menutup muka dan tapak tangan itu bagi
tujuan urusan hidup seharian. Tentang tapak kaki, beliau meminjam kata-kata al-Razi dalam tafsirnya
yang mengatakan, keperluan untuk membukanya tidak sama dengan keperluan bagi muka dan dua
tapak tangan. Sebab itulah, kata al-Razi, para ulama berbeza pendapat tantangnya .

Muhammad al-Ghazali juga nampaknya mempunyai pendirian yangsama. Dalam buku beliau, Qadhaya
al-Mar’at , beliau mengkritik tentang cara berpakaian wanita zaman sekarang , tetapi mempertahankan
bahawa muka wanita bukan aurat . Dalam buku tersebut, beliau tidak pula membincangkan soal kaki
dan lengan.

Bagaimanapun, terdapat juga para penulis yang secara jelas menyebut kaki juga dikecualikan. Al-‘Aqqad
dalam buku beliau, al-Mar’at Fi al-Quran , berkecenderungan untuk memasukkan sama tapak kaki
sebagai bukan aurat. Pandangan beliau ini berasaskan Tafsir al-Kasyaf, iaitu yang disifatkan oleh beliau
sebagai kitab tafsir yang terkemuka. Mengikut al-Kasyaf, anggota seperti muka, tapak tangan dan tapak
kaki adalah anggota badan yag secara semulajadi dan pada kebiasaannya tidak ditutup, kerana perlua
digunakan bagi tujuan kehidupan seharian. Kerana itu, ia termaksud dalam maksud “apa yang lahir
daripadanya”. Khusus mengenai kaki, al-Kasyaf menyebut, ia perlu dibuka bagi tujuan untuk berjalan,
tertama di kalangan mereka yang miskin.

Kata-kata al-‘Aqqad lagi, antara para mufassirin semasa yang menyokong pandangan ini ialah Tantawi
Juhairi, dalam tafsirnya Tafsir al-Jauhari. Dalam tafsir tersebut, beliau menyebut tapak kai bersama
muka dan tapak tangan sebagai anggota yang perlu dibuka bagi tujuan urusan hidup harian .

Mengulas tafsir-tafsir tersebut, beliau sendiri kemudainnya membuat kesimpulan bahawa bukanlah
tujuan Islam untuk mengurung atau mengongkong kehidupan perempuan. Apa yang menjadi tujuan
sebenar Islam ialah untuk menjaga maruah perempuan itu sendiri .

Muhammad Izzad Daruzah dalam buku beliau al-Mar’at Fi al-Quran Wa al-Sunnah membangkitkan soal
pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bersih daripada nafsu syahwat. Kata beliau, adalah penting
sesudah mengambil kira semua ayat dan hadis yang memperkatakan tentang aurat, hijab dan
merendahkan pandangan (Ghadd al-Basar) ini untuk menegaskan keperluan pergaulan yag bersih
daripada dorongan hawa nafsu seks di antara lelaki dan perempuan. Ia perlu berlaku secara terbuka dan
bukannya dalam bentuk berkhalwat atau terhad. Tegas beliau lagi, bukanlah menjadi tujuan Islam untuk
memaksa satu fesyen pakaian tertentu sahaj bagi wanita di sepanjang zaman kerana fesyen pakaian
sentiasa terdedah kepada perubahan selera dari semasa ke semasa. Apa yang penting ialah keperluan
kepada pakaian yang bermaruah.

Sehubungan dengan dasar umum ini, beliau nmenyebut hadis-hadis ‘Aisyah r.a. yang disebut oleh al-
Tabari tentang separuh lengan yang dikatakan dikecualikan daripada aurat. Bagaimanapun, beliau tidak
mengulas lanjut tentang hadis tersebut kecuali berkata ada beberapa hadis yang diriwayatkan oleh al-
Tabari mengenai hal demikian .

Seorang lagi ilmuan Islam zaman sekarag yang menyentuh tentang aurat wanita ialah Wahiduddin Khan,
seorang cendikiawan Islam terkenal di India. Dalam buku beliau al-Mar’at Bain Syariat al-Islam Wa al-
Hadharah al-Gharbiyah (terj.), Wahiduddin Khan sudah membentangkan tafsiran-tafsiran beberapa
ulama Islam semasa seperti al-Albani , dan al-Sabuni telah menukilkan pandangan al-Syaikh Syabir
Ahmad al-Uthman tentang masalah yang sama. Dalam getusan tersebut, beliau menyebut al-Uthmani
berkata hadis dan athar menunjukkan muka dan dua tapak tangan adalah anggota-anggota badan yang
dikecualikan daripada aurat. Sebabnya ialah kerana keperluan hidup dan keagamaan yang banyak yang
tidak boleh dilaksanakan oleh para wanita kelau sekitanya mereka perlu menutup semua badan mereka.
Dalam tafsiran itu juga, kata Wahiduddin, al-Uthmani menyebut para ulama terdahulu juga
menggunakankaedah qiyas untuk menyamakan kai dengan muka dan tapak tangan .

Abdul-Karim Zaidan pula dalam bukunya al-Mufassal li Ahkam al-Mar’at telah membentangkan
pandangan-pandangan para fuqaha tentang aurat dan dalil-dalil mengenainya, termasuk perbezaan
pendapat tentang tapak kaki. Beliau kemudiannya menukilkan pandangan-pandangan Ibn Hummam dan
al-Babarti untuk mempertegaskan bahawa kaki bukannya aurat. Kata beliau : Boleh dikatakan, menutup
dua tapak kaki dalam sembahyang bukannya wajib, tetapi sunat. Oleh kerana itu, dua tapak kaki
bikanlah aurat yangmesti ditutup. Pandangan ini diperkukuhkan oleh keperluan membuka dua tapak
kaki apabila berjalan tanpa beralas kaki. Selaindaripada itu, berbanding dengan muka, kaki tidak
membangkitkannafsu. Maka, kalau muka bukan aurat, apatah lagi kaki .

Penutup

Ternyata daripada keterangan-keterang di atas bahawa, penutupan aurat itu adalah wajib dan tidak ada
siapa dari kalangan ulama yang menafikannya. Ini berdasarkan kepada ayat-ayat al-Quran dan haids-
hadis Rasulullah s.a.w. yang jelas.

Apa yang menjadi persoalan ialah batas-batas aurat itu sendiri. Dalam masalah ini,para fuqaha berbeza
pendapat. Paling ketat ialah pendapat yang mengatakan semua tubuh wanita itu aurat tanpa terkecuali.
Bagaimanapun, pendapat ini tidak popular. Ia hanya diterima oleh beberapa kalangan yang sedikit
sahaja. Paling ramai ialah mereka yang mengecualikan muka dan tapak tangan. Di samping itu, ada
pandangan minoriti yang mengecualikan sama tapak kaki dan ada yang mengecualikan sebahagian
daripada lengan.

Perbezaan pendapat ini berlaku kerana para fuqaha berbeza pendapat tentang maksud “perhiasan yag
biasa terdedah” sebagaimana yang terdapat dalam ayat 31, surah al-Nur “‫”وال يبدين زينتهن إال ما ظهر منها‬.
Persoalannya, apakah yag dimaksudkan dengan “perhiasan” (al-Zinah) itu? Dan apakah pula yang
dimaksudkan dengan “yang biasa terdedah”?

Mengenai maksud perhiasan (Zinah), para fuqaha membahagikan perhiasan itu kepada dua jenis.
Pertamanya perhiasan yang bersifat semulajadi, iaitu tubuh mereka sendiri. Kerduanya perhiasan yang
bersifat ciptaan manusia, iaitu pakaian dan sebagainya. Konsep nampak juga dibahagiakn kepada dua.
Pertamanya, ternampak disebabkan oleh pergerakan manusia itu sendiri atau akibat persekitaran,
seperti ditiup angin. Keduanya ialah nampak kerana dibiarkan terdedah.
Sebahagian daripada mereka yang berpendapat bahawa yang dimaksudkan dengan perhiasan itu ialah
perhiasan ciptaan manusia, berpendapat yang dimaksudkan dengan perhiasan yang biasa nampak atau
terbuka itu ialah pakaian luar wanita berkenaan, seperti kain baju dan sebagainya. Sebehagian daripada
mereka pula berpendapat ia adalah barang-barang perhiasan tubuh yang biasa nampak pada tubuh
wanita itu seperti celak, cincin dan gelang tangan. Bagaimanapun, olehkerana alat-alat perhiasan seperti
itu dibenarkan terdedah, maka dengan sendirinya bahagian tubuh manusia yang menjadi tempat
barang-barang itu dipakai juga boleh terdedah.

Bagi mereka yang berpendapat, yang dimaksudkan dengan perhiasan itu ialah perhiasan tabi’i, mereka
berpendapat bahagian anggota perempuan yang biasanya terdedah atas keperluan hidup dan agama.
Berasaskan dalil-dalil yang ada, mereka merumuskan muka dan dua tapak tangan sebagai dikecualikan
daripada aurat wanita. Namun, terdapat di kalangan mereka yang berpendapat dikecualikan juga tapak
kaki dan ada yang berpendapat termasuk juga sebahagian daripada lengan.

Tafsiran-tafsiran ini berasaskan kepada hadis-hadis Rasulullah s.a.w. Sepertimana yang disebutkan di
atas, terdapat berbagai-bagai hadis dalam masalah ini, dan semuanya boleh dijadikan asas kepada
pentafsiran berkenaan.

Adalah menjadi satu kebaikan dalam Islam, perbezaan pendapat itu berlaku. Ia merupakan suatu gejala
yang memperkukuhkan nilai fleksibiliti (Murunah) hukum Islam. Dalam keadaan-keadaan yang selesa,
lengan dan tapak kaki perlu ditutup. Bagaimanapun, dalam keadaan memerlukan bagi tujuan urusan
hidup, ia sepatutnya boleh dibuka atas asas keperluan. Sebagaimana maklum keperluan, bukannya
darurat. Anara keduanya, ada perbezaan yang jauh.

Selain itu, umat Islam juga boleh memilih pendirian yang mana mereka mahu. Paling konservatif,
mereka hanya akan membuka muka dan dua tapak tangan sahaja dalam keadaan mana sekalipun. Kalau
dia memilih untuk bersikap liberal, dia boleh juga membuka tapak kaki atau separuh lengan kalau perlu.
Di kalangan para sahabat sendiri, sikap-sikap yang berbeza ini sentiasa ada. Semuanya diperakukan oleh
Rasulullah s.a.w. selagi dalam kerangka pentafsiran yang munasabah.

Bagi tujuan memberi fatwa. Para mufti dinasihatkan oleh para ulama besar bahawa fatwa jangan sahaja
dilihat dari perspektif teori hukum, tetapi juga samada dia dapat menyelesaikan masalah masyarakat
atau sebaliknya.

http://www.fiqhmalaysia.com/v1/modules/news/article.php?storyid=28

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Search

JOM KLIK

JOM KLIK

Blog Archive

 ▼ 2010 (114)
o ► October (1)
 ESEKOLAH V10.7 PENAMBAHBAIKAN
o ► September (4)
 PUISI HATI DI AIDIL FITRI
 KAPERSKY INTERNET SECURITY RM30 1PC
 SAHAM WAKAF
 PELUANG 'LAST MINUTE' & LAILATUL QADAR
o ► August (3)
 MUHASABAH RAMADAN
 GELAP DALAM LIMPAHAN CAHAYA
 APA YANG TELAH DIBERI VS APA YANG TELAH DIPINTA
o ► July (9)
 BILA DIGERAKKAN HATI UNTUK BERDOA ...
 TEKNIKAL: ESEKOLAH V10.5
 KEMAHIRAN BELAJAR
 MUHASABAH DIRI
 KEESAHAN : ESEKOLAH V10.3
 HOW HEART ATTACK TAKES PLACE?
 JOM MEMBACA IQRAK
 JOM SOLAT
 GURU CEMERLANG (TARIKH TUTUP: 29/7/2010)
o ► June (7)
 KENAPA PERLU ESEKOLAH V10.2
 PELAJAR CEMERLANG - TEKNIK BERKESAN
 COPYRIGHT LAW
 MAAFKAN AKU WAHAI SUAMI...
 USTAZ Al HAMI SEDIH (Pegawai Agama )
 THE MOST COLOURFUL RIVER IN THE WORLD
 DOWNLOAD ELAPORAN V10
o ► May (6)
 AKU SEORANG PEREMPUAN
 CERITA TAK MASUK AKAL
 HUKUM MELUKIS GAMBAR
 PENGGODA CINTA YANG MALU...
 SAAT BERPISAH
 FORMAT LAPORAN PENCAPAIAN j-QAF 2010 Terbaru!
o ► April (14)
 JADILAH KEKASIH YANG MENDENGAR!
 LETTER OF ACKNOWLEDGGMENT TO A NON MUSLIM SCIENTIS...
 MICROSOFT: POWERPOINT & EXCEL CONTAIN NO SECERT BI...
 MAKSUD NAMA-NAMA BULAN HIJRIAH
 MAKSUD NAMA-NAMA BULAN MASIHI
 HARUN YAHYA: PENYIASAT KONSPIRASI TERKEMUKA
 RAHSIA TARIKH 1HB MEI
 ABABIL : SUNNATULLAH YANG DIPERLEKEHKAN
 JANNAH DI SEBALIK MUSIBAH
 JAGA 7 SUNNAH RASUL
 DENGAN KEYAKINAN...
 ORANG IKHLAS TERTINDAS?
 IJAB JANGAN TERHIJAB!
 MUSHAF AL-MADINAH AN-NABAWIYAH V1.0
o ► March (19)
 FORMULA MENCARI MUKA SURAT JUZUK DALAM AL-QURAN
 WHY DO WE READ QURAN, EVEN IF WE CAN'T UNDERSTAND ...
 RASUL BERSIFAT INSAN
 AKHLAK SEBAGAI PEKERJA
 THE ANTI-VIRUS OR ANTI-MALWARE TEST FILE
 BUKAN CINTA BIASA.....
o ► February (3)
o ▼ January (48)
 SOLAT ITU BUANG MASA?
 NASIHAT KESALAHAN DALAM SOLAT BERGAMBAR
 CARA ULAMA MENJAGA MASA DAN ILMU
 GALAKSI BIMA SAKTI
 KENALI CIRI-CIRI AHLI BIDAAH DAN AJARAN SESAT
 BAYAR HUTANG ATAU NAFKAH IBUBAPA?
 BANGUNLAH!
 SAFAR : PENGERTIAN, PERISTIWA PENTING & AMALAN
 REJAB : PENGERTIAN, PERISTIWA PENTING & AMALAN
 TANGGUNGJAWAB IBUBAPA WARNAI HIDUP ANAK Terbaru!
 HERESY ARISES FROM WORDS WRONGLY USED Terbaru!
 PELAJAR RINDU PUJIAN GURU Terbaru!
 KEMANISAN DALAM UJIAN Terbaru!
 KALAU BENAR CINTAKAN ALLAH
 CINTA ITU BUKAN TUHAN!
 TIME FOR A SMOKE? ONE CIGARETTE REDUCES YOUR LIFE ...
 PANDUAN SOLAT QASAR DAN JAMAK
 HADIS 40
 DOA UNTUK SAHABATKU
 SIAPA ORANG YANG ............
 MENENTUKAN ARAH KIBLAT - KAEDAH INTERNET
 PENENTUAN ARAH KIBLAT
 SKILL BELAJAR EFEKTIF
 PERANTI PENGINTIP!
 PERSANDINGAN MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM
 AURAT WANITA:KONSEP DAN HUKUM MENGENAINYA
 JADILAH MUSLIM BERKUALITI
 MENJANA UMMAH GEMILANG
 RAHSIA SOLAT AWAL WAKTU
 MEREMEH TEMEHKAN DOSA
 ENJOINING RIGHT AND FORBIDDING WRONG
 VIDEO
 MENANGIS MENDENGAR AL-QURAN
 ZUN NURAIN
 NILAI PRIHATIN
 BAPA PEMBEDAHAN
 ISU PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH
 WUDHUK ZAHIR & BATIN
 KISAH MEMBANTU JIRAN DAN ANAK YATIM
 BUNGA YANG CANTIK JARANG HARUM...
 BERBANGGA MENJADI HAMBA ALLAH
 WUDUK MENCEGAH TERJADINYA BERBAGAI PENYAKIT KULIT
 MEMPERDENGARKAN AL-QURAN DAPAT MENINGKATKAN IQ
 KEAJAIBAN WAKTU MEKAH DAN PENJAJAHAN INGGERIS
 KUMAN TIDAK MAMPU MELAWAN MADU
 RAHSIA TARIKH LAHIR!
 RAHSIA UBUN-UBUN DALAM AL-QURAN
 BERCINTALAH BERKALI-KALI

 ► 2009 (105)
o ► December (45)
o ► November (33)
o ► October (27)

CATATAN LEPAS

 MUHASABAH DIRI

(0 comment)

 KEMAHIRAN BELAJAR

(0 comment)

 TEKNIKAL: ESEKOLAH V10.5

(1 comment)

 BILA DIGERAKKAN HATI UNTUK BERDOA ...

(0 comment)

 APA YANG TELAH DIBERI VS APA YANG TELAH DIPINTA

(0 comment)

Labels

 ALBUM (5)
 ARTIKEL (174)
 EDATA (6)
 ELAPORAN (11)
 j-QAF (4)
 KOLEKSI (19)
widgeo.net

KITAB ARAB

MENARA GADING

AKHBAR ONLINE

ONLINE BANKING

RADIO ONLINE

TV ONLINE

JOM KLIK

PAUTAN MINI

Go

KOKURIKULUM

Feedjit Live Blog Stats

Waktu Solat

12-Nov-2010
05 Zulhijjah, 1431

Kuala Lumpur & Putra Jaya

[ Kawasan Lain ]

Imsak : 05:30

Subuh : 05:40

Syuruk : 06:58

Zohor : 13:00

Asar : 16:21

Magrib : 18:58

Isyak : 20:10

Dapatkan | Siapa?

My Blog List

B'jue Corner

A.B.G; A few samples

SKTM
ANUGERAH KECEMERLANGAN 2010

IBNU ZAIN REMBAWI

Accident...

SK MACHAP

PERTANDINGAN LAGU PATRIOTIK SK SERI MACHAP

pelayaran kehidupan

Miliki kedai buku sendiri

Catatan Seorang Pendidik

Kursus Bahasa Arab Tahun 1 KSSR

Arab2U

Terjemahan ; Sambutan Merdeka

JQAF MELAKA

KEM PERDANA JQAF PERINGKAT NEGERI MELAKA

ILHAM IKHLASKU

Puasa Bulan Zulhijjah

j-QAF Wilayah Persekutuan Labuan

KSSR 2010

AKU DAN SESUATU

TEMPAHAN NAMA SURAU

SeLaMat DaTaNg Ke LaMan WeB j-QaF Sk KoTa ReNtAng

KEM BINA JUARA SEKOLAH-SEKOLAH PELAKSANAAN PROGRAM j-QAF DAERAH KOTA SETAR
TAHUN 2010.

BLOG j-QAF SK PARIT HAJI TAIB

SURAT PEKELILING IKHTISAS

~ Bersama Selamanya ~

Gomo Klate Gomo...

Baru teringat!!

koleksi youtube ..cikgu2

BLOG HAKIMI HJ. MD SAID

PIALA MALAYSIA & HARI KELUARGA SKTMS 2010

BLOG RASMI j-QAF SK JABI

Makluman Pengemaskinian

Jurnal Online UstazCahaya

20102010 (Yang Begitu Indah)

j-QAF SK PAK BADOL

PERMOHONAN KPLI-SR &KPLI -JQAF AMBILAN JANUARI 2011

BLOG wan zuhairi

SOALAN PKSR BAHASA ARAB j-QAF - OKTOBER 2010

USTAZ MAEL

MASIH ADA KE...?

SK Telok Pial

j-QAF Tanpa Gagal

Buah-buahan : ‫( فـَــاكـِــهـَــة‬buah) : ‫ــواكـِــ ُه‬

َ َ‫( فـ‬buah-buahan)

Ustaz Razi (j-QAF) Bercerita

Jemputan Majlis Sambut Menantu Ustaz Mohd Razizi dan Teacher Nur Hazrina

Panitia Agama Islam SK. Besout 4

Seminar Menjawab Soalan UPSR 2010

GPA @ SK ST MICHAEL 2

MINIT MESYUARAT MTQ ZON B 2010

j-QAF SK Seri Bayu

Tahniah!, Sukan Sekolah Wawasan selesai dengan jayanya

Blog j-QAF Sk Seri Sitiawan

CABARAN 2010

MOHD ROKHAIMI ZAKARIA

3 Zaman Kehidupan..
Recommended Gadget

Followers

About Me
e-laporan

Abu Ruqaiyah, Tn. Hj. Mohamad Sahrin Bin Kadmo. Salah seorang pereka elaporan program j-
QAF untuk kegunaan pihak Sekolah, PPD, JPN & BPK.

View my complete profile

Read more: http://e-laporan.blogspot.com/2010/01/aurat-wanitakonsep-dan-
hukum.html#ixzz150oFsxSq

Anda mungkin juga menyukai