Anda di halaman 1dari 61

PUTERIKU

Apa itu Baligh ????

Satu peringkat dalam hidup anda :

 Peralihan dari alam kanak-kanak ke alam dewasa


 Berlaku perubahan dari segi fizikal, emosi dan
psikologi.
 Anda kini sudah cukup umur dan diwajibkan
mematuhi hukum-hakam Islam.
 Anda dipertanggungjawabkan ke atas segala
tingkah laku, pertuturan dan perbuatan anda.
SELAMAT MENEMPUH
ALAM REMAJA

MARI KITA LIHAT APA YANG


TELAH BERLAKU KEPADA ANDA
Mula datang Buah dada
Jerawat
HAID mula
mula
membesar
tumbuh

Kulit semakin
lembut,
Bulu tumbuh di
berminyak,
celah ketiak
berjerawat
dan bahagian
ari-ari

Punggung
melebar
Suara berubah
menunjukkan
(dari keanak-
ciri-ciri
anakan ke suara
kewanitaan
lebih matang)
TANDA-TANDA AWAL SEBELUM HAID :
Cepat marah,  rasa sedih dan  kecewa
 keinginan yang kuat terhadap sesuatu,
 merasa sebu dan sembap,
 sedikit sakit pada payudara
jerawat mula timbul .

Ini hanyalah untuk sementara sahaja dan anda


akan berasa lebih baik sehari dua selepas anda
didatangi haid .
Kini kilang telur di dalam badan anda telah sedia
untuk beroperasi.
Kini anda telah lengkap menjadi seorang wanita.

BERHATI-HATILAH DALAM PERGAULAN ANDA


TERSILAP LANGKAH ANDA BOLEH MENGANDUNG !!!
Bermula dari detik ini, setiap kewajipan
yang difarhu di dalam Islam wajib anda
tunaikan, setiap perintah dan larangan
Allah mesti anda patuhi.

Bermula detik ini setiap pahala dan dosa


yang dilakukan walau sebesar zarah
(habuk) akan diambil kira dan dicatat oleh
malaikat.
TUDUNG SINGKAT YG.
MENONJOLKAN
BAHAGIAN DADA
Mak sapa ni haa ?
Lepas ni tolong bagi
tau mak jangan pakai
macam ni.
Buruknyaaa.

EEE ! Geli I Tengok.


Buruknya!
Bahasa Arab 'Aurah' (keaiban).
Istilah fekah (bahagian tubuh badan seseorang yang wajib
ditutup/dilindungi dari pandangan.

Perintah menutup Surah Al-Ahzab ayat 33;


"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah
kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang
jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembayang serta berikanlah
zakat; dan taatilah kamu kepada Allah dan RasulNya.
Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu)
hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang
mencemarkan dari kamu-wahai "ahlul bait", dan hendak
membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang
keji).“
JELASLAH KEPADA KITA BAHAWA HUKUM MENUTUP
AURAT ADALAH WAJIB SEBAGAIMANA WAJIBNYA
PERINTAH MENGERJAKAN SEMBAHYANG, BERZAKAT DAN
PERINTAH-PERINTAH YANG LAINNYA.
Allah S.W.T. telah berfirman dalam
SurahAl-Ahzab ayat 59:

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-


anak perempuanmu, dan perempuan-
perempuan yang beriman, supaya
melabuhkan pakaiannya bagi menutup
seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar);
cara yang demikian lebih sesuai untuk
mereka dikenal (sebagai perempuan yang
baik-baik) maka dengan itu mereka tidak
diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha
Pengampun lagi Maha Mengasihani.”
SOLAT

LELAKI
BUKAN SENDIRIAN
MAHRAM A
U
R
A
BERSAMA BERSAMA
T
MAHRAM SUAMI

DI HADAPAN
WANITA
KAFIR
1. Aurat Ketika Sembahyang

Aurat wanita ketika sembahyang adalah menutup


seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

2. Aurat Ketika Sendirian

Aurat wanita ketika mereka bersendirian adalah


bahagian anggota pusat dan lutut. Ini bererti
bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat adalah
antaran pusat dan lutut.
3. Aurat Ketika Bersama MAHRAM (Tidak Boleh Dikahwini)

Pada asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah


pusat dan lutut. Walau pun bagitu wanita dituntut agar menutup
mana-mana bahagian tubuh badan yan boleh menaikan syahwat
lelaki walaupun mahram sendiri.
Perkara ini dilakukan bagi menjaga adab dan tata susila wanita
terutama dalam menjaga kehormatan agar perkara-perkara
sumbang dan tidak diingini tidak akan berlaku.

Oleh itum, pakaian yang labuh dan menutup tubuh badan


digalakkan walaupun semasa bersama mahram adalah pakaian
yang lengkap dan labuh.

Syarak telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai


mahram kepada seseorang wanita iaitu:
3. Aurat Ketika Bersama MAHRAM (Tidak Boleh Dikahwini)

@ Suami
@ Ayah, termasuk datuk belah ibu dan bapa.
@ Ayah mertua
@ Anak-anak lelaki termasuk cucu samada dari anak lelaki atau
perempuan
@ Anak-anak suami.
@ Dalam perkara ini Islam mengharuskan isteri bergaul dengan anak
suami kerana wanita tersebut telah dianggap dan berperanan sebagai
ibu kepada anak-anak suaminya.
@ Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa.
@ Anak saudara lelaki - mereka ini tidak boleh dinikahi selama-lamanya.
@ Anak saudara dari saudara perempuan.
@ Sesama wanita samada ada kaitan keturunan atau yang seagama.
@ Hambanya Sahaya.
@ Pelayan yang tidak ada nafsu syahwat.
@ Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita.
Walau pun begitu, bagi kanak-kanak yang mempunyai syahwat tetapi
belum baligh, wanita dilarang menampakkan aurat terhadap mereka.
4. Aurat Ketika Di Hadapan Lelaki Bukan Mahram (Boleh Di kahwini)

Kewajipan menutup aurat di hadapan lelaki bukan mahram


adalah amat penting dan perlu dilaksanakan oleh setiap wanita,
bagi mengelak daripada berlaku perkara yang tidak diingini
seperti rogol dan sebagainya.

Perkara ini terjadi disebabkan memuncaknya nafsu para lelaki


akibat dari penglihatan terhadap wanita memakai pakaian yang
tidak senonoh dan mendedahkan sebahagian tubuh badan
mereka.

Wanita yang bersuami pula, dengan terlaksanakan kewajipan ini,


akan dapat membantu suami, yang mana dosa seorang isteri
yang membuka aurat akan ditanggung oleh suami.

Oleh itu, wanita-wanita perlulah memahami batas-batas aurat


ketika berhadapan dengan orang-orang yang tertentu dalam
keadaan yang berbeza-beza.
5. Aurat Ketika Di Hadapan Wanita Kafir

Aurat wanita apabila berhadapan atau bergaul dengan wanita bukan


Islam adalah tutup keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak
tangan.
Abdullah bin Abbas ada menyatakan, Rasulullah S.A.W. pernah
bersabda yang maksudnya:
"Tidak halal kaum wanita Islam itu dilihat oleh kaum Yahudi dan
Nasrani".

6. Aurat ketika Bersama Suami

Apabila seorang isteri bersama-sama dengan suaminya di tempat yang


terlindung dari pandangan orang lain, maka Islam telah memberi
kelongaran dengan tiada membataskan aurat pada suaminya.

Ini bererti suami dan isteri tiada sebarang batasan aurat terhadap
mereka berdua. Isteri boleh mendedahkan seluruh anggota badannnya
bila berhadapan dengan suaminya.
"Hendaklah mereka (perempuan)
melabuhkan kain tudung hingga menutup
dada-dada mereka."
"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-
wangian kemudian melewati suatu kaum
supaya mereka itu mencium baunya, maka
wanita itu telah dianggap melakukan zina
dan tiap-tiap mata itu adalah zina."
(H.R. Nasa'i, Ibn Khuzaimah dan Hibban)
BATAS-BATAS
PERGAULAN
LELAKI
&
PEREMPUAN
YANG
BUKAN
MAHRAM
ADAB-ADAB PERGAULAN ANTARA
LELAKI DAN PEREMPUAN

Walaupun pergaulan dibenarkan oleh syariat dalam suasana


terpaksa dan keperluan, namun Islam telah meletakkan
adab-adab dan disiplin dalam pergaulan lelaki dan wanita.

1. Ucapan yang makruf dan sopan


.
2. Menundukkan pandangan
3. Mengelakkan daripada berhimpit dan
bersesak-sesak.
4. Menghindari tempat shubhat
5. Iltizam dengan pakaian Islam.
6. Serius dalam ucapan
7. Menjaga pergerakan
KELUAR AIR
BERSETUBUH
MANI

SEBAB-
SEBAB
MANDI KELUAR
BERSALIN
HAID
WAJIB

MATI
SELAIN KELUAR
SYAHID NIFAS
MASUK
ISLAM
RUKUN
MANDI WAJIB

1 - Niat
Dengan tujuan membezakan ibadat dan adat.
Niat ini sekadar dilafazkan di dalam hati dan
tidak perlu ilafazkan secara zahir (secara lisan)
2 - Menghilangkan kotoran dan najis pada badan.
3 - Meratakan air ke seluruh anggota badan yang
zahir termasuk segala lipatan-lipatan badan.
(Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah)
CARA MANDI WAJIB

1) Mandi Dan Bersihkan Badan Daripada Segala Kekotoran.


Hilangkan segala benda yang boleh menghalang air sampai ke
kulit anggota badan.
2) Membaca ‘Bismillah Dan Mengambil Wuduk.
3) Niat.
3.1 - Sebut
Lafaz Niat

"Sahaja aku mengangkat hadas besar fardhu ke atasku krn Allah


Taala.“ ATAU
" Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.“
3.2- Jiruskan Air Ke Kepala Beserta Niat
Niat itu di dlm hati dan ia hendaklah disertakan ketika air
mutlak sampai ke mana-mana bahagian anggota badan.
Sunat dimulakan dengan bahagian sebelah kanan tubuh.
Ulang sebanyak 3 kali.

4) Ratakan Air Keseluruh Anggota Badan.

Selatkan rambut, janggut dan semua bulu supaya air sampai ke


kulit. Ratakan juga air ke tempat lipatan-lipatan dan celah
anggota badan yang zahir seperti telinga, hidung, mata, ketiak,
pusat, celah paha, qubul dan dubur dalam keadaan
mencangkung. Jika air tidak rata dengan tiga jirusan seperti di
atas, maka hendaklah ditambah lagi jirusan sehingga air rata ke
seluruh anggota badan. Semasa meratakan air, hendaklah
dijaga supaya tapak tangannya tidak menyentuh qubul dan
dubur tanpa lapik yang menyebabkan wuduknya batal.
AIR UNTUK MANDI
HADAS BESAR

Hendaklah Air Mutlak


(air yang suci dan menyucikan yang lain)
AIR HUJAN, AIR MATA AIR, AIR EMBUN,AIR SALJI,
AIR LAUT, AIR SUNGAI, AIR PAIP, AIR TELAGA.
Sukatan Air Di Dalam Kolah
ialah 13 tin minyak tanah @ 230 liter
Lagi mudah jika menggunakan
paip air dan shower
“Wanita-wanita yang keji adalah
untuk lelaki-lelaki yang keji dan
lelaki-lelaki yang keji adalah buat
wanita-wanita yang keji (pula) dan
wanita-wanita yang baik adalah
untuk lelaki-lelaki yang baik dan
lelaki-lelaki yang baik untuk
wanita-wanita yang baik (pula)…”
surah annur, ayat 26

RENUNGKAN
PERISTIWA WANITA KE NERAKA
PADA MALAM ISRAK MIKRAJ
Sayidina Ali k.w. berkata: "Saya dengan Fatimah
pergi menghadap Rasulullah s.a.w. Kami dapati beliau
sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya,
apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya
Rasulullah?"

Baginda s.a.w. menjawab: "Pada malam aku diisrak


hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam
keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis
mengenangkan azab yang diterima mereka.“
Ali bertanya: "Apakah yang ayahanda lihat di sana?"

Rasulullah s.a.w. menjawab: "Aku lihat ada


perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya
menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya,
tangannya diikat ke belakang dan timah cair dicurah ke
dalam halkumnya (tekak).
"Aku lihat perempuan yang digantung kedua-dua
kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya,
didatangkan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang
memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan
api neraka.

Aku lihat perempuan mukanya hitam dan


memakan tali perutnya sendiri. "Aku lihat perempuan
yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke
dalam peti yang diperbuat daripada api neraka,
otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau
busuk kerana penyakit kusta dan sopak.
"Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi,
badannya seperti himar dengan pelbagai
kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang
rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke
kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung).
Malaikat memukulnya dengan corong api neraka."
Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya:
"Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada
anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh
perempuan itu?"
Rasulullah s.a.w. menjawab:
"Fatimah, adapun perempuan tergantung
rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup
rambut daripada bukan muhrimnya.
“Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan
yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan
menyakiti hati suaminya.
"Perempuan yang digantung susunya adalah
perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa
izin suaminya. Perempuan kedua-dua kakinya
tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari
rumahnya tanpa izin suaminya.
"Perempuan tidak mahu mandi daripada suci haid
dan nifas ialah perempuan yang memakan badannya
sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan
suaminya dan suka mengumpat orang.
"Perempuan yang memotong badannya sendiri
dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan
dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias
supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.
"Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke
atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya
kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak
mengerjakannya dan tidak mandi janabah.
"Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya
seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta.
Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan
yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.
Seterusnya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya
pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang
70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya."
Astagfirullah
HIDUP DI DUNIA HANYA SEKALI …
HIDUPLAH…
HIDUP YANG PENUH ERTI
HIDUP YANG BERBAKTI
JANGAN HIDUP YANG DIBENCI
KELAK RUGI, BINASA DIRI
DUNIA INI ADALAH JAMBATAN
KE NEGERI AKHIRAT

SEKIAN
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai