Surah anNur:
30 hingga 31
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya
mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan
memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka;
sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka
kerjakan. [30]
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat
pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara
kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh
mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan
leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka
memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau
bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak
tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara
mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan,
atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji
dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan,
atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan
janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang
tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada
Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. [31]
Apa itu Aurat?
Aurat adalah suatu kehormatan diri bagi seseorang, yang wajib dijaga dan
dipelihara sepanjang masa. Walau di dalam apa jua keadaan, menjadi
kewajipan ke atas umat Islam menutup aurat.
Definisi lain ialah sesuatu yang tidak dibenarkan wanita
mempersembahkannya di hadapan lelaki ajnabi ataupun sebaliknya.
Wahai anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah dan berhias pada tiap-tiap
kali kamu pergi tempat ibadat ( masjid ) dan makan serta minumlah. Dan jangan
kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui
batas.
(al-A`raaf :31)
1. Haram bagi seseorang melihat kepada aurat orang lain sekalipun sesama
jenis. Lebih berat lagi jika memandang kepada aurat yang berlainan jenis.
2. Dimaafkan jika terlihat sekilas pandangan sahaja, tanpa memakukan
pandangan ke tempat haram tersebut atau mengikuti pandangan pertama
dengan pandangan kedua
3. Namun jika melihat kepada aurat sendiri ia dimakruhkan, samada
seorang lelaki ataupun perempuan.
4. Makruh juga membuka aurat di tempat yang sunyi dari pandangan
manusia seperti di dalam bilik secara bersendirian.
5. Jika terpaksa, seperti perubatan, harus bagi seorang ahli perubatan
sesama jenis dengan pesakit melihat kepada aurat pesakit tersebut, tanpa
ada mahram yang menemani. Jika ahli perubatan berlainan jenis dengan
pesakit, diwajibkan ada bersama mahram yang menemani dan dengan
syarat tiadanya ahli perubatan sama jantina di sana. Ketika ini, haruslah
melihat kepada aurat pesakit tersebut.
AURAT DAN MARUAH
Pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup
auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu
pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita,
dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki
bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari
menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Bilamana
wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita
Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan
bangga dalam diri.
MENJADI FITNAH???