Anda di halaman 1dari 17

AURAT :

Antara Ibadah dan Adat


2013

CTU 101

DISEDIAKAN OLEH :

NUR SYAFIQAH LIYANA BINTI MOHD NAZRE (2012501579)


NUR AIN KAMILAH BINTI ZAKRI (2012333845)
NUR ATHIAH BINTI MOHAMED (2012142231)
NURUL NADIAH BINTI AHAMAD PUAT (2012755547)

NAMA PENSYARAH : HAJAR BIN UPIR

Bil Perkara Markah


1 Pendahuluan
2 Isi Kandungan
3 Rumusan
4 Rujukan
5 Etika / profesional

Jumlah

AURAT : ANTARA IBADAH DAN ADAT 1


Bismillahirrahmanirrahim..

AURAT : ANTARA IBADAH DAN ADAT 2


AURAT : ANTARA IBADAH DAN ADAT 3
PENDAHULUAN

Islam mensyariatkan umatnya menunaikan kewajipan termasuklah menutup aurat.


Pada hari ini, banyak gejala sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat. Hal ini sedikit
sebanyak berpunca daripada kelalaian dan sikap acuh tidak acuh manusia terhadap
kepentingan memelihara aurat. Menutup aurat memainkan peranan yang penting dalam
memelihara maruah diri agar sentiasa terhindar daripada gejala-gejala kurang enak yang
sering kita dengari pada zaman moden ini.

Di kesempatan ini, kami ingin merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan


terima kasih atas bantuan, sokongan, dorongan, cetusan idea dan inspirasi yang diberikan
oleh semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam proses
menyiapkan tugasan ini.

Semoga bahan cetak ini menjadi panduan kepada para pembaca untuk menjadi
insan yang lebih baik pada masa akan datang. InsyaAllah.

AURAT : ANTARA IBADAH DAN ADAT 4


1.0 APA ITU AURAT?

Aurat adalah suatu kehormatan diri bagi seseorang, yang wajib dijaga dan dipelihara
sepanjang masa. Walau di dalam apa jua keadaan, menjadi kewajipan ke atas umat Islam
menutup aurat.

Definisi lain ialah sesuatu yang tidak dibenarkan wanita mempersembahkannya di hadapan
lelaki ajnabi ataupun sebaliknya.

-“Wahai anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah dan berhias pada tiap-tiap kali
kamu pergi tempat ibadat ( masjid ) dan makan serta minumlah. Dan jangan kamu
melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas.”

(al-A`raaf :31)

-“Aurat mukmin terhadap mukmin yang lain adalah haram.”

(Hadith Riwayat Aththahawi)

-“Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau budak(hamba) wanita yang kamu miliki.
Aku bertanya, „Ya Rasulullah, bagaimana kalau dia sedang bersendirian?‟ Nabi saw
menjawab, “Allah lebih berhak (patut) kamu berasa malu.”

(Hadith Riwayat Bukhari)

-“Jika seorang anak wanita telah mencapai usia baligh, tidak pantas terlihat darinya selain
wajah dan kedua telapak tangannya sampai bahagian pergelangannya.”

(Hadith Riwayat Imam Abu Daud)

AURAT : ANTARA IBADAH DAN ADAT 5


2.0 BATASAN-BATASAN AURAT

2.1 Aurat di Khalayak Ramai

Aurat lelaki di khalayak ramai ialah antara pusat dan lutut. Namun begitu dia dilarang keluar
rumah seperti ke pejabat atau pasar hanya dengan menutup bahagian itu kerana nilai adab
turut dihormati oleh Islam dalam pembinaan syarak.

Aurat perempuan di khalayak ramai ialah seluruh tubuh badan, kecuali muka dan dua tapak
tangan. Namun jika wajah yang dimilikinya sangat cantik, sehinggakan menimbul fitnah,
wajib ditutup wajahnya.

2.2 Aurat dengan Ahli Keluarga

Bagi lelaki, antara pusat dan lutut

Bagi perempuan, antara pusat dan lutut

2.3 Aurat Sesama Jantina

Aurat lelaki dengan lelaki, antara pusat dan lutut

Aurat perempuan dengan perempuan, antara pusat dan lutut

** Jika menimbulkan fitnah wajib ditutup seluruh tubuh badan

2.4 Aurat ketika berseorangan

Aurat lelaki, antara pusat dan lutut dan setengah ulama berpendapat hanya dua kemaluan
yang wajib ditutup.

Aurat perempuan, antara pusat dan lutut

AURAT : ANTARA IBADAH DAN ADAT 6


3.0 SIAPAKAH YANG DIKATAKAN
GOLONGAN MAHRAM DENGAN WANITA?

1. Suami

2. Bapa sendiri ( bapa kandung)

3. Bapa suami (bapa mertua)

4. Anak lelaki

5. Anak lelaki suaminya (anak tirinya atau anak isteri lain bagi suaminya sama ada isteri itu
masih hidup atau telah bercerai atau meninggal) tetapi bukan anak dari bekas isteri
suaminya dengan suami yang lain yang dikahwininya setelah bercerai dengan suaminya.

6. Saudara lelaki (adik atau abang seibu sebapa atau seibu sahaja atau sebapa sahaja).

7. Anak lelaki kepada saudara lelaki (anak saudara)

8. Anak lelaki kepada saudara perempuan (anak saudara)

9. Wanita Islam yang berakhlak.

10. Hamba lelaki yang mereka miliki

11. Pelayan lelaki (khadam) yang sudah tidak ada syahwat kepada wanita.

12. Kanak-kanak lelaki yang bukan mahram yang belum mengerti tentang aurat wanita
(belum mumayyiz).

13. Anak lelaki susuan.

14. Bapa susuan.

15. Saudara susuan.

16. Bapa saudara sususan, datruk saudara susuan hingga ke atas, dan anaksaudara susuan
hingga ke bawah.

17. Menantu lelaki.

AURAT : ANTARA IBADAH DAN ADAT 7


4.0 ETIKA MENUTUP AURAT

1. Berpakaian mengikut garisan syarak, yang mana mesti menutup aurat. Aurat bagi
lelaki ialah antara pusat hingga ke lutut. Bagi perempuan ialah seluruh tubuh
badannya, kecuali muka dan kedua tangan hingga ke pergelangannya. Aurat ini wajib
ditutupi dari pandangan penglihatan manusia umum. Haram diperlihat dan haram
melihatnya

2. Tidak menyerupai dengan kaum yang engkar kepada Allah. Seperti pakaian ahli
gereja, ahli ibadat agama lain atau pakaian yang menjadi symbol kepada ahli
kemungkaran, seperti ahli muzik, pelacur dan sebagainya.

3. Pakaian yang dipakai mestilah menutup susuk tubuh badan. Iaitu pakaian yang
longgar dengan kesesuaian tubuh badan. Pakaian yang ketat atau sendat, tetap
haram sekalipun pada zahir ia telah menutup aurat. Ia adalah kerana susuk tubuh
badan merupakan aurat yang perlu dijaga.

4. Pakaian yang tidak bercorak atau berwarna-warni, yang ada daya penggamit
pandangan.

AURAT : ANTARA IBADAH DAN ADAT 8


5.0 HUKUM MELIHAT AURAT

1. Haram bagi seseorang melihat kepada aurat orang lain sekalipun sesama jenis.
Lebih berat lagi jika memandang kepada aurat yang berlainan jenis.

2. Dimaafkan jika terlihat sekilas pandangan sahaja, tanpa memakukan pandangan ke


tempat haram tersebut atau mengikuti pandangan pertama dengan pandangan
kedua

3. Namun jika melihat kepada aurat sendiri ia dimakruhkan, samada seorang lelaki
ataupun perempuan.

Makruh juga membuka aurat di tempat yang sunyi dari pandangan manusia
seperti di dalam bilik secara bersendirian

4. Jika terpaksa, seperti perubatan, harus bagi seorang ahli perubatan sesama jenis
dengan pesakit melihat kepada aurat pesakit tersebut, tanpa ada mahram yang
menemani. Jika ahli perubatan berlainan jenis dengan pesakit, diwajibkan ada
bersama mahram yang menemani dan dengan syarat tiadanya ahli perubatan sama
jantina di sana. Ketika ini, haruslah melihat kepada aurat pesakit tersebut.

AURAT : ANTARA IBADAH DAN ADAT 9


6.0 DIBOLEHKAN LELAKI BUKAN MAHRAM
MELIHAT AURAT WANITA DALAM BEBERAPA
KEADAAN

1. Ketika hendak meminang. Kadar sempadan aurat yang hendak dilihat ialah muka dan
kedua tapak tangan sahaja.

2. Ketika berjual beli

3. Doktor atau tabib bertujuan mengubat

4. Ketika hendak menjadi saksi

5. Ketika mengajar

AURAT : ANTARA IBADAH DAN ADAT 10


7.0 AURAT DAN MARUAH

Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia
menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita
terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar
dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke
kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus
dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan
dengan wanita. Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan
di khalayak umum.

AURAT : ANTARA IBADAH DAN ADAT 11


8.0 KESEMPURNAAN DALAM MENUTUP
AURAT

Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar
pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia. Walaupun pelbagai gaya tudung
diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi
menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada
masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya

Pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah
sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang
tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan
menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya.

Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang
tidak bertanggungjawab. Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka
terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan
riak dan bangga dalam diri.

AURAT : ANTARA IBADAH DAN ADAT 12


9.0 MENJADI FITNAH???

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung
tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih
terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-
tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat
oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang
ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang
mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja
dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung.

AURAT : ANTARA IBADAH DAN ADAT 13


10.0 KESILAPAN WANITA DALAM MENUTUP
AURAT

1. Bertudung tetapi ber'T-Shirt' berlengan pendek.


2. Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
3. Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk
kawasan-kawasan mudah 'menggoda'.
4. Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
5. Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah,
pasaraya dan sebagainya.
6. Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya
dari ditutupi kain tudung.
7. Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul,
leher, tengkuk dan dadanya.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup


rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali.

AURAT : ANTARA IBADAH DAN ADAT 14


11.0 HIKMAH MENUTUP AURAT

Sesungguhnya Allah menjanjikan balasan yang baik kepada hambaNya yang mematuhi
arahan dan suruhanNya termasuklah menutup aurat. Antaranya ialah :

• jiwa semakin tenang dan tidak risau akan hal duniawi

• cahaya keimanan akan mudah meresap dalam hati seseorang mukmin

• seseorang yang menjaga auratnya dengan sempurna mungkin,akan terlindung


daripada fitnah manusia.

• secara automatik diri seseorang itu akan berusaha mendekatkan diri mendalami ilmu
Allah sekiranya niatnya ikhlas kerana Allah.

• seseorang itu akan berusaha sedaya mungkin menghindarkan perkara terlarang dan
dimurkai.

• cintanya kepada Allah membuatkannya bersabar dengan dugaan diberi kerana


mengharapkan kasih sayang daripadaNYA semata-mata.

• dirinya akan dikelilingi sahabat-sahabat yang soleh/solehah dan sering saling ingat-
mengingati diantara satu sama lain.

• menjaga aurat dengan sempurna mengikut hukum Islam,dapat membezakan kita


dengan yang bukan Islam.

• diri akan lebih berwaspada dengan setiap tutur kata yang ingin diucapkan,perbuatan
dan tingkah laku dalam masyarakat.

AURAT : ANTARA IBADAH DAN ADAT 15


RUMUSAN
Menutup aurat merupakan kewajipan kita selaku hamba Allah. Islam mensyariatkan
kita menutup aurat agar maruah diri kita terpelihara dan terhindar daripada segala bentuk
ancaman dan fitnah yang boleh menggugat diri kita seperti yang berlaku pada hari ini. Oleh
itu, usahlah kita memperlekehkan kepentingan menutup aurat hanya kerana terpengaruh
dengan unsur-unsur yang tidak baik dan negatif yang semakin berleluasa pada zaman
moden ini. Perlu diingat bahawa aurat perlu dipelihara sepenuhnya, selari dengan tuntutan
Islam ke atas umatnya. Sesungguhnya Allah menjanjikan balasan baik kepada hambaNya
yang taat dalam melaksanakan tugas sebagai makhluk ciptaanNya dalam kehidupan
seharian.

AURAT,

Tidak akan tertutup dengan sifat yang lemah lembut..

Tidak akan tertutup dengan akhlak yang baik..

Tidak akan tertutup dengan kata-kata yang baik..

Tidak akan tertutup dengan solat..

Tetapi....

Aurat akan tertutup dengan pakaian yang sempurna.

Maka,sempurnakanlah pemakaian kita..

AURAT : ANTARA IBADAH DAN ADAT 16


RUJUKAN
1. Buku Indahnya Hidup Bersyariat
-Dato‟ Ismail Kamus
-Mohd Azrul Azlen Abd Hamid

2. Laman web
http://wakafalquran30.blogspot.com/2012/05/batasan-aurat-mengikut-
islam.html
http://baitulmuslim.com/content/batasan-aurat-lelaki-dan-wanita

3. Galeri Pusat Islam

4. Telaga Biru Sdn. Bhd.

AURAT : ANTARA IBADAH DAN ADAT 17

Anda mungkin juga menyukai